Wednesday, September 28, 2011

bila mana kebahagiaan itu hanya melalui perpisahan...

teringat kat lagu si shahir KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN. betul dan sangat betul. tepat dan sangat tepat.

kalau yang terjadi dalam sesuatu hubungan tu hanya kesakitan, mungkin perpisahan adalah yang terbaik. kadang-kadang rasa sayang sangat nak lepaskan. bukan sebab CINTA, tapi mengenangkan kenangan, pahit, manis, masam, tawar, kelat sume tu. rasa sayang sangat nak end up the relationship just like that. as easy as that. rasa dah banyak buang masa, dah banyak berkorban.

kadang-kadang kita cuma dihantui kenangan. tapi hati tak dipenuhi cinta. kenangan lalu yang asyik memburu. buat diri takut untuk terima kenyataan KEHILANGAN. tu la manusia. nak, tapi takde tanggungjawab. suruh lepas, tak sanggup pulak.

pasangan adalah untuk saling melengkapi. tapi kalau hanya sorang je yang work on it, hubungan tu takkan menjadi. kalau takde give and take, better lepaskan. TERIMA HAKIKAT. perit. memang sangat sakit. rasa macam luka yang kena simbah cuka. PEDIHHH. tapi sampai bila nak bertahan dan cuba pertahankan sesuatu yang dah goyah?

bunga bukan sekuntum. kumbang bukan seekor. let it go. let Allah take care of it.

Monday, September 26, 2011

DAY 24


DAY 24: A PHOTO OF SOMETHING THAT MEANS A LOT TO YOU


Assalamualaikum wbt

a photo of something? someone boleh tak? someone laaaaa ek? yeah SOMEONE that means a lot to me!!!!!!




my mother


my mother is my everything. mak, i love u!

Sunday, September 25, 2011

alamak!!tak pikir pasal kawen lagi. camne???

DAY 23: YOUR DREAM WEDDING

Assalamualaikum wbt

mak ai ponat teramat den raso. semalam ke Lumut. pagi tadi awal-awal pagi dah gerak dari Lumut ke Mantin, negeri 9. lepastu Port Klang. malam ni tido awal lah. esok keje =)

yah!!! esok first day keje kat company baru. doakan saya~

my dream wedding? ala ala ala tak pikir la. tapi bile pegi wedding orang lain, then rasa cam "waaaaa sweetnye waaaaa cantiknye waaaaa grandnye" terus berangan nak wedding macam tu. wahahaha kolot!

aku lebih suke wedding yang sederhana tapi bermakna. tak perlu spend lots of money la for the ceremony. sederhana saja. jamu tetamu dengan ikhlas, and everybody happy. tu je.

sanding? im not really prefer to bersanding. taktau la nape. tapi kalau ikut adat, sekurang-kurangnya kena ada pelamin la kan? nak tangkap gambar. tengok keadaan ekonomi aku la waktu tu. kalau ade duit lebih, boleh lah berhias lebih sikit kat pelamin. kalau time gawat, majlis pun cara gawatla. hahaha. nasib~

aku taknak membebankan pihak lelaki. aku taknak letak nilai hantaran sekian sekian banyak untuk dia bayar. hantaran tu adelah hadiah ikhlas pihak lelaki kepada pihak perempuan. maknanye, lelaki la yang decide nak bagi berapa. kalau RM1000 yang dia ikhlas nak bagi, what we can say? redha la. doa semoga perkahwinan diberkati dan dilindungi sepanjang hayat. i think that's better.

sebaik-baik perempuan adalah perempuan yang murah maharnya.

kalau mampu, tak salah. kalau tak mampu, buat seadanya.

salam

Friday, September 23, 2011

ade lagi orang tulis surat zaman sekarang ni? aku la orangnye

DAY 22: A LETTER TO SOMEONE WHO HAS HURT YOU RECENTLY

peehhh ni kire nak buat surat luahan perasaan la ni ek? dah kalau surat kat orang yang sakitkan kite, mesti ayat pun nak pedas je kan? nak maki je kan? kan ke berdosa maki orang. heh tak baik la challenge ni nak nyuruh aku maki-maki. hahaha.

ok aku takde lah nak maki kat sini. kang orang yang baca ni pun free je dapat dosa sebab baca ayat maki maki. so ni aku nak tulis surat pada orang yang sakitkan aku tapi aku tulis cara baiklah. kalau yang terasa tu, amek ayat-ayat nanti ni sume dengan cara baik bukan dengan nada maki. orait? yela melalui penulisan kan tak dapat deliver nada. kang ade yang salah paham pulak. baik aku explain awal-awal.



Assalamualaikum
kehadapan polan bin pulas
jujurnye, aku memang benci kat kau
sebab kau aniaya aku
tapi aku pun manusia biasa
aku takde hak pun nak benci sesama manusia
so aku hanya serahkan kat Tuhan je tentang pembalasan
aku tak nak benci kau
tapi aku pun tak nak maafkan kau
sebab kau buat hidup aku teramat messy
aku doa Tuhan bagi pembalasan yang setimpal kat kau
kau ada niat nak hancurkan masa depan aku kan?
nasib baik aku masih ada rasa ehsan
so aku decide untuk biarkan je dan tak buat aduan
banyak hal pasal kau yang aku boleh timbulkan
untuk jatuhkan kau
kalau aku nak la
MEMANG AKU NAK PUN
tapi ape yang aku dapat kalau aku buat macam tu?
puas tengok kau jatuh je
tapi aku dapat dosa
sama je macam kau
tak mau la aku tiru perangai kau
sebab aku pun tak suka dengan perangai kau
buat apa aku nak ikut perangai kau tu kan?
tapi kan, kau jangan lupa lah
dalam dunia ni bukan kau yang paling di atas
berapa lama lagi kau nak tutup sana tutup sini
semata-mata nak jaga nama kau?
kau tak penat ke?
mungkin kau ingat aku budak lagi
aku tak faham politik kau
tapi yang sebenarnye, aku tau la!
aku paham sangat
cuma aku malas nak amek port sangat
sebab aku tak nak jadi macam kau
tapi aku dah tak kesah pun dengan apa yang kau buat kat aku
sebab penganiayaan tu dah ajar aku banyak benda
yang paling utama, aku makin berani pertahankan diri kalau aku tak salah
dan
Tuhan dah bagi sesuatu pada aku
pengganti kepada penganiayaan tu
aku SYUKUR sangat dengan penggantian tu
sebab aku dapat yang JAUUUUHHH lebih baik!
kalau kau tak aniaya aku, mesti aku takde peluang nak dapat pengganti
so, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK TAU KAU
kau teruskanlah dengan hidup kau tu
sampai bila-bila pun yang kau nak
kalau ade timbul banyaaak masalah lepas ni
INGAT!
TU PEMBALASAN TUHAN
JANGAN TAU NAK MELENTING JE
MUHASABAH DIRI TU JUGAK!

sekian, surat dari aku.

ikhlas,
Atiqah


salam

Thursday, September 22, 2011

pasal makan lagiiii..


DAY 21: A PHOTO OF YOUR FAVOURITE PLACE TO EAT

Assalamualaikum!

hello hello everybody!! sihat? aku ALHAMDULILLAH sihat. cukup makan, cukup tido, cukup kasih sayang =)


so kat sini aku nak share my favourite place to eat. actually i got too many favourite places sebab aku memang suke makan. suke try new things. suke try new environment. kalau ada duit lebih tu, mesti pikir nak gi makan kat mana eh yang sedap-mahal-sikit-kalau-sengkek-takde-peluang-nak-try.


tapi untuk menyelesaikan challenge ni, aku kena pilih 1 tempat je. so i decided to choose..........
.....
.....
.....
jeng jeng jeng








jeng jeng jeng










jeng jeng jeng









BRAPA BANYAK JENG JENG JENG DAAA!!!


here!!!!!!!!!!!!!!




setakat ni kat area Klang Valley aku baru jumpa 2 je restoran ni. 1 kat Times Square kat KL, 1 lagi kat Sunway Piramid, Subang. tape dengar cite, yang kat Times Square tu dah tutup. ntah aku pun dah lama benor tak ke Times Square tu. Dulu zaman belajar kerap gak gi TS tu. pas dah keje, aku gi TS gak. tapi bukan Times Square, aku gi Taiping Sentral. TS jugak what? ape tak puas hati?


nak tau nape aku suke makan kat sini? sebab BOLEH MAKAN SEPUAS HATI. EAT AS MUCH AS U CAN!!! itulah tread mark restoran ni. sape taknak kan? untung wo kalau kau jenis makan banyak tapi taknak bayar banyak macam aku. sini lah pilihan paling bijak!

harga biasa RM25/person adult. kalau kanak-kanak RM10 je kot. ikut ketinggian. so kalau anda baby face dengan ketinggian kanak-kanak berumur 8 tahun, mungkin anda boleh makan kat sini dengan harga EXTREMELY CHEAP!!!!!

tapi kan kan kan. kalau weekdays dari pukul 2-4 petang if im not mistaken, restoran ni bagi DISKAUN lagi tau. RM20/person. weh mahal lagi ke tu?? kalau gi makan kat RESIPI RAHSIA aku jamin RM25 ke atas kalau nak makan makanan berat + drink. pegi la mana-mana restoran standard cam restoran ni, takde nak dapat harga camni. aku dah survey. unless diorang buat PROMOTION la kan.

dan makanan yang disediakan kat sini, peh memang cukuplah! nak ape cakap. wedges, pizza, macaroni, nasi berlauk makanan melayu, western, ayam ala-ala kfc, roasted chicken, whipped potato, cookies, ice cream, hot drinks, cold drinks, soft drinks, fruit punch, salad..aisy tak cukup space la gua nak tulis sini. semua tu korang boleh melantak je sepuas hati dengan bayaran seperti dinyatakan di atas.




aku selalu makan situ, makan sikit-sikt pastu relax jap. nanti sambung agi makan. pastu relax agi. hah ulang perbuatan yang sama sampai dah jemu dengan sume makanan tu baru blah dari situ. kalau ikutkan, masa diberi untuk makan kat situ cuma 2 jam. tapi setakat ni tak penah pulak aku kena halau kalau dok lelama kat situ. tak tau la kalau nanti korang datang kena halau pulak lepas 2 jam 1 saat korang dok situ.


sebab ciri-ciri di atas la aku suke makan kat sini.

ok bai!

Wednesday, September 21, 2011

DAY 20. padahal dah day 100++

day 20: the meaning behind your blog name

Ya Allah, sibuk sangat sampai lupa aku belum settle kan lagi 30 days challenge ni. eh sibuk dok rmah tengok tv je. peh dari bulan 5 aku buat, 30 days laaaaa sangat! menipu je tiqah!

eheh, sori la ho. aku terlupa pasal challenge ni bila dah lama sangat tak buat. now nak sambung balik la sementara tengah free. masih mood cuti. belum keje lagi. baik manfaatkan habis-habisan.

blog ni diberi tajuk LEPAKLEPAKRESULT GEMPAK. aku buat blog ni 3 tahun lepas. masa tu umur aku 20 tahun. haruslah tajuk belog pun chicky chicky funky funky dan nampak keremajaan tu (konon istilah lepak tu remaja habislah). takde sebab pun nape aku letak title tu. masa create blog, kuar pulak perkataan ni dalam otak then tulis je. masa tu ingat "oh takpe lah nanti lah tukar tajuk" tapi sampai ke sudah tak tukar pun. layankan aje.

masa tu kan student. konon-konon boleh la jadi pelajar cemerlang dengan result yang gempak walaupun kuat bersuka ria. but seriously, tajuk ni tak patut dijadikan panduan hidup. giler lepak tapi result gempak? toksah la nak percayaaaa........

setakat tu je lah bicara aku tentang tajuk belog aku ni. kita berjumpa lagi di lain siaran dengan next challenge pulak.

bai!

Tuesday, September 20, 2011

sayangku....


sayang...
jangan pernah rasa gundah, jangan pernah rasa susah dengan nasib diri..
itu ketentuan Ilahi..
yang pasti punya hikmah tersendiri..

sayang...
andai kau jatuh, bangunlah..
hanya kau yang mampu mengubah keadaan diri..
kau bukan insan lemah..
kau tak sedari kekuatan yang kau punyai..kekuatan yang menjadikan KAU adalah KAU..

Tuhan maha adil sayangku..
jangan kau putus harapan padaNYA..
kemanisan akan kau rasai..
itu pasti..
namun harga yang harus dibayar ialah SABAR..

kesabaran perlukan pengorbanan..
kesabaran kadang terlalu pahit untuk dilalui..
hati terasa seperti dihiris..
pedihnya tak tergambar..
air mata sebagai penawar sementara..

tapi yakinlah sayang..
kau tak sendiri..
andai tiada lagi manusia yang ingin mendampingi..
kau masih punya kekasih yang HAKIKI..
lupakah kau pada kasihNYA?
dia tak pernah lupa padamu sayang..
dia sangat mencintaimu sayang..

jangan berputus harap padaNYA..
jika pengharapanmu hari ini tidak dimakbulkan, teruskan pengharapan dan permohonan itu esoknya..
jika kamu ikhlas, DIA pasti membalas..

sayang, aku suka mengingatkan..
untuk menjaga seketul darah yang kau punyai itu..
kerana ia punca bahagia..ia juga punca sengsara..

ikhlas : atiqah

Sunday, September 18, 2011

sometimes, we have to let go something we can't live without


perasaan sekarang sangat berkecamuk. tak faham dengan diri sendiri. kemahuan sendiri. apa yang aku patut buat? terus bertahan dan bertahan atau undur diri untuk bahagiakan hati sendiri?

am i too selfish when only think bout myself?
am i had not enough all this while?
am i gave not enough for this whole time?

aku kurang sabar ke kalau terus buat keputusan sekarang? berapa lama lagi kena tunggu dan sabar?

perlu ke aku berkorban lagi? as a friend, aku nak die berjaya. aku taknak ada kawan aku yang bermasalah. as a lover, aku nak dia bahagia. but what bout me? aku bahagia ke?



minta maaf. i think i've tried too much which breaks my heart damn much. bila Allah kata "enough dear, he's not yours".....then i'll stop!




salam


Friday, September 16, 2011

terima kasih Tuhan!


Ya Allahhhh.. penat aku! 2 hari mengemas barang-barang nak pindah balik Klang. tak sangka 3 bulan aku dok Taiping, barang aku beranak pinak pulak. membumbung! sarat barat aku naik bas tadi. sabo je ler~

best sangat 3 malam terakhir kat Taiping. Anuar and Shuhada spend all 3 nights melayan aku. aku nak makan apa, nak pegi mana, sume diorang bawa. seronok sangat! Tuhan je boleh balas jasa korang tau!! aku tak mampu. tak terbalas.

Ya Allah, pelihara kawan-kawan aku ni. AKU SAYANG DIORANG!

bawa tengok movie, makan satay kajang, makan piza, pegi menziarah warga Taman Eliathambi (orang Taiping akan paham), pusing kat Taman Tasik Taiping, jenguk Night Safari, main game bodoh-bodoh kat TaipingSentral. Tu sume best sangat tau tak korang? korang buat hidup aku best giler for the whole 3 days!

dan alhamdulillah,insyaAllah aku akan mula keje kat tempat baru which insyaAllah will be better,in a few days. HR dah banyak kali call untuk selesaikan beberapa hal. bila semua dah settle, bolehlah aku mula. tunggu dipanggil je ni. perhaps, this end of month.

takde ape yang lebih menggembirakan aku melainkan aku dapat menggembirakan mak aku. mak aku happy sangat aku dapat tawaran keje DEKAT GILER dengan rumah. takde la mak risau lagi anak dara die ni dok sorang jejauh sana tu. and, boleh jugak mak control and monitor aku. hah! habislaaa aku.

sabar tu menghasilkan kemanisan yang tak tergambar. kalau Allah bagi ujian, SABAR. jangan merungut. yakin denganNYA. kite akan happyyyyyyyyyyyy sangat tau! betoi ni tak tipu.

Allah,terima kasih sebab bagi aku kawan-kawan yang baik sangat. terima kasih sebab bagi aku dugaan dan ujian. terima kasih sebab bantu aku jadi kuat. terima kasih sebab tabahkan hati aku. terima kasih sebab masih bagi aku rezeki yang melimpah ruah. terima kasih sebab bagi nikmat Islam dan Iman pada aku. terima kasih Ya Allah.

ikhlas:
atiqah

Tuesday, September 13, 2011

moving again and this may not be the last destination



Assalamualaikum wbt

Aku dalam proses perpindahan. Dari Taiping back to Klang. Taiping is not my place anymore. I am not belong to Taiping.

But I do learned a lot here. Banyak sangat and for that, I thank Allah coz give me the lesson.

how to survive on my own feet
how to solve my problem by myself
how to manage my life well
how to appreciate people around me

most important

HOW TO BE A GOOD HAMBA TO ALLAH SWT




Taiping is my place to learn to be a woman from a girl. A strong women! Taiping is the place where i started my life from nothing to something.

InsyaAllah i will come back if the time comes. I will miss Taiping so much. The hardness, the sweetness, the memories. Will remain forever in my heart.

Now i return to somewhere i belong. But if Allah says i need to again move to another place, then i will. I just follow the flows Allah created. may this is the best for me, my family and my future insyaAllah. Amin!


u, i need u during my hard time. but u r ignoring me without i know the reason. but i take it as a Ujian from Allah swt and redha. coz i know someday Allah will open up your heart n show u the right path. for the time being, let me be the one who pray for u, your happiness and your success. moga Allah jernihkan kembali hubungan ni. Amin.

Saturday, September 10, 2011

HOW TO GET EMPLOYED? (nak tips mudah dapat kerja?)


assalamualaikum

tajuk nak gempak je dalam english. tapi post tak mampu pun nak fully english. ceyh!

alhamdulillah, aku dah dapat offer for a new job. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! sume tu dari Allah.

bukan niat aku nak bermegah dengan apa yang aku dapat. aku ikhlas cuma nak berkongsi jalan je. sebab ramai jugak kawan-kawan aku yang tanya. from all that questions, aku rasa insyaAllah aku boleh bantu sikit-sikit orang lain yang baca blog ni, berdasarkan pengalaman aku.

tapi kena ingat, semua terletak di tangan Allah swt. kita cuma berusaha je. sungguh aku bukanlah hebat!

meh aku cite sikit rentetan perjalanan mencari pekerjaan yang aku lalui. disebabkan aku tak lagi berkhidmat kat tempat keje lama, aku pun bertungkus lumus cari keje lain dan aku banyak fokus kat area Klang Valley. sebab dekat dengan rumah, dan peluang pekerjaan pun banyak. macam jugak orang lain, aku usha jobstreet la kan untuk tengok vacancy yang available. disamping tu, ade jugak kawan-kawan yang suggest certain company yang diorang tau ade vacancy. DAN aku jugak ade search kat google 'food company at port klang' contoh la kalau aku nak fokus kat Port Klang.

dari sume sumber di atas, aku pun hantarlah resume. pada 7 September aritu, aku dapat call from 1 of the company yang sangatlah aku idam-idamkan. nape? sebab DEKAT GILER dengan rumah aku. company tu kat Klang je and takes bout 10 minutes by car from my house. so memang la aku tunggu sangat dapat call dari company tu. die call and soh datang for an interview ON THAT DAY! sebab aku pun free hari tu, aku setuju je lah. selang beberapa jam kemudian, aku dapat lagi 1 call dari lagi 1 company kat Westport, pun soh datang interview keesokan harinya.

so petang tu aku pegi main office company pertama tadi dan terjadilah sesi temuduga bersama 2 orang panel (malay) lebih kurang 45 minit.

keesokannya (8 September) aku pegi pulak interview kat company ke-2 tu dan berlangsunglah temuduga bersama 2 orang panel (chinese) selama kira-kira 30 minit.

balik je dari interview ke-2, aku terima email dari lagi 1 company yang minta aku isi application form dan email diorang semula secepat mungkin untuk tetapkan sesi temuduga. company ni pun kat Klang jugak. aku pun semangatlah print application form tu dan isi tapi tak email semula lagi sebab tak sempat lagi nak scan.

pada hari yang sama jugak petang sikit, aku dapat another 1 call from another 1 company yang nak arrange time for interview lagi.

dan keempat-empat company yang call tu bukanlah calang-calang company. semua orang mesti kenal tapi tak perlulah tulis sini atas sebab privacy company tersebut.

keesokannya pulak (9 September), aku dapat call dari company ke-2 aku pegi interview kat Westport tu yang nak offer aku. tapi disebabkan masa tu aku rasa nak pikir dulu, die bagi tempoh 4 jam untuk aku pikir dan call die semula untuk bagi keputusan. tak lama lepas tu, company pertama yang aku pegi interview, company yang aku idam-idamkan tu pun call dan bagi jugak offer. then aku bagitau la yang ade company lain dah offer aku tapi company tu sungguh-sungguh soh aku accept offer diorang and reject the first offer tu. macam-macam benefit yang die tawarkan masa tu kat aku. so aku pun decide la untuk reject the first offer and go on with the second offer. memang pun aku nak situ sebenarnye sebab sangat convenient.

bile aku accept je offer tu, automatically aku kena reject lain-lain panggilan interview yang aku dapat. tawakal je la dan berharap keputusan yang dibuat ni betul.

ok tu je la rentetan perjalanan cari pekerjaan. jujurnya, dalam masa seminggu je (hantar resume dan dipanggil interview) aku cari kerja, aku dah dapat offer. alhamdulillah again.

seperti mana yang aku share dengan kawan-kawan aku, macam tu jugak la yang aku nak share kat sini.

1. resume kena gempak

macam mana nak buat resume gempak? penglibatan dan pencapaian pun kena lah gempak. buat adik-adik yang masih menuntut, aktifkan lah diri anda. trust me, it's VERY IMPORTANT! tu menunjukkan yang anda multitasker dan berkebolehan. masuk kelab or persatuan, join program-program selain akademik, lagi bagus kalau jadi orang kuat program or persatuan. tapi aktif pun, result kena maintain bagus. 3.0 above is the best. kalau 3.5 above lagi lah terbaik. cuba maintain. cubaaa jugak!
bile pencapaian and penglibatan dah banyak, buat resume dengan proper. kalau tak reti buat resume, GOOGLE SEARCH THE RIGHT WAY TO WRITE RESUME OR CV. berlambak resume gempak anda akan temui. yang utama, GAMBAR ATTACHED KAT RESUME HARUSLAH FORMAL! GAMBAR PASPORT. BUKAN GAMBAR POSING ADE PEACE KE TANDUK KE. take it official ok?

2. improve your english

if u can speak fluently in english, u r one of the wanted candidate. trust me this. bukan nak mengagungkan bahasa penjajah, tapi untuk improve diri. tak susah nak improve english anda. caranya, speak! speak! speak! speak in english. that's the only way. mula-mula nak bercakap, memang rasa susah dan segan takut salah itu salah ini. tapi once u try and speak, u will also try to find the right grammar and the right sentence to use. bukak utube and learn. sekarang ni guys, sume di hujung jari la. berjam ngadap fb, luangkan sikit masa untuk learning process jugak, tak susah kan?

3. confident!!!!

ni masa sesi temuduga. keyakinan sangat lah penting. sangat sangat penting. gemuruh tu normal. but control it and DELIVER. sebagai muslim, banyakkan selawat. boleh hilangkan rasa gemuruh. amalkan jugak bacaan doa untuk tenangkan hati. tak tau doa apa? again, GOOGLE SEARCH~~~~~.

4. think fast

kekadang penemuduga akan tanya soalan yang memerlukan kita berfikir like "what u see yourself in 3 years from now?". "how can u relate our company with your mission in career?". hah! kalau dapat soalan camni dan anda dok "errr...hmmm..jap ek nak pikir..jap jap..err...ade talian hayat tak?" memang la fail! kena pikir cepat dan jawab jangan biar diorang tunggu lama. selewatnye jawab dalam masa 5 saat lepas soalan diajukan. ni tak main-main ni. INI SERIOUS.

5. expected salary

tak perlu takut nak minta gaji tinggi. if u think u deserve it, then ask for it! kalau dah anda pelajar cemerlang, sangat aktif dan produktif, berkebolehan, jadi anda layak mendapat gaji yang tinggi kan? dengan syarat, mase interview anda haruslah menunjukkan ciri ciri terbaik anda yang membuatkan penemuduga berasa sangat serba salah untuk reject anda walaupun gaji yang ada minta tu tinggi. base on my experience, if they really want u, they will try to give what u want. kalau tak mampu nak bagi sebanyak yang anda minta pun, diorang akan cuba bagi yang hampir dengan permintaan anda. KALAU DIORANG BETUL-BETUL NAK ANDA. jadi anda kena buat sampai diorang betul-betul nak anda, then u can demand on salary part. tapi pun kena la beragak. dah kalau anda fresh graduate yang takde pengalaman langsung pastu result pun ala kadar then nak minta gaji macam manager, lupekan jelah!

6. penampilan

berpakaian kemas dan formal. bagi nampak sangat sofistikated dan profesional. tapi takyah la sampai nak mendongak langit segala bagai tu. relex sudah. asalkan kemas dan formal la ye.

7. bersedia mental dan fizikal

bersedia dari segi (1) diri (2) dokumen yang diperlukan (3) masa.
jangan datang lambat! sediakan sume dokumen yang perlu seperti gambar, salinan sijil-sijil, original sijil-sijil, resume etc.




yang paling utama
MINTA PADA ALLAH. BERDOA SUNGGUH SUNGGUH. HANYA DIA YANG MENGIZINKAN SESUATU ITU TERJADI. KALAU GAGAL, JANGAN SALAHKAN TAKDIR. SESUNGGUNYA, PEKERJAAN ITU BUKANLAH YANG TERBAIK UNTUK ANDA

sekian, assalamualaikum


Wednesday, September 7, 2011

saya mohon maaf..maafkan kesilapan dan kealpaan saya..saya banyak khilaf..

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim

saya Nur Atiqah Bt Mohd Yusof ingin memohon maaf kepada sekalian pembaca blog saya ini. Saya dahulunya kerap menulis tentang cinta. Ya! cinta sesama manusia yang saya megah-
megahkan. Saya sangat berharap Allah ampuni dosa-dosa saya kerana tiada istilah cinta sesama manusia bukan muhrim di dunia ini melainkan cinta kepada Allah, Rasul, agama dan keluarga.

Saya teramat menyesal dengan segala apa yang pernah saya coretkan. perkara yang membawa kelalaian, kemungkaran, keburukan, kemaksiatan.

Saya hamba yang khilaf. Saya hamba yang lalai. Saya hamba yang lupa. Ya Allah, ampuni hambaMU ini (T_T)


Saya menyesal kerana telah mempertaruhkan cinta saya pada manusia. Saya menyesal kerana mendahulukan cinta manusia dari cinta kepada Ya Rabb.

Sungguh! cinta pada Allah takkan kecewa. Sungguh saya sangat bahagia dengan cinta Allah. Sungguh saya tak menyesal kehilangan cinta lelaki yang bukan muhrim saya. Sungguh saya yakin Allah akan mengatur jodoh yang terbaik buat saya.





Saya akan menjadi terlalu sedih jika cinta dan rayuan saya pada sang Pencipta disisihkan. Tetapi saya tahu, Sang Pencipta tidak akan mengabaikan cinta hambaNya.

Ya Allah, jika dia jodohku, kau satukan kami dalam restuMU
jadikan dia yang halal buatku
jadikan dia imam rumahtanggaku
jadikan dia penjagaku
jadikan dia pembimbingku





Ya Allah, jika dia bukan jodohku,
jauhkan dia dariku
jadikan aku insan yang redha dengan takdirMu
jadikan aku insan yang pasrah dengan ketentuanMu
jauhi kekecewaan dari hatiku

aku cintainya dan sayanginya
tapi jika Kau tak mengizinkan, aku terima seikhlas hatiku
kerana aku lebih mencintaiMu


Ya Allah, pelihara aku dari godaan dunia
jangan Kau palingkan hatiku lagi
aku hanya ingin menyerahkan seluruh hidupku beribadat kepadaMu dan berbakti kepada ibu bapaku

amin ya rabbal alamin

saya mohon dipermudahkan urusan dan diberkati


Assalamualaikum wbt

the truth is, i am not working at Taiping anymore.
my last working date at Meranti was on 26th August 2011.

and today

I have an interview, located at Klang. Near my house. and I really hope I can do well in this interview and get this job.

and for tomorrow, I have another 1 interview, located at Westport, Port Klang. also near my house.
I hope I can do well in this interview too and get this job.

so then I can choose which job is better for me.



Bismillahirrahmanirrahim......



“Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki”


sahabat-sahabat, doakan saya ye =) amin!

Tuesday, September 6, 2011

let's pictures talk. majlis pernikahan dan persandingan

Assalamualaikum

come come lai lai aku share gambar-gambar majlis pernikahan dan persandingan abang aku

photographer : atiqah
location: Alor Star, Kedah

using Nikon 3100


hantaran yang sangat simple. susah la travel jejauh ni nak melaram segala bagai. abang aku la nih cari isteri jauh bebenor.


mahar~ aku rase dalam RM100 kot. mak aku gubah sendiri. simple je la tapi.


hantaran #1


cincin a.k.a hantaran #2


hantaran #3


hantaran #4


abang aku yang poyo. tak sodar diri nak menikah dah. huh! [this pic taken by my adik]



upacara sarung cincin


upacara batal air sembahyang


pemberian mahar


my adik. dok memikior pasal majlis die pulak la tuh. cam aku tak tau.


my mother with her mother.





my little cousin, hanim! aku tanye die "who's this?" sambil tunjuk kat aku la kan. then slambe die jawab "i don't know" ngan pelat-pelat. cis tak guna punya cousin.


ni konon-konon je bergambar kat pelamin


main jeling-jeling pulak. nasib baik dah halal.


muka ceria pasangan pengantin


dah macam wedding cina pulak aku nengok. naik kete camni, pakai baju merah pulak. cis abang aku naik kete chevrolet tuuu. siap ade driver. jeles!


sista and mother


used live band instead of kompang. ok ker? no comment. majlis orang. kita layankan aje.


makan beradap. ayam ini end up at my table. wahaha. pengantin mana boleh makan ni. kena control. baik aku je habiskan.


ceria, gembira, bahagia.


menonggeng aku nak capture gambar nih. haila. demi abangku satu-satunya.


sanding. tapi takde pun tepung tawar. baru je ingat nak gi renjis renjis. ala takde peluang pulak (+_+)


last last kek tu pun bukan deme yang makan. bebudak jugak yang melahap habiskan. tak best la jadi pengantin ni. gagaga.


part of my family. hah nak tau sesuatu yang tak pernah aku reveal? paling hujung sekali sebelah kiri tu [sebelah aku] is my stepmother. and she's 7 years older than me. yes! aku tak tipu.


# baru kahwin #


simpulan kasih harap berkekalan ke akhir hayat


#them#


here we are!!! inilah kawan aku satu kelas mase darjah 4 darjah 5 darjah 6 tu which now dah jadi biras aku dah. kakak die tu la yang dah jadi kakak ipar aku. what a small world.


kalau ditakdirkan Allah, aku dan incik zai ade jodoh dan bersatu sebagai suami isteri, aku tak tau camne lah nak buat majlis? incik zai kena lah travel to Selangor? with all the hantarans? Ya Allah susahnye. kitorang yang tak payah merentas laut ni pun terasa susah. oleh itu, aku terasa macam nak memudahkan segala. buat sesimple mungkin. lantak la orang nak cakap ape. janji tak menyusahkan zai and family.

kalau ade jodoh. Amin~




notakakiwangi: satu je sebab aku tak suke jadi photographer is --> aku takde dalam gambar!

Monday, September 5, 2011

kepatriotisme aku terserlah di sini


Assalamualaikum wbt.

salam lebaran ke-7 pada sume umat Islam di Malaysia. Malaysia je la ek sebab sesetengah negara kat dunia ni tak sama hari nye beraya ngan kite kat Malaysia ni. so aku malas nak wish. sape soh takmo beraya serentak ngan Malaysia? =p

genap dah 7 hari Aidilfitri. kejap je rasa. makan tak puas lagi ni. tapi raya kali ni yang aku rasa paling occupied la. kalau dulu, raya ke-3 dah releks dah. boleh guling-guling depan tv tengok spongebob dah. tapi kali ni, harinilah baru dapat bersenang lenang dekat rumah.

hari Jumaat lepas aku pegi Kedah. hari Sabtu balik KL semula. Ya ampun jeeeeemmmm gilak! nasib baik bukan aku yang drive. aku peduli hape jem ke tak. aku tido je kat belakang. hahaha. tapi sakit badan jugak lah menunggu nak sampai rumah tu. dari pukul 4.30 petang bertolak dari Alor Star, pukul 1 pagi baru sampai rumah. peehh dekat 10 jam tuuuu. nak stop kat RnR pun tak jadi. Q kete sampai keluar highway. kejadahnye. so memang berpuasa la sepanjang jalan. petrol station pun sesak dowh!

Pasal dekat Kedah, nanti lain entri aku cite. hal kawen abang aku. nanti aku upload la sikit gambar-gambar kawen. aku jadi jurufoto tak bertauliah. tak suke sebab aku tak dapat ade dalam gambar. tapi mengenangkan majlis kawen satu-satunya abang yang aku ada dalam dunia ni, aku berkorban la jugak. untungkan abang aku dapat adik macam aku?mana lagi nak cari? eden ni sorang yo lah!

ok2, aku nak tulis pasal negara tercinta aku ni sebenarnye. memangdangkan 31 Ogos 2011 ni adelah hari raya yang ke-2, jadi aku sebagai anak Malaysia yang tak berapa patriotik *slap myself* telah mengabaikan hari kemerdekaan itu, sebaliknya menyambut hari raya dengan penuh kerakusan. so now aku nak tebus balik ketidakpatriotisme aku itu.

16 september 2011 Malaysia akan menyambut hari Malaysia dan Merdeka sekaligus. yang sebonarnyo, eden ni sayang sesangat kat Malaysia ni ha. penah ade pengalaman hidup di negara orang selama beberapa bulan, membuatkan aku sedar bahawa Malaysia is the best place ever!


dari segi makanan, cuaca, tempat, dan penduduk. sangat best kot.sape yang rasa tak best dok Malaysia tu,pegi la cari negara lain yang korang rasa best.kalau aku, memang takde. mana aku pegi pun, mesti tergedik nak balik Malaysia jugak


p/s: cukup patriotisme tak aku? ^_______^


salam

Sunday, September 4, 2011

posted by atiqah



LIFE IS HARD. BUT WE NEED TO FACE IT NO MATTER WHAT

I FAIL IN MY CAREER AND MY LOVE LIFE (T___T)

I WANT TO MAKE IT EASY, BUT I TURNED IT TO BE MORE COMPLEX

IT'S OK TO BE NOT OK AT ALL. I AM NOT OK NOW AND I AM OK WITH IT

I AM SUCH A LOSER. YES I ADMIT.

NOW I KNOW I CAN'T TRUST ANYBODY EXCEPT MYSELF. FORGET ABOUT THOSE SWEET WORDSAND START A NEW LIFE



-atiqah-

Thursday, September 1, 2011

salam lebaran dan cerita raya saye~~~

Assalamualaikum

Hari ke-3 syawal

aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri pada sume umat Islam seluruh dunia. raya tahun ni,aku dah kena bagi duit raya kat cousins and adik. oh tak dilupakan my mum. daaannn aku jugak kena beli baju raya sendiri dengan duit sendiri. oh! but as usual, aku beli kain jek. mak la yang menjahitnyeeeee..yeah~ thanks mum!

hari raya 2011 ni jugak, famili aku bertambah ahli. besok,aku bakal mendapat kakak ipar insyaAllah. majlis berlangsung di alor star kedah, pihak perempuan. pihak lelaki which is my family la kan, hujung tahun baru buat. sebab nak sekalikan dengan kenduri my sista jugak. huh! pulun nau abang ngan kakak aku ni. berebut-rebut nak kawen tahun ni jugak. penat tau i nak menerima ipaaarrrr aje! =p

so yeah, tomorrow me n my family will heading to KEDAH!!!! my old hometown yaw~ rindu sangat mau jejak aloq staq lagi.n the best part is, my bakal kakak ipar tu ialah my fren's sista!!!! my fren mase skolah rendah kat aloq staq dulu. secara tak langsungnya, aku dah berbiras dengan kawan sendiri la. kawan main aciligan duluuuu. ramai la nanti kawan-kawan sekolah rendah aku yang insyaAllah akan hadir kenduri Sabtu ni. dan insyaAllah majlis kenduri tu nanti bakal menjadi majlis reunion kami jugak!!!! wakakaka..abang,i tumpang kenduri u buat majlis i k? lalala~

u know what, mase hari raya pertama as usual kitorang berkumpul kat kampung la.pulau indah, port klang. masa tengah makan-makan and my mum ajak-ajak my aunts follow our rombongan ke kedah, suddenly my maklong asked me "awak pun nak nikah dah kan? dah bertunang kan?"..then i was like shock. maklong ni salah orang ke hape? "eh kakak laaa" i said sambil tunjuk kat my sista kat sebelah. then maklong cakap lagi "eh awak pun dengar cite dah bertunang". "eh mane ade. bile pulak?" sambil jawab muke aku berkerut-kerut sambil pandang my mum."haritu yang pegi sarawak tu, bukan nor pergi berbesan ke?"my maklong cakap dekat my mum. aku plak dah macam HEH????CANE MAKLONG TAU AKU PEGI SARAWAK? CANE LEH TIMBUL ISU TUNANG PULAK NI? LOGIK KE AKU PEREMPUAN PEGI UMAH LELAKI NAK BERTUNANG???? AIYAK!!!!

then my mum pun explain la everything. aku tak bertunang ok! pegi makan angin je. dah incik zai ade sane,so he be our tourist guide n driver la. tu jeee. lepak umah abang incik zai pun kebetulan sebab ade majlis makan-makan dan kami dijemput. takde majlis pertunangan yang berlangsung.

bile aku tanye incik zai "bile kite tunang? my aunt thought we already enganged". then he replied "SUKE SUKE SUKE"

huh! setakat suke je tapi no action buat ape. wahahahahaha!
oh i wish previous Ramadhan and this Syawal can make me a better muslimah. I want to. I pray for it. and I wanna do it. kena kuat dan istiqamah!!

tamo tinggal solat
tamo lambat-lambatkan solat
improve my appearance. tutup aurat sesempurna mungkin.

Ya Allah,i wanna be ur best hamba. can I? I LOVE U ALLAH.
ok sayang-sayang sekalian, doakan perjalanan aku ke Kedah esok diberkati dan selamat. nak gi bina masjid nih. teruja!!!! ^_______^

.salam lebaran.

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..