Harini tidurku melampau. Sangat. Malam tadi bertungkus lumus siapkan biskut almond london. Lepas sahur n solat subuh pagi tadi, terasa mengantuk walaupun tidur agak awal malam tadi. Terlajak pula tidurnya. Bangun, bergegas ke dapur untuk sambung tugas menyiapkan almond london. Malam tadi coklat masakan tak cukup. Malas pulak nak sambung, terus tidur.
Berbalik kepada tajuk, adik. Entri tentang adik aku. Aku takde ramai adik. Seorang sahaja. Mungkin. Kenapa mungkin? Bilangan adik sendiri pun tak pasti? Biarlah rahsia. Adik aku lelaki. Berumur 18 tahun. Sepanjang hidup aku, baru sekarang aku sedar adik aku dah besar. Besar dan menjadi semakin dewasa. Sedangkan diri aku juga kadang-kadang aku tak sedar sudah semakin dewasa.
Adik aku, anak bongsu dari kami 4 beradik. Umur antara kami 4 beradik tak jauh beza. Abang aku berumur 23 tahun, kakak aku 21 tahun, aku 20 tahun dan adik aku 18 tahun. Maksudnya, masa kanak-kanak, kami sama-sama kanak-kanak. Masa remaja juga, kami sama-sama remaja. Dulu masa kanak-kanak, aku, abang dan kakak selalu buli adik. Sebab dia yang paling kecik. Macam-macam panggilan kami panggil. 'gemuk,gendut'. Adik pun macam dah lali. Abang macam biasa,suka gunakan kuasa vetonya sebagai abang sulung untuk membuli adik. Adik lah yang selalu jadi mangsa kalau kami malas nak buat sesuatu.
"adik, amek air jap"
"adik, gi kedai jap"
Adik itu, adik ini. Kalau aku jadi adik, mesti aku dah jemu dengan sikap abang dan kakak-kakak aku ni. Tapi adik tak. Mungkin dia buat semua arahan kami dengan harapan kami akan baik dengan dia. Kami akan 'geng' dengan dia. Tapi tak. Kami makin suka buli dia.
Masa umur aku 6 tahun dan tadika di PASTI, aku pernah bawa adik sekali. Ntah apa sebabnya aku pun dah tak ingat. Aku bawa adik duduk dengan aku dalam kelas, aku bawa adik pergi kantin masa makan, aku bawa adik pergi koop belikan dia gula-gula. Aku bawa adik pergi tandas kalau aku nak pergi. Adik memang tak boleh berenggang dengan aku. Dia takut. Dia takut dengan cikgu-cikgu aku, kawan-kawan aku. So, mana je aku pergi aku kena bawa dia. Cikgu-cikgu aku suka dia. Mungkin sebab dia comel masa tu. Tapi aku jahat (nakal sebernarnya). Aku pernah sekali tinggalkan adik sorang-sorang dekat kantin. Ntah kenapa. Mungkin aku lupa aku bawa dia masa tu. Sampai waktu nak balik baru cikgu aku bawa dia kat aku semula. Masa tu muka dia dah merah-merah sebab banyak sangat menangis. Lepas dia nampak aku, lagi la kuat dia menangis. Dia marah aku tinggalkan dia. Sejak hari tu, mak dah tak bagi aku bawa adik lagi pergi tadika. Mak marah sebab aku tak jaga adik. Aku bengang dengan adik masa tu. Sebab dia, aku kena marah. Tapi sekarang aku sedar, memang salah aku =)
Masa adik darjah 1, aku selalu tipu adik buat kerja sekolah. Dia suruh ajar eja 'ruler', aku ajar dia tulis 'lerur'. Dia minta tunjukkan matematik 2 + 5, aku bagi jawapan 10. Tapi adik selalu percaya cakap aku. Apa yang kakak dia ajar, dia percaya. Sebab bagi dia kakak dia pandai, selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Mesti semua yang kakak dia ajar betul belaka. Tapi aku tipu dia. Aku taknak dia betul. Aku ajar benda yang salah. Kalau sekarang dia tak pandai, aku yang salah.
Hari lahir aku dan adik dekat-dekat. Aku 16 Mei, adik 4 Mei. Masa kecik-kecik, aku mesti nak buat parti hari lahir. Nak sambut meriah da bomb punya. Nak bagi kawan-kawan jelous. Nak dapat hadiah banyak-banyak. Mak suruh buat parti serentak dengan adik. Mak taknak buat 2 parti dalam satu bulan. Mula-mula aku taknak. Tapi lepas mak pujuk, aku terima dengan syarat buat parti masa 16 Mei, bukan 4 Mei. Adik tak kisah. Masa buat parti, aku tak bagi adik panggil ramai kawan dia. Aku cakap ni parti hari jadi aku.
"mak cakap, kita kongsi"
"tak! ni parti akak qah. Hari jadi adik dah lepas. Hari ni 16 Mei"
Adik tak panggil ramai kawan dia. Akhirnya parti tu jadi parti hari jadi aku sorang.
Masa raya, aku dengan kakak, abang dan sepupu-sepupu yang sebaya akan berjalan dari rumah ke rumah. Kami nak kumpul duit raya banyak-banyak. Tapi kami selalu tak bagi adik ikut.
"mak tak bagi adik ikut, adik kecik lagi. Dah sekolah nanti baru boleh ikut"
Aku nampak adik menangis. Tapi adik menangis tak kuat. Cuma air mata dia meleleh. Dia nak ikut kami kutip duit raya. Tapi kami sengaja taknak dia ikut. Mak bagi, kami yang tak bagi. Akhirnya adik duduk je kat rumah tengok tv. Bila kami balik, kami tunjuk duit-duit raya yang kami dapat. Adik diam je.
Masa aku tingkatan 4, aku masuk asrama. Aku dah jarang balik. Dah jarang jumpa adik. Adik dah berubah. Adik dah besar. Adik duduk kat rumah sorang-sorang masa mak gi kerja. Adik sunyi. Adik selalu keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang malam pun adik keluar. Adik dah pandai lawan cakap mak. Adik dah pandai lawan cakap aku. Adik jadi malas nak belajar. Adik ayik nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Adik tak kisah langsung pasal PMR. SPM pun adik tak kisah. Semua urusan adik kat rumah, mak yang kena buat. Bilik adik bersepah, mak jugak yang kena bersihkan. Baju kotor adik merata-rata, mak yang kena kutip masukkan dalam mesin basuh. Kalau mak minta tolong kat adik, adik buat dunno je. Adik jadi degil. Masa tingkatan 5, mak nak masukkan adik kat asrama. Adik taknak. Adik cakap kalau mak masukkan adik asrama, adik nak jadi budak jahat, supaya adik kena 'kick out' dari asrama. Adik makin menjadi-jadi. Mak dah tak mampu nak buat apa. Mak cuma ada adik sorang je kat rumah masa tu, so mak ikut je kemahuan adik.
Sekarang, umur adik dah 18 tahun. Adik tengah belajar kat Kolej Pertanian kat Kluang, Johor. Adik duduk hostel. Adik dah tak memberontak. Adik dah pandai sesuaikan diri duduk jauh, hidup berdikari. Harini adik balik rumah cuti raya. Adik bawa balik banyak buah tangan. Adik dah uruskan sendiri barang-barang raya adik. Mak tak payah susah-susah nak buatkan baju raya adik. Adik dah ada semua. Adik dah boleh bawa kereta. Adik boleh uruskan semuanya sendiri. Adik dah pandai fikir untuk masa depan. Adik bersungguh-sungguh kat kolej tu. Adik offer nak tolong mak, tak payah nak kena suruh lagi. Adik dah pandai masukkan baju sendiri dalam mesin basuh. Adik dah pandai sidai baju sendiri, kemas katil sendiri.
Adik aku dah besar sekarang.
No comments:
Post a Comment