Monday, September 5, 2011

kepatriotisme aku terserlah di sini


Assalamualaikum wbt.

salam lebaran ke-7 pada sume umat Islam di Malaysia. Malaysia je la ek sebab sesetengah negara kat dunia ni tak sama hari nye beraya ngan kite kat Malaysia ni. so aku malas nak wish. sape soh takmo beraya serentak ngan Malaysia? =p

genap dah 7 hari Aidilfitri. kejap je rasa. makan tak puas lagi ni. tapi raya kali ni yang aku rasa paling occupied la. kalau dulu, raya ke-3 dah releks dah. boleh guling-guling depan tv tengok spongebob dah. tapi kali ni, harinilah baru dapat bersenang lenang dekat rumah.

hari Jumaat lepas aku pegi Kedah. hari Sabtu balik KL semula. Ya ampun jeeeeemmmm gilak! nasib baik bukan aku yang drive. aku peduli hape jem ke tak. aku tido je kat belakang. hahaha. tapi sakit badan jugak lah menunggu nak sampai rumah tu. dari pukul 4.30 petang bertolak dari Alor Star, pukul 1 pagi baru sampai rumah. peehh dekat 10 jam tuuuu. nak stop kat RnR pun tak jadi. Q kete sampai keluar highway. kejadahnye. so memang berpuasa la sepanjang jalan. petrol station pun sesak dowh!

Pasal dekat Kedah, nanti lain entri aku cite. hal kawen abang aku. nanti aku upload la sikit gambar-gambar kawen. aku jadi jurufoto tak bertauliah. tak suke sebab aku tak dapat ade dalam gambar. tapi mengenangkan majlis kawen satu-satunya abang yang aku ada dalam dunia ni, aku berkorban la jugak. untungkan abang aku dapat adik macam aku?mana lagi nak cari? eden ni sorang yo lah!

ok2, aku nak tulis pasal negara tercinta aku ni sebenarnye. memangdangkan 31 Ogos 2011 ni adelah hari raya yang ke-2, jadi aku sebagai anak Malaysia yang tak berapa patriotik *slap myself* telah mengabaikan hari kemerdekaan itu, sebaliknya menyambut hari raya dengan penuh kerakusan. so now aku nak tebus balik ketidakpatriotisme aku itu.

16 september 2011 Malaysia akan menyambut hari Malaysia dan Merdeka sekaligus. yang sebonarnyo, eden ni sayang sesangat kat Malaysia ni ha. penah ade pengalaman hidup di negara orang selama beberapa bulan, membuatkan aku sedar bahawa Malaysia is the best place ever!


dari segi makanan, cuaca, tempat, dan penduduk. sangat best kot.sape yang rasa tak best dok Malaysia tu,pegi la cari negara lain yang korang rasa best.kalau aku, memang takde. mana aku pegi pun, mesti tergedik nak balik Malaysia jugak


p/s: cukup patriotisme tak aku? ^_______^


salam

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..