Pedih..Sakit..Aku dah tak nak tanggung lagi semua ni. Kenapa aku? Kenapa kami? Kenapa syawal sering membawa kepedihan pada aku? Tiap kali berkumpul, inilah apa yang aku rasa. Dah lama aku tak rasa sakit macam ni. Dah lama aku tak berkumpul. Aku tak suka keadaan ni. Mungkin sebab aku dah semakin dewasa. Perasaan aku boleh rasa sakit, pedih, tersisih, sedih. Kalau dulu masa kecik, orang lain yang tanggung semua perasaan ni. Aku budak-budak, yang tak kenal dunia. Tak kenal permainan perasaan. Cuma tau berseronok tanpa memikirkan pandangan orang lain. Berlari ke sana sini, main bunga api, pusing kampung kutip duit raya. Itu semua membuatkan aku sangat gembira dan teruja bila nak raya. Sangat tak sabar nak balik kampung. Tapi tu dulu. Bertahun-tahun yang dulu. Masa aku belum kenal dunia. Sekarang aku dah semakin dewasa. Aku dah boleh merasa kecewa. Aku bukan lagi budak-budak hingusan.
Sampai bila harus begini? Apa salah aku? Apa salah kami? Salah ke kami lahir ke dunia? Apa yang kami dah buat pada kamu semua? Apa yang hina sangat kami ni? Kita semua manusia. Beza kita hanya pada amalan kita. Bukan asal keturunan, bukan harta, rupa paras mahupun kedudukan. Bukan! Tapi kenapa kamu menilai kami dan menghina kami? Kita sama-sama manusia yang hina. Sungguh, aku tak mengerti. Aku cuba mengerti, tapi sampai sekarang aku gagal. Aku gagal pada ujian yang satu ini.
Aku benci perasaan ni. Sebetulnya aku benci kamu. Ya, aku sangat benci kamu. Kamu akan lihat satu hari nanti perasaan apakah yang akan membentuk aku. Jangan membenci jika aku mula bersikap kurang ajar. Kamu yang menjadikan aku begitu. Jangan menyalahkan aku jika aku menjadi pendendam. Kamu yang menjadikan aku begitu. Kamu!
KAMU!
Aku tahu, kami tak sesempurna kamu. Kami pincang. Kami kekurangan. Tapi kami bahagia dengan hidup kami. Kami tak perlukan kamu untuk bahagia. Kami tak meminta, menagih. Kami hidup dengan kudrat kami. Dengan kekurangan kami ni lah, kami menjadi kami. Kami jahat? Kami tak mencuri. Kami tak merompak. Kami semua pelajar institusi pengajian tinggi. Kami semua bakal menjadi manusia yang berguna dengan izinNya. Kami bukan kutu rayau, penagih dadah, bohsia bohjan. Jadi apa hinanya kami? Hanya kerana darah yang mengalir dalam vesel kami ini, kami dihina? Kamu memang kejam! Kamu tak berhak menghukum kami di atas kesalahan orang lain. Kamu tak berhak. Malah sesiapa juga tak berhak. Hanya DIA yang berhak. DIA melahirkan aku begini. DIA memberi kekurangan kapada kami. Bukan untuk kami dihina. Tetapi untuk diuji. Jadi kamu memang tak layak menghina dan memperlekehkan kami. Kamu bukan tuhan!
Aku penat. Sangat penat. Aku dah penat melayan karenah kamu. Aku dah penat menjadi manusia hina dihadapan kamu. Hormat aku pada kamu dah lama pupus. Pupus sama sekali. Hati aku kosong untuk kamu. Tiada walau secalit pun kasih aku untuk kamu. TIADA! Kini aku hanya berdoa agar Yang Maha Esa mengasihi aku dan mengurangkan beban perasaan ini. Aku memohon yang Maha Esa menyedarkan kamu. Sudah sekian lama. Terlalu lama. Sudah cukuplah. Aku semakin lelah. Lelah dek perbuatan kamu. Hentikanlah semua ini.
No comments:
Post a Comment