Tuesday, September 20, 2011

sayangku....


sayang...
jangan pernah rasa gundah, jangan pernah rasa susah dengan nasib diri..
itu ketentuan Ilahi..
yang pasti punya hikmah tersendiri..

sayang...
andai kau jatuh, bangunlah..
hanya kau yang mampu mengubah keadaan diri..
kau bukan insan lemah..
kau tak sedari kekuatan yang kau punyai..kekuatan yang menjadikan KAU adalah KAU..

Tuhan maha adil sayangku..
jangan kau putus harapan padaNYA..
kemanisan akan kau rasai..
itu pasti..
namun harga yang harus dibayar ialah SABAR..

kesabaran perlukan pengorbanan..
kesabaran kadang terlalu pahit untuk dilalui..
hati terasa seperti dihiris..
pedihnya tak tergambar..
air mata sebagai penawar sementara..

tapi yakinlah sayang..
kau tak sendiri..
andai tiada lagi manusia yang ingin mendampingi..
kau masih punya kekasih yang HAKIKI..
lupakah kau pada kasihNYA?
dia tak pernah lupa padamu sayang..
dia sangat mencintaimu sayang..

jangan berputus harap padaNYA..
jika pengharapanmu hari ini tidak dimakbulkan, teruskan pengharapan dan permohonan itu esoknya..
jika kamu ikhlas, DIA pasti membalas..

sayang, aku suka mengingatkan..
untuk menjaga seketul darah yang kau punyai itu..
kerana ia punca bahagia..ia juga punca sengsara..

ikhlas : atiqah

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..