Sunday, December 28, 2008

Semester baru...tahun baru...

Sekarang ni perasaan aku pelbagai..
sedey ade, excited ade, penat gak.
hari ni aku jumpa dengan din..
my classmates kat matrik dulu..
long time no see..
sejak abes matrik la..
dah setahun lebey..
but he still the same..
cuma dulu aku takla rapat sangat dengan dia..
tapi tadi leh lak lepak skali..
em..esok aku balik uitm..
maybe new year nanti aku balik umah jap..
cuti kan..
tapi tgk keadaan la..
as cakap nk ajak kuar beli barang dapur..eh, barang hostel..
tu pun kalau kawan dia x jadi teman dia..
perasaan aku sedey bercampur excited..
sebab bakal memulakan sem baru..
sem 4..
pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2 tahun aku blaja kat uitm ni..
rasa macam junior lagi..huhu..
aku bukan ape, aku sedey sebab aku tak dapat ape yang aku nak..
berkaitan result aku..
tadi aku tgk result as..
3.9 tuuu...
aku rasa malu sangat..
aku 3.39 je...
nape die boleh wat, aku takleh??
nape die leh skor, aku takleh??
sume subjek dia dapat A kecuali BEL..
aku lak, microb B, nutrition B, BEL B..
yg aku aim A pun, dapat A- je..
Ya Allah, nape ngan aku ni??
ape silap yg aku dh wat??
aku memang sgt2 la sedey sekarang..
nape aku xleh jadi pandai cm org lain??
pe dosa yg aku dh wat sampai menghalang aku utk cemerlang??
Ya Allah, Kau tunjukkanlah Ya Allah..
agar aku tahu di mana silap aku..
akan aku perbaiki kesilapan aku..
Aku nak cemerlang Ya Allah..
Aku nak!!!!
pe nasib aku next sem??
makin kecundang ke??
bukan aku x usaha..
bukan aku x study..
bukan aku x struggle..
aku dh x tahu pe lagi yg patut aku wat..
aku dh buntu..
dh putus asa..
x cukup ke lagi pengorbanan aku slama ni??
sampai x cukup rehat..
pe pengorbanan lagi yg patut aku wat??
korbankan masa enjoy, ye aku dh korbankan..
korbankan masa rehat, ye aku pun dh korbankan..
korbankan tenaga, makan. sume pun aku dh wat..
So what else??
Ya Allah, jgn hukum hambaMu ini begini..
Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yg Kau beri..
Tapi nape aku x dpt mcm yg org lain dpt?
Pe lagi yg perlu aku wat?
Ya Allah, apa hikmah atas ape yg Kau beri ni?
Ya Allah, berkan kekuatan pada aku..
Aku tak mahu jadi hamba yg x bersyukur..
tapi aku pun x nk senang berpuas hati dgn ape yg aku peroleh..
kuatkan semangat aku utk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan..
amiiinnn...

Thursday, December 25, 2008

Result.Tahun baru

18 disember yang lepas, result final exam sem 3 aku dah kuar. Masa tu aku kat UiTM, tgh busy dengan latihan untuk closing ceremony AUG. Mula2 dapat information result kuar 17hb, tapi sampai ke malam membe aku check, xde pun. Berdebar debar rasanya. Aku x dapat nak jangka result aku, sebab sumenya aku serah pada Allah je.
Aku minta tolong membe yang tengokkan, sebab aku susah nak guna wireless mawar. Lembab. Masa membe aku call, aku kat padang. Masa tu tgh rest. Masa dia sebut tu, rasa cam nak nangis. Result aku drop. Boleh tahan banyak lak tu. Yang paling ketara, dari dean list, aku dh x tersenarai dalam dean list dh. Sedihnya Tuhan je yang tahu. Aku struggle separuh mati. Tapi aku akui, aku mula lambat. Aku study last minute sebab banyak sangat keje yang aku kena settle masa study week tu. Study week pun tak macam study week. Memang sangat2 la kelam kabut. Tapi xpela. Sekarang ni, aku dah leh terima kenyataan. Setakat tu je kemampuan aku kan, redha je la. Aku ade lagi 5 sem. Peluang banyak lagi. Banyak lagi masa untuk aku usaha jadi yang terbaik. InsyaAllah. Mungkin ada hikmah sume ni. Mungkin Allah sengaja taknak aku terlalu selesa dengan kedudukan aku. Mungkin kalau aku tersenarai dalam dean list, aku akan jadi berlagak ke, takbur ke, atau makin berlengah lengah. Mungkin. Jadi sekarang, dengan keadaan result aku yang kurang memuaskan, aku akan lebih berusaha, work hard.
Sem ni aku nak kurang libatkan diri dengan aktiviti selain akademik. Aku akan lebih fokus pada akademik saja. Mungkin sikit2 tu leh la. Sem lepas, aku sibuk giler. Dengan club food tech lagi, dengan setiausaha kat kolej lagi, dengan koko, kena pressure dengan debate lagi. Tapi xpe la. Benda dh lepas. At least, sume tu menjadikan aku lebih matang utk manage hidup aku lepas ni. InsyaAllah...
Tahun baru x lama je lagi. Tinggal seminggu. Azam aku ialah, I want my dean list back! I will struggle for it. May Allah bless me always. Dan tahun 2009 ni of course, dah meningkatkan lagi umo aku. Act, hari2 pun umo meningkat, tapi kita selalu nampak bila berganti tahun je. Maknanya, aku kena jadi lebih matang, lebih berdikari. Aku sedar, selama ni aku slalu maen2. Perangai agak kebudak budakan. Moga2 pertambahan usia dan pertukaran tahun ni menjadi titik tolak kepada transformasi diri aku ke arah yang lebih baik.
Amiiiinn.......................

Monday, December 15, 2008

kenangan terindah..(AUG2008)



Akhirnya berakhir sudah acara pembukaan untuk sukan universiti asean 2008. Dah selesai tugas aku sebagai sukarelawan untuk acara ni. Banyak kenangan yang tak dapat aku lupa. Pahit, manis, kelat, tawar. Tapi semuanya tu best sangat bagi aku, n aku takkan lupakan sampai bila2. Mungkin ni je peluang yang aku dapat untuk libatkan diri dalam acara peringkat asean ni. Aku bukan setakat mewakili UiTM tercinta, tapi juga mewakili Malaysia. Wah3..bunyi cam gempak..hehe..


Rasa2nya kalau aku x join AUG ni, ntah bila la aku akan jejakkan kaki kat Stadium Nasional Bukit Jalil ni. Walaupun dah lama menetap kat sini, ni la pertama kali aku sampai kat bukit yang diberi nama Jalil..ngeh3.. Kitorang mula training kat bukit jalil ni dari 5 Dis sampailah acara pembukaan pada 13 Dis. Lebih kurang seminggu je. Sebelum tu, training kat Stadium UiTM je. Tapi masa first day training kat sini, terasa susah yang amat. Mana tak nye, kalau kat UiTM, boleh la nak bangun lambat sikit, sebab training mula pukul 9 pagi. Tapi bila dah ke bukit jalil, kena berkumpul untuk naik bas pukul 7.30 pagi dan malam pulak sampai lewat kat UiTM, dalam pukul 12 malam. So penat memang takleh cakap la. Dah tu, takde la seselesa masa kat UiTM. Time rest kat UiTM, leh balik bilik baring2, tido ke. Guling2 kat katil cam tenggiling.Tapi kat bukit Jalil ni, nak guling2 kat mana. Surau pun penuh sesak tambah2 masa masuk waktu. Bukan kata nak baring, nak berdiri pun dah x muat. Almaklumlah, manusia nya dekat 3000 orang. Surau ada berapa biji la sangat. Agak kecik pulak tu. So terpaksalah bersesak untuk solat. Nak rest, kena la lepak je kat kerusi penonton dalam stadium tu. Letihnya Tuhan je la yang tau. Tapi pengalaman bestnye ialah, setiap kali kitorang pergi Bukit jalil dari UiTM n balik dari Bukit Jalil ke UiTM, kitorang akan diiring oleh marshall. Ramai pulak tu. Bangga rasanya bila marshall tu sume tahan kereta untuk bagi laluan pada bas UiTM yang bawa kitorang ni. Rasa cam penting je kitorang ni,hehe. Dah la ada 50 bas UiTM yang perlu diberi laluan. Kesian pun ada kat kereta2 yang ditahan. mana lah tahu diorang pun ada hal penting, kena segera sampai ke destinasi. Tapi nak wat camne kan. Seronok gak diiring. Tak terperangkap dalam kesesakan.


Ni masa wat full dress rehearsal..Ni la kostum kitorang. Masa mula2 dapat, terkejut gak. Geli n lucu pun ada. Putih dari atas sampai bawah. Muka je tak putih..hahaha.. Dah macam pesakit kat hospital sakit jiwa pun ada. Tapi lastly baru aku paham kenapa putih yang dipilih. Putih ni akan pantulkan cahaya dengan kadar maximum. Diorang akan main lighting je masa show nanti. So effectnye akan cantik la..hoho..


Masa training kat UiTM, penat tapi best. tapi kesian kat padang tu. Dah abes rosak rumput kat situ kitorang kerjakan. Maklum la, tiap2 hari dipijak, dari pagi sampai malam lak tu, gondol dah banyak bahagian.haha.
Tapi apa2 pun, this is the best memory i ever had. Dapat kawan baru, dapat pengalaman baru. Walaupun kekadang kena marah, kena tahan berjemur, berhujan. Kena beratur panjang giler masa nak makan, sume tu pengalaman sekali dalam seumur hidup. I really appreciate it. Mana2 yang baik tu, aku akan simpan jadi kenangan terindah, dan mana2 yang kurang baik tu, aku akan jadikan pengajaran. Berbaloi aku tak cuti, hehe..=)
wassalam...........

Tuesday, December 9, 2008

my sport shoes

Still remember aku penah cite pasal my sport shoes?
yup, demi SUA @ AUG, aku dah kehilangan sport shoes kesayangan aku.
Ni ha, yang warne hitam merah ni..
memang my favourite color.
tapi disebabkan kerakusan aku masa latihan..
aku secara tak sengaja dah terkopakkan tapak dia..
mula2 ingat kopak sikit je..
aku pun gam je semula dengan gam yang power gak la..
tapi tahan seminggu je..
pastuterkopak semula..
kalau ikutkan hati, sayang sangat nak gantikan kasut ni dengan yang baru..
walaupun kasut ni bukan rand yang best2 pun..
cap ayam je..
tapi selesa...
aku pun suka color dia..
dan kasut ni dah bersama dengan aku dari aku semester 1 lagi..
dah setahun setengah..
dari zaman belasan tahun la maknanya..
sekarang dah bukan belasan lagi..hehe..
Tapi disebabkan aku sangat2 memerlukan sport shoes untuk latihan aku..
aku beli kasut baru..
tapi kasut cap ayam ni aku masih simpan..
ada lagi kat bawah katil..
walaupun aku tahu aku takkan guna dah..
sebab sekarang aku dah ada 2 pasang sport shoes yang baru..
1-yang baru aku beli (power)
2-yang aku dapat free sebab join SUA.
Ni ha kasut yang aku baru beli..
tapi sekarang kasut ni dah sedikit kotor la..
gambar ni aku capture masa baru beberapa minit je aku beli..
tak pakai pun lagi..
tapi sekarang dah dekat 2 minggu aku guna..
paham2 je la..hihihi..
masih belum berkesempatan nak cuci..
sebab sibok sangat dengan latihan..
mula2 aku taknak amek kasut ni..
sebab my friend pun minat kasut ni n ada cakap nak beli..
tapi lepas aku survey 3 pusat bandar kat shah alam ni( bukan pusat bandar sebenarnya..shopping complex je) iaitu PKNS, SACC Mall n plaza alam sentral, lastly aku beli yang ni juga..
sebabnya aku tak jumpa dah kasut yang tak berapa heavy, simple n cool, and harga yang berpatutan macam kasut ni..
so my friend, sorry la..aku dah beli dulu..hehu..
Kasut free,aku tak sempat nak capture lagi pic nye..
kalau ada kesempatan, aku upload la ye..
anyway, feel free to watch the asean university games opening ceremony on this 13th december on rtm..malam tapi taktau pukul brape..hehehe..
got to go..

Monday, December 8, 2008

DoAkU....

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Dan ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Wednesday, December 3, 2008

malam yang berbagai

Malam tadi, 2hb banyak perkara yang berlaku. Malam tadi rasa sedih, rasa geram, rasa gembira n teruja. Semua ada. Aku sekarang berada di UiTM, walaupun sekarang tengah cuti sem. Hari2 berada kat padang pukul 9 am. Malam pulak tido paling awal pukul 12. Semua ni gara2 SUA, Sukan Universiti Asean @ Asean Universiti Games (AUG). Tapi aku enjoy dengan apa yang aku buat. Sangat2.
Bercerita pasal malam tadi. Malam tadi floor manager (FM) kitorang merangkap instructor yang handle formation kitorang, marah2. Sebabnya senang je, group aku terlebih 15 orang. Sepatutnya cume perlukan 100 orang je. Masalahnya dari semua pihak. Kitorang (sukarelawan) pun salah, diorang (FM) pun salah jugak. Meor (FM group kitorang) minta volunteer untuk keluar dari group tu. Just imagine, kitorang dah bersusah payah, berjemur berhujan kat tengah padang stadium tu hampir setiap hari, tiba2 dia nak soh keluar cam tu je? Sape yang nak! Sepatutnya Meor kena fixed dari awal2 lagi 100 orang je. Supaya yang kena keluar tu tak rasa apa2 sangat sebab masa tu tak pulun sangat berlatih. Group kitorang pun dah rapat dah antara satu sama lain. Rasa sayang la kalau ada sape2 yang di eliminate. Sedih OoOo. Masalah ni pun berpunca daripada kami juga. Sebab ada sukarelawan yang sesuka ati je nak datang ke, taknak datang ke latihan tu. Latihan setiap hari, dari pagi sampai malam. Tapi ada sesetengah yang pentingkan diri tu, datang bila nak, bila bosan tak datang. Padahal orang lain datang setiap sesi, berpenat sepanjang 2 minggu ni. So pada masa yang diorang tak datang tu, group ni dah cukup2 je. Tapi esoknya bila orang berkenaan datang n sesuka ati je masuk, dah terlebih orang pulak. Mula2, meor minta volunteer. Bila dah takde sape yang sukarela nak keluar, dia terpaksa bertindak kejam. Dia kata nak pick je sape2 untuk keluar. Nasibla. Tapi pas bincang, diorang ubah. Diorang panggil ikut senarai nama. Ada 5 barisan. Tiap2 barisan nak 20 orang je. Nama sape yang terletak lebih dari nombor 20, akan di eliminate. but then, diorang rasa unfair sebab yang terkeluar tu adalah orang2 yang rajin datang, termasuklah kawan2 baru aku, iwan n aizudin. Sian tengok diorang. Muka dah tak leh blah dah masing2. At last, diorang amek keputusan untuk form huruf G, n sesape yang tak tahu kedudukan die dalam formation huruf tu, akan keluar. Alhamdulillah semua selesai. Sekarang group aku dah ada cukup2 100 orang. Janganlah esok lusa tiba2 ada terlebih pulak. Meor memang dah bengang dah semalam. Sebabnya group orang lain takde masalah. Group kami je. Dah tu, orang yang selalu ponteng tu taknak ngaku pulak, taknak volunteer keluar. Ntah ape2. N ade tangisan masa orang yang tak sepatutnya keluar, dikeluarkan pada awal2 sesi. Tapi lepas semua rombak semula, semua dah lega. Semua gembira n puas hati, n formation yang kitorang buat malam tadi berjalan lancar dengan penuh semangat.
Bila dah jadi macam ni, baru aku sedar yang aku dah mula sayangkan group aku ni. Kalau boelh, taknak sape2 pun yang keluar. Semangat berkumpulan tu dah mula kuat, walaupun pada awalnya, ada sikit selisish faham n tak puas hati. Biasalah manusia, bila dah terlalu ramai, terlalu banyak kepala n idea, terlalu banyak mulut. Persilisihan pasti berlaku. Tapi semua tu dapat diselesaikan.
Harini life aku macam biasa. Pergi training. Balik, makan, n tido. Esok kitorang akan dibawa ke KLCC. Saja nak hang out dengan kawan2 walaupun duit dah tak berapa nak ada. T_T.
Hari jumaat ni kitorang akan mulakan latihan kat stadium bukit jalil. Kat sana nanti, kitorang akan dilayan dengan lebih serius. Masa dah kritikal. Tinggal 10 hari je lagi nak mantapkan persembahan n movement kitorang. This is for UiTM, this is for Malaysia. Semua negara Asean akan tengok n i proud to be part of it. Letih tu perkara biasa. Harapnya pengalaman aku kat sini akan jadi kenangan terindah.
Persembahan pembukaan akan disiarkan secara langsung kat RTM 13 Disember ni. Tengoklah hasil penat lelah kami pelajar UiTM selama lebih kurang 3 bulan.

Saturday, November 22, 2008

penat vs teruja

yes! akhirnya dapat juga cuti..
baru 3 hari, dah rasa penat yang teramat..
mestilah penat..
dari pagi sampai malam training..
semput aku..
mulanya cuma dapat ret malam ni sampai sok pagi je..
tp akhirnya dapat rest dari petang tadi sampai esok malam..
alhamdulillah........
cadangnya nak ke sacc mall esok, nak beli sport shoes baru..
sport shoes aku sekarang dah giler nazak..
dah kopak dah tapaknya........
lately slalu hujan..
lalu kat lecah n lopak air..
terasa la air dalam kasut..
tapi masih terkawal..
belum sampai tahap bertakung dalam kasut lagi..hehe..
kasut ni pun dah layak ditukar..
dah guna setahun lebih dah..
sejak dari sem 1 lagi..
ade lagi 1 kasut bum..
tapi sayang lak nak guna kat kawasan lecah2 ni..
kang kotor..
dah la surface die baldu..
tak sanggup..tak sanggup..huhuhu..
so lebih baik beli yang baru..
3 hari lepas, sebelum latihan mula, aku ada usha sepasang sport shoes ni..
kat kedai bata..
jenama power or adidas..
aku sendiri dah tak ingat..
cun gak...smart...PVC, so mudah nak cuci..tak mudah basah..
n the price is only RM35..
wow..awsome.....
tapi Is pun minat kasut tu..
kang kalau dia pun beli yang tu, takkan aku pun nak beli yang tu..
kang sama..tak best la..huhuhu..
takpe2, aku boleh survey lagi kasut lain..
hari tu tak sempat nak round2, sebab dah malam..
esok boleh la jalan2 lama2 sikit..
kena cari betul2..
ha,another thing....
i got a very bad sunburn on my face!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
it's only 3 days..........
how will it be after a month???
huisy.........tak sanggup nak memikirkannya..
ingat senang ke nak pulihkan semula muka yang sunburn??
susah woooooo......
berbulan bulan dowh.......
hadoi.........
sabor je la....
demi SUA...aceeewah..=)
kepada sesapa yang nak tengok usaha kami pelajar2 uitm selama lebih sebulan ni..
boleh tengok kat TV nanti majlis perasmian n penutupnya..
16 disember dan 21 disember..
sepanjang tu, ada competition untuk macam2 acara sukan..
rasanya RTM siarkan juga kot..
aku setakat ni agak teruja untuk bersilat..hehehe..
ada part2 yang aku kena bersilat, n i really enjoy it..
heeeeeee...
just wait n see this 16 and 21 december k..
daaaa..........

Wednesday, November 19, 2008

penat.terganggu

penat sangat harini..
pagi tadi training, dari pukul 9 sampai pukul 12..
panas dan letih...
patutnye petang tadi ade lagi..
tapi disebabkan hujan lebat ngan guruh lagi...
training dah dibatalkan...
dan aku??
apa lagi..tido laa....penat oOoOoOo....
tido dari pukul 1 sampai pukul 3..
puas hati..
again, 2 hours..macam biasa...hahaha
malam ni ada lagi training..
dari pukul 8 sampai pukul 10..
malam takpe la..
tak panas....lega sikit...
dan inilah rutin seharian aku sepanjang sebulan ni..
semalam tak boleh tido sangat..
mungkin terganggu..
sebab dapat mesej dari seorang sahabat aku..
mesej yang memberi impak pada aku..
but it's ok..
aku dah dapat agak benda ni akan jadi juga..
kalau bukan sekarang pun. mungkin esok2..
mungkin lebih baik terjadi sekarang..
supaya aku boleh biasakan diri aku nanti..
takpe, sume yang berlaku ada hikmah..
this weekend, ayie ajak kuar..
kalau latihan aku takde, boleh la gak...
tapi kalau weekend pun ade training, tak dapat la den nk nolong..huhu
ok la..got to go..
nak kena solat naghrib then gi pusat sukan untuk training..
Papai (^.^)

Monday, November 17, 2008

something to be ponder

Adakah betul bahawa kita mesti berusaha sedaya yang kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan?? Tak boleh ada sifat putus asa. Mesti mencuba dan terus mencuba tanpa kenal erti penat. Benarkah? Terkadang terfikir juga, bila masanya untuk kita berhenti mencuba? Berhenti mengharap? Mungkin sesuatu itu memang bukan ditakdirkan untuk kita. Tuhan saja yang tahu itu semua. Kita manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Orang selalu mengatakan ‘jangan berputus asa’. Tapi aku pernah juga terbaca satu ayat yang membuat aku berfikir semula tentang ‘jangan berputus asa’ itu. Sometimes we need to give up, so that we know our limit. Ada benar juga kan? Kita manusia, banyak kelemahan dan keterbatasan. Jadi, bila sampai satu tahap di mana kita perlu berputus asa, berhenti mengharap dan mencuba, supaya kita sedar bahawa setakat itulah sahaja kemampuan kita.
Kebanyakan manusia (termasuk juga aku) terkadang tak pernah serik untuk mencuba. Sedangkan mungkin Tuhan menghalang kerana Dia sedang memberitahu bahawa “Enough! That is not for u”. Mungkin sudah ditetapkanNya. Tapi kita manusia, jarang-jarang sekali berfikir sebegitu. Bagi kita tiada yang mustahil di dunia ini. Ya, aku akui memang tiada apa yang mustahil. Nothing impossible. Tapi sesuatu itu akan menjadi tidak mustahil jika Tuhan merestuinya. Jika Tuhan membenarkannya. Dan sesuatu itu akan menjadi mustahil jika Tuhan menetapkan sebegitu. Tak kisah lah dalam keadaan apa sekali pun. Dalam mengejar cita-cita, ataupun cinta. Dulu semasa kanak-kanak jika ditanya “apakah cita-cita awak?” aku pasti menjawab “doktor!”. Masih belum mengerti keadaan seorang doktor, masih belum memahami kepayahan hidup untuk mencapai cita-cita tersebut. Tapi kini, aku bukan seorang doktor ataupun pelajar jurusan kedoktoran. Keadaan aku sekarang jauh menyimpang dari apa yang aku citakan semasa zaman kanak-kanak. Bila memikirkan semula, memang sudah ditakdirkan aku takkan menjadi seorang doktor. Tuhan telah menetapkan begitu. Dan sekarang aku yakin, siapa aku dan di mana aku sekarang, adalah yang terbaik untuk aku, yang Tuhan rencanakan. Memang tidak mustahil untuk aku bergelar seorang doktor, tapi Tuhan tidak izinkan. Tuhan menetapkan kudrat aku setakat mana aku sekarang. Dan aku sekarang adalah manusia yang mahu hidup dalam kesederhanaan. Bagi aku, doktor terlalu ‘sempurna’. Terlalu ‘hebat’. Aku kurang menyukai kesempurnaan. Sounds weird. But that’s me. Kesempurnaan dan kehebatan membuat kita lupa kelemahan dan kekurangan diri. Mungkin itulah yang cuba aku elakkan. Biarlah aku menjadi manusia yang sederhana. Tidak terlalu hebat di mata manusia, tidak terlalu sempurna. Supaya bila tiba masa untuk aku diuji dengan kegagalan dan kepayahan, aku boleh menerima dengan redha.
Do not fly too high coz if u fall, u will get hurt badly.
Something to be ponder……..

Sunday, November 16, 2008

hari ni

Assalamualaikum w.b.t
Sekatang aku berada dekat rumah..
yeah..rumah adalah tempat yang paling best bagi aku..
nak lepak puas2 kat rumah ni..
sebab ade 3 hari je masa nak dok kat rumah..
lusa aku dah kena balik uitm dah..
pastu masa raya haji la kot baru dapat balik rumah..
my planning for tomorrow...cancel..
tak jadi nak hang out kat KL..
sebab kena settle kan assignment..
waaaa.........T0T
sampai hati Dr JJ...
reject assignment aku yang first tu....
penat tau aku buat..
ingat aku sengaja ke nak buat cikai2 je..
aku terpaksa..
sebab dia gak...
dah la dia paksa aku debat sampai 2 kali..
bagi tajuk plak yang ntah hape2..
pastu reject assignment aku pulak???
aku banyak berkorban untuk debat tu wooo...
mana sempat nak buat assignment PERFECTLY..
patutnya terima la apa yang aku mampu buat tu......
wuwuwuwuwuwuwu......T_T
takpe2....nasib baik la masih ada kesabaran walaupun dah menipis..
ingatkan dah lepas final ni dah lega..
rupanya ada lagi yang tak settle..
penat tol..

ari ni takde yang special...
macam biasa je...
bangun pagi, sarapan, gi pasar, masak, tengok tv, makan.
mula2 rasa best la..
tapi lama2 mesti boring gak..
its ok..
just for 3 days..
not much to write..
daaaaaaaaa...........
Wasalam

Friday, November 14, 2008

the end..

14 November 2008
Malam terakhir di kolej delima
untuk tahun 2008 ni la..
malam terakhir untuk struggle..
for this sem and this year la..
sem depan a.k.a tahun depan masih meneruskan hidup di delima..
masih meneruskan ke'struggle'an..
masih.............fuh!
sekarang tengah penat yang teramat..
dari pagi tadi study..
stop untuk makan n solat je..
jap gi kena sambung semula..
sebab masih banyak yang belum cover..
tangan agak menggeletar masa menulis ni..
don't know why..
may be sebab lapar...
or sebab penat sangat..
or sebab cuak tak abes study lagi untuk exam esok..
or semua sekali..T_T
malam ni nampaknya terpaksala makan epal n minum milo je..
sebab tak mampu nak gi beli makanan..
masa itu emas..
sekarang baru cakap masa tu emas..
bila dah rasa tak sempat nak abeskan mentelaah..
kalau tak, dok bersenang lenang je..
inilah aku..
selalu buat sesuatu last minit..
terutamanya study..
tapi, aku penah gak study awal2..
but then, masa nak dekat2 exam, still kena study semula
sebab...
semua pun dah lupa.....T_T
haiya.........................................
so study last minit tu la memang stail aku..
dan stail kebanyakan student pun..
besok paper physical chemistry..
my last paper..
pukul 9-12
lepas tuuuuuu.................................
kita enjoy!!!!!!!! ^.^
buat sementara la...hehu..
bukan enjoy sangat pun..
aku akan terus balik rumah..
makan lunch..borak ngan my mum..tengok tv..
qada tido..(padahal aku tetap tido dengan cukup dan nyenyaknya walaupun final exam)
Planning nak kuar ari isnin..
kenapa isnin??
sebab isnin tak ramai orang ..(konon2nya la)
kalau nak tengok movie ke, main bowling ke, layan ice skating ke..
price dapat la murah sikit..sikit je la..
ok la tu..janji kurang dari price masa weekend..expecially ahad..
ari selasa pulak dah kena daftar masuk kolej mawar..
untuk SUA..
aku akan bermaustautin kat mawar sampai raya haji..
pastu cuti jap untuk raya..
then gi stadium nasional pulak..
sampai 21 disember..
tak sabar sebenarnya..
nak kutip pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup..hmm...
emm.maybe i'm gonna be a tutor next year..
for secondary school student..
taktau lagi untuk subjek ape..
maybe bio, chem, add math, or math mode..
or science lower form..
atau 2, 3 subjek sekali..
ntah la..
baru dalam perancangan..
disamping dapat extra money, dapat pengalaman..
dapat student.........hehehehe
tak dapat jadi cikgu, jadi tutor pun ok la..
tetap mengajar gak...
got to go..
dah azan isyak..
wassalam..

Wednesday, November 12, 2008

another one to go!!!!!!!

Yeah...another 1 to go.. After this last paper, my third semester is finish..harharhar..
can't wait to finish it..just like waiting for freedom..it is just an exam anyway..hehe..
I've finished my CTU,BEL,FST501,CHM413 and MIC500. only waiting for CHM431..
my last paper on this saturday.. maybe on monday, i will go to KL, n have fun..harharhar..
not really 'berpoya-poya', just hang out with my friend, watching movie, get some stuff, chatting and enjoy.....................................
but before that, remember another 1 to go..huhuhu..
quite tough subject for me..
i'm quite scary, coz until now, i just lepak2 n not start studying AT ALL!
i have a test tomorrow for the same subject..
i've try to do the tutorial, but seems like i don't know anything..
Owh My God, what to do????????
my plan, this morning wanna go to discuss with my lecturer..
but she didn't answer my call..
just wondering if she is busy....
but, its ok..i will just go terjah her room..harharhar..

boleh tahan clear meja aku pas abes 3 paper..heheh

studying for Nutrition..study atas katil, makan atas katil, tido atas katil..nazak2!


struggle for Food Microbiology..killer subject..
hopefully, when i get my result, i will satisfied with it..hopefully.....amin..

Monday, November 3, 2008

final exam. the end of my third semester



yea, sekarang tengah exam week...
Tapi hari ni aku tengah lepak2 kat rumah...
Lepak makan angin, merehatkan minda...
Padahal exam tak abes lagi ni..
hampeh je...
aku dah lepas 3 paper..
Ethic relationship, reading & critical thinking, n nutrition..
dalam 3 paper ni, nutrition agak membunuh..
reading & critical thinking pun..
sebab carry mark aku sikit..
tapi reading & critical thinking tu xpe lagi..
2 jam kredit je..
dan bukanlah major subjek pun..
tapi nutrition sangat penting..
as a food tech student, subjek nutrition sangatla penting.
3 jam kredit..
kalau tak score, rasa cam tak layak pulak nak jadi food tech student..
tapi carry mark pun sikit gak..
setakat lulus je...
sebab tu aku cuak..
hmm......
tawakal je la..
another 3 subject to go..
organic chem, food microbe n physical chem..
aku takut untuk food microbe..
my lecturer dah warning awal2..
final exam ni 4 5 kali ganda lebih susah dari test..
sedangkan test2 pun aku dah rasa susah..
ni kan pulak final..
tapi my carry mark quite ok..
26.4/30..
takla terlalu bagus..
tapi rasanya dapat membantu aku untuk cover final ni..
another 10% from lab report..
tapi markah lab report tak tau..
so tak dapatla nak agak..
tapi rasa2nya paling sikit pun dapat 6/10..InsyaAllah...
physical chem n organic chem rasanya boleh survive..
carry mark agak memuaskan..
gap pun banyak antara subjek2 ni..
so adalah aku masa untuk nak wat revision lagi..
tak macam nutrition ni, takde gap langsung..
kena pulun semua dalam masa 1 hari..
whew...nasib baik dah lepas...alhamdulillah..
mood arini biasa je..
rasa relax je bila dok kat rumah ni..
tapi jap lagi kena balik kolej la..
bukan boleh lama2 sangat kat rumah..
sebabnya aku takkan study langsung bila kat rumah ni..
malas tu automatik muncul..hehe..
so kena la balik kolej n struggle for next paper pulak..
this thursday..........
Paper aku abes 15hb..
that is the end of my third semester..
wow, so fast.........
dah nak masuk separuh perjalanan aku kat universiti..
dah nak masuk sem 4 pun..
tinggal 5 sem je la lagi..
hopefully this last 5 semester will give me more success..
aku nak dapatkan keputusan yang paling cemerlang...
aku nak gembirakan n banggakan mak aku...
may be we have some lacking in one side..
but we have an extra at the other side...
camtu la kejadian dan aturan Tuhan..
sangat adil.................................
so walau apapun yang terjadi.....
walau halangan ape pun yang terpaksa ditempuh...
walau seberat manapun ujian yang mendatang...
i have to be strong..
remember this..
Tiqah, you have to be strong...for your mum..
for the one you love...for yourself..
remember Allah always and pray for His blessing...
InsyaAllah, you will happier ever after...

Tiqah,
walau sekencang mana ribut melanda..
walau seganas mana taufan menghempas..
teruskan langkahmu..
berjalanlah tanpa henti...
berjalanlah menuju impian..
jangan sesekali toleh ke belakang..
dan jangan sesekali mengambil kira tohmahan manusia..
kerana kamu ada DIA.........
yang sangat mencintai kamu....................

Tiqah, walau apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti......................................

Sunday, November 2, 2008

deeply stress

This post might be quite boring. So if u think about ignoring it, go on..
Just wanna express my feeling..
not totally expressing..
but hopefully through this post, i can at least face it smoothly..
Ya Allah..
sekali lagi hambaMu ini memohon..
berikan aku kekuatan..ketabahan..
untuk menghadapi segala ujian dan dugaan..
berat sungguh ujian Mu..
Aku hampir2 menjadi manusia yang lemah..
kuatkan ku Ya Allah....
Kenapa saat aku bergelut dengan final exam, dugaan ni datang?
kenapa mesti masa ni??
apakah hikmahnya??
i'm tired enough...
tired with all this damn thing..
KAMU!
kamu sekali lagi! aku dah penat..sangat2 penat..
boleh tak kalau kita hentikan je sume ni?????
selama ni hidup aku dan orang yang aku sayang, terseksa sebab kamu.
apalagi yang kamu nak dari aku dan orang yang aku sayang???
tak cukup ke berpuluh tahun ni??
berapa puluh tahun lagi yang kamu perlukan???
apa salah aku??apa salah kami???
kalau ada pun, tolonglah jangan hanya melihat kekurangan..
kamu juga punya kekurangan..
kamu tak sedar ke?????
YA!
Kamu juga punya kekurangan..
kamu tak sempurna seperti yang kamu jangka..
kamu tak sempurna dan takkan sempurna..
sudah2 la ni semua..
SUDAH2 LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hentikanlah sakiti orang yang aku sayang..
cubalah belajar menjadi manusia..
cubalah belajar menjadi hamba..

Sunday, October 26, 2008

ad-deen........

Ana muslim. anta/anti?
Menyatakan ‘ana Muslim’ , bererti; saya mestilah benar-benar muslim keseluruhannya. Bukan separuh-separuh, bukan sedikit-sedikit. Saya bukan hanya muslim pada ibadah, kemudian bukan muslim dalam belajar/ bekerja. Saya tidak hanya menjadi muslim dalam amalan harian, tapi pada seluruh kehidupan saya keseluruhannya. Muslimkah saya;
Jika mengaplikasi Islam dalam solat, zakat, dan puasa, tapi tidak dalam akhlak, perlakuan dan pergaulan?
Muslimkah saya?
Jika dalam solat, saya mencari Allah.. tapi seusai solat, saya meninggalkan Dia.. [jumpa lagi dalam solat nanti! ]
Jika membaca Al-Quran dengan tilawah yang merdu, namun tak pernah kisah untuk mengambil intipatinya…
Jika sunnah itu, saya rasakan, ketinggalan zaman ?!
Oh muslim kah ana? Muslim kah anta? Muslim kah anti?
Saya adalah the ultimate muslim, yang meletakkan islam dalam seluruh cabang kehidupan, kerana :
صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ
Sibghoh Allah. Siapa yang lebih baik sibghohnya daripada Allah ?
[Al-Baqarah; 2: 138]
Agama itu sibghotullah ( celupan Allah ) ..
Pelik bila mengaitkan agama itu dengan mencelup? Tidak, Bahasa Al-Qur`an itu sangat cantik, dengan perumpamaan yang cukup berkias..
Mari kita bereksperimen ya, eksperimen yang cukup-cukup mudah.
Ambil sehelai kain putih bersih, dan celupkan ke dalam air bernila biru pekat.
Keputusannya : Automatiknya keseluruhan kain bertukar menjadi biru serta merta.
Itulah maksud celupan. Got my words? Agama itu adalah celupan, seperti molekul-molekul air yang meresap, menempati setiap ruang celah yang ada antara molekul kain. Tiada langsung ruangan kosong yang ditinggalkan. Kemudian, celupan itu mendominasi, mengubah sifat kain itu. Begitulah sepatutnya agama itu dalam diri kita; kepekatannya mencelup seluruh rongga hidup, memenuhi jiwa dan hati, mengalir dalam setiap salur darah, dalam setiap degup nadi. Menghasilkan, muslim bukan sekadar dalam amalan, bukan sekadar pada akhlak, bukan muslim hanya dalam pergaulan, tapi muslim, keseluruhannya !
Agama itu deen. Tapi deen itu maksudnya bukan agama ( terjemahan bagi perkataan ad-deen biasanya diertikan oleh orang melayu sebagai agama ) .
Agama = Deen
Deen = ~ agama ; ( ~ maksudnya `not` dalam bahasa verilog- programming)
Saya tidak menidakkan deen itu sebagai agama, tetapi maksudnya adalah lebih dari itu. Agama Islam yang murni, menghasilkan ad-deen; yakni cara hidup keseluruhannya, yang jitu lagi unggul.
Memiliki deen, maksudnya menerima agama dalam seluruh aspek kehidupan, dari bangunnya di waktu pagi hingga kembali memejam mata di waktu malam. Wollohua`lam bissawab…..
Konklusi : Mari memuslimkan diri; bukan muslim main-main, bukan partimer muslim, tapi the total, ultimate muslim !

Friday, October 24, 2008

~my premier debate~

dah sampai rumah akhirnya...lega sekejap...
minggu yang sangat hectic! memang meletihkan..
akhirnya kesengsaraan aku untuk 2 minggu terakhir ni dah berakhir..
debat dah selesai..
alhamdulillah..kemenangan di pihak kami..
thanks a lot to all my team members..nadiah, ida n tqah(not me)
diorang banyak sangat menyumbang untuk kebaikan kumpulan kami..
dan akhirnya kami memang..bersyukur yang teramat..
tapi nak dapat kemenangan ni bukan senang..
banyak benda yang terpaksa kami korbankan..
aku tak pasti pasal kawan2 aku..
tapi aku memang rasa teramatla stress, pressure, tension dan yg sewaktu dengannya..
mana taknye, yang lagi 3 orang team members aku tu dok kolej melati..
aku je yang dok kat delima..delima 1 lak tu..
so aku la yang terpaksa berkorban jalan kaki malam2 ke melati redah hujan..
semata2 nak wat discussion dengan diorang pasal debat kami ni..
dengan keadaan aku yang banyak test..
bayangkanlah hari khamis malam aku debate..
tapi khamis siang ada test..
jumaat pagi pun ada test..
tapi aku memang takde mas nak study..
nak wat research pasal tajuk debate pun berhari-hari..
nak wat text lagi..nak menghafal point lagi..
so aku memang tersepit..
mana 1 yang patut aku wat dulu??
tapi pengalaman debate ni memang tak dapat nak lupa..
selama ni aku boleh je nak bercakap depan orang dengan selambanya..
gemuruh tu ada, tapi boleh di kawal..
tapi masa debate tu, aku memang takleh nak kawal gemuruh aku..
sangat2 takleh..
aku pun taktau nape..
aku dah la first speaker..lagi la bertambah teruk gabra aku..
aku pegang kertas pun dah shaking gler kertas tu..
dah la kamera fokus dekat gler..mesti sume audience pun nampak aku meggeletar..hadoi..
point aku dah ok..but masa rebutt memang leceh..
serabut betol aku masa tu..
nadia soh rebutt point ni, ida soh rebutt point tu, tqah soh rebutt point lain lak..
dah berhelai-helai kertas kt meja aku..serabut gler..
last2 spoil je masa rebuttle time..dah la gelabah, kertas serabut lak..ntah apa aku ckp ntah..
aku rasa judges pun mesti tak paham..
yg paling scary, dekan adalah salah sorang judges!
tapi overall ok..nice experience..
kalau diberi peluang lagi, aku nak join lagi..
tapi kalau boleh janganlah aku jadi first speaker lagi..
cukup2la tu..biarlah aku jadi speaker yang tengah2 sikit..
n kalau boleh, biarlah debate bm lak..
bi ni leceh sikit la..kena dengar betul2 apa yang pihak lawan cakap..
nak rebutt pun kena create ayat betul2..
kang grammar la salah..apa la...susah...
n 1 more thing is..biarlah tanpa ade sebarang tekanan dari luar..
biarlah aku boleh bagi sepenuh komitmen kat debate je..
kalau tak otak aku susah nak fokus..
macam debate ni lah..tengah debate tapi otak dok pikir bila nak study utk test, final..
bila nak siapkan assignment..huhu..so debate ni jadi membebankan..
ingatkan nak take picture untuk kenang-kenangan masa debate tu..
tapi disebabkan sibuk yang teramat sebelum debate ditambah dengn kegelabahan yang melampau,aku lupa nak bawa kamera masa tu..
so takde la apa2 pic masa debat..
tapi Ab selaku AJK malam tu ada take pic kitorang..ade la 3 4 keping..
ingat nak minta dari dia je..
kalau dapat, nanti aku upload kat sini..
wasalam.....

Wednesday, October 22, 2008

debar

TAKUT.GLABAH.SIBUK.TAK TERURUS. = AKU

Minggu yang sangat memenatkan. Sekarang aku berada di Bilik 24jam PTAR. Aku kat sini semata-mata nak mendapatkan wireless. Aku sangat2 perlukan internet sekarang untuk aku cari seberapa banyak maklumat untuk debate khamis ni. Sepatutnya aku dah settle dah debate ni. Tapi xtau lah ni anugerah, ujian atau apa. Aku terpilih menjadi leader for affirmitive side for premier debate this thursday. Hari sabtu lepas, DrJJ call aku.
"I'm pleasure to tell u that u are going to lead the affirmitive side for the Premier Debate this cooming thursday."
Astaghfirullahalazim................
tu je yang termampu aku ucap dalam hati. Mulut memang tak terkata apa2 la.
Aku seronok dengan pemilihan ni, sebab ni membuktikan yang aku bukanlah seorang student yang pasif. Aku mampu bercakap, mengeluarkan pendapat, berbincang dan berdebat.IN ENGLISH. Selama ni aku takde confident. Aku dipilih daripada 166 orang pelajar yang involve dalam first session debate minggu lepas. Aku ranking pertama. Aku snediri terkejut. Dalam 166 orang, I'm the no 1! Aku tak rasa aku bagus. Sebab tu aku cuak. Semua orang tahu aku dapat first ranking. Semua orang ingat aku bagus. Tapi bagi aku tu cuma rezeki aku. I'm not an excellent one.
Minggu ni aku ada 2 test. Aku masih belum study lagi sebab memang sibuk mencari point debate ni. Kelas tetap kena gi macam biasa. Tugas aku dalam Pertema belum selesai. Banyak lagi yang aku kena settlekan sebelum letak jawatan hari khamis ni. Tugas dekat kolej lagi. Macam mana aku nak handle semua ni serentak? The worst part is, next week is the beginning of my final exam. But untill now, I've do no revision at all! How come?? Macam mana nak score ni? Final exam tu penting.
Aku ingat nak buat cikai2 je debate ni sebab bagi aku, study aku lebih penting. Tapi aku dapat tahu yang premier debate ni diadakan besar-besaran. Semua lecturer kat fakulti aku dijemput. TNC pun ada sama. Siap ada sijil penyertaan, hadiah n macam2 lagi la. So, takkan la aku nak buat cikai2 je? Of course aku kena all out, bagi sepenuh komitmen kat debate ni. Tapi, mampu ke aku?
Aku tak nafikan aku bangga bila jadi yang terbaik diantara terbaik. Perasaan tu memang ada. Tapi aku juga akui, aku tak sehebat n tak sekuat yang dijangka. Sekarang ni pun perasaan aku tengah bercampur baur. Aku terasa macam nak nangis. Expectation orang sangat tinggi, sedangkan aku sedar siapa aku.
Ya Allah, adakah kejayaan ini Kau berikan untuk menguji aku?
Ya Allah, jauhilah diri aku dari perasaan riak, sombong, takbur atas segala apa yang aku kecapi kerana aku tahu semua ini adalah milikMu yang kau pinjamkan kepada aku buat sementara. Aku hamba yang lemah, hina. Aku tak kuat Ya Allah. Aku tak tabah. Janganlah Kau pesongkan hatiku ini. Aku sangat takut. Takut aku menjadi manusia yang lupa apabila diberi kejayaan sekelumit cuma. Ya Allah, kuatkan jasadku, kuatkan, mentalku, kuatkan rohaniku. Hanya kepadaMu Ya Allah mampu aku berbicara dan memohon. Kerana hanya dengan berbicara dan merayu kepadaMu, ku temui ketenangan walau diri dalam kekacauan. Ya Allah, limpahi diriku dengan rezeki dan kejayaan disamping menjadikan aku manusia yang tidak lupa.

Friday, October 17, 2008

LEGA


Alhamdulillah.....................................

Akhirnya berakhir beban aku untuk sem ni.

Debate dah habis, presentation dah settle, assignment CHM412 dah submit, lab report CHM431 dah anta, test dah lepas.

Tapi ni baru untuk minggu ni je. Minggu depan pun nazak gak ni. Ada 2 assignment lagi perlu submit, 3 test kena settle.

Lepas tu, struggle for final exam. Juz around the corner. Takleh berlengah lagi ni,huhu.

Cite pasal debate semalam, aku dah lega sangat. Sepanjang 2 minggu ni aku sangat la tertekan sebab debate tu. Dr JJ memang suka buat benda2 yang membebankan. Subjek dia ni lulus/gagal je, tapi strugglenya macam 4 credit hours. Banyak lagi subject tak cover ni. Minggu ni memang sangat kelam kabut. Aku yang tak reti stay up ni pun dah kena tidur lambat siapkan kerja, bangun awal pulak tu. Letihnya Tuhan sajala yang tahu. Banyak sangat benda yang bertimpa-timpa minggu ni. Mana dengan nak study untuk test, nak prepare presentation n debate, nak siapkan lab2 report n assignment. Otak aku pun dah jadi celaru. Tak ingat tarikh, tak ingat hari, aku fikir lain tapi mulut cakap lain, terkejar ke sana ke sini. Mana nak uruska pasal Food Product Development Competition tu lagi.

Owh ye, cite pasal Food Product Development Competition. Pertema masih menjadi organizer untuk sem ni. Tapi sem ni terancang sikit sebab dah masuk meeting awal, dah prepare awal. Macam sem lepas, tinggal seminggu lagi nak run program, baru la En Adi kata Pertema kena handle. Mana nak buat buku program lagi, nak buat banner, nak buat poster, nak tempah tempat n khemah, technition, peralatan, kerusi meja, jamuan ringan untuk judges, nak sediakan sijil2 untuk peserta. Memang kelam kabut sangat. En Adi pulak cerewat tahap dewa dewi. Dah la bagi kerja last minute, tapi nak perfect, demand. Penat kami2 ni tau.

But this sem quite ok la. Banner pun guna yang sem lepas punya, buku program pun dah siap, poster dah tampal, sijil n peralatan sume dah ready, tinggal nak setup khemah je la hari Isnin petang ni. Program tu hari Selasa pagi sampai tengah hari. Food Product Development Competition (FPDC)ni adalah competition untuk student2 part 5 diploma n Part 6 degree. Student2 ni akan diberi masa sepanjang sem ni untuk membuat product makanan mereka sendiri. Project ni by group. Sangat best masa majlis tu nanti sebab student2 lain boleh je nak datang tengok booth2 diorang, rasa product makanan yang diorang buat ni dengan percuma,n beri komen. Disebabkan sem lepas pun Pertema yang handle, aku dapat tengok dari awal sampaila abes majlis. Kena juga amek apa2 ilmu untuk aku get ready sebab aku pun akan menghadapi perkara yang sama masa part 6 nanti. Judges terdiri daripada lecturer2 Food Tech sendiri. N bukan setakat buat produk makanan je. Student2 ni juga kena buat seolah2 mereka nak pasarkan produk tu. Kena siap dengan packaging lagi. Kena ada maklumat tentang survey yang diorang buat, sama ada produk diorang mendapat komen baik atau sebaliknya. Kena ada statistik. Kena ada comparison dengan produk2 terkemuka yang memang dah ada kat pasaran sekarang. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal la kiranya. Judges pun menakutkan juga. Unexpected question always being asked. Sem lepas aku tengaok, ada gak yang tak dapat nak jawab bila jugdes mula pusing2 soalan.

Tapi sem ni disebabkan ketiadaan batch degree part 6, competition kali ni hanya disertai oleh student2 dari diploma part 5. So, kepada warga UiTM Shah Alam, apa tunggu lagi. Meh la memeriahkan lagi booth2 mereka ni. Boleh rasa makanan diorang ni. Free oOo,hehe. Kepada yang bukan warga UiTM pun boleh je datang,hehe.





Mari mari ramai2 datang rasa makanan student Food Tech!!

Tuesday, October 14, 2008

Dinner.Test.Sibuk.Exam.

Penat..Letih..Serabut..Sakit otak..sume ada la pendek kata...
Penatnya minggu ni. Minggu ni adalah minggu second last aku menghadiri kuliah sebelum study week n final exam. Actually, takde study week pun. Konon2 study week dari 25 Oktober sampai 29 Oktober. Tapi 25hb tu hari Sabtu. 10hb dah mula first paper, iaitu hari Khamis. Tak sampai seminggu la study weeknye. Bukan lah 'week' namanya. Hadoi.

Hari Sabtu yang lepas, aku buat jamuan raya kat rumah. Nak cakap 'open house', bukanlah 'open house' sangat pun. Makanan sikit2 je. Mak aku buat mi kari, soto n mi sup. N kuih2 raya pun banyak lagi, lebih kurang desert la tuh,hehe. Ramai kawan2 aku yang datang. Coursemate aku hampir semua datang. 4 orang je tak dapat datang atas masalah2 tertentu. Kawan2 matrik aku ada 6 orang. Lama tak jumpa diorang, seronok sangat rasanya bila dapat berkumpul. Diorang memang sengal. Abes semua port kat kawasan umah aku diorang nak bergambar. Kat mesin basuh pun layan gak,hahaha. Abes semua topi kebun, cangkul n penyapu mak aku diorang sebat.h Mak aku pun jenis melayan, makin la menjadi jadi bebudak tuh. Apa2 pun, sangat2 la best. Tapi masa coursemate aku dah mula sampai, aku dah kurang layan diorang. Ramai sangat. Tak terlayan. Sampaikan aku sendiri pun terlupa nak makan.
Disebabkan jamuan raya tu, sepanjang hari tu aku sibuk sangat. Malam tu memang tidur nyenyak abeslah. Hari ahad pulak aku ada training SUA. Dari pagi sampai tengahari je. Malam aku ada dinner. Cakap pasal dinner ni, kekalutan terjadi. Baju yang aku nak pakai untuk dinner tu siap last minute. Mak aku cakap nak hanta baju tu dalam pukul 6 petang, sebab abang aku guna kereta ke Gombak. Tapi tup2 pukul 6.30 abang aku masih belum sampai lagi kat rumah. Jem teruk kat KL. Aku dah cuak. Aku nak pergi dinner naik kereta kawan ni, kang kalau aku lambat, tak pasal2 kena tinggal. Suppose at 7.30 pm kitorang dah kena masuk hall. Tapi 7.30 mak aku baru sampai kat kolej untuk bagi baju. Apalagi, kelam kabut aku siap. Pakai je mana yang sempat. Dalam kereta baru nak cari invitation card, baru nak sarung sandle betul2, baru nak betulkan tudung, baru nak pin selendang. Nasib baik lah masa sampai kat tempat dinner tu, masih ada lagi yang juga baru sampai. Ingat kami je yang lambat,hehe.
Dinner ok, semuanya takde masalah. Makanan sedap, tapi aku tak makan banyak sangat malam tu. Kepenatan sepanjang hari, hilang selera makan. Rasa rugi pulak bayar RM40 untuk apa yang aku makan tu. Kalau gi kat kedai, RM10 pun tak sampai. Tapi dah memang wajib hadir jamuan ni, redha je la. Pukul 11.45 aku n kawan2 satu kereta kuar dari hall. Dah tak larat nak tangkap2 gambar dah. Dah penat + ngantuk. Hari isnin dah la ada kelas pukul 8.30 pagi. Ada test pulak tu.
Minggu ni memang sangat kalut untuk aku. Hari isnin lepas aku ada 2 test. Hari ni; selasa, aku ada presentation. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan tergesa gesa, presentation tu berjalan lancar. Esok; rabu, aku kena submit 2 lab report yang mana aku masih belum siapkan lagi sekarang ni walaupun sekarang dah pukul 6.11 pm. Otak aku sangat penat. Hari ni kelas dai pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang full. Nampaknya malam ni lah baru aku mula buat lab report tu. Hari khamis ni pulak ada debat. Waaaaaa!!!!! Ni lagi satu bala minggu ni. Sampai sekarang team aku masih tak cukup point. Kami sendiri cuak dengan argument pihak lawan. Mana la tahu point diorang unexpected. Khamis jam 8.15 malam, penentu segalanya.huhu.
Hari jumaat baru boleh bernafas sikit.
Next week adalah hari test sedunia. Biasalah, dah akhir2 minggu ni, semua lecturer nak buat test terakhir. Boleh tahan berasap aku. Setakat ni yang pasti test Nutrition n Organic Chem. Aku pasti test Physical Chem bakal menyusul. Cuak!
Jadual Final Exam aku:
  • CTU 553 (Hubungan Etnik) 30/10
  • BEL 462 (Reading n Critical Thinking) 1/11
  • FST 501 (Food Nutrition) 2/11
  • CHM 412 ( Organic Chemistry) 6/11
  • MIC 500 ( Food Microbiology) 11/11
  • CHM 431 (Physical Chemistry) 15/11

Ini bermaksud, 15hb baru aku boleh bernafas,huhu. Gap ada yang banyak, ada yang sikit. Aku kena manfaatkan study 'week' aku sebaik mungkin. Lebih kurang 2 minggu je lagi nak final. Tapi aku masih berserabut lagi. Hopefully, dipermudahkan. Ya Allah, beri kekuatan kepada aku.

Sunday, October 5, 2008

nOtHiNg

Raya dah abes. Tunggu masa nak balik kolej je. Malas pulak rasanya. Dah lebih seminggu cuti, lupa terus pasal study. Ni nak kena mula semula pulak, sangat la malas. Kerja banyak. BEL tak siap lagi. Lab report ada 4, tak sentuh langsung. Test physical chem cooming soon. Test BEL pun. Haiya, bila la nak settle.

Malam ni balik kolej. Kalau ikut perancangan, pukul 9 kuar dari rumah. Tapi tak tau la macam mana. Esok kelas pukul 9.30 pagi. Kuliah. Macam bosan je.

Tinggal 3 minggu lagi nak final exam. Cepatnya masa berlalu. Aku ni dah ready ke nak final ni? Aku tak boleh maen-maen lagi ni. Aku dah kena struggle. Tapi kadang-kadang rasa malas tu melebihi. Bukan malas, tapi letih. Bila dah letih, nak study pun dah tak semangat la. Semester ni banyak subjek yang aku kena cover. Ada 7 semua. Sem lepas ada 5 je. Kiranya, memang kena usaha lebih la kan?

Baru-baru ni balik kampung beraya, aku jumpa sepupu2 aku. Dah lama tak jumpa dengan diorang semuanya. Masing2 dah besar, ada hal sendiri. Aku pulak dah 3 tahun tak balik beraya kat kampung sebelum ni. Tahun 2005 aku SPM, so memang tak beraya pun. Tahun 2006, final exam aku kat matrik pulak lepas raya. Tahun lepas, adik aku SPM. Tahun lepas juga last aku nak beraya dekat kedah sebab bulan 12 tahun lepas aku n family pindah ke selangor. So tak balik kampung kat selangor ni juga. Nak beraya dengan kawan2 kat kedah untuk kali terakhir. After 3 years, ni lah kali pertama aku balik beraya kat kampung dengan semua sepupu2 aku pun ada. Takde sorang pun yang tertinggal. Ada juga aku nampak perbezaan kat sepupu2 aku ni. Yela, masing2 dah besar. Adib dah makin berisi. Zaki dah nampak makin dewasa. Wani dah macam orang bekerja, padahal baru umur 16 tahun. Yan dah makin membesar. Siti dah bergaya sakan. N aku ada perasan 1 perkara. Semua sepupu perempuan aku freehair. Aku dengan kakak aku je yang bertudung. Ops, tak! Kak nora bertudung jugak. Yang lain semua tak. Dulu masa kecik2, kami semua bertudung. Dah besar ni, masing2 dah ikut haluan sendiri. Aku tak rapat sangat dengan sepupu2 aku. taktau kenapa. Dulu masa kecik2, rapat. Sangat rapat. Sekarang tak lagi. Dengan sepupu lelaki, dah makin segan. Dengan sepupu perempuan, ntah la. Agaknya sebab diorang semua dari keluarga berada, nampak jurang kat situ. Masa konvoi gi rumah atok2 sedara pun, semua kereta besar2, mewah2. Kereta family aku je yang ciput,hehe. Takpela, tu kereta mak aku. Kang aku dah kerja, ada duit sendiri, aku beli lah kereta sendiri.
Ni cerita kampung mak aku. Kampung abah aku, aku tak balik. Adik aku je yang ikut abah aku balik kampung. Kampung abah aku kat Batu Pahat, Johor. Lagi la lama aku tak balik sana. Last aku balik, hujung tahun 2001. Sekarang dah tahun 2008. Dah 7 tahun la aku tak balik. Kampung abah aku dah takde sape2. Nenek and atok aku dah lama meninggal. Masa aku sekolah rendah lagi. Yang ada pun pakcik2 n sepupu2 la. Adik beradik abah aku ramai, tak semua pun balik serentak. So tak best sangat. Abah n mak aku dah divorce, so balik kampung pun separate la. Agak tak best. Bila balik kampung mak, abah tkde. Bila balik kampung abah, mak takde. Sepupu2 yang lain semua ada abah n mak. So sangat2 la tak best. Baik duduk kat rumah sendiri je.
Aku tak kisah sangat dengan kekurangan family aku ni. Ada orang yang lebih malang dari aku. Dulu aku tertanya-tanya gak, kenapa mesti family aku? Tapi sekarang aku dah faham. Aku dah boleh terima. Aku ada 2 rumah, 2 kereta. Ada yang best jugak la kan?
Disebabkan ini, I'm quite fobia dalam memikirkan masa depan. Hidup berkeluarga. Macam mana suami aku nanti ek? Kekal ke rumah tangga aku? Bahagia ke aku? Macam mana nak cari lelaki yang betul2 sesuai, baik n boleh jaga aku sampai mati? Wujud lagi ke?
Sekarang aku masih muda. Masih muda nak fikir pasal hal2 rumah tangga. Tapi perkara tu akan terjadi jugak. Macam mana hidup aku nanti?
Wallahualam bissawab. Biarlah takdir Allah yang menentukan.

Thursday, October 2, 2008

HaTiKu PeDiH LaGi...

Pedih..Sakit..Aku dah tak nak tanggung lagi semua ni. Kenapa aku? Kenapa kami? Kenapa syawal sering membawa kepedihan pada aku? Tiap kali berkumpul, inilah apa yang aku rasa. Dah lama aku tak rasa sakit macam ni. Dah lama aku tak berkumpul. Aku tak suka keadaan ni. Mungkin sebab aku dah semakin dewasa. Perasaan aku boleh rasa sakit, pedih, tersisih, sedih. Kalau dulu masa kecik, orang lain yang tanggung semua perasaan ni. Aku budak-budak, yang tak kenal dunia. Tak kenal permainan perasaan. Cuma tau berseronok tanpa memikirkan pandangan orang lain. Berlari ke sana sini, main bunga api, pusing kampung kutip duit raya. Itu semua membuatkan aku sangat gembira dan teruja bila nak raya. Sangat tak sabar nak balik kampung. Tapi tu dulu. Bertahun-tahun yang dulu. Masa aku belum kenal dunia. Sekarang aku dah semakin dewasa. Aku dah boleh merasa kecewa. Aku bukan lagi budak-budak hingusan.

Sampai bila harus begini? Apa salah aku? Apa salah kami? Salah ke kami lahir ke dunia? Apa yang kami dah buat pada kamu semua? Apa yang hina sangat kami ni? Kita semua manusia. Beza kita hanya pada amalan kita. Bukan asal keturunan, bukan harta, rupa paras mahupun kedudukan. Bukan! Tapi kenapa kamu menilai kami dan menghina kami? Kita sama-sama manusia yang hina. Sungguh, aku tak mengerti. Aku cuba mengerti, tapi sampai sekarang aku gagal. Aku gagal pada ujian yang satu ini.

Aku benci perasaan ni. Sebetulnya aku benci kamu. Ya, aku sangat benci kamu. Kamu akan lihat satu hari nanti perasaan apakah yang akan membentuk aku. Jangan membenci jika aku mula bersikap kurang ajar. Kamu yang menjadikan aku begitu. Jangan menyalahkan aku jika aku menjadi pendendam. Kamu yang menjadikan aku begitu. Kamu!

KAMU!

Aku tahu, kami tak sesempurna kamu. Kami pincang. Kami kekurangan. Tapi kami bahagia dengan hidup kami. Kami tak perlukan kamu untuk bahagia. Kami tak meminta, menagih. Kami hidup dengan kudrat kami. Dengan kekurangan kami ni lah, kami menjadi kami. Kami jahat? Kami tak mencuri. Kami tak merompak. Kami semua pelajar institusi pengajian tinggi. Kami semua bakal menjadi manusia yang berguna dengan izinNya. Kami bukan kutu rayau, penagih dadah, bohsia bohjan. Jadi apa hinanya kami? Hanya kerana darah yang mengalir dalam vesel kami ini, kami dihina? Kamu memang kejam! Kamu tak berhak menghukum kami di atas kesalahan orang lain. Kamu tak berhak. Malah sesiapa juga tak berhak. Hanya DIA yang berhak. DIA melahirkan aku begini. DIA memberi kekurangan kapada kami. Bukan untuk kami dihina. Tetapi untuk diuji. Jadi kamu memang tak layak menghina dan memperlekehkan kami. Kamu bukan tuhan!

Aku penat. Sangat penat. Aku dah penat melayan karenah kamu. Aku dah penat menjadi manusia hina dihadapan kamu. Hormat aku pada kamu dah lama pupus. Pupus sama sekali. Hati aku kosong untuk kamu. Tiada walau secalit pun kasih aku untuk kamu. TIADA! Kini aku hanya berdoa agar Yang Maha Esa mengasihi aku dan mengurangkan beban perasaan ini. Aku memohon yang Maha Esa menyedarkan kamu. Sudah sekian lama. Terlalu lama. Sudah cukuplah. Aku semakin lelah. Lelah dek perbuatan kamu. Hentikanlah semua ini.

Monday, September 29, 2008

adik aku

Harini tidurku melampau. Sangat. Malam tadi bertungkus lumus siapkan biskut almond london. Lepas sahur n solat subuh pagi tadi, terasa mengantuk walaupun tidur agak awal malam tadi. Terlajak pula tidurnya. Bangun, bergegas ke dapur untuk sambung tugas menyiapkan almond london. Malam tadi coklat masakan tak cukup. Malas pulak nak sambung, terus tidur.
Berbalik kepada tajuk, adik. Entri tentang adik aku. Aku takde ramai adik. Seorang sahaja. Mungkin. Kenapa mungkin? Bilangan adik sendiri pun tak pasti? Biarlah rahsia. Adik aku lelaki. Berumur 18 tahun. Sepanjang hidup aku, baru sekarang aku sedar adik aku dah besar. Besar dan menjadi semakin dewasa. Sedangkan diri aku juga kadang-kadang aku tak sedar sudah semakin dewasa.
Adik aku, anak bongsu dari kami 4 beradik. Umur antara kami 4 beradik tak jauh beza. Abang aku berumur 23 tahun, kakak aku 21 tahun, aku 20 tahun dan adik aku 18 tahun. Maksudnya, masa kanak-kanak, kami sama-sama kanak-kanak. Masa remaja juga, kami sama-sama remaja. Dulu masa kanak-kanak, aku, abang dan kakak selalu buli adik. Sebab dia yang paling kecik. Macam-macam panggilan kami panggil. 'gemuk,gendut'. Adik pun macam dah lali. Abang macam biasa,suka gunakan kuasa vetonya sebagai abang sulung untuk membuli adik. Adik lah yang selalu jadi mangsa kalau kami malas nak buat sesuatu.
"adik, amek air jap"
"adik, gi kedai jap"
Adik itu, adik ini. Kalau aku jadi adik, mesti aku dah jemu dengan sikap abang dan kakak-kakak aku ni. Tapi adik tak. Mungkin dia buat semua arahan kami dengan harapan kami akan baik dengan dia. Kami akan 'geng' dengan dia. Tapi tak. Kami makin suka buli dia.
Masa umur aku 6 tahun dan tadika di PASTI, aku pernah bawa adik sekali. Ntah apa sebabnya aku pun dah tak ingat. Aku bawa adik duduk dengan aku dalam kelas, aku bawa adik pergi kantin masa makan, aku bawa adik pergi koop belikan dia gula-gula. Aku bawa adik pergi tandas kalau aku nak pergi. Adik memang tak boleh berenggang dengan aku. Dia takut. Dia takut dengan cikgu-cikgu aku, kawan-kawan aku. So, mana je aku pergi aku kena bawa dia. Cikgu-cikgu aku suka dia. Mungkin sebab dia comel masa tu. Tapi aku jahat (nakal sebernarnya). Aku pernah sekali tinggalkan adik sorang-sorang dekat kantin. Ntah kenapa. Mungkin aku lupa aku bawa dia masa tu. Sampai waktu nak balik baru cikgu aku bawa dia kat aku semula. Masa tu muka dia dah merah-merah sebab banyak sangat menangis. Lepas dia nampak aku, lagi la kuat dia menangis. Dia marah aku tinggalkan dia. Sejak hari tu, mak dah tak bagi aku bawa adik lagi pergi tadika. Mak marah sebab aku tak jaga adik. Aku bengang dengan adik masa tu. Sebab dia, aku kena marah. Tapi sekarang aku sedar, memang salah aku =)
Masa adik darjah 1, aku selalu tipu adik buat kerja sekolah. Dia suruh ajar eja 'ruler', aku ajar dia tulis 'lerur'. Dia minta tunjukkan matematik 2 + 5, aku bagi jawapan 10. Tapi adik selalu percaya cakap aku. Apa yang kakak dia ajar, dia percaya. Sebab bagi dia kakak dia pandai, selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Mesti semua yang kakak dia ajar betul belaka. Tapi aku tipu dia. Aku taknak dia betul. Aku ajar benda yang salah. Kalau sekarang dia tak pandai, aku yang salah.
Hari lahir aku dan adik dekat-dekat. Aku 16 Mei, adik 4 Mei. Masa kecik-kecik, aku mesti nak buat parti hari lahir. Nak sambut meriah da bomb punya. Nak bagi kawan-kawan jelous. Nak dapat hadiah banyak-banyak. Mak suruh buat parti serentak dengan adik. Mak taknak buat 2 parti dalam satu bulan. Mula-mula aku taknak. Tapi lepas mak pujuk, aku terima dengan syarat buat parti masa 16 Mei, bukan 4 Mei. Adik tak kisah. Masa buat parti, aku tak bagi adik panggil ramai kawan dia. Aku cakap ni parti hari jadi aku.
"mak cakap, kita kongsi"
"tak! ni parti akak qah. Hari jadi adik dah lepas. Hari ni 16 Mei"
Adik tak panggil ramai kawan dia. Akhirnya parti tu jadi parti hari jadi aku sorang.
Masa raya, aku dengan kakak, abang dan sepupu-sepupu yang sebaya akan berjalan dari rumah ke rumah. Kami nak kumpul duit raya banyak-banyak. Tapi kami selalu tak bagi adik ikut.
"mak tak bagi adik ikut, adik kecik lagi. Dah sekolah nanti baru boleh ikut"
Aku nampak adik menangis. Tapi adik menangis tak kuat. Cuma air mata dia meleleh. Dia nak ikut kami kutip duit raya. Tapi kami sengaja taknak dia ikut. Mak bagi, kami yang tak bagi. Akhirnya adik duduk je kat rumah tengok tv. Bila kami balik, kami tunjuk duit-duit raya yang kami dapat. Adik diam je.
Masa aku tingkatan 4, aku masuk asrama. Aku dah jarang balik. Dah jarang jumpa adik. Adik dah berubah. Adik dah besar. Adik duduk kat rumah sorang-sorang masa mak gi kerja. Adik sunyi. Adik selalu keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang malam pun adik keluar. Adik dah pandai lawan cakap mak. Adik dah pandai lawan cakap aku. Adik jadi malas nak belajar. Adik ayik nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Adik tak kisah langsung pasal PMR. SPM pun adik tak kisah. Semua urusan adik kat rumah, mak yang kena buat. Bilik adik bersepah, mak jugak yang kena bersihkan. Baju kotor adik merata-rata, mak yang kena kutip masukkan dalam mesin basuh. Kalau mak minta tolong kat adik, adik buat dunno je. Adik jadi degil. Masa tingkatan 5, mak nak masukkan adik kat asrama. Adik taknak. Adik cakap kalau mak masukkan adik asrama, adik nak jadi budak jahat, supaya adik kena 'kick out' dari asrama. Adik makin menjadi-jadi. Mak dah tak mampu nak buat apa. Mak cuma ada adik sorang je kat rumah masa tu, so mak ikut je kemahuan adik.
Sekarang, umur adik dah 18 tahun. Adik tengah belajar kat Kolej Pertanian kat Kluang, Johor. Adik duduk hostel. Adik dah tak memberontak. Adik dah pandai sesuaikan diri duduk jauh, hidup berdikari. Harini adik balik rumah cuti raya. Adik bawa balik banyak buah tangan. Adik dah uruskan sendiri barang-barang raya adik. Mak tak payah susah-susah nak buatkan baju raya adik. Adik dah ada semua. Adik dah boleh bawa kereta. Adik boleh uruskan semuanya sendiri. Adik dah pandai fikir untuk masa depan. Adik bersungguh-sungguh kat kolej tu. Adik offer nak tolong mak, tak payah nak kena suruh lagi. Adik dah pandai masukkan baju sendiri dalam mesin basuh. Adik dah pandai sidai baju sendiri, kemas katil sendiri.
Adik aku dah besar sekarang.

Sunday, September 28, 2008

Duhai Hati

Kita ada satu sahaja hati
jika gembira, hati itulah
jika bertaqwa, hati itulah
jika beriman, hati yang satu itu juga
jika bercinta, hati itu juga
jika terluka, juga hati nan satu itu
terlalu SATU untuk banyak perkara
maka
jagalah hati mu dan hati orang-orang yang menyayangimu
Sms yang dikirim seorang sahabat kepadaku tidak berapa lama dahulu. Hati. Terlalu banyak cerita mengenainya. Komposisi hati adalah darah. segumpal darah. Terlalu unik ciptaan Ilahi, meletakkan segala macam rasa di dalam segumpal darah itu. Yang akhirnya segumpal darah itu yang mempengaruhi tubuh. Fizikal dan mental.
Aku. Terlalu banyak cerita hatiku. Tak terungkap dek kata-kata. Tak tercapai dek akal. Hanya kerana segumpal darah itu, aku pernah merana. Kerana segumpal darah itu, aku pernah menderita, sengsara. Kerana ciptaan Allah yang satu ini juga, aku pernah berbahagia. Duhai hati.
Secara lahiriahnya, manusia melihat aku sebagai seorang gadis periang, bahagia, ceria. Tak punya sebarang kekusutan. Hanya gelak ketawa dan kebahagiaan menyelubungi hidupku. Tapi keadaan di dalam hati ku,siapa mengerti? Duhai hati.
Zaman kanak-kanak ku tak seperti kanak-kanak. Berkejaran gembira, bermain masak-masak, pondok-pondok, aci ligan. Remaja ku tak seperti kebanyakan remaja lain. Bebas bersosial menikmati zaman muda. Adakah dewasa ku juga tak seperti dewasa mu? Ya Allah, Kau penentu segalanya.
Aku penat. Aku jemu. Aku sudah terbiasa. Terbiasa hidup begini. Begini bagaimana? Biarlah hanya tersimpan di hatiku. Duhai hati. Tabahlah menghadapi. Kelak kebahagiaan merapati, insyaAllah.
Kanak-kanak ku, remaja ku dan kelak dewasa ku membuat aku trauma, fobia pada kehidupan. Ligat mata memerhati, fikiran mentafsir dan akhirnya hati membuat kesimpulan. Hidup bukanlah seindah impian. Terjatuh, terluka, parut bersisa lumrah dunia. Indah? Mungkin. Sebagai corak kehidupan. Pahit? Juga mungkin. Kepahitan yang mematangkan diri.
Sahabat-sahaabt yang mengetahui kisahku, menganggap aku seorang yang tabah, matang. Benarkah? Aku.Tabah.Matang. Jika benar tabah, mengapa malam-malam ku dulu ditemani air mata? Doa-doaku meminta ditukarkan takdir? Tabahkah itu? Ya Allah, tabahkan lah hambaMu ini.
Aku kini sudah semakin dewasa. Semakin bijak mengatur hidup. Semakin bijak merencana kehidupan. Semakin bijak mentafsir sesuatu yang tersirat dan tersurat. Semakin memahami kebaikkan disebalik kekurangan. Aturan Sang Pencipta. Tiada cacat celanya.
Tapi, dewasa ku tak bererti aku kuat. Aku masih insan lemah. Manusia hina. Masih tidak dapat menahan hati dari pedih terhina. Masih tidak mampu menampung sedu bila keluarga dipercatur. Apakah ini harga kebahagiaan yang perlu dibayar? Terlalu mahal rasanya.
Wahai manusia, janganlah ada beza antara kita. Aku penat. Penat bersaing. Untuk apa ini semua? Hanya untuk menunjukkan kita hebat? Tak perlulah. Ada yang lebih hebat. Yang pasti Allah yang Maha Hebat. Tak terjangkau dek akal.
Ya Allah. Hatiku hanya adaMu
Tabahkan, kuatkan hati ini.
Hati nan satu ini.

Saturday, September 27, 2008

Khamis.Terakhir.Ramadan.

Sabtu.27 Sept.08

Dah dua hari berada di rumah. Seronok yang teramat. Saat yang ditunggu tunggu untuk lari dari kekalutan universiti. Bukan universiti sebenarnya, tapi kekalutan aku. Fizikal dan mental aku yang sudah seminggu terbeban dengan assignment yang perlu dihantar sebelum raya, 2 test berat yang perlu dihadapi. Lab report yang juga perlu dihantar sebelum raya.
Dua kelas pada hari Jumaat dah dibatalkan. Khamis malam aku balik rumah selepas kelas Dr JJ. Hari Khamis yang seronok. Berakhir segala jenis tekanan yang menimpa aku sepanjang seminggu sebelum cuti. Kenapa? Segala macam kerja yang perlu diselesaikan sebelum aku dapat merasai nikmat cuti dan raya. Alhamdulillah semua selesai. Tapi sama ada selesai dengan jayanya atau tidak, no comment!
Khamis. Keluar berbuka puasa dengan As, Farah n Fiza. Tak tahu hala tuju pada asalnya tapi akhirnya kereta Farah berhenti di JJ Shah Alam. Tiba di JJ, masih tak tahu hala tuju untuk berbuka puasa. As teringin nak makan banana split (betul ke eja ni?) and steamboot kat restoran apa ntah. Tapi takde rezeki agaknya, restoran tu fullhouse. (baru pukul 6 ptg). Masih berkira-kira nak berbuka di mana. Survey restoran kat JJ. Masuk Pizza Hut, juga fullhouse. McD and KFC dah reject dari list restoran sebab dah jemu. Lastly berjalan perlahan ke OldTown. Book meja. Bergerak ke kedai-kedai berhampiran. Cuci mata. Aku seperti biasa berminat ke kedai kasut. Sangat teruja melihat esyen-fesyen kasut n sandle yang cantik, elegan n cute. Tapi tidak membeli. Sekadar mencuci mata. Fizah sempat membeli baju berharga RM39 selepas diskaun yang aku kira suatu pembaziran (hanya terlintas di fikiran, tak disuarakan pada Fizah. Up to her). Baju yang mungkin tak sepatutnya dipanggil baju (tak menutup sepenuhnya tubuh), hanya digunakan sebagai 'cover' luar jika memakai t-shirt. Warna yang tak menarik (kelabu) dan harga yang tak berpatutan dengan keadaan baju (kain yang digunakan sikit sangat, kenapa mesti mahal?). But, up to her. She like it like crazy.
Jam 6.45 ptg, berjalan semula ke OldTown. Meja yang ditempah dah dipenuhi orang. Bengang tapi sabar. Bernasib baik punya meja yang lain. Sepanjang lepak di OldTown menunggu masa berbuka, asyik berfikir. Berfikir tentang OldTown. Pekerjanya kurang fasih berbahasa melayu. Dapat dilihat dengan jelas mereka blur dan terpinga-pinga bila aku cakap melayu. Here Malaysia rite? Kenapa wujudnya perniagaan yang harus berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan pelanggan? Aku? Tak peduli. Terus-terusan berbahasa melayu. Masih tertanya-tanya. Halalkah? Hipotesis aku. Halal. Ramai orang Islam berbuka kat situ. Untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat, aku bertanya kawan-kawan. Mereka pun tak dapat menjawab dengan yakin. Juga menyatakan hipotesis yang sama dengan aku.
"Tu orang melayu nak buka puase gak. Halal la kot"
Orait. Masa dah takde untuk cari kedai makan yang lain. Berbuka juga di situ.
" First and last time la aku makan kat sini. Pas ni jangan haraplah"
Mahal. RM10 plus minus jumlah harga yang perlu dibayar oleh setiap kami. Aku hanya makan semangkuk mi sup and segelas 'NanYang Memorably'. Hanya itu. Jika berbelanja di bazar, mesti perut aku dah kekembungan jika menghabiskan duit sebanyak itu hanya untuk hidangan berbuka. Tapi disebabkan tekanan yang teramat di UiTM, sudah bosan dengan segala jenis jualan di bazar, aku tak berkira sangat. Still think positively.
Jam 7.40, bergerak ke surau. Solat maghrib. Harus segera selesai. Kelas Dr JJ jam 8.30. Sempat membeli aiskrim sebelum sampai ke kereta.
Aku.Gila.Aiskrim.
Jam 8.35 sampai di kelas. Duduk di barisan depas sekali dalam kuliah yang dipenuhi hampir 200 pelajar. Sempat menyambar sekeping kuih raya Yana. Sedap! Tak sabar nak balik rumah makan kuih raya.
Dr JJ berbaik hati menghabiskan kelas jam 10 malam (sepatutnya jam 1030). Aku masih bersama As, Farah n Fiza ke kereta. Farah juga berbaik hati menghantar Fiza ke rumah di Seksyen 2. Aku, pertama kali ke rumah Fiza, agak terkejut kerana lelaki bebas keluar masuk di rumah itu. As faham kelainan di muka aku. Dia menerangkan yang mereka semua adalah penghuni di rumah itu. Seramai 12 orang. Bercampur lelaki perempuan. Hanya dipisahkan oleh ruang dan bilik. Secara am nya, tinggal di bawah 1 bumbung. Apakah? Penuh kehairanan tapi tak mampu berkata.
Jam 11, sampai di kolej. Mak n Abang An dah sampai untuk menjemput aku balik ke rumah. Selesai sudah hari Khamis aku di UiTM. Tamat sudah bulan Ramadhan aku di UiTM. Untuk tahun ini. Ada lagikah Ramadhan aku di UiTM untuk tahun hadapan? Wallahualam..
TAMAT!

Wednesday, September 24, 2008

test.tensi.

24.9.08........9.15 am.....

Lecturer:

ok semua letak beg and notes kat depan kelas. saya nak ada 1 je paper kat atas meja masing2.

soalan senang je, takyah nak gelabah.

salin soalan ek..

1. List 3 important procedure involve in plate count.................(3m)
2. Give the advantages for pour plate...............(2m)
3. What is coliform bacteria?.......................(10m)
4. Explain about PSE and DFD in meat..........(8m)


Aku:

Erk! Soalan nombor 1 ni ape ek?? procedure plate count yang mana satu ni? presumtive, confirmatory and completed test tu ke? Or streak plate, pour plate and spread plate tu? Alamak, tak paham soalan daaa...

Give advantages of pour plate?? Alamak, dalam notes cuma ada disadvantages je. Mana ada advantages. Apa yang aku nak merepek ni?

Coliform bacteria? Jap jap. Aku baca ni tadi. Ingat balik cepat. Em, gram negative bacteria, non-sporing rod shape, usually found in human and animal intesting, ferment lactose to produce acid. Acid apa? Lactic acid kot. Gasaklah. Lagi? 10 markah ni. Takkan ni je? Em, should be presence whenever the pathogenic microbe presence. Shoul be presence in amount greater than pathogenic microbes, easily cultivated, can survive in a long period of time in environment. Example E.Coli. Is it enough?huhu

PSE and DFD? DFD stand for dry, firm and dark. But is it for non-exercised animal or exercised animal?Alamak, confius dah ni. Confusion. Kurang potassium la ni.Hadoi. PSE pulak stand for pale, soft and....? Adoi, lupa lagi. E for what?? Abesla aku macam ni. Executive, exedute? Ya Allah, apa aku nak gebang ni? Lupa lupa lupa!!! Jap, pale soft. Means pH rendah. Acidic. Kalau pH rendah, glycogen tinggi sebab glycogen akan ditukarkan kepada acid lactic. Bila acid lactic banyak, pH akan berkurang la. Dan yang sebaiknya adalah non-exercised animal. Kena bagi binatang tu relex dulu sebelum slaughter. Kalau binatang tu stress, glycogen akan berkurang, lactic acid akan berkurang. So meat will less acidic. Then it become dry, firm and dark. Boleh kai ke teori aku ni? Boleh je la..
Tinggal seminit je lagi.

Alamak, tinggal seminit? (menulis dengan kelajuan maksimum)

Times up guys. Hantar sekarang. Dah tak payah nak susah2kan otak kamu dah. Hantar je.
Done! Alhamdulillah.
Keluar kuliah, berjalan perlahan balik ke kolej sambil berborak dengan kawan-kawan. Lega! Itulah kata-kata kebanyakan kawan-kawan aku. But ops, esok ada lagi test Nutrition. Juga banyak yang perlu dihafal. Kembali tensi. Kepala dah sakit, boleh ke terus study? Atau perlu tidur dulu?
Sampai di kolej, online untuk mohon kolej. Alhamdulillah server tak crowded. Dapat selesai dengan cepat. Selesai, tidur. Pukul 11.30 pagi. Bercadang untuk bangun jam 1230. Study Nutrition kononnya. Akhirnya jam 2.30 baru terjaga. Serta merta rasa bersalah padahal jam loceng yang galak berbunyi lagu Avril Lavinge pada jam 1230, aku off. Terus bangun dan study. Semoga test esok dipermudahkan. Cuak. Terlampau banyak nak dibaca, difahami dan dihafal. Teramat cuak!

Wednesday, September 17, 2008

~perubahan~

Assalamualaikum w.b.t..
Entri kali ni takde ape2 pun yang penting. Saje nak flashback kenangan n memori aku dulu2 sementara aku masih ingat lagi sekarang ni.

Aku...
Lahir pada 16 Mei 1988..30 Ramadhan (tahun berapa hijrah ntah dah tak ingat).
Aku anak ketiga dari 4 beradik. Abang aku 3 tahun lagi tua dari aku, kakak aku setahun tua dari aku.Disebabkan beza umo ngan kakak aku tak banyak, kami agak kamcing. Macam member je. Antara adik beradik aku, aku paling gelap sekali,huhu. Abang aku putih woo. Akak aku sawo matang je. Adik aku pun putih, tapi disebabkan suka main panas, dia pun dah gelap,hehe.
Antara adik beradik aku, aku paling cepat pandai bercakap. Dan sampai sekarang pun aku banyak cakap. Masa kecik2 imaginasi aku melampaui batas,hehe. Macam2 yang aku berimaginasi. Aku suka nyanyi. Yang menariknya lirik tu aku reka sendiri. Belasah je ape yang tersebut di mulut,hehe. Kanak2 lagi kan.
Masa umo aku 2 tahun, family aku dari KL pindah ke Penang. Aku membesar kat Penang la. Bukit Mertajam. Masa umo 5 tahun, mak aku masukkan aku tadika kat sekolah agama. Aku pun tak berapa paham sekolah tu sebab umo budak2 kat situ dari tadika sampai belasan tahun. Dalam kelas aku pun ade macam2 peringkat umo. Nama sekolah tu Madrasah Faqiyah Daimiah. Aku belajar bahasa arab, tulisan jawi, feqah. Yang berkaitan dengan agama je. Sebelum masuk sekolah, aku excited gler nak gi sekolah. Tapi masa dah gi, aku tetiba rasa takut. Aku tak bagi mak aku balik. Aku nak mak aku tunggu sampai aku habis sekolah. Masa perhimpunan, aku soh mak aku tunggu kat belakang barisan aku. Tiap2 minit aku toleh nak pastikan mak aku ada. Sampai satu masa tu aku toleh, mak aku dah takde!!! Ape lagi, meraung la den. Jenuh gak ustazah2 kat situ nak pujuk aku.
Setahun je aku tahan kat sekolah tu. Hari2 aku nangis masa nak gi sekolah. Kekadang aku buat2 sakit sebab taknak gi sekolah. Mak aku pun tak tahan la nak layan kerenah aku. Tukarkan je sekolah, abes cite. Aku gi tadika Pasti. Kat situ aku mula belajar matematik, seni etc. Sebelum ni kan aku tadika agama, so aku la budak paling jahil kat kelas tu masa tu. Dah umo 6 tahun baru nak belajar sume tu,huhu.
Darjah 1 aku masuk Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh. Tapi mak aku soh aku gi balik sekolah agama tu, kali ni weekend je. Kira dari hari Isnin sampai Jumaat gi sekolah biase, Sabtu n Ahad gi sekolah agama. Masa tu dah besar sikit,ok la. Aku terima. Aku takde cuti langsung la kiranya.
Masa umo aku 10 tahun, family aku pindah ke Kedah lak. Kat Alor Star. Aku pun tukar sekolah. Sekolah kat Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama lak. Aku masuk masa darjah 4 bulan 2, bulan 6 tahun yang sama aku dilantik jadi ketua kelas. Aku pun pelik camne la cikgu leh lantik aku, budak baru yang tak dapat nak kenal pasti lagi talent nye.
Masa darjah 5 aku dilantik jadi pengawas sekolah pulak. Semua aku dapat dengan mendadak. Kat penang dulu pun aku jadi pengawas sebelum pindah.
Darjah 6 aku dapat jawatan Setiausaha Lembaga Pengawas sekolah. Masa tu sekolah rendah lagi, so pegang jawatan pun tak buat kerja apa. Masa darjah 6 aku sangat aktif. Aku press untuk kelab taekwondo, kelab bahasa inggeris, kelab badminton n pengakap. Pelik gak kan patutnye budak laki yang selalu jadi press. Em, dah la ade kelas tambahan sampai pukul 3 petang, sambung dengan taekwondo la, badminton la. Aku pun rajin join camping under pengakap. Gi Bukit Hijau la, Titi Hayun kat Yan tu. Suke sangat camping. Padahal masa tu nak UPSR. Cikgu2 pun ramai yang sound soh aku concentrate kat UPSR. Tapi dah nama pun budak2, mestilah lebih pentingkan keseronokan. So result UPSR tak membanggakan. Cuma 3A je.
Tingkatan 1, aku gi Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah walaupun aku banyak dapat tawaran dari sekolah2 agama. Ntah kenapa sekolah tu yang aku pilih. Tapi kat sekolah tu pun aku masuk aliran agama. Aku belajar Bahasa Arab. Sekolah tu totally girls. Cikgu je ade lelaki. So 3 tahun la aku sekolah tanpa lelaki. Seronok sangat hidup bile di'conquer'(betul ke eja ni) oleh kaum hawa(maap ye kaum adam). Kat sekolah ni aku low profile sikit. Tak pegang ape2 jawatan pun. Jadi rakyat biasa je. Tapi masih aktif taekwondo, tu pun masa aku dah tingkatan 2. Tingkatan 1 sekolah petang, tak involved sangat. Yang menariknya, dari pengakap masa kat sekolah rendah, aku masuk pandu puteri masa kat sekolah menengah. Totally different. Die sebenarnya adik beradik. Tapi pengakap ni macam untuk lelaki la, pandu puteri untuk perempuan. Dah kena pakai skirt la pulak. Masa pengakap dulu aku layan seluar je. Gasakla. Dah takde pilihan.
Aku belajar kat sekolah tu sampai aku tingkatan 3, PMR. Biase je, dapat 7A 1B 1C.. C?? yup, C! Bahasa Arab aku C. Aku tak reti langsung nak wat esei. Memang patut aku dapat C. Yang B tu lak geografi. Memang dari tingkatan 1 aku tak suke goegrafi. Nasib baik je tu dapat B. Kalau diikutkan aku ni layak dapat C and below je. Aku main hentam je masa PMR tu. Memang tak study n x paham ape langsung. Aku tak suke nak hafal keadaan muka bumi la, cuaca la, area2 la. Benci tol.
Form 4, aku dapat tawaran ke MRSM PDRM kat Kulim. Girangnye hati masa tu Tuhan je yang tau. Excited gler. Sebelum dapat tawaran ke MRSM tu, aku dah tukar sekolah dah. Aku masuk Sekolah Menengah Sultanah Asma. Sekolah harian terbaik la kat Alor Star tu. Tapi sekolah tu tak best la. Tension je aku kat situ. Masuk kelas last pulak tu. Malu je. Asma n Bahiyah memang tak ngam sejak azali. Memang kena boikot la budak2 skolah Bahiyah yang masuk Asma. Disebabkan ketensionan yang melampau, aku selalu ponteng sekolah. Tiap2 minggu mesti ade yang missed. Kekadang 2 kali seminggu aku tak gi sekolah. Kekadang aku selang2 hari je. Kalau gi sekolah, aku menghitung jam nak balik rumah. Thats why aku happy gler dapat masuk MRSM. Dapat aku kuar dari sekolah tu.
29 mac 2004 aku daftar masuk MRSM PDRM. Excited + cuak = aku. First time ni nak kena dok asrama, jauh dari mak. Cuak sangat. Ntah berapa banyak kali aku tanya kat mak aku
"nampaknya tiap2 hari la tiqah call mak".
Mak aku paham maksud aku, tapi buat2 tak paham. Tak nak aku lagi cuak agaknya. Masa mak aku nak balik dah tu, rasa macam nak namgis tapi ditahan2.
"Aku dah umo 16 tahun, mana boleh nangis, malu seyh".
Pas mak aku balik, mula la berkenalan dengan budak sebelah katil aku. Dia pun baru daftar sama dengan aku jugak. Sama2 budak baru. Ok la kan. Dalam rumah tu, ade 6 orang masa tu. Kami berdua budak baru, yang lagi 4 orang student lama dari form 1 dah study kat situ. Tapi diorang semua baik n ramah. First day masuk kelas, teruk gak kitorang kena buli ngan student lama. Macam2 hal. Aku? Siapa berani kacau. Masa tu muka aku memang takleh blah la. Garang nak mampos,bahaha. Aku dah la dari girl's school, tetibe kena bergaul dengan laki lak, mana tak gelabah. Aku memang tak campur langsung dengan budak lelaki. Aku buat hal aku je. Sampaikan budak laki pun takut nak tegur aku. Study aku pun tak menentu masa form 4 tu. Untuk sem 1, pointer aku 2.55 je. Yela, aku selalu ponteng sekolah sebelum tu, dah banyak la yang aku tertinggal. Susah nak catch up balik. Dok asrama ni, busy semacam. Masa sem 2 dapat la naikkan sikit pointer, 2.89. Tapi masih tak cukup untuk menempatkan aku kat kelas Elit.
Disebabkan pointer aku tak lepas 3.00, masa form 5 sem 1 aku dok kelas vision je. Vision 4 lak tu. Asyik dapat kelas hujung2 je. Tension tol. Tapi masa ni aku dah mula pull On(bak kata orang kedah,hak5). Study study study je life aku. Untuk subjek BI, add math n math mode dibahagi ikut level. Set 1 paling bagus,set 2 moderate n set 3 lemah. Untuk subjek BI n math mode aku dapat set 2. Biasela aku tak bijak. Add math je dapat set 1. Pulun punya pulun pointer sem 1 form 5 dapat 3.28. Yes! akhirnya lepas 3.00. Bolehla aku pindah kelas ke Elit. Sem 2 aku masuk elit tapi Elit 4. Hujung gak.Isy3, terima dengan pasrah. Masa dah sem 2 ni baru aku mula rapat dengan sorang dua budak laki. Sebab diorang sekepala dengan aku. Study sekali, discuss, berdebat, bergurau, macam2 la. Bestfren lelaki aku masa tu antaranya Sani, Hadziri n Syafiq. Best gado2 ngan diorang ni..haha. Study punya study dapatla naikkan pointer sebelum SPM tu jadi 3.39. Tapi CGPA aku 3.03 je. Kiranya masa graduate aku adelah nama yang berada dibawah sekali untuk kategori 3.00 and above. Takpela, terima dengan pasrah. Pasrah lagi.
Pas SPM, aku dapat tawaran gi matrikulasi kat Changlun, Kedah. Aku dapat gak UTP untuk kos civil engineering, tapi aku tak minat kejuruteraan la. Aku takde choice lain masa tu, kena la gi matrik je. Angan2 nak masuk maktab perguruan, nak jadi cikgu tapi tak dapat tawaran. Result aku (7A3B) tak cukup bagus agaknya. Punah la impian aku masa tu.
Masuk matrik, 15 mei 2006 sehari sebelum birthday aku. Dapat kos sains fizikal. Disebabkan aku tak minat engineering (masa tu aku pikir sains fizikal ni leh jadi engineer je), aku pun tukar kos ke sains hayat. Means, aku kena belajar biology. Otak aku tak sesuai menghafal. Mesti fail. But this is what we call as challenging. Cabar otak untuk buat sesuatu yang susah otak nak buat. Nak test power la konon. But at last ternyata otak aku tak power,bahaha. Dalam 3 subjek, aku akan dapat paling teruk untuk subjek biology la.
"Gatal gi amek bio sape soh? hamek ko. Pepandai la nak survive."
Result sem 1 aku agak teruk. 2.98 je. Kawan2 aku sume dapat >3.00. Down gler aku masa tu. Baru nak sedor dunia. Pulun punya pulun, study bagai, dapat gak pointer elok sikit untuk sem 2. 3.53 aku dapat. Tapi CGPA 3.32 kot. Takleh la nak apply medik (tak penah berangan pun nak jadi doc). So pilih punya pilih, last2 aku pilih untuk fokus dalam bidang makanan. Banyak la university yang aku pilih sume dalam bidang makanan. Dietetik, sains pemakanan n teknology makanan. Ade gak 1 pilihan aku amek forensik (terpengaruh ngan cite CSI). Tapi ternyata rezeki aku kat teknology makanan.
So now here I am. A student of Food Science n Technology, UiTM Shah Alam Malaysia yang dah berumo 20 tahun. Cepat je masa berlalu. Sangat rindu nak pakai uniform sekolah aku(yang mana 1 ek? yang kain biru gelap ke, biru mude ke yang wane khaki?). Sangat rindukan cikgu2 yang best.
Lagi 3 bulan tahun 2008 akan berakhir. Akan bertambah lagi umo aku (tiap2 hari pun bertambah kan). Akan bertambah lagi memori, kenangan, pengalaman, pahit manis kehidupan dan dugaan. Panjang ke umo aku untuk sampai ke situ? InsyaAllah. Banyak lagi yang belum aku capai. Aku sekarang bukan lagi budak sekolah yang nangis bila mak tak tunggu luar kelas, or budak kecik yang kuat berimaginasi yang bukan2. Aku sekarang seorang siswi, yang punya tanggungjawab dan amanah yang maha berat untuk aku laksanakan. Aku tak boleh lagi menangis. Aku tak boleh lagi leka. Aku tak boleh lagi pikir nak enjoy je. Aku kena pikir pasal masa depan, negara, bangsa n agama. Masa mematangkan manusia. Pemikiran pun kena matang.
Come on tiqah! Wake up! Gambate!

~Aku~

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
banyak sebenarnye benda yang penting dalam hidup aku. Terlalu banyak. Antaranya makanan, tempat tinggal, pakaian, hp, laptop,duit..hehe. Tapi yang paling penting sekali dalam hidup aku ni ialah agama aku, Islam. and tak dapat aku nafikan yang lagi 1 ialah family aku, expecially mak aku. Aku saaaaaayyaangg sangat mak aku lebih dari nyawa aku sendiri.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Wang sendiri?? Jap kena pikir lama gak ni. Aku mana ada duit sendiri. Sume duit aku dapat dari sumber utama iaitu abah aku. Selebihnya dari ptptn n lain2. Tapi dulu masa pas skolah aku ada keje jap, dapatla gaji sikit tapi aku dah tak ingat aku beli ape guna duit tu. Selalunya duit aku habis untuk makanan..hehe..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Takleh blah punye soalan..harhar.. Ntah, tak penah terpikir lak sebab rasanya tak kawen dalam masa terdekat. Dalam 2 3 ari sebelom aku kawen baru aku pikir kot. Nanti aku gitau ye..hehe..

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Hubungan kamu??siapakah kamu?? What kind of relationship?? Kalau hubungan persahabatan, bagi aku sekali aku dah bersahabat dengan seseorang, sampai mati aku anggap dia sahabat tak kiralah kami masih berhubung atau tak. Tapi ade jugak la antara makhluk Allah yang pernah bergelar sahabat aku, tapi sekarang tak anggap aku sahabat lagi. Taktau la sebab pe. Wallahualam.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Cinta sentiasa ada dalam hati aku. Cinta Allah, nabi, Islam, and my family. Cinta kepada insan selain family aku, takde.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Minggu lepas gi buka pose kat restoran ape ntah kat Shah Alam ni. Tapi very disappointed la. Dah la pose masa tu, sampai kedai tu dalam pukul 6.45 petang. Tapi masa dah azan pun (lebih kurang pukul 7.20) makanan yang diorder tak sampai lagi. Dah la banyak makanan yang takde. Sayur kailan pun takde, ikan siakap pun takde. Yang ade cuma ikan kembong je. Kalau setakat nak makan ikan kembong, kat rumah pun boleh. Mak aku dah bengang masa tu, kena bebel la pelayan tu. Pastu sume makanan tu akan dikomen. "Bahan dalam tomyam campur ni sikit sangat la, mak masak sedap lagi", "kailan pun takde? Kedai dekat dengan Giant pun takleh gi beli ke kailan?". "Ni sayur untuk 2 orang ke untuk sorang ni? sikitnya." Antara bebelan mak aku. Sejak tu dah tak gi berbuka kat luar dah. Mak aku masak puas2 kat rumah baru puas hati..hehe..mak..mak..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Erk? Buku Food Nutrition kot. Tak pun buku Skill of Critical Thinking. Dah lupa la mana 1 yang latest beli.

8. Apakah nama penuh kamu?
Nur Atiqah Bt Mohd Yusof. Orang selalu salah eja nama aku. Gantikan 'Q' dengan 'K'. Dah jadi Atikah. Tak sama maksudnye tu. Atiqah ye..

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dulu masa kecik2 rapat dengan abah sebab abah manjakan aku. Nak minta apa pun senang je. Kalau result exam teruk, bagi report kad kat abah la. Sure tak kena marah,hehe. Abah ajar bawa motor masa aku 12 tahun. Mak lak tak bagi lagi masa tu. Sure aku sayang abah yang sporting..hehe.. Tapi sekarang ni aku lebih rapat dengan mak. Biaselah bila dah besar ni. Banyak benda yang takleh buat dengan abah. Gi shopping pun dengan mak la. Lagipun abah dah keje jauh. Jarang dapat jumpa. Tapi untill now, dad is my main financial supporter..hehe.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Siapa ek?? Ntah, buat masa sekarang ni aku takdela teringin sangat nak jumpa sape2. Tapi best gak kalau bleh jumpa member2 lama, buka semula cerita lama2..hehe.

11. Christina atau Britney?
Dua-dua pun aku tak minat. Banyak tol masalah minah2 berdua ni.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Kat kolej,YES! Aku tak penah lagi basuh guna mesin basuh. Aku akan rendam baju dalam 15 minit (kekadang sampai keesekannya,harhar), berus sampai rasa nak tercabut tangan, perah bagi kering (gaya cam mesin yang spin la konon), then sidai. Aku tak gemar guna fabrik softener. Dulu masa sekolah rajin gak sebab tengok housemate sume guna. Tapi sekarang ni aku dah takde masa nak rendam baju dalam dalam softener. Kang kalau lupa semalaman lagi la baju aku terendam..bahaha..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Aku nak gi 1 tempat yang dingin, nyaman, ade tasik boleh kayuh sampan, ade bunga warna warni, burung2 yang kecik n comel2. Kalau tempat macam ni wujudlah. Tenang giler rasanya.

14. Pelukan atau ciuman?
Pelukan better. kenapa?? Biarlah rahsia..hehe

15. 8 perkara yang amat saya gilai
-warne black+red (cool la warna merah campur itam)
-jam (ntah dah berapa banyak jam aku ada. Tapi kebanyakannya dah rosak)
-kasut (macam suke kumpul kasut lak sebab aku sangat suke beli kasut)
-tv (kalau kat rumah, tv paling penting untuk aku)
-makan (aku blaja pun pasal makanan.hari2 aku makan so memang gila r)
-tido (kalau takde keje, tido je best. Aku sangat senang tido)
-motor (aku gila skuter..sangat2!)
-kucing (kat rumah dah ade 4 ekor..sangat suke kucing..taktau nape)

16. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-pergh..
-giler r
-ea?
-ha??
-acece
-sengal
-dow..
-beb..(kalau aku terlupe nama kwn2 aku, aku panggil beb je)

17. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
-Al-Quran
-food nutrition
-skill in critical thinking
-kamus BI-BI-BM
-general microbiology
-physical chemistry
-organic chemistry
-ethnic relationship

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
-bawaku terbang
-wanita
-diriku tapak sulaiman
-keredhaanMu
-tanpaMu
-when you r gone
-tercipta untukku
-come back to me

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-jangan mudah percayakan orang
-jadi lebih matang
-jangan buat kerja last minit(tp sekarang pun buat keje last minit)
-lebih serius untuk study
-pandai2lah pilih kawan. jangan tertipu lagi.
-jadi diri sendiri walaupun tak disukai
-bawa2lah berjimat cermat

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..