Saturday, June 22, 2013

life is getting busy.

Assalamualaikum wbt

Dah dekat sebulan jugak tak jengah-jengah sini. Tapi malas sangat rasenye jejari ni nak menaip. ini malam ku gagahi jua walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Oh Mai!

Keje kat opis makin lama makin berlambak. makin dibuat, makin banyak pulak die. bukan makin habis. betoi la macam skrip kat drama tb tu kan "ambik cuti bang. keje tu tak penah habis pun"

never ending story la. unless, benti keje.

aku suke dengan life aku sekarang. aku suke dengan keje aku sekarang. cabaran yang tak terhingga, tapi cabaran ni yang dah ajar aku banyak benda. and perhaps, i can benefit others too.

tapi tak bermakna tido bangun aku dengan keje aje. Isnin sampai Jumaat yes! tak dinafikan. kau call la aku, mesej la aku, whatsapp la aku, line, kakaotalk,wechat kejadah tu sume, memang aku lantok situ.

maaf. bukan nak menjauhi. bukan nak tunjuk lagak keje kilang. tapi aku memang tak sempat dan tak berkesempatan.

Hari-hari aku balik lambat. kekadang balik rumah terus tertido sampai esoknye. buat itu ini sampai rumah pun pukul 10 malam la, 11 malam la. pastu dah letih. memang tak bersior dah la nak cek balik phone tengok whatsapp wechat kakaotalk line bla bla bla tu.

weekend pun full. ade waktu yang pegi bukit cerakah, aritu mendaki Broga lagi buat kali ke-2. Pastu gi mandi air terjun (oh enpon saye juge sedang demam sebab pegi mandi air terjun same. makanye, saya memang langsung tak dapat dihubungi melalui telepon untuk sementara waktu). besok lak kene ke cheras. hadoi ai nasib baik kaki ade 2 je. kalau ade 4 gamaknye lagi jauh aku pegi tuh.

mungkin belog ni akan sepi. terabaikan.

maafkan aku wahai belog.


-atiqah-

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..