Thursday, April 28, 2011

favourite photograph of best friend

FAVOURITE PHOTOGRAPH OF YOUR BEST FRIEND

kali ni aku nak melanggar rule 30 days challenge ni. aku nak taruk banyak gambar. sebab aku banyak best friends. ape nak buat?


yang pertama ni gambar aku bersantai dekat Genting Theme Park with all my friends from GPMS. kitorang bukan coursemate. kitorang ni adik beradik dalam GPMS. selalu dah aku story pasal GPMS kan? tapi iera ngan dila coursemat aku la merangkap adik beradik GPMS jugak. dalam gambar ni ade aku, iera, dila, din, is dengan hai. sorang lagi yang jadi cameraman is farid. time ni best giler!






Gambar yang ke dua ni pun sama. dengan adik beradik GPMS jugak. kali ni kitorang buat photoshoot dekat putrajaya guna Nikon D3100. yang ade waktu ni aku, iera, din, mim, mai, ex dengan fatin. perasan tak kitorang pakai baju kurung? sangat sopan tak gitu? ade sebabnyee tu. sebenarnye kitorang pegi kenduri kat rumah dila. kenduri kawen abang dila. lepas kenyang kat kenduri tu, kitorang datang lepak kat putrajaya sambil buat photoshoot. tu pasal la sangat sopan.





Gambar yang ke tiga ni memang truely gambar aku dengan my best buddies iaitu iera dan dila. mase ni aku baru balik dari China untuk winter holiday. baru sebulan lebih je lah tak jumpe diorang, tapi rindu membuak-buak. haha. giler lesbo! so kitorang plan nak main layang-layang kat Puchong kot. adoi tak ingat dah la. korang tengok sini je la entri sal main layang-layang ni. aku ni pelupa orangnye.





Last but not least, jeng jeng jeng!!! hang out with my best friends from KMK. KMK stand for Kolej Matrikulasi Kedah. HIDUP KMK!!!*tetibe*. ok ni pun mase cuti haritu jugak. jumpe diorang and jalan-jalan kat KLCC. yang ade ni aku, mashi, piqah, dengan amzar. dan cameraman ialah Syarifuddin a.k.a imam. ni sume classmate aku kat KMK dulu. ramai lagi tapi ni je yang free and available pada tarikh berkenaan. so ni je lah yang hadir.





itu je gambar-gambar yang terpilih untuk 30 days challenge pada hari yang ke-4.

kepada mereka-mereka yang terpampang mukenye dalam post ni *especially pqah and mashi*, jangan nak perasan sangat. muahahahahahahahahaa~

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..