Wednesday, March 30, 2011

post ni post merepek. sila abaikan! *AMARAN KERAS*

Assalamualaikum wbt



alhamdulillah, Isnin lepas mak aku dah selamat sampai kat China. tapi sebelum mak aku sampai, ade dugaan yang aku terpaksa hadapi, but then again thank u Allah cause ease my way =)



mak aku kate flightnye pukul 1.40 pm dari KLIA, akan sampai around 7 pm kat Pudong Airport, Shanghai. so aku dengan mim gerak dari wuxi pukul 9 am, pegi railway station bertemankan Mohamed. kitorang amek train pukul 11.40 am. saje pegi awai sebab nak jalan-jalan dulu kat shanghai before pick up my mom, cadangnye.



Mohamed cume ikut sampai railway station je. die tak ikut ke Shanghai. tu pun aku dah kate takyah, aku dengan mim boleh pegi sendiri, tapi risau sangat, die ikut jugak.



dalam train, lebih kurang pukul 12 lebih mak aku sms katenye die tersilap tengok waktu departure. bukan 1.40 pm, tapi 1.40 am!!!! kirenye mak aku dah terlepas flight!!



tapi nasib baik lah, dulu mak aku penah ade beli tiket airasia, tapi mak aku ingat dah tak jadi gune sebab aku dah beli MAS supaya mak aku boleh balik sekali dengan aku nanti, memandangkan UiTM beli tiket MAS untuk aku. dan alhamdulillah jugak, tiket airasia yang konon-konon nak biar redha pasrah je burn tu, pada tarikh 28March, iaitu sehari selepas mak aku tertinggal flight MAS tu. jadi, mak aku tetap dapat datang ke China gune tiket tu.


tapi yang jadik masalah kat aku ialah, aku ma

se tu tengah on the way ke Shanghai. ape aku nak buat kat Shanghai sementara nak tunggu esoknye??? dengan pegi Shanghai sehelai sepinggang, dengan takde member yang ikut. pulak, esoknye mak aku landing bukan dekat Shanghai, but Hangzhou!!!! Shanghai ke Hangzhou lebih kurang KL ke Melaka. aku tak reti camne nak pegi Hangzhou dari Shanghai!!!



sampai je kat Shanghai, aku dengan mim pasrah, KITE REDAH JEK! kitorang pun pegi la jalan-jalan dekat area Shanghai City. orang berniaga kat sana boleh cakap omputih la jugak sikit-sikt. fuh, lega. dalam dok risau sana sini tu, sempat la jugak aku dengan mim bersesak-sesak memborong tshirt expo Shanghai. main tolak-tolak jerit-jerit sama macam dalam cite shopaholic tuh! tapi aku tak la. aku maintain. pastu jalan-jalan beli fridge magnet, sikit-sikit souvenior. pastu jumpe muslim restoran, singgah makan. dalam pukul 5 lebih, kitorang cari hotel bajet. kenalah bayar RMB 226 tak pasal-pasal. dan tidurlah dengan nyenyaknye kat hotel tu.



esoknye, isnin. pagi pukul 7.30 kitorang dah check out. pastu pegi cari balik railway station sebab nak tengok train ke Hangzhou. alhamdulillah takde masalah. pukul 9.01 am sharp train tu gerak ke Hangzhou. seriously, aku dengan mim pasrah sangat-sangat. dekat railway station, train, nak beli tiket, sume signboard dalam tulisan cina. nasib baik ade jugak aku belajar mandarin dulu, ingat-ingat lupa, pastu bantai je la cakap kalau nak beli tiket.



pukul 10.30 am sampai kat Hangzhou. sejam setengah perjalanan guna speed train which cost me RMB 98. from Wuxi to Shanghai aritu RMB 61. alhamdulillah aku penah sampai Hangzhou before ni, ingat-ingat la jugak jalan sikit-sikit. sampai je, cari muslim restoran dulu. pastu pegi bus station, amek bas untuk ke airport. pukul 12 sampai airport, dan jumpe mak aku pukul 1.30. pastu terus balik Wuxi. sampai hostel pukul 7 pm. penatnyeeee Allah je yang tau! tapi aku sangat-sangat bersyukur dan bangga sebab aku berjaya jugak dengan bantuan Allah. sebelum ni tak penah aku kuar berdua je dengan mim even setakat nak pi downtown jalan-jalan. mesti ade member yang tau speaking chinese ikut same.



luse aku akan pegi Shanghai semule, stay sane sampai 4 april dan get ready to fly back to Malaysia. nanti kat Shanghai pun, aku dengan mak aku survive sendiri. tak gune travel agent. tengok je la ape jadi nanti,hehe.



dan sekarang ni sebenarnye, aku rindu incik zai. lately selalu mimpi die. harap-harap die sihat kat Sarawak sane, takde ape-ape masalah besar. bile aku kat China, jarang sangat contact die. through phone memang takla sebab celcom aku tak available kat sini, china mobile plak aku tak boh kredit. nak jimat sebab nak shopping. so kalau die online je la dapat borak.tapi die jarang online.



i just hoping that he is doing well there. amiinnn~~~



salam

Saturday, March 26, 2011

cooking-cooking



Assalamualaikum wbt


ingin menceritakan aktiviti semalam..kenangan yang best kat JU ni..


semalam pepagi aku, mim, alex and mohamed kuar gi pasar. kitorang rancang nak cooking-cooking makanan malaysia, sebelum aku and mim balik malaysia for good next week. ni first time aku dengan mim masak kat sini. selama ni either we went out to buy food, or masak megi je kat bilik gune periuk letrik murah beli kat koop JU.




kat blok asrama international student, setiap 2 floors share 1 kitchen. kitorang masak kat kitchen fifth floor.



ikut perancangan, kitorang nak masak tomyam, kari ayam, sayur goreng, and ikan sweet sour. so, kitorang gi pasar dalam pukul 10 lebih untuk cari bahan-bahan. alex ade bawa paste tomyam and kari ayam dari malaysia. bile sampai kat pasar, kitorang pun membeli belah la.








alex dengan mohamed tengah mengasah-asah pisau nak sembelih ayam yang alex pegang tu. harga ayam tu RMB 24, lebih kurang RM 12. ayam hidup ok! so bagi aku la, murah. korang rasa murah ke? ke aku yang tak tau harga ayam kat malaysia? =_=!





pastu mohamed pun sembelih la ayam tu. Innalillah~ pastu buang bulu and potong-potong siap kat pasar tu.






lepas beli ayam, aku kate kena beli carrot and sayur kalau nak buat sayur campur. kene beli tomato kalau nak buat tomyam. so kitorang pun beli bawang, sayur campur, nenas, susu cair. lepas tu nak beli ikan, tapi laoban jual ikan dah pi lunch la pulak. diorang lunch pukul 11 kat sini, kalau aku time tu bekpes tak abes agi.




so aku dengan mim balik dulu bawa barang-barang. mohamed dengan alex pegi beli ikan and cili kering kat pasar lain.






pukul 2 lebih kitorang mulakan operasi. nak tunggu mohamed balik sembahyang jumaat dulu. tapi masa tu mohamed tak balik pun lagi. kitorang mula dulu. potong-potong sayur, cuci ayam and ikan.





alex masak kari ayam. alex kate "saye tau masak kari ayam saje. mama saye ajar masak kari ayam instant saje." kiut kot. lepas tu boleh pulak cakap "mama saye sangat pandai masak. oleh sebab itu, saye pandai masak". aku dengan mim memang gelak tak hengat la dengar die cakap. dah la die cakap satu-satu, macam budak-budak tadika yang baru nak belajar cakap tu. sooo kiut!






mim sedang mencuci ikan. ikan ape ntah aku tak tau. nampak macam siakap. ikan ni mase beli hidup tau. kat pasar jual dalam air, takde ikan mati yang jual. murah sangat pulak tu. 2 ekor ikan saiz macam ni alex kate RMB 16. kenape lah diorang tak makan ikan kalau dah murah giler? kat restoran muslim takde menu ikan ok!







nak buat sweet sour, goreng dulu ikan. tapi kitorang takde kunyit. so goreng kosong je. tapi aku gune minyak dalam kari tu. kan masak kari ade banyak minyak kat permukaan, aku asingkan minyak tu untuk gune buat goreng ikan. jangan tak tau plak cara tu boleh. kalau kat rumah, minyak goreng cili nak buat sambal tumis, kalau buat goreng ayam or ikan, nanti ayam or ikan tu ade rase pedas-pedas sikit. sedap tau! ikan ni pun sedap goreng gune minyak kari sebab rase rempah kari tu lekat kat ikan.





ni kuah untuk ikan sweet sour tu. actually banyak bahan yang takde. cili boh, sos tiram, tepung jagung. aku gune bahan-bahan asas je. sos tomato, nenas, tomato, bawang, carrot, cili kering, garam, gula. boh sos tomato lebih sikit pastu biar lame sikit bagi pekat. bantai je~






tengah goreng sayur campur letak udang kering mamat hensem indonesia bagi. siyes hensem. cuci mate betoi aku kat situ. rugi aku pakai selekeh-selekeh. huh!





selekeh!





tada!!! inilah hasilnya. ikan sweet sour 2 ekor, tomyam yang takde daun limau purut dengan serai, sayur campur goreng, kari ayam. ade sikit nenas lebih, buat dessert. dengan telur ikan dari ikan sweet sour tu. mohamed kate "this fish eggs not good. u didn't put anything? spices and salt? its not good, really!"..pastu alex kate "its good for men, mohamed". aku dengan mim dah gelak guling-guling, mohamed senyum malu-malu sambil kunyah jugak telur ikan tu sampai habis. =D


best tau dapat makan masakan malaysia kat negara luar. sangat berselera. walaupun makann-makanan tu tak cukup bahan sangat. kitorang melahap macam hape ntah.


aku penat giler semalam sebab 3 dari 4 dishes aku yang masak. so harini aku cancel plan nak kuar gi park. maybe tunda ke hari isnin. esok aknak pegi shanghai pick up my mom.

assalamualaikum!

Thursday, March 24, 2011

salah ke? help me please~

saje nak tanye sebab nak tau..
salah ke kalau fesyen-fesyen hijab sekarang ni berleluasa?
sekaligus menarik ramai wanita-wanita islam untuk berhijab?
salah ke kalau fesyen berhijab tu yang jadi pendorong untuk wanita islam berhijab, sedangkan sebenarnye sebelum wujud fesyen-fesyen hijab yang macam-macam ni, diorang tak rase nak berhijab pun..
salah ke ha?
bukan ape, sebab aku ade gak baca-baca dalam belog-belog orang. ada yang ok ada yang tak ok. ada yang kate wanita sekarang tak ikhlas pakai hijab. diorang berhijab sebab ikut fesyen je. tak bagus tak bagus.
tapi penah jugak aku baca, lebih kurang camni la
A: i belum ready nak pakai tudung. kalau orang paksa pun i pakai tak ikhlas buat apa?
B: nak tunggu ikhlas and ready ntah sampai bila. ni bukan option. ni kewajipan. ikhlas ke tak, kalau dah wajib tu, kena la pakai. lama-lama jadi kebiasaan ikhlas la jadinye
tapi keadaan sekarang dengan wujudnye fesyen-fesyen hijab
B: alah minah-minah tu bukannya ikhlas pun pakai tudung. ikut trend je tu. fesyen la konon.
dapat tak ape aku cube sampaikan?
kenape mesti negatif kan setiap perkara? tak boleh ke kalau...
B: sekarang ni banyak fesyen best-best hijab. boleh jadi motivasi untuk pompuan free hair pakai tudung kan?
jangan lah cakap pasal ikhlas dalam hal kewajipan. yes itu wajib, kena buat suka atau tak. kalau tanye aku, aku akan cakap benda yang same macam banyak orang cakap "tak salah nak berfesyen. tapi berpada-pada. jangan sampai melanggar syariat. cuba amek positive part dari tiap-tiap sesuatu. kita yang tentukan keadaan tu baik or tak untuk kita sebab kite yang pilih dan mencorakkannya."
macam la jugak dulu penah timbul isu lagu nasyid dalam diskusi ngan ustazah aku, mase tu aku sem 2 kot.
ustazah aku tanye
"ape pendapat kamu semua pasal lagu-lagu nasyid zaman sekarang? banyak ke arah kecintaan pada manusia. rindu kekasih. macam lagu inteam Kasih Kekasih etc"
pendapat dari salah sorang student "tak berapa bagusla camtu sebab boleh menjurus ke arah maksiat. nanti orang ingat islam ni menggalakkan cinta sebelum kawin"
tapi bagi aku "positive side, dalam lagu-lagu tu ajar macam mane kite boleh salurkan perasaan cinta sesama manusia tu dengan cara yang baik. macam mana cara jage batas pergaulan untuk pasangan yang mempunyai perasaan cinta pada satu sama lain. better than lagu-lagu lain berkisar pasal cinta sesama manusia tapi langsung tak terapkan ciri-ciri islam dalam pergaulan. siap rindu dendam ape bende sume tu. and, aku rase dengan wujudnye lagu-lagu nasyid gitu, boleh tarik lagi ramai remaja untuk dengar nasyid. better than diorang langsung tak layan nasyid, dok layan rock kapak tangkap cintan."
point utama entry ni nak tau pendapat pasal fesyen hijab =)
aku bukan ustazah, bukan jugak orang yang penuh ilmu di dada. ni cuma pandangan peribadi. right me if i'm wrong.
salam.

Wednesday, March 23, 2011

5 tahun sudah..

Assalamualaikum
arini result SPM diumumkan. pada yang dapat result cemerlang, tahniah tahniah tahniah. u made it! pada yang kurang cemerlang, remember this. SPM is not everything. it is just the beginning of your loooooong journey. which i can say, bad starts, not always will end up bad. got me?
5 tahun lepas, aku dah rase benda ni. pegi kulim sorang-sorang naik bas dari alor star. taknak mak ikut. takut. sampai kat kulim jumpa kawan-kawan. best giler kot. sebab dah lame tak jumpe. pastu beratur kat pejabat nak amek result. dari sorang ke sorang, aku tengok reaksi kawan-kawan yang da dapat result. Ya Allah Tuhan je yang tau camne nebes nye aku nak bukak envolape result tu mase tu. bile dah bukak, tarik slip result tu slow-slow dari satu subject ke satu subject. bile dah cukup 10, alhamdulillah~ lulus! hahaha..harap lulus je,apekah???
alhamdulillah. aku tak penah pun nak agak-agak dapat result berapa. so bile dapat tau, sonok! lepas tu enjoy sakan la. terus kuar dengan kawan-kawan sebab kebanyakan kawan-kawan pun tak datang dengan parents. berlagak seyh. baru habis sekolah dah rase besar la kan, datang amek result drive kete sendiri, merempit konvoi.hahaha..same je aku pun.
tu kisah 5 tahun lepas. 5 tahun lepas, aku tak sangka aku akan jejakkan kaki kat china, untuk menjalani semester terakhir sebelum aku layak konvo. yep, dulu selalu ade talk and speecher selalu tanye sape nak sambung belajar kat obesi? aku memang takkan angkat tangan. bukan sebab aku taknak, tapi sebab aku tau aku tak layak. disebabkan aku belajar dalam environment 'budak pandai', well aku tak tergolong la dalam kalangan pelajar harapan. memang tenggelam terus la!
5 tahun akan datang ape cer?mungkin aku tengah buat research, atau aku tengah goyang perut keje government, atau aku tengah stress giler keje ngan swasta, atau aku tengah sibuk set up bisnes sendiri, atau aku tengah sibuk layan anak dan suami? oopppsss~
kita merancang, Allah yang menentukan. tapi kena berusaha la kalau nak Allah tolong. kalau 5 tahun lepas aku tak jangka aku akan berada di mana aku berada sekarang, tak mustahil 5 tahun akan datang aku akan berada di tempat yang aku sendiri rase susah nak sampai. kan?
perjuangan baru bermula

Monday, March 21, 2011

wo hen ai wo de mama

Assalamualaikum wbt
selamat tengahari wahai warga malaysia, indonesia, brunei, china dan singapura.
21032011
my mom's birthday!!!!
kalau tahun lepas, aku dok rumah buat kek untuk birthday mak aku. tapi tahun ni aku takde kat rumah, so aku boleh mesej je dengan mak aku dan wish melalui fb and belog ini walaupun mak aku tak baca belog aku.
mak, selamat menyambut hari kelahiran yang ke-52. alhamdulillah tahun ni insyaAllah mak akan dapat menantu. 2 orang sekali gus. tu la bagusnye anak-anak umur dekat-dekat kan mak? mase kecik ya ampun susahnye nak jage. asyik bergaduh berebut beskal, berebut mate ikan, berebut nak dok depan dalam kereta, gaduh tumbuk-tumbuk, menangis, berebut nak tengok suria pekasa hitam. kesian mak. mak kate jaga anak 4 orang kecik-kecik macam jage budak 10 orang. sorang lapar nak makan, sorang kuar main beskal tengah jalan, sorang kencing dalam seluar, sorang nak tengok katun. mak memang the best la. the bomb punyer!
sekarang ni mak dah boleh rehat sikit. nanti abang an dengan kak nana dah nak kawen. diorang ade hidup masing-masing dengan famili masing-masing. tanggungjawab mak dah lepas. tanggungjawab dah beralih kat diorang pulak untuk jaga mak.
lepas tiqah balik malaysia ni, kalau rezeki murah senang dapat keje, giliran tiqah pulak bagi duit kat mak bulan-bulan. belanja mak makan sedap-sedap, belikan baju untuk mak cantik-cantik.
untuk hari jadi mak kali ni, tiqah dah spend rm1000 untuk beli tiket flight nak bawa mak datang sini. alhamdulillah ade rezeki lebih dari elaun. memang rezeki mak lah kan. mak penah kate "mak nak pegi obesi gune duit sendiri memang tak mampu lah. mak nak tunggu tiqah pegi sambung belajar kat obesi boleh la mak tumpang skali". see mak, your dream comes true la. terima kasih doakan tiqah dapat jejak kaki kat bumi china ni. walaupun bukan sambung master as what u want, tapi tetap lah dalam proses menuntu ilmu kan? xiexie mama..
tak sabar nak tunggu mak datang sini minggu depan. mak, wo hen ai ni. wo hen ai wo de mama (^^)



Sunday, March 20, 2011

looking for job?

Assalamualaikum wbt..
in two weeks time insyaAllah aku akan balik malaysia for good. dan insyaAllah after aku settle down dengan presentation praktikal, report praktikal, dan sesi bercuti bersame ibu tersayang, aku akan memulakan tugasan baru iaitu sebagai JOB HUNTER~
so, kalau ikut plan, insyaAllah dalam bulan 5 aku mule drop resume. sebab kalau boleh aku nak mula keje bulan 6 ke atas. rase macam taknak mula awal. demand kan? nak dapat keje pun tak tentu, ade hati nak pilih-pilih waktu lagi.
sebab aku dah ade plan untuk bulan 4 dan 5. see how's my rezeki la kan.
ade best ade tak best gak praktikal kat obesi ni. sebabnye bile tengok kawan-kawan kat malaysia yang dah mule ke sana ke sini pegi interview, best pulak. aku? memang tak boleh la kan. even nak drop resume sekarang pun kena pikir banyak kali sebab takut-takut company tu call mase aku masih kat china. sebab tu sekarang aku masih bersenang lenang tak cari keje lagi. aku nak tunggu balik malaysia and settle everything baru nak mula. InsyaAllah kalau ade rezeki aku, adelah nanti. tak perlu nak dengki-dengki kat orang lain ye dok?
so pengumuman!!!! sesape tau ade position untuk food technologist atau yang sama waktu dengannye, sile roger aku kat FB aku k! hehehe~

Thursday, March 17, 2011

vice dean yang terbaik!

Assalamualaikum..
current temperature is 12 degree. tapi sejuknye macam below 5 degree je. ke aku yang tak sihat ha? rasa sejuk sangat ni apsal?hu~
sekarang tengah menguyah roti cicah sambal ikan bilis minum milo panas. dah pukul 10 malam la baru perut nak lapar kan, kalau awai sikit kan cun la jugak. patut la aku makin membulat *aku salahkan perut*
siang tadi gi lunch lambat sikit. dalam pukul 2 lebih. sampai bilik around 3 pm, tengok phone ade misscall dari lab mate. pastu bile call balik, die kate vice dean nak jumpe kitorang pukul 3. ape lagi, glabah puyuh la aku ngan mim. kelam kabut aku cari log book untuk isi progress projek. tertonggeng-tonggeng aku nulis, tak sempat nak cari meja dah. bawak la segala evaluation form. rupe-rupenye, vice dean prof zhong fang nak soh kitorang pegi jumpe prof zhou peng, lecturer baru yang incharge kitorang.
peh buat ketaq lutut ja.
sampai kat ofis die, borak-borak. peramah giler, best kot. macam kawan-kawan je. memang terbaik! pastu dia kate rabu depan nak bawa kitorang round-round kat statekey lab sambil bergambar then nak belanja kitorang lunch. wah wah wah. die pun salah sorang vice dean jugak. ade banyak vice dean ni. prof zhou peng vice dean untuk international student. giler bangga vice dean sendiri nak bawa makan.
pastu die siap janji nak assign mane-mane student die jadi tourist guide kitorang. sangat la terbaik! balik je dari jumpe die tadi rase senang hati. lagi la buat aku rase taknak blah dari sini.
kenapelah die baru je jadi vice dean for international student? kenapa tak dari bulan 12 tahun lepas?hehehehe..
besok hantar report, lepas tu KITA ENJOY!!!!!
salam

Tuesday, March 15, 2011

from 120 to 20



from 120 days, now only 20 days left






time runs fast! without we realize it.







Alhamdulillah, thesis sudah siap. wah, earlier than expected. i thought i wouldn't be able to finish it up till this thursday. well, alhamdulillah again. Allah ease my way. =)





i've been in China since 4th december last year and will be back home on 4th april this year. at the begining, i was so excited about counting days but now, i think i better being excited bout exploring China, don't u think so peps?




yeah i know i had about 5 weeks holiday, and because of that reason, apelah nak kecoh 12o hari? 90 hari je kooottt. ramai yang cakap gitu, but do i look like i care? lantak aku lah nak kecoh! that's my rezeki la kan dapat cuti panjang. dah tu takkan aku nak deny my holiday pastu buat degil konon-konon komited giler ngan keje kat sini? hell no!



if im not given that holiday la kan, dah 3 bulan setengah la aku kat sini. tinggal lagi setengah bulan jek. masa baru-baru sampai dulu, ya ampun rase macam mase tu berjalan sangat la slow, terkemut-kemut. mase tu winter, isyak awai around 6.30 pm. aku dengan mim ni dok menunggu isyak aje untuk solat pastu nak terus tido. tau sebab ape? sebab nak buat supaya kitorang rase mase tu cepat sikit. tido tak sedar ape, bangun je dah hari berikutnye. so cepatlah kan dari mengira detik.






keanak-anakan rite? ingatkan umur dah 20an ni takde lah perangai gitu lagi.




so now, our bording date to KL just around the corner. dalam hati ade rase best sebab aku akan menamatkan pembelajaran. tapi ade gak rase sedih sebab nak balik dah. entah bile la pulak aku ade peluang nak sampai sini kan? yes aku akan rindu Jiangnan Uni, rindu bilik aku ni, rindu Wuxi, rindu kenangan kat sini, rindu kawan-kawan.





kat bawah ni ade beberapa gambar bilik aku yang aku akan rindu nanti. Uni mane yang bagi ekon and tivi dalam bilik? Jiangnan Uni la..hehe









front door






hall. carpet sponsored by mohamed






bed up in the sky









study table below bed








tivi and air conditioner yang jarang digunakan









toilet








p/s: yeah, toilet is in the room. so no need to go out la kalau nak pee. oh and 1 more, for international students, girls and boys are mix in the same building. my jiran boy kot..

Monday, March 14, 2011

winter to spring (^^)

Assalamualaikum wbt
ni hao ma? wo hen hen hen hao. ni chifan le ma? ngeee~
sekarang musim sedang beransur-ansur berubah. from winter to spring. and now i am enjoying spring season here. MasyaAllah, cantik sangat-sangat sejibik sejebon macam dalam drama-drama korea tu. walaupun aku kat china.
before this, all the pictures look gloomy
but now, sangat ceria macam saye (^^)

no more winter coat yang heavy nak mammmm...
no more sejuk-sejuk.
sangat best lah sekarang. memang mase yang sesuai untuk keluar menikmati keindahan alam ni. sekarang, every weekend kitorang dah plan nak buat ape.
for last saturday, kitorang pegi downtown jek jalan-jalan. dan aku telah shoping 2 helai baju. satu kaler putih yang aku pakai kat gambar di atas dan satu lagi kaler hitam juge macam dalam gambar. kaler je tak same. sesuai untuk aku pakai mase merempit ni. nak tau harga? harga asal ialah RMB 249. tapi sebab sale, aku dapat RMB 30 each. bermakna hanya RM 15 sahaja setiap satu!!! mane tak giler.
dan untuk semalam, kitorang pegi Mei Yuan park yang terletak kat Wuxi jugak. The most beautiful park in Wuxi bak kate alex. memang cantik pun. nak masuk bayar RMB 35 je dan park tu sangat besar ok! seharian lah kat situ.

layan lah video ni yek. sikit je. after this, aku akan siapkan thesis yang baru 30% buat. nak kena hantar jumaat ni. so mungkin tiada update sampai thesis siap. ok paipai

salam~

Friday, March 11, 2011

birthday on 16...

"suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapi cita-citanya. dalam pergaulan sehari-hari, dia merupakan orang yang mudah tersinggung, namun dia seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan. soal cinta, dia sangat setia dan sebab itula dia mudah disenangi. tapi dia seorang yang terlalu cemburu. kalau baik, dia sangat baik tetapi kalau jahat, dia merupakan orang yang paling jahat"



Assalamualaikum wbt. how are u doing today? harapnye sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

petikan kat atas aku dapat dari fesbuk. analisa oleh Dr Fadhilah Kamsah kepada mereka-mereka yang mempunyai tarikh lahir 16. aku terase, since my birthday is on 16 May.

jadinye, aku saje je la nak huraikan satu persatu tiap-tiap ayat kat petikan di atas yang aku rase mungkin banyak yang memang same dengan diri aku.


"suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam cita-citanya."
yang ni mungkin betul mungkin tak berapa tepat. ikut mood aku sebenarnye tang bekerja keras tu. tapi aku akui, kalau kena sesuatu yang memang aku suke, aku akan komited sangat. tak cukup rehat tak sempat makan pun takpe. the best example is, my work with GPMS UiTM. mak aku pun sampai bisng-bising la minta aku slow down mase aku final year ni sebab kekadang meeting sampai semalaman. program tiap-tiap minggu kadang-kadang luar dari area shah alam. tapi aku agak degil bab ni, sebab aku ralat kalau tak buat keje untuk GPMS. the second example is, mase aku buat part time job jadi tutor kat tusyen Klang. hari-hari dari isnin sampai khamis aku akan berulang-alik ke Klang dari Shah Alam untuk pegi tusyen yang mule dari pukul 8 malam sampai 10 malam. ni pun mak aku bising. die risau aku bawa motor sorang-sorang malam-malam sampai ke Klang yang makan mase 40 minit. tapi lagi sekali, aku degil sebab aku sangat suke mengajar @ jadi cikgu.



"dalam pergaulan sehari-hari, dia sangat mudah tersinggung. namun, dia seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan"
mudah sangat tersinggung tu aku tak pasti sebab setahu aku, aku ni kekadang hati batu jugak. kurang perasaan. tapi bila datang emo, semua orang cakap nak bergurau pun aku dah take serius. penah aku merajuk dengan din sampai seminggu sebab aku terase ngan ayat die. padahal aku tau die bergurau je. bukan tak penah aku bergurau ngan die selama ni. selalu je aku mengata die depan-dean and die pun same. sebab kitorang masing-masing tau tu cuma gurauan. jenuh jugak din buat macam-macam nak pujuk aku balik.
jujur dan tabah menghadapi persoalan mungkin betul. tabah tu yela, sebab dah banyak yang aku lalui since my young age. banyak sangat yang mungkin tak terjangka dek orang-orang sekeliling aku sebab aku tak cite kat diorang. tapi bab jujur tu, em ade gak kekadang aku kurang jujur sebab nak menjaga hati.

"soal cinta, dia sangat setia dan sebab itulah dia sangat mudah disenangi"
yes i admit that i am a loyal person. kalau tak, mane mungkin dapat bertahan lama dengan incik zai yang terpisah oleh laut china selatan kan? well before that pun i had a long distance relationship jugak. but, once i have love a person, i'll love him forever UNLESS something happen yang membuatkan hati aku betul-betul tutup takde perasaan. untuk aku tetibe suke kat orang lain tanpa ade kesalahan dari pihak satu lagi, mungkin tidak!
"tapi dia seorang yang terlalu cemburu"
yes ni pun betul. sangat sangat sangat mudah cemburu sebenarnye. penah jugak aku diam lebih 2 minggu dengan incik zai sebab salah paham and cemburu aku. bagi aku 2 minggu tu lame la jugak kan. but yes i did! sebab aku cemburu sangat mase tu.
"kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dia sangat jahat"
jahat sangat camne tu? sejahat-jahat aku tak penah la pulak aku bunuh or fitnah orang kan. tapi aku akan jadi jahat la jugak dari kebiasaan aku. tu aku mengaku. sebab aku jenis yang memendam perasaan. kalau aku terase or sakit hati, aku akan cuba sabar semampu yang boleh. tapi sampai satu tahap yang dah over my patience, aku dah takkan ade belas lagi and tak nak die wujud lagi dalam hidup aku. tapi untuk balas balik ape yang die dah buat, mungkin option ke-2. selalunye aku akan ignore dan taknak tengok muke die dah. camtu je.
so yeah some represent me. i think, most of it =). ape-ape pun, kite manusia akan berubah right? like seasons. doakan diri kite berubah ke arah kebaikan ok! chill~

Wednesday, March 9, 2011

good side of 'bad' foods

Assalamualaikum wbt..selamat tengah ari u alls..dah lunch? sedap? mak masak ape la kat rumah tu ye..rindunyeee nak melahap kat rumah..
so today i wanna share something about coffee.
selalu dengar pasal keburukan kopi je kan? so why not, today we discover the good side of this 'bad' drinks?


i like coffee. yes i do. very much actually. but my mother can't take it, she will get cough or headache if she take some, so i was trained to drink milo or tea since my young age. i still remember, every morning during my school life before i went to asrama, my mother will make a jug of milo. even if she didn't have enough time to make breakfast, milo will still be on the table. *oh~ down memory lane*

but now, aku selalu la minum kopi sebab air dah pandai buat sendiri. so ikut anak tekak sendiri la kan. so here i tell u some of the good things about coffee..


the most famous *sebab every article yang aku bace mesti cakap sal ni* good thing about coffee is its antioxidant. tau kan ape antioxidant? dah berbuih tangan aku taip cite sal antioksidant kat post-post before nih. kalau tak tau, google jek k. haha, malas! jadinye antioxidant ni boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, mencegah kanser, memperbaiki fungsi hati. hah yang baik-baik lah. pastu kopi kalau tak campur creamer or sugar, adelah rendah kalori. beside that, i love the smell of coffee itself! kalau ikut tekak aku, aku rase la perbezaan minum kopi pepagi, or minum milo ke, teh O ke, susu ke. aku rase lagi best minum kopi.


with or without creamer, coffee is just nice to me. i like both! tapi kegemaran lebih kepada white coffee. ok berbalik pade antioxidant kopi tu, die bertindak untuk widen the blood vessels, that's the reason why ur blood pressure can be reduce. antioxidant jugak will boost cell's sensitivity to insulin di mana insulin akan bertindak untuk mengurangkn kandungan gula dalam darah. so tiadelah diabetis.
ok, tu lah serba sedikit pasal kebaikan kopi nih. artikel asal ade kat sini. so kepade penggemar kopi, jangan risau ok! minum jek. hehee..
my friend, imam penah tanye "betul ke kopi tu tak baik untuk kesihatan? kambing dengan lembu pun? sebab kalau ikut, tu lah makanan and minumam kegemaran nabi. kenape tak elok pulak? ke cuma propaganda orang kafir yang banyak kuarkan 'kajian' yang sume tu tak elok?"
well, i can't answer that. maybe jugak betul imam cakap. tapi my mother sendiri yang memang tak boleh minum kopi, that's true. bukan propaganda. so here is my opinion, lain-lain orang ade tahap sensitivity yang berlainan. body aku boleh terima kopi tanpa sebarang masalah, tapi body mak aku tak boleh. well, it's a matter of differences. acceptence. aku pun boleh makan kambing, takde la sakit-sakit kepala ke ape ke, cuma aku tak bape gemar je la. tapi mak aku lain pulak. die suke, tapi tak boleh makan nanti sakit kepala. ni menunjukkan ade la compound-compound kat dalam kambing or kopi tu yang tak boleh diterima oleh body mak aku. level of sensitivity tu tinggi. that's normal ain't it?




aku suke kambing golek. haha. kambing paggang sebenarnye. kalau ade function yang ade kambing golek, mesti aku dengan kawan-kawan gpms akan konvoi pegi, pastu aim kambing golek jek. actually i can't stand the smell of mutton tapi bile makan ramai-ramai dengan kawan-kawan, pulak semua kaki lantak berebut-rebut, rase seronok nak join same =)




so dear readers, we are what we eat. remember that? kalau sakit pun punca dari makanan, kalau sihat pun punca dari makanan. ape-ape pun, bersederhana. buah yang banyak khasiat pun kalau makan lebih boleh memudaratkan. air kosong yang bekal oksigen pun kalau minum berlebih akan memudaratkan. got that? jangan salahkan nutritiounist kalau kate ni elok tu tak elok tapi bile diri sendiri obses dan memudaratkan. ok selamat menjamu selera. makan yang sihat-sihat ok!




Tuesday, March 8, 2011

bacheha-ye-aseman

::entry yang sangat panjang. pikir dulu sebelum bace::








Assalamualaikum wbt..




korang ape khabar? harini aku sangat rindu Malaysia. *tibe-tibe*


disebabkan lab work aku dah settle, sekarang mase untuk writting pulak. aku dah cari info sikit-sikit tapi masih belum officially mule writting. maybe harini. hmm..


hah! paham tak tajuk entry ni? maybe ni bahasa arab kot. aku pun tak pasti, tapi maknanye 'children of heaven'. ni movie yang aku dah ulang tengok 2 kali. aku suke sangat cerita ni sebab mesej cite ni sangat mendalam and it's not like typical malay drama or typical korean drama *jangan marah ar fan Kdrama*


aku bukan lah peminat Kdrama, so aku pun tak tengok sangat cite-cite korea ni. tapi ade lah jugak 3-4 cite yang aku tengok sebab dah bosan tahap melampau. dan cite lebih kurang je. ni pendapat aku lah. dalam cite yang aku tengok, mesti ade a group of handsome-jambu-famous guys yang menjadi rebutan gadis-gadis. hot stuff la senang cite. pastu akan ade sorang minah yang cute giler konon-konon and lain dari girls yang lain sebab minah ni tak minat kat hot stuff tu but at the end of the day, akan ade lebih dari sorang mamat dalam group tu yang suke giler kat die, berebut-rebut and willing to do anything for her. setakat yang aku layan 3-4 cite korea, gitu ler jalan cite nye. mungkin banyak lagi Kdrama yang aku tak layan yang jalan cite lain dari yang tipikal ni kan, so ni cuma opinion aku yang hanya nengok beberapa cite jek. chill ok?



dan kalau cite melayu tipikal pulak, akan ade la famili kaye anak cantik giler nak mampos or hensem giler nak mampos pastu bercinta pulak dengan orang kampung pastu famili tak restu bla bla bla. or corporate people with big company here and there. fullamak! cite nak gempak je. tapi sekarang banyak jugak la cite melayu yang dah improve especially cite cerekarama kat tibi 3. orait la bagi aku.




so berbalik pade cite bacheha-ye-aseman ni, cite pasal sorang budak lelaki name ali umo 9 tahun, dari famili yang sangat miskin kat arab tu. die ade due orang adik perempuan. sorang umo 7 tahun name zahrah dan sorang lagi masih baby tak tau name. mak sakit, bapak pulak keje tak menentu. ape je keje yang orang minta buat, bapak die akan buat asalkan dapat duit, tapi diorang tetap jujur. takde la nak curi ke ape ke. amanah pun jage.


satu ari, si ali ni anta kasut zahrah pegi repair sebab dah tercabut tapak. pas dah repair, ali singgah kedai beli kentang. tapi mase kat kedai, ade la orang yang pungut sampah dah angkut kasut adik die sebab ingat sampah. maklum lah dah buruk sangat. bile ali cari tak jumpe, die pun gelabah balik umah gitau kat zahrah kasut dah hilang. tapi ali soh zahrah jangan bagitau mak bapak die sebab nanti bapak die pukul. bapak die takde duit pun nak beli kasut baru untuk zahrah. ali pegi semule cari kat kedai kentang tu tapi tetap tak jumpe, sampai die kene halau la ngan orag kedai tu. sebab tak jumpe, ali ngan zahrah decide share kasut. zahrah sekolah pagi, ali sekolah petang. jadi, pagi zahrah pakai, petang ali pakai. tiap-tiap hari lah zahrah akan lari laju-laju pas abes sekolah untuk kasi kasut kat ali then ali plak lari laju-laju gi sekolah sebab dah lambat. penah sekali cikgu tahan ali tak bagi masuk kelas pas tengok banyak kali ali datang lambat pastu soh ali balik umah panggil mak bapak die. ali tak gitau plak masalah die. tapi nasib baik ali ni pandai kat sekolah, budak baik pulak tu. cikgu yang mengajar die banyak back up die bile die datang lambat. ade gak 1 hari tu, mase lari balik dari sekolah, kasut yang zahrah pakai tertanggal pastu jatuh dalam longkang yang ade arus. kejar punye kejar baru dapat ambik tapi dah basah. bile bagi kat ali, ali marah sebab lambat ngan basah. pastu zahrah kate die taknak dah pakai kasut tu sebab besar sangat, selalu tertanggal. die nak gitau kat bapak die yang ali hilangkan kasut die. tapi ali cakap yang die tak kisah kene marah atau kene pukul, tapi bapak die takde duit nak beli kasut, nanti bapak die akan berhutang lagi. pas ali cakap camtu ali terus lari pegi sekolah, kat sekolah ali dapat hadiah pen sebab skor untuk exam. balik dari sekolah, zahrah merajuk dengan ali sebab kene marah tadi, then ali pun bagi pen tu kat zahrah sebab nak pujuk die. *aku rase sweet sangat mase ni*



satu hari, zahrah jumpe budak yang pakai kasut die yang hilang tu. zarah bagitau ali pastu diorang same-same pegi rumah budak tu tapi dari jauh diorang nampak budak tu kuar rumah pimpin bapak die yang buta. budak tu sebaya zahrah je. terus diorang tak jadi nak pegi minta balik kasut tu.



then, sekolah ali ade buat pemilihan untuk cari wakil sekolah pertandingan lumba lari peringkat daerah. ali tak pegi selection sebab mule-mule die tak minat. tapi bile name orang yang terpilih tu kuar dengan senarai hadiah, ali terus rase nak join sebab hadiah untuk tempat ke-3 ialah sneakers. die pun pegi merayu-rayu kat cikgu suruh amek die. die janji akan lari laju-laju, janji akan menang. mule-mule cikgu tu taknak tapi bile die dah merayu, cikgu tu pun buat la test untuk die. tengok-tengok die lari memang laju and beat skor student yang terpilih tu. so die pun wakil sekolah. die balik rumah bagitau kat zahrah.




zahrah. abang dapat wakil sekolah untuk lumba lari. hadiah tempat ke-3 sneaker. abang akan dapat tempat ke-3 nanti dan bagi sneakers tu kat zahrah


tapi tu sneakers lelaki


takpe abang boleh tukar dengan kasut perempuan. jangan risau.


macam mana kalau abang tak dapat no 3?



abang mesti akan dapat no 3.




*sooo sweet kan?*


mase hari pertandingan, ali lari laju-laju dan dalam kepala die cume ade zahrah dengan sneakers. die cube nak dapat tempat ke3 tapi mase dekat dengan garisan penamat, budak belakang die tarik die sampai jatuh. then die terus bangun pastu lari sekuat hati tak tengok kiri kanan dah. sedar-sedar je dah sampai garisan penamat. lepas tu die tanye cikgu die


saya dapat no 3 tak?

ape pulak no 3. kamu dapat no 1. kamu menang!




mase amek hadiah, die nangis sebab tak dapat menang sneakers yang die janji untuk zahrah.



tapi die tak tau, bapak die dah beli kasut untuk zahrah dengan die sekali sebab bapak die dapat upah berkebun kat rumah orang kaye. upah yang agak lumayan.







dalam cite ni baru nampak realiti hidup. baru buat kite ni yang selesa dengan hidup, sedar betapa susahnye orang-orang lain. tapi walau susah, ali tak penah merungut. tolong mak kat rumah. kadang-kadang ikut bapak die buat air untuk jemaah kat masjid. kawan-kawan ajak main bola pun die tolak walaupun die minat. semata-mata nak tolong famili kat rumah. ape lah keinginan budak lelaki umo 9 tahun selain nak main je dengan kawan-kawan? tapi ali memang lain sangat.



dah la ali and zahrah sangat comel =) i think everybody should watch this movie.

Saturday, March 5, 2011

processing of yacon juice in processing lab, Jiangnan University, Wuxi China

Assalamualaikum and a very good morning to all readers.
ok seperti dijanjikan, arini aku update pasal juice processing yang dah aku usahakan selama sebulan. ekceli boleh je siap earlier than that, tapi aku yang malas-malas kan, tu yang jadi sebulan.
aku yang pilih nak buat project bahagian food processing sebab aku imagine ade lah masak-masak ke. kalau analysis, of course main dengan chemical je, which i'm not really into it. dah puas main dengan chemical mase buat fyp.
unfortunetly, memang lah tak main dengan chemical sangat tapi quite bosan la jugak.huhu. soriiii kalau ade gaya macam tak bersyukur.
ok, first thing first. buah yacon tu korang tau tak camne rupenye? ade aku penah tunjuk kat sini. macam keladi keledek and sewaktu dengannye. tapi bile kupas, aik isi die macam pear la pulak. rangup dan berair. kat malaysia takde ni. ade kat China ni pun mase mscim sejuk je kot sebab ramai je orang China yang tak kenal.
yang paling susah nak handle yacon ni ialah, buah ni sangat senang teroksida. dari kaler peach, cepat naw tukar ke kaler brown and the worst is green. aku kena buat keje extremely fast once dah kopek buah ni. nak kopek pun kena under running water untuk elak from oxidation process. nasib baik jugak la tengah winter, so this cold environment quite help la.


pas dah siap kopek, potong and soak into solution [consist of preservative agent]. part ni untuk colour protection. taknak la nanti jadi kaler brown or green kan. tak cun. ok, dalam nak pilih the right preservation agent pun takes time jugak. about a week la aku buat test untuk pilih preservative yang paling ok.



pas dah soak 30 minit, basuh then boil pulak. boil ni tujuannye untuk menghentikan aktiviti enzim. inactivation of enzyme activity ni penting also for color protection. kejap je blanch, 3 minit dengan suhu 100 degree.



then, tapis kejap sebelum blend.




blend pun tak boleh lame-lame. mase kena consistent each time do blending sebab blending generate heat, and heat ni pun penyebab discoloration jugak.




pastu tapis untuk dapatkan jus aje





then letak 1% chitosan dalam jus ni and wrap beaker sebelum nak letak dalam water bath. chitosan tu adelah clarification agent. nanti korang akan tau kenape perlu letak chitosan.






ok korang nampak kan kaler juice tu macam kuning-kuning oren-oren kan. pastu letak dalam water bath temperature 50-60 degree setengah jam.





pas setengah jam, transfer juice tu dalam botol khas untuk letak dalam centrifuge.




tiap-tiap botol yang diletak dalam centrifuge ni, berat kena seimbang. aku kena betol-betol timbang tiap-tiap botol ni. sensitip naw! so kat bawah ni lah rupe centrifuge. speed yang aku gune adelah 8000 rpm with specific temperature and time.








wokey, ni lah hasilnye after centrifuge. nampak tak kaler dah tukar? like, more clear?kan? tu lah gunenye chitosan. untuk menghasilkan mendapan yang terdiri daripada molekul-molekul yang tak diperlukan *skema seyh ayat*




after siap centrifuge, aku kena check soluble solid pulak. dari soluble solid yang aku dapat ni lah aku akan tau berapa banyak gula aku kena tambah dalam jus tu nanti.





tada! eh belum siap lah. ok ni bile dah transfer semule jus tu dari botol ke beaker. mase ni dh tau soluble solid boley la tambah gula dan citric acid. aku buat 4 formulation, means 4 different concentration of citric acid. then aku buat sensory test untuk tau mane satu orang suke. aku panggil la budak-budak yang wujud kat situ untuk rase jus aku.





pas dah calculate pi mai pi mai, dah dapat la resultnye. mane satu yang orang suke. pastu baru boleh produce jus betoi. after dah tambah gula dan bahan-bahan lain, isi lah dalam botol yang bersesuaian.





ok aku tau ni botol jem, tapi tu lah. aku tak jumpe la botol jus. rembat je yang ni. ok botol ni kena rebus dulu tau. rebus dalam boiling water lebih kurang 10 minit. untuk bunuh bakteria, microbs dan kawan-kawan mereka. pas dah isi dalam botol, masih kena sterelise. tapi depends on keasidan jus ni. pH jus aku around 3.5 so, takyah sterelise lame-lame sebab dah berasid pun bakteria susah nak idop.

ok lah itu saje lah prosesnye. nampak senang kan? kenape aku buat lame sangat? ylah, sebab setiap step yang aku bagitau ni, aku kena buat analysis jugak untuk pilih ape yang tebaik. contoh macam preservative agent tu, blanching time and temperature, concentration of chitosan. semua tu aku buat dulu analysis banyak giler. then pilih yang mane yang terbaik then barulah proceed dengan buat the whole process sampai jadi jus.
ok see u next time ya! have a great weekend peeps~

p/s: adoi susahnye lah nak upload gambar. maklum lah gune line haram. nak hack china wall la kan sebab nak gune gak blogspot ngan fb. asyik hang je. tak pun connection putus terus. sabaq sabaq.

Friday, March 4, 2011

sakit sakit ;(

Assalamualaikum..
rase macam nak update belog ni untuk arini. nak cite pasal juice processing yang dah siap tu. tapi, badan sakit-sakit especially bahu kiri. macam urat tersepit je. pedih giler! jadinye, dari bahu berlanjutan ke tangan dan tangan yang nak menaip kan? aku decide, esok la cite pasal juice.
biaselah sejuk-sejuk ni blood circulation tak berapa bagus. tapi memang bahu kiri ni bermasalah dari dulu. tak boleh la menaip lame sikit, mula rasa menyucuk *ke mencucuk?* ngan sakit giler. kalau mak ade, mak yang tolong urutkan ngan minyak panas. ahh, betape heavennye. MAK~
ok lah, esok klau dah tak sakit saya eh aku cite dari awai sampai abes. it might be a veryyyyy loooong entry coz it's my project for 1 month.
have a great day all~

Thursday, March 3, 2011

lagi banyak harta, lagi tak bahagia..


wah tajuk nak berat sebelah je kan. tak adil sungguh. huh!

ekceli tajuk tu aku tuju untuk diri aku. meh meh aku cite meh.............


bagi aku, kalau aku diberikan kekayaan harta benda, aku tak jamin aku akan senang hati. yelah, memang la boleh shopping sesuka ati, makan sedap-sedap, mahal-mahal. tapi....


ok, contohnye lah mase awal-awal abah aku bagi motor dulu. aku ni seorang yang simple and sempoi. aku tak suke kusut-kusut kan kepale. aku pun tak berape alert la dengan keselamatan barang-barang aku sebab yelah, aku bukan penah ade barang yang mahal pun. so, mase awal-awal tu, tiap-tiap malam mak aku tanye aku "tiqah dah lock motor?". since aku ni bukanlah orang yang mengambil berat sangat, aku selalu tak lock. lagi pun kan aku tak penah ade motor before tu, mane la reti nak jage. pulak tu, tiap kali mak aku tanye adelah mase aku dah landing canteeeekkk punyer atas katil, tunggu nak pejam mate je. bayangkan lah perasaan malas yang menguasai diri bile dah sedap-sedap golek-golek guling-guling. pastu baru aku terase,"leceh jugak ade harta ni, baru motor, belum mini coop lagi".


tu hal motor lah. tak kire hal handphone mahal la, baju mahal la, jam bonia mahal la, laptop la. kalau dah barang mahal, mesti ralat kalau rosak or hilang kan? jadinye, kite akan sangat berhati-hati menjage barang tu.


terbaru aku beli DSLR. takde lah baru sangat pun. dah berbulan jugak. kawan-kawan aku yang berpengalaman tu selalu pesan "jage elok-elok. rajin cuci. jangan bagi orang sebarangan yang handle. jangan tinggal merate. penutup lense kena simpan jangan hilangkan. bla bla bla ". and i felt, aahhh lecehnyeeeeeeeeeeeeee. stress pulak aku!


but after all, bende-bende ni mengajar kite berdisiplin, menghargai dan berusaha untuk dapat ape yang kite idamkan. yeah, DSLR ialah salah satu idaman aku selain mini coop. alhamdulillah ade rezeki merase. mini coop? malam sikitttt~


tapi tu lah, tetap dalam hati aku ni menginginkan kehidupan yang sederhana. hati tak susah. henpon sony lame aku yang bersalotep tu, aku tinggal kat kedai mamak arini, esok pegi semula pun ade lagi. takde sape hingin. cube kalau blackberry?


assalamualaikum..adios...

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..