Saturday, June 30, 2012

Perkahwinan Irma Hasmie. She's blessed Alhamdulillah

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah....

Semalam mase dalam kereta on the way back to office from Tanjung Karang, aku dengar berita kat radio, Irma Hasmie dah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Shah Azmeer.

Masa berita pertunangan dulu, aku tak kisah la sangat nak tengok tunang si Irma ni.

Tapi harini, berlambak ha gambar nikah dia kat internet.

and the only thing came to my mind was
"SHE'S BLESSED"


knew her love relationship history with one celebrity, how she being dump, how she faced all the difficulties, how she choose to change, how tough she is with all this, and now SHE BLESSED BY ALLAH, insyaAllah.

kan dah kata, sabar tu pahit, susah, payah. tapi ganjaran bagi orang yang sabar, tak terjangka (^___^)



she was married to someone better than she had before. Alhamdulillah.

wei nak habaq pi ni, laki dia tu dah la handsome wei. kaya pulak tu. anak Dato wooo. pastuh, baik pulaaaaak insyaAllah. jumpak pun kat Mekah kan. Allah jumpakkan depa ni kat tempat terbaik di dunia, masa dok buat umrah pulak tu. MasyaAllah. tak termampu dah la nak habaq lagumana rahmatnya Allah jaga Irma ni.


sebab bagi aku, dia sangat kuat hadapi apa je dugaan yang Allah bagi. mula-mula dapat tau boipren curang. isy pedih wo hati kalau tau orang yang kita sayang and percaya tu curang kat kita. dok cium kissing-kissing lagi pulak. hati pompuan mana tak hancur wei. hancur berderai. kalau lagu Jaclyn Victor kata "walaupun hatiku berderai bagai kaca, ku kutip serpihannya dan cantumkan semula", aku yakin hati Irma masa tu dah takdak pun serpihan. habis hancur halus jadi debu dan ditiup angin pergi. wah bermadah aku ha.


then lepas tu, dia pergi umrah dan nekad nak berubah. dari free hair, nak pakai hijab. dari baju kurang kain, nak pakai baju lebih kain. for me, drastik! but, she managed and she succeed and she's blessed. Alhamdulillah.

bukan senang tau seorang yang dah terbiasa hidup glamour, bebas bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim, free hair, nak berubah seratus percent macam Irma tu. orang-orang biasa yang tak glamour pun ramai yang failed. pakai tudung seari dua then give up. itu baru soal tudung. baju lagi? dari tshirt takde lengan, tetibe kena tukar pakai baju labuh tutup punggung, pakai sarung tangan or cardi utnuk cover tangan. skirt kena labuh tak boleh dah nampak betis. 

then soal solat lagi. kalau dulu solat tak solat, now nekad untuk tak tinggal solat langsung. tambah lagi dengan solat-solat sunat. dulu bangun pagi pukul 9, sekarang nak paksa diri bangun pukul 5.45 pagi bersiap untuk solat Subuh.

MasyaAllah. Irma Hasmie sangat bagus.

Just like Wardina Safiyya. 

Aku amek diorang sebagai idola perempuan moden yang istiqamah untuk berubah. 






Irma Hasmie, selamat pengantin baru (^^) 

Tuesday, June 26, 2012

yes I like baking and I am a Food Technologist =)

Assalamualaikum wbt

Disebabkan sekarang ni aku dah tak perlu bekerja malam dan weekend, aku kira aku ada banyak jugak waktu terluang terutama masa bulan Ramadhan nanti. Kalau bosan pun tak boleh nak makan. jadi aku ingin mendedikasikan diri aku melakukan perkara yang aku suka.

which is --> baking~

since aku takde cuti aritu, i think from February, aku dah sangat jarang memerah keringat kat dapur. sangat-sangat jarang. smpai aku sendiri dah terlupa, kalau masak megi bubuh sosej tu akan menambahkan kesedapan megi tersebut.

lepas ni, hujung minggu je cari aku kat dapur, hokey? =D


my passion with baking ni tek reti nak cite. boleh diibaratkan macam, kau minat giler kat sorang mamat kat tempat keje kau (kalau kau perempuan la), kau akan bersemangat hari-hari nak pegi keje. bukan sebab rajin sangat pun. tapi sebab nak mengusha mamat tu. kalau dia tak datang, kau akan resah gelisah, monyok sepanjang hari dan tak sabar nak menunggu hari esok. dan kau jugak sangat membenci hujung minggu.

jap, macam takde kene mengena je cite minat kat mamat, dengan passion aku.

ah senang cite nye, kalau aku pegi MPH mahupun POPULAR, aku dengan lajunya akan ke bahagian buku-buku masakan. dan kalau aku pegang buku baking, nescaya aku boleh terlupe nak makan. same case if i'm online and blogwalking to someone's blog, yang cite pasal cara buat kek. ho mai. leka dow.

dan rasa berkobar-kobar nak buat kek-kek yang terpapar tu, ibarat macam kau excited giler tunggu pakwe kau nak datang rumah nak meminang.

hah! betul! *macam la aku penah rase excited orang nak datang pinang aku*


lepas ni, mungkin blog ni akan penuh dengan gambar-gambar kek je. atau dessert. atau apa-apa makanan lah! I am a food technologist anyway~

wa. tak sabar nak tunggu gaji. nak shooping kat kedai jual bahan kek. (^_^)

tunggu...........

Monday, June 25, 2012

waa!!! tatoooot~

Assalamualaikum wbt

Pagi ni aku sampai opis agak awai. Sempat la nak belek-belek surat khabar kat lobby tu ha. Aku ada baca, sekarang ni musim orang kena ragut, dan target mangsa ialah perempuan yang bersendirian. Salah sorang mangsa tu, dia on the way nak pegi kat kereta dia, kat car park Mid Valley Mall. Zaap kena ragut. Kes lain, tengah park kat depan umah member pepagi nak pegi keje, lepak-lepak luar kete. Zaap kena ragut. Dan peragut tu pulak, sanggup berkasar semata-mata nak dapatkan beg mangsa-mangsa tu. Diorang bawak pisau dow! Ada mangsa sampai nyaris putus jari! Aigo. Apa nak jadi dengan dunia sekarang.

Paling tak syok bila aku baca, kebanyakan kes kat sekitar Lembah Klang. Means, KL and Selangor ni ha. Adoiyai la. Aku dah la jenis suka kuar sorang-sorang. Kalau rajin boleh la drive kete. Kalau nak cepat, naik motor je.

Wuuu~ I’m freaking scared!!!

Ya Allah, Kau lindungilah aku. Kau lindungilah wanita-wanita lain yang lemah fizikalnya. Ya Allah, jauhkan kami dari malapetaka. Ya Allah. Aku tak punya sesiapa untuk berlindung dan bergantung. Aku hanya ada Kau. One and Only. Amin.


Thursday, June 21, 2012

I need nothing but you..


When I’m stress out with lots of problems or works, I want to call you just to hear you say “It’s ok sayang. Take it slowly. I know you strong enough. InsyaAllah everything will be ok for you.”

I need no solutions.

I just need support.

Monday, June 18, 2012

dah lama rasa aku biarkan belog ni kosong.

Assalamualaikum wbt.

I don't have much time to update this blog lately, kan? ya la ho, saya bukan remaja lagi yang boleh hang over depan lappy with plenty of time. well, dulu mase aku student i have plenty of time to do that. and i kinda miss that moment. seriously!

insyaAllah, hujung bulan ni aku dah mula relaks sikit. dah takde lagi keje malam and weekend. insyaAllah. slow down kejap. kejap je kot. ntah la. tengok keadaan.

Keje-keje penting kat opis banyak yang dah setel. tunggu bulan pose lak untuk tambah bebanan keje. buat mase sekarang, dah boleh joget lambak kat opis disebabkan kelapangan masa. ok aku tipu yang tu.

dengar kata, bulan ni gaji ade increment. Alhamdulillah kalau betul. harapnya aku yang setahun jagung keje ni pun, merasa gak increment tu. amin =)

kalau dekat opis, i have to be serious with my work. cause i got a very strict boss. aku ni jenis yang cincai-cincai je. asal siap. sejak azali memang perangai aku camtu. kekadang nak cepaaat je. lepas tu, malas nak semak semula. kadang-kadang, malas nak tengok betul-betul, main agak-agak lepastu buat sukati.

disebabkan perangai aku yang macam tu lah, sejak 8 bulan keje kat sini, dah berpuluh kali aku kena marah sebab take things for granted.

dan disebabkan aku di'train' dengan 'belajar dari kesilapan', now I've become a very strict person and do works slowly to make sure everything in a right place, without any mistakes.

kerjaya ni banyak sangat create a new me.

kekadang, aku pun rimas dengan diri sendiri. kah kah kah.

aku rase la kan, ni hukum karma la. aku jenis yang amek mudah. sikit-sikit "takpe la". "tak kisah la". "takyah la". sekali bila keje, hamek kau! aku dapat bos yang saaaaaaaaaaaaaangat particular! aku asyik kena marah. padan muka. bile rase diri ini seorang officer yang loser, baru la nak buat keje betul-betul.

tapi akibatnya, keje aku siap dengan sangat lambat dan bila bos tanye, aku dengan selambanye jawab "belum siap lagi. kejap ek. tengah cek betul-betul."

=D


Ramadhan will come in a month. ape tugas kita sebagai hamba yang mengaku Islam?

Assalamualaikum.

Friday, June 1, 2012

nothing to worry..time to focus..





I’ve placed NO ENTRY sign in my heart. Please respect that. It may be temporary. May be for life. I don’t know cause Allah holds it, not me. I can’t even control my own heart.

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..