Adakah betul bahawa kita mesti berusaha sedaya yang kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan?? Tak boleh ada sifat putus asa. Mesti mencuba dan terus mencuba tanpa kenal erti penat. Benarkah? Terkadang terfikir juga, bila masanya untuk kita berhenti mencuba? Berhenti mengharap? Mungkin sesuatu itu memang bukan ditakdirkan untuk kita. Tuhan saja yang tahu itu semua. Kita manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Orang selalu mengatakan ‘jangan berputus asa’. Tapi aku pernah juga terbaca satu ayat yang membuat aku berfikir semula tentang ‘jangan berputus asa’ itu. Sometimes we need to give up, so that we know our limit. Ada benar juga kan? Kita manusia, banyak kelemahan dan keterbatasan. Jadi, bila sampai satu tahap di mana kita perlu berputus asa, berhenti mengharap dan mencuba, supaya kita sedar bahawa setakat itulah sahaja kemampuan kita.
Kebanyakan manusia (termasuk juga aku) terkadang tak pernah serik untuk mencuba. Sedangkan mungkin Tuhan menghalang kerana Dia sedang memberitahu bahawa “Enough! That is not for u”. Mungkin sudah ditetapkanNya. Tapi kita manusia, jarang-jarang sekali berfikir sebegitu. Bagi kita tiada yang mustahil di dunia ini. Ya, aku akui memang tiada apa yang mustahil. Nothing impossible. Tapi sesuatu itu akan menjadi tidak mustahil jika Tuhan merestuinya. Jika Tuhan membenarkannya. Dan sesuatu itu akan menjadi mustahil jika Tuhan menetapkan sebegitu. Tak kisah lah dalam keadaan apa sekali pun. Dalam mengejar cita-cita, ataupun cinta. Dulu semasa kanak-kanak jika ditanya “apakah cita-cita awak?” aku pasti menjawab “doktor!”. Masih belum mengerti keadaan seorang doktor, masih belum memahami kepayahan hidup untuk mencapai cita-cita tersebut. Tapi kini, aku bukan seorang doktor ataupun pelajar jurusan kedoktoran. Keadaan aku sekarang jauh menyimpang dari apa yang aku citakan semasa zaman kanak-kanak. Bila memikirkan semula, memang sudah ditakdirkan aku takkan menjadi seorang doktor. Tuhan telah menetapkan begitu. Dan sekarang aku yakin, siapa aku dan di mana aku sekarang, adalah yang terbaik untuk aku, yang Tuhan rencanakan. Memang tidak mustahil untuk aku bergelar seorang doktor, tapi Tuhan tidak izinkan. Tuhan menetapkan kudrat aku setakat mana aku sekarang. Dan aku sekarang adalah manusia yang mahu hidup dalam kesederhanaan. Bagi aku, doktor terlalu ‘sempurna’. Terlalu ‘hebat’. Aku kurang menyukai kesempurnaan. Sounds weird. But that’s me. Kesempurnaan dan kehebatan membuat kita lupa kelemahan dan kekurangan diri. Mungkin itulah yang cuba aku elakkan. Biarlah aku menjadi manusia yang sederhana. Tidak terlalu hebat di mata manusia, tidak terlalu sempurna. Supaya bila tiba masa untuk aku diuji dengan kegagalan dan kepayahan, aku boleh menerima dengan redha.
Do not fly too high coz if u fall, u will get hurt badly.
Something to be ponder……..
No comments:
Post a Comment