Saturday, April 30, 2011

a song to match your mood

A SONG TO MATCH YOUR MOOD

which mood? current mood? ok i assume it's current mood.


here the song






i dedicate this song to all AS226 part 8 students. do we still in part 8? or we don't have any part anymore? ohhh~~~ T_T

emo sangat-sangat sekarang ni bile mengenangkan yang aku bukan lagi student UiTM Shah Alam. dah tak boleh pegi scalling free kat PK, dah tak boleh pegi main badminton kat Pusat Sukan, dah tak boleh main go-kart kat stadium UiTM, dah tak boleh gi swimming kat swimming pool sane. ah tu semua free!!!!!!!!!!! dah tak boleh dapat dah!!!!! aku tension~

nak dapat harga tiket wayang murah pun dah tak boleh dah!

lepas ni, kena pikir camne orang dewasa pikir. bayar sewa rumah, bil api bil air, bayar insurans, bayar hutang ptptn, bayar kereta, bayar tol dengan minyak kereta [tipu jek, aku nak gune motor sampai lemau], bayar kredit tepon, bagi duit kat mak, gaji tolak sokso. adoiyai! banyak jugak nak kena bayor nih. sebab tu aku tak suke dewasa.

ok cukup lah sampai di sini. aku dah penat pikir nak jadi dewasa. i was a girl, suddenly i became a women. mane boleh terima kenyataan beb!

salam


Friday, April 29, 2011

what makes u different from anyone else

WHAT MAKES U DIFFERENT FROM ANYONE ELSE


peh ni challenge cam masuk lif tekan sendiri ni. giler riak!

actually, i don't really have so much different from anyone else. i am just an ordinary village girl with very simple life and stuff.

but, the real challenge in life i faced was during my 5 years old age. and for me, this is the different which not all people faced it. but some people may faced greatest challenge compare to mine.

here i reveal. my parents divorced at 1993, when i was 5 years old and of course since that day, my whole life changed. dramatically.

during raya, i had to choose to follow my mother or father. nak balik selangor (mak) or nak balik johor (abah). i love them both! i don't wanna disappoint any one of them. but i have to! it was really really really hard! i am just a 5 years old little girl.

but hey! I still got mak and abah what. even though we are not living together, it's not a big deal. now i am no longer 5 years old little girl. i am 23 years old big girl. big girls don't cry, kan?

mak and abah pun still friend up till now. kalau abah nak bawa kitorang gi holiday, abah bawa mak sekali. sebab kitorang tak boleh takde mak. abah takde pilihan. so, we still look like one happy family. the different is, mak and abah ada batas-batas yang we, as a children should know and understand. so takde la kitorang request yang bukan-bukan pulak.

speaking of abah, dulu kalau jalan-jalan dalam kereta duduk sebelah abah, selalu abah usap-usap kepala atau bahu atau tangan, lepas tu abah tanya "tiqah sayang abah tak?".


ABAH, TIQAH SAYANG ABAH.


i miss that moment damn much!

yeah i am from a broken family, but i am happy with my life. ini ketentuan Allah yang tak dapat nak diubah. accept and redha. live happily. yang penting, ukhwah tetap ada sampai mati.

so for u guys out there, tolong lah bersyukur dengan apa yang korang ade. ingat aku tak jeles ke bile dengar kawan-kawan cerita pasal mak abah diorang yang sangat loving? aku sangat jeles. sangat sangat sangat jeles. i don't have that kind of experience. I DON'T. bersyukur lah kamu, dan berdoa pada Allah semoga keluarga kamu sentiasa dalam lindunganNya.

i don't want my children(s) to face what i faced. so to my future husband, please be good to me. together we try to make up Baitul Muslim. amin~








p/s: need to stop now to avoid my tears from coming out

Thursday, April 28, 2011

favourite photograph of best friend

FAVOURITE PHOTOGRAPH OF YOUR BEST FRIEND

kali ni aku nak melanggar rule 30 days challenge ni. aku nak taruk banyak gambar. sebab aku banyak best friends. ape nak buat?


yang pertama ni gambar aku bersantai dekat Genting Theme Park with all my friends from GPMS. kitorang bukan coursemate. kitorang ni adik beradik dalam GPMS. selalu dah aku story pasal GPMS kan? tapi iera ngan dila coursemat aku la merangkap adik beradik GPMS jugak. dalam gambar ni ade aku, iera, dila, din, is dengan hai. sorang lagi yang jadi cameraman is farid. time ni best giler!






Gambar yang ke dua ni pun sama. dengan adik beradik GPMS jugak. kali ni kitorang buat photoshoot dekat putrajaya guna Nikon D3100. yang ade waktu ni aku, iera, din, mim, mai, ex dengan fatin. perasan tak kitorang pakai baju kurung? sangat sopan tak gitu? ade sebabnyee tu. sebenarnye kitorang pegi kenduri kat rumah dila. kenduri kawen abang dila. lepas kenyang kat kenduri tu, kitorang datang lepak kat putrajaya sambil buat photoshoot. tu pasal la sangat sopan.





Gambar yang ke tiga ni memang truely gambar aku dengan my best buddies iaitu iera dan dila. mase ni aku baru balik dari China untuk winter holiday. baru sebulan lebih je lah tak jumpe diorang, tapi rindu membuak-buak. haha. giler lesbo! so kitorang plan nak main layang-layang kat Puchong kot. adoi tak ingat dah la. korang tengok sini je la entri sal main layang-layang ni. aku ni pelupa orangnye.





Last but not least, jeng jeng jeng!!! hang out with my best friends from KMK. KMK stand for Kolej Matrikulasi Kedah. HIDUP KMK!!!*tetibe*. ok ni pun mase cuti haritu jugak. jumpe diorang and jalan-jalan kat KLCC. yang ade ni aku, mashi, piqah, dengan amzar. dan cameraman ialah Syarifuddin a.k.a imam. ni sume classmate aku kat KMK dulu. ramai lagi tapi ni je yang free and available pada tarikh berkenaan. so ni je lah yang hadir.





itu je gambar-gambar yang terpilih untuk 30 days challenge pada hari yang ke-4.

kepada mereka-mereka yang terpampang mukenye dalam post ni *especially pqah and mashi*, jangan nak perasan sangat. muahahahahahahahahaa~

Wednesday, April 27, 2011

perfect first date

IDEA FOR THE PERFECT FIRST DATE.

Assalamualaikum wbt

harini continue 30 days challenge dengan challenge untuk hari ke-3.

perfect first date? hmmm [berfikir sejenak]. aku tak penah terfikir pasal first date pun. i am the one who likes to do things spontaneously. takyah nak plan-plan. kite redah jek!

tapi untuk menjawab soalan ni, meh la aku berangan sikit.

maybe, for the first date, my partner tu datang jemput kat rumah pastu bawa pegi mane-mane tasik [tasik shah alam je pun boleeyyy] then duduk kat situ boooorrraaakkkkk booorrraaakkk je pasal diri sendiri. ok ke?haha. no idea.

lagi best kot buat camtu dari pegi mall, jalan-jalan, tengok movie, makan. tu dah biase sangat dah tu. biase sangat-sangat. ngan kawan-kawan pun selalu buat dah. buat la something yang adventerous ye tak?

ok ni memang serius. tadi tu aku nipu jek.

aku suke aktiviti lasak. so, for first date, nak ajak daki Broga Hill tengok matahari terbit dari puncak. sumpah cantik! tak caye gi la try. someday aku nak buat photoshoot la kat situ dengan kawan-kawan, or even my partner. mase time sunrise or sunset. due-due pun cantik. mabeles lah!

tu idea je untuk perfect first date. tapi my first date dah berlalu dah pun. so ini hanyalah angan-angan yang tak kesampaian. tapi takpe, bukan first date pun boley buat maaa.

i still remember my first date ngan incik zai, tengok sunset kat tepi pantai adelah salah satu aktiviti dalam list. tapi dengan izin Allah, hujan pulak petangnyeeeee. untuk berfikir dengan positive, aku pun cakap kat incik zai "takpelah tak dapat tengok sunset, kite tengok pelangi je lah". "pelangi lagi? ni hujan, bukan gerimis. mane ade pelangi. kite tengok hujan lah nampaknyeee."

redha....redha...

thats all! nytes~

Tuesday, April 26, 2011

favourite movie

FAVOURITE MOVIE

up till now, FAST AND FURIOUS menjadi idaman hati.

dah memang aku sukeee bangat dengan thrill and action movie. from 1,2,3 and 4 sume aku dah tengok. sekarang nak tunggu yang ke 5 pulak kuar. if im not mistaken, 5 May kot.

yeay! tak sabar tak sabar.

ok done with this.

now another story.

i got a call.

I GOT A JOB!

Position: Food Technologist
Location: Taiping, Perak

patutnye aku kena mule keje 1st May, which is next week. tapi because of some reasons, aku minta tangguh pertengahan Mei or awal Jun. tak tau lagi keputusan cane. harap dipertimbangkan.

First of all, aku sangat berterima kasih, syukur yang tak terhingga pada Allah swt. rezeki sume Allah yang bagi. memang sentiase aku doa untuk dimurahkan rezeki. amin amin amin.

ke-2, my lovely mother! mak tak putus-putus doakan aku. doakan yang terbaik untuk aku. mase aku pegi interview pun, mak yang teman. kalau mak restu, Allah akan restu dan permudahkan.

kawan-kawan, rezeki ade kat mane-mane. ikhtiar dan tawakal. percaya Allah!

Monday, April 25, 2011

obesiti pelajar..salah makanan ke?


yeah tambah lagi 1 entri untuk harini dan entri kali ni sangat berilmiah + skema badut. caya lah tiqah!

ehem ehem *clear my throat*

Assalamualaikum wbt

salam 1 malaysia. =D

tengok berita tadi, ade isu pasal obesiti di kalangan pelajar sekolah.

nak tangani masalah ni, kementerian nak melarang sesetengah jenis makanan yang dipercayai menyumbang kepada masalah obesiti ni.

contoh makanan:-
- nasi lemak
- junk foods
- burger dan adik beradiknya
- minuman bergas

dan penjaja makanan di luar kawasan sekolah pun harus dipantau supaya tak menjual secara berleluasa makanan-makanan yang ditulis kat atas ni.

ok! langkah yang bijak.

tapi kan, meh aku imbas balik zaman primary school aku dulu.

well, aku dulu kurus dan sihat. aku tak mengantuk dalam kelas, aku takde masalah obesiti, aku cergas giler. sihat dan kuat la bak kate tivi.

tapi, aku pun macam budak-budak yang lain. aku sukeee junk food. almost every morning aku makan nasi lemak yang jual kat kantin sekolah. before i went to school, my mom prepared breakfast and she make sure i'll take it. dan menu sarapan pagi mak aku selalunya quite heavy like me goreng, nasi goreng, kuew teow goreng, goreng pisang beserta air milo panas.

tapi after school aku jarang la beli makanan yang dijaja kat luar kawasan sekolah sebab i used school bus yang dah ready tunggu kat luar pagar mase bell tamat sesi sekolah tu bunyi. aku terus lari laju-laju angkat kain sekolah paras lutut kejar nak masuk bas takut tak dapat seat. mane lah sempat nak beli kudap-kudap?

so back to the point. aku makan nasi lemak, aku makan heavy meal, aku makan jugak junk foods, but i am not obes!

WHY?

because i used everything i took. i used them up! i ate burger, then i ran nak kejar bas balik sekolah, so i used up all the fats. i ate nasi lemak in the morning, then during break time, aku melompat-lompat kat padang sekolah. yeah i ate junk food, tapi memang sejak kecik aku dah dibiasekan bawa air masak ke sekolah, jadinye aku tak beli air manis la. which we knew air yang orang jual tu air paip! air tak masak puunnnn. banyak kuman banyak cacing and yet we still pay for it? boley dapat for free what? tadah je la air paip kat singki kantin sekolah tu.

what i can see from primary students nowadays are...

mak bapak push suruh study study study bagai nak giler padahal budak tu baru darjah 3. pagi sampai tengahari pegi sekolah, petang pegi kelas piano la, ballet la, taekwondo [ok la jugak sebab sejenis senaman jugak], malam pegi tuisyen sampai pukul 10. balik tuisyen penat nak mampus terus tertido homework tak siap badan penat. esok bangun pagi pegi sekolah, mengulor!

i used to be a tutor kat pusat tuisyen and aku kesiaaannn sangat kat bebudak tu sebenarnye. kekadang baru darjah 1. ade gak student-student tu ngadu kat aku.

"teacher, got so many homework la. im tired!"
" teacher please don't give another homework."
"sorry teacher i didn't have time to finish my homework."

then aku jawab

"tell ur parents don't send u here. i need to finish my silibus, then i need to give u homework la. if not, sir will scold me" *sir refer to my bos*

jahat tak jawapan aku? tapi sebenarnye aku kesian ngan diorang.

mase aku umur cam diorang, balik je sekolah, aku makan kenyang-kenyang lepas tu buat homework cepat-cepat bagi siap lepas tu terus pegi main kat padang. main lumba beskal, main nyorok-nyorok, main acilut, main kejar-kejar-kalau-kena-sentuh-die-jadi-pulak, main zeropoint, main rumah-rumah kat tiang-tiang bentuk empat segi. macam-macam lah main! berpeluh tak hengat la mase tuh.

kalau dah hari-hari mandi peluh, boleh obes ke?

budak sekarang tak main macam aku main. mak bapak terlalu taksub dengan buku.
makan study makan study = gemok.


renung-renungkan dan selamat beramal =)

favourite song


YOUR FAVOURITE SONG

alaaaaa..nape song? nape bukan songs? banyak favourite song ni masalahnye.

ok lah aku pilih 1 je.

the winner goes to..............................

*bunyi drum kat belakang*







FOR THE REST OF MY LIFE - MAHER ZAIN


sejuk hati den dongar lagu nih. tambah-tambah bile Maher Zain yang nyanyi, aduuuhhh. bertuah sungguh sang isteri.

ada sekali tu naik kete incik zai, die pasang CD yang ade lagu nih. memang die sengaja copy lagu nih dalam CD untuk pasang dalam kete. then mase tuh aku tengah membebel-bebel pasal ape ntah, terus aku senyap siap cakap "ssshhhhuuuuuuu" kat incik zai sambil letak jari telunjuk kat mulut. padahal yang dok membebel masa tu, aku. bukan incik zai. tapi aku soh die pulak senyap. penangan Maher Zain. OH! *ni favourite song ke favourite artist ni?*. lepas tu incik zai cakap "lagu ni ditujukan kepada bakal bini yang berada disebelah". and actually i didn't hear his dedication. i was sooo focus on Maher Zain, sampai die ulang cakap 2x, baru aku macam "hah?"..and after 5 seconds i stared at him barulah aku "oOoOo, ok!haha" sambil sengih-sengih malu.


so this is my favourite song for now.

FOR THE REST OF MY LIFE
I'LL BE WITH U
I'LL STAY BY UR SIDE
HONEST AND TRUE
TILL THE END OF MY TIME
I'LL BE LOVING U!

FOR THE REST OF MY LIFE
THROUGH DAYS AND NIGHTS
I'LL THANK ALLAH
FOR OPEN MY EYES
NOW AND FOREVER I
I'LL BE THERE FOR U!

salam

Sunday, April 24, 2011

30 things in 30 days challenge

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Assalamualaikum wbt

30 days challenge ni macam best untuk aku buat supaya belog aku sentiasa di update. yela, kekadang aku takde bende pun nak tulis tapi bosan tak tau nak buat ape.

tapi aku tak rasa yang aku mampu tulis hari-hari. means if aku mule besok 25 April, aku akan abeskan benda ni pada 25 Mei. tapi aku tak boleh kot.

sebab bukan hari-hari aku mengadap laptop online. kalau aku kat rumah, memang internet sahabat setia.

masalahnye aku ni kaki rayau.

walaupun it might takes more than 30 days for me to complete this, i will still do it. kesah ape kan? aku yang buat, sukati aku la. lalala~

so, kite akan bermula esok!

daaa~~

Saturday, April 23, 2011

jangan cakap ape-ape


panas pulak ati aku ngan manusia yang satu ni.

obvious giler kot ko memang gunekan aku jek.

aku pun pelik gak nape la aku selalu ikut kehendak ko padahal aku tau je yang ko takkan buat benda yang sama kat aku.

bile ko susah, pandai pulak cari aku.

bile nak sesuatu dari aku, pandai pulak cari aku.

bile senang, dapat 'geng', ade ko ingat aku?

aku pulak macam best je layan ko tiap kali ko datang kat aku kan.

muak dow ngan perangai ko ni. mane tak orang tawar hati ngan ko. aku pun dah menyampah. bukan nak hipokrit la depan ko, tapi nak jage hati ko je, sebab ko tu kuat tacing! kalau orang ignore ko, pandai pulak ko buat sesi luahan perasaan, buat ayat-ayat sedih macam orang la yang salah.

time ko ignore orang, oraiiiitttt sangat la?

takpe-takpe. prinsip aku senang je.

SELAGI AKU NI BERGUNE UNTUK KO, KO GUNE LAH PUAS-PUAS! NANTI BILE SAMPAI SATU MASE YANG AKU TAKDE, PEPANDAI LAH KO NAK HIDUP! PAHAM?!

takpun, ko nanti akan rase ape yang aku rase.

what goes around comes around la kawan!

hah! haritu aku tengok tivi ade cite sal ciri-ciri kawan yang tak layak jadi kawan

1. dengki dengan kawan sendiri.
2. tak membawa ke jalan Tuhan.
3. bile susah, cari kawan. bile senang, makan sorang.

ko rase ko layak tak jadi kawan aku? aku nak terminate ko terus dari fren list aku kang, ko terase la ape la. kalau ko sedar, ko tarik diri sendiri boleh tak?

aku fed up dow ngan ko.

Friday, April 22, 2011

ketaksuban dalam cinta


Assalamualaikum

pepagi camni best pulak layan blues sorang-sorang. maksudnye layan lagu kat utube sambil blogwalking sambil update belog sendiri sambil....makan?

aku dah lama terpikir pasal benda ni tapi tak penah la pulak nak buat entri. cumanye malam ni kan malam jumaat, saje je la nak tulis jugak *fine takde kena mengena*

ni pasal ketaksuban terhadap cinta!!!

oh my~ macam lain jek bunyi.

especially to those yang baruuu first time bercinta. first love la kan.

please please please jangan lah terlalu obses dengan pasangan korang. ape takde benda lain ke dalam dunia ni selain pakwe/makwe korang tu? please la. dunia ni luas wei. bila lagi nak teroka kalau asyik dok berkepiiiiittt jek dengan pakwe/makwe.

lagi tak boleh blah kalau masing-masing dah treat each other macam laki bini. heh?

tak challenging la korang ni. kang pas kawen dah tak advanterous la kalau la ni pun dah macam laki bini.

tu pun kalau sempat kawen la kan.

aku bukan anti orang bercinta. haha. doesn't make sense kalau aku anti sebab aku pun terjebak. cumanye aku rimas sangat dengan pasangan yang obses ni. rileks-rileks sudah la beb!

ni tak, dah la hari-hari jumpe. breakfast lunch dinner sume togeder-geder. weekend pun shopping or hang out sesama. tiap-tiap malam mesti calling-calling. sms-ing non-stop. adoi. aku tengok macam seluruh kehidupan tu hanya untuk bercinta.

bukan ape, rugi la sayang. ada mase make friends, join extreme games, sports, hiking, cycling, travelling. tapi sume tu korang tak dapat rase sebab korang sibuk sangat dengan pakwe/makwe korang.

sebab aku penah la ade pengalaman bersama-sama dengan kawan yang obses camni. from my own point of view, bosan dow manusia ni. ngan pakwe/makwe die memanjang walaupun mase die tengah dengan aku, tangan ngan mate ngan otak dok fokus kat enpon jek sebab pakwe/makwe dalam tu kan. seriously, BOSAN!

camtu ko takyah ade kawan la. ko ade pakwe/makwe je dah cukup.

bile tak jawab call, merajuk.
bile lambat reply mesej, merajuk.
bile sibuk takde mase untuk die, merajuk.
bile nak kuar ngan kengkawan tanpa die, merajuk.
bile tak update pegi mane, buat ape, dengan siape, merajuk

merajuk merajuk merajuk

tak rimas ke??

aku yang tengok pun rimas.

pendek kate.........

rileks la bai. perjalanan masih jauh ni. bercinta la kalau nak tapi jangan la sampai ko tu takde life langsung selain dengan pasangan ko. dia tak tentu lagi jadi isteri/suami ko. so berpada-padalah.

setakat tak angkat call, lambat reply mesej, biase la tu.

ade gak mase-mase die tak pegang enpon or tangan die dah penuh handle keje lain time ko call or sms tu.

dan tolonglah jangan menyusahkan orang lain semata-mata sebab ke'bercinta'an korang tu.

sebab pakwe/makwe tak reply mesej, ko berusaha suruh kawan ko call or mesej pakwe/makwe ko tu nak cek la ape la.

tau tak ko dah menyusahkan orang dalam hal peribadi ko?

sangatlah tak matang ok!

p/s: aku bukan marah pun. tone post ni bukan nada marah tau! sila paham. tapi sebab dah lame pendam tu yang ayat macam nak emo terlebih tu.

Wednesday, April 20, 2011

rase cam nak bako jer!

assalamualaikum

ok part yang aku tulis kat post bawah ni, incik zai buat aku susah hati tu, ngade je lebih.
bukan aku tipu cuma ketidaksabaran hati aku je membuat hipotesis awal camtu.
apelah aku ni.
ramai kawan aku kate since i came back from China, aku taciiiinngggg lebih!
maksudnye, kuat emo lah.

yeke?

tak sedar pulak.

tapi bukan sorang yang cakap.
adekah betoi?
oh no~~ nampaknye aku tak dapat terima kenyataan kot aku dah bukan student lagi.

berbalik pada kes dengan incik zai.
aku ni jenis yang tak suke desak-desak.
bukanlah positive sangat attitude tu.
nak gitau nye, kalau aku ber'sms' dengan incik zai, and suddenly he doesn't reply my sms, i will not text him again and ask 'nape x reply?nape?napeee?????'

i will just let it be
and think positive like 'die dah tido kot'..'die takde kredit la tu'..'ni mesti mesej aku tak delivered ni'.. etc..

since we are not always dating in the phone *sms-ing and calling* we will know update about each other through fb. and yesterday after i arrived home from uitm, i checked my fb and he wrote something on my wall

"mencemburui kamu"

ah sudah. awat pulak dah ni?ape aku dah buat?awat nak jeles-jeles pulak dah?

then i tried bloody hard to remember what did i do, which picture i uploaded yang mungkin menimbulkan keraguan, what did he saw?

pikiaq punya pikiaq...takdak pa-pa pun yang aku ingat..

so i text-ed him and asked, but he didn't reply!!!!!!

maka aku membuat hipotesis sendiri bahawasanya memang aku ade buat sesuatu yang telah menyebabkan dia cemburu sampai tak reply mesej aku.

and i end up wrote it in my previous post.

before i went back to sleep after subuh prayer, i text-ed him again

and around 9.15 am i received sms from him telling that he didn't receive any sms last night, and he's actually tak marah ape-ape ponnnnnnn

aku jek terase lebih

malu dow!!!!

then i asked la 'dah tu ape yang cemburu-cemburu tu?'

nak tau ape?

"aku jeles sebab sayang tagged aku kat gambo kambing bakar tu la. syedap koottt. tak aci dow sayang boleh makan banyak"



APEKAH????????????????????????


do u know i couldn't sleep all night thinking about what i have done and it was only about kambing bakaq??????

astaghfirullahalazim...............

sabo jer ler

rase cam nak bako jer

haha kidding zai. ampun~ =p




p/s = maybe it sounds weird but yes we still use "aku" refer to ourself. kasaq no? tak pun aih. ok jak. nanti lain kali tukar la kot jadi kamek kitak pulak. tihihihihi

entah la

Assalamualaikum wbt

selamat pagi. sekarang dah pukul 2.36 pagi.
aku dah tido tadi, tapi terjaga semula. mungkin sebab panas. mungkin sebab susah hati.
incik zai, kamu dah dah buat saya susah hati. kamu. kamu. kamu. answer me ples~ :'(

petang semalam, 19 april, adalah sesi perbentangan terakhir aku sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda sains dan teknologi makanan uitm.

jadi sekarang ni, unofficially aku dah jadi penganggur.

so nak buat ape? jadi housewife? jadi minah rayau?jadi.................

entah!

Monday, April 18, 2011

alhamdulillah

Alhamdulillah selesai dah temuduga kat Kamunting.

dapat ke tak dapat ke, biar Allah tentukan. Janji aku happy sangat dengan sesi temuduga tadi (^^)

besok pulak
'temuduga bersama lecturers

aarrggghhhh

this killing me~

Sunday, April 17, 2011

all about job~

Assalamualaikum

yesterday i went to Mid Valley Megamall. my first intention was, Career Fair. but, i end up lepaking and watching movie with my friends =_=!

but hey i still went to the career fair, but just about and hour.

sebab utama aku tak lama kat career fair ialah --> most of the company are not in my field

kenapalah fresh graduate sangat susah nak apply keje? oh no. ekceli susah nak apply keje in private company. if government, i think no probs.

tomorrow, i got an interview kat Kamunting, Perak. Yeah, i know it is faaarrrr. it cost a looootttt for me to travel from selangor to taiping for just 30 minutes interview. tapi aku nak pegi jugak! positive plez. experience can't be bought ok! i want that interview experience.

and tuesday, practical training presentation!!!

alhamdulillah report dah 90% siap. cuma nak tambah accesories je like table of content, acknowledgment, so on and so forth.

so tinggal nak buat slide jak. then prepare for tomorrow interview.

Ya Allah, permudahkan semua urusanku. Murahkan rezeki ku Ya Allah (^^)


Tuesday, April 12, 2011

sudah di panggil. saya happy (^^)

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. baru jek semalam aku post pasal ke'menganggur'an aku, harini aku dapat call dari 1 food company for the interview.

yup, baru interview je. belum tentu dapat pun kan. tapi aku dah bersyukur dah. yelah, 50% harapan kan sebab shortlisted for interview.

i don't really know about this company cause search kat google pun tak banyak membantu. maybe a small company. tapi aku tak kesah punnnn~ besar rahmat dah tu ade yang sudi panggil aku interview (^^)

so the date insyaAllah on 18th April 2011. and 19th April 2011 pulak aku kena present practical training lesson kat uitm. doakan kejayaan aku untuk kedua-duanya ok!

Amin~

Monday, April 11, 2011

aku dah jadik pengganggur~

Assalamualaikum wbt....................

hope u guys have a great Monday! selalu orang tak suke Isnin, sebab kena pegi keje or class. but for me, NO DIFFERENCE!

why?

cause I'M JOBLESS

bunyik sedih sadis seyh~

sejak seminggu yang lepas, aku dah jadi penganggur. tapi minggu lepas banyak jugak hal nak kena settle kat rumah seperti kemas beg, kemas almari baju [sebab dah tak muat nak sumbat baju yang shopping kat China], suai kenal dengan kitten baru, pegi buat hair treatment [agak serabut after coming back from China] dan sebagainya.

dan weekend pun I'm very occupied. for Saturday, went out to KL with my schoolmate, Syiera. while for Sunday, from morning til late evening kat UiTM, had 38th Annual Grand Meeting GPMS UiTM.

dan harini Isnin, suppose to go to Summit, Subang. accompany my friend yang nak interview kat situ but last minute cancel sebab interview tu dah postpone. so here I am, infront of my lappy. fesbuking and beloging.

ada je keje nak kena buat sebenarnye. report tak siap lagi. kena submit 19th April ni. together with presentation. jadinye, untuk mengisi masa aku yang terlalu lapang ni, aku akan mula buat report tu harini! JIEYH~ *semangat*

bile aku nak mule keje? banyak gak dah drop resume. tapi belum ade rezeki lagi kot. bilenye ade orang sudi nak amek aku keje? ke nak bisnes je? menjaja pun orait la janji keje jugak! halal lagi kan?

degree holder-4 years of study-practical training in China ---> job: menjaja

what's your opinion? as for me, as long as i am happy with my work, i have income [takyah la juta-juta, janji mampu nak sara diri pastu nak bagi duit sikit kat mak], i commited with what i do, aku ikhlas --> it's more than enough.

tapi tu aku. orang lain?

salam..

Friday, April 8, 2011

telur pun nak dipalsukan? what the ferog?

Assalamualaikum wbt.

mungkin aku agak ketinggalan zaman, baru harini aku tau pasal telur palsu/fake eggs from fesbuk dan belog.

quite shock, and unbelievable. but that's the reality of world.

dan yang paling aku tak suke dengar, all these fake eggs originated from China.

OMG! please la China, show some clean image to world!

aku baru je balik from China, dan pegi China pun under my course Food Science and Tech. sangatlah terkilan bile tau news macam ni. last 2 years, gempar dengan story melamine contamination in infants milk. now? kes telur pulak.

i had such a good impression towards China after i went there. because of it's development country, technology, knowledge. China sekarang tengah membangun dengan teramat pesat, dan aku percaya dalam masa at least 5 years, China dah maju setanding or even better than Europe. but with this new case, i think China's name will again be scratched!

gambar-gambar dan cerita aku dapat dari sini. boleh baca jugak. info yang baik.

nak tau camane diorang buat fake eggs?

yang penting kene ade bahan-bahan kimia like calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.





then akan terhasillah 2 bahan kat bawah ni, iaitu for egg yolk and egg white, together with mold.












paraffin wax pulak digunakan untuk buat egg shell. just dip the egg into the solution, let it dry and, dah siap!





can u see the difference between fake and real egg? no rite? tapi ade beberapa perbezaan yang kite boleh perhatikan.

1. fake egg doesn't has thin film inside the egg shell.
2. egg yolk for fake egg will gave dark yellow color.
3. the size of fake egg will be bigger (like gred A real egg)





the fake egg can also be fried! tapi egg yolk akan sedikit membonjol keluar dan mase proses menggoreng pun, akan banyak bunyi meletup, which cause from excess water content in fake egg.




when people says about fake item, they will refer to China. Please China, i know u r better than this. lenyapkan mind set people about 'fake' China!

berhati-hati cause now this thing, we have it also in Malaysia!

Wednesday, April 6, 2011

ShangHai Tour..best!


Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

entah kenapa mood nak menulis tu dah makin berkurang sekarang. more to blogwalking without update in my own belogsepot.

patutnye semalam aku dah boleh nak update pasal Shanghai, but as i said, malas punyer pasal. so sekarang baru nak buat.

so update ni sangat lah panjang sebab percutian 4 hari 3 malam, biase la kan. kalau rase malas pun nak bace, it's ok. layan gambo je ler yer.

i went to Shanghai with my mother. yup hanya berdua. pagi around 9 am we took a taxi from JU. not really a taxi la. actually xifu (panggilan for worker in my dormitory) yang anta kitorang ke railway station. he's not a taxi driver, but most of international students will ask him to send them anywhere they want and pay him. kire macam keje sambilan la. so die hantar aku dengan mak aku ke railway station Wuxi. aku bayar RMB 40, instead of RMD 60 for common taxi. Mohamed ikut same, sebab die nak tolong angkat beg. Allah je yang boleh balas sume jasa baik die. banyak sangat dah die tolong aku. Thanks a lot Mohamed!! and memang pun beg aku sangat banyak and heavy. i got 2 big bags, i medium-size bag, 2 bag packs and my own sling bag. so just imagine.

then from Wuxi railway station, i took bullet train to Shanghai which cost me RMB 61 (RM 30). sampai je kat shanghai, aku cari teksi untuk pegi ke hotel. aku sendiri pun tak sure kat mane hotel tu. jauh ke dekat ke. walaupun aku tau teksi kat shanghai really really expensive, but i had no choice. pas process tawar menawar yang macam ayam dengan itik bercakap *since my mandarin is not really good*, dapatlah murah sikit tapi still la really expensive. from railway station yang lebih kurang 20 minit je nak ke hotel, cost me RMB 100!! bengong punyer teksi. without meter ok!huh!

aku stay kat Kai En Hotel, Xianggang road. the price was RMB 188 per night. so for me, total price was RMB 564 for 3 nights. that's the cheaper hotel i could find in Shanghai. most of them, more than RMB 200 per night. and the hotel was comfortable enough. i took economic room which has no window. suitable for cold weather. with 2 single beds and other stuffs. except for internet access, the rest were good.





pas solat, aku dengan mak pun kuar la cari makanan. and muslim restaurant that i found, just near the hotel. tak susah dan tak jauh pun. jalan sikit dah jumpe. pas makan, balik hotel semula tido sebab sangat la penat mengangkut beg-beg yang berat tu. malam lepas isyak baru keluar jalan ke Bund and Nanjing Road.





this 2 are the must-go places when u are in Shanghai. tak caye? search la kat tenet. kompom dua tempat ni ade punyer. aku dengan mak aku tangkap gambar nite view. siyes lawa + cantik + amazing + awsome + great + mabeles dan yang sewaktu dengannye.

sangat moden at one sight





and sangat meriah with old europe architecture *betoi ke eja ni?* on the other sight.





manusia-manusia pun ramai dow. so malam tu pas lepak kejap kat Bund, we went to Nanjing Road.





kat Nanjing Road, sempat beli lagi hand made handbag yang berharga RMB 180 untuk my mum. memang cantik and rare. jalan punyer jalan terserempak dengan chinese muslim yang jual kambing bakar. rezeki seyh. kat Wuxi takde!








so aku dengan mak melahap tak hengat la. amek sorang 10 batang, price for each was RMB 2.50. quite expensive la but its a must anyway! how can i missed it? no way!haha =D





lepas melantak, terus balik sambung tido lagi.


hari ke-2, pagi tak pagi sangat la around 11 lepas makan kat nearby muslim reataurant, we went to the Bund again. But for that day, it's gloomy and cloudy. temperature drop to 10 degree. banyak view yang tak nampak. luckly we went out that first nite, kalau tak, tak dapat la snap view cun-cun dah.








so berjalan lagi kat Nanjing Road, jumpe lagi handbag cun. and this time, only RMB 30 each! vely cheap ooo. mak aku hangkut 2 biji. beads handbag.





after that, we took a Big Bus Tours to go around Shanghai.








This bus cost me RMB 100 for each person. the duration of riding is 24 hours. hop-on hop-off bus. bas ni akan melalui jalan-jalan tertentu kat shanghai city and will stop at all interesting places. so kalau kite nak turun kat tempat-tempat best tu, anytime je then continue back our journey by just take another bus from the same company yang akan sentiasa lalu kat situ. amazing rite? kat Malaysia macam takde je.


























by using this bus, i went to The Bund, Yu Garden, Shanghai Museum, XinTian Di, People's Square, Art Museum, Jade Buddha Temple, Jing'An Temple, Oriental Pearl Tower, World Financial Centre, and River Cruise. all this are the famous places in Shanghai. but some places like tower, garden and temple, if u wanna go in, u have to pay fee. not included in RMB 100 for the bus riding. and also, during our riding in the bus, there's headphone provided for us to hear all the explanation about all destinations. so no need travel agent rite? puas la dok dalam bus to sampai ke petang sebab banyak tempat die pegi.

abes ronda, makan then balik hotel rehat-rehat. lagipun for this second day, cuaca tak bagus sangat. malam sangat la sejuk. stay in the room was the best option.


third day, again we went out a bit late. hujan pulak haritu.











so we took that Big Bus Tours again since our duration for 24 hours not yet finish.





lepas habis se'round', jalan balik hotel. before that, singgah makan dulu. tokey kat muslim restaurant ni very friendly. aku cakap jugak mandarin sikit-sikit yang tau nak melayan die berborak. best jugak. buat aku excited nak expertkan mandarin aku. die puji shawl aku la, inner shawl aku la, tudung mak aku la, beg yang mak aku beli la. pas aku gitau tudung yang mak aku pakai tu mak aku jahit sendiri, boleh pulak die minta satu? then mak aku pun bagi la satu and aku pun sedekah 1 inner shawl aku kat die. punyer la excited. dan-dan tu pakai. aku dengan mak aku pun happy sangat (^^). before balik, sempat gak aku tapau sebungkus kambing goreng pedas. sedap wei!!!!




malamnye, aku dengan mak aku tido awal.


fourth day, pukul 5 lebih bangun solat subuh then terus stay kemas-kemas beg and barang-barang. dalam pukul 7 am kitorang check out. dah settle, aku kuar cari teksi untuk ke Pudong feijichang (Pudong Airport). jauh jugak, around 1 hour baru sampai and tambang teksi, RMB 200. mahal kan?kan?kan? bagi aku mahal! cet!






then pukul 11 am bergerakla flight MAS MH387 ke KLIA. dalam flight, aku dengan mak aku dok paling belakang, near pantry la kan. best woo! pramugara ngorat aku eh aku yang ngorat pramugara.

pramugari and pramugara mostly melayu, bile nampak orang melayu deme suke la. belum fly agi, sorang pramugara dah dok sebelah aku borak-borak. mase tu flight aku delay. patut fly around 10.15. tapi kesesakan trafik kat udara, kena delay. sementara delay tu la dok borak-borak. cite pasal china, cite pasal praktikal aku. aku ade gitau kat die yang aku baru je habis belajar bile balik Malaysia ni and insyaAllah akan graduate tahun ni, habis sume pramugari pramugara lain dapat tau and said congrates kat aku. kembang seyh!!!!!!! lepas tu, die bagi banyak gile salted peanut untuk kudap-kudap aku dengan mak aku. kat orang lain die tak bagi. kejap-kejap datang tanye aku nak minum ape-ape ke, nak makan ape-ape ke. bile die tengok aku baca novel, die pasangkan lampu kat aku. memang perkhidmatan terbaik! i loike~ =D

so itulah saje cite kat Shanghai sampai aku selamat mendarat kat KLIA. tengok tempat orang memang best. best sangat. pegilah melancong! (^^)



::salam::

Tuesday, April 5, 2011

sudah kembali ke pangkal jalan. eh?


i'm back home for good.

alhamdulillah selamat dah sampai kat rumah. bukan nak ngengade atau eksyen, tapi malaysia sangat panas ke sekarang? yes kat china baru nak beranjak ke spring. suhu pun around 20 degree and sometimes bile berkabus or hujan, suhu turun ke 7-10 degree. so memang la sejuk. tapi aku rase sekarang ni KL extremely hot!

kuar je dari KLIA, dah berlengas-lengas, melekit-lekit rase muke ngan badan. peluh memang tak hengat. meleleh-leleh dow! mase kat china aku dengar KL sekarang selalu hujan, so im not expecting Kl is hot. giler-giler punyer panas. sekarang ni mid night pun, badan aku berbahang. mata sangat la mengantuk tapi tak boleh tido, tak tahan. rasa macam nak mandi lagi..huhu..

some pictures during my holiday at Shanghai, insyaAllah akan ada dalam masa terdekat. alah gambar biase-biase je. saje nak share.

my experience during my time at shanghai, was extremely awsome! tempat yang best untuk dilawati. aku tak gune travel agent pun. cube berdiri atas kaki sendiri. hotel pun search sendiri, but refer to my senior's suggestion. tapi aku booking sendiri la. cari yang murah-murah je untuk tido.

yang bestnye kat shanghai, ade tour bus. pakejnye, RMB 100 per person for 24 hours riding. bas tu akan pusing around Shanghai city, and akan stop kat tempat-tempat femes lagi best area tu. passengers boleh turun bile-bile je dari bas kat pit stop, dan naik semula bas yang sama untuk continue journey. selama 24 jam la boleh turun naik turun naik bas tu. aku rasa berbaloi sangat. tak payah gune travel agent. dalam bas tu sendiri pun boleh dengar thru headphone penerangan pasal Shanghai and tempat-tempat best kat Shanghai tu. puas lah aku pusing dua tiga kali dengan bas tu. bas double decker, with open air kat tingkat atas. best woo!

pasal makanan pun tak perlu risau. muslim restoran everywhere. cuma kene cari and perhati sikit sebab kedai makannye agak kecik. yang paling best, kambing bakar!!! macam sate la kat Malaysia tapi lagi besar and lembut sangat. plus rempah, terbaik lah! makan tak hengat.

lepas ni tugas baru cari keje plak ye. yosh!

assalamualaikum~

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..