Sunday, July 24, 2011

perancangan perancangan!!sila beri perhatian~~


Assalamualaikum

baru balik ni!!!!!! rumah serabai! benci!

ok aku yang tak kemas rumah sebelum kuar semalam. so salah aku. nak benci aku la ni?? huh!

ingatkan kuar pagi, malam dah balik. last-last terus bermalam kt kepala batas. rumah mashi si ayu..hehe..

saje pergi jalan-jalan isi masa lapang. tapi nak tau tak? aku cuma bawa duit cenonet jek. RM50 pun tak sampai. aku lupe nak draw out duit!!!!!! tau tak macam mana seksanya gi makan angin tapi poket kosong?huhu

nasib baik la ade saripdin yang sangat baik telah sponsor almost all expenses including shopping kat Padang Besar!..Allah je mampu balas jasa kau..aku doakan kau murah rezeki yek..dah beli Lancer ke, Vios ke, singgah2 ler kat Tepeng ni. boleh aku tumpang balik KL. wahahaha~

aim aku untuk next gaji yang akan menjelma 2-3 hari lagi ni ialah :-
1. beli TV
2. balik KL
3. shopping kain nak buat baju raya dan baju untuk kenduri kawen my bro nanti.
4. spend sikit duit beli barang untuk buat apam polkadot. nak buat berniaga bulan pose nih.
5. bagi kat mak RM300-400 buat beli kudap-kudap.

aku sangat puas hati bile aku dapat sediakan semua kelengkapan rumah and keperluan harian aku sendiri walaupun sikit-sikit. masa mula-mula masuk rumah ni, rumah ni kosong trang tang tang. padang jarak padang terkukur. bile bercakap pun, suara aku pantul balik. tapi sekarang, bilik dah penuh. alhamdulillah. boleh tido dengan selesa. dapur pun dah almost lengkap. boleh dah masak. peti ais je belum ade.

next target, TV. pastu baru nak tambah sofa and peti ais.

dan tahun depan kalau simpanan dah cukup nak buat duit muka, aku ingat nak angkat kete. kete ape aku tak sure lagi. kalau ikut kete idaman, tak lain tak bukan Mini Cooper la kan. tapi memang aku gilo kalau nak angkat Mini Cooper. tak bersior teman!

aku nak rasa kepuasan tu. kepuasan memiliki semuanya hasil titk peluh aku sendiri membanting tulang. peh ayat! nak sadis je.

eh tapi betul ni. biar la tahun pertama keje ni, aku naik motor je dulu. berpanas berhujan pun, tahan je la. cabaran hidup. biar rasa susah sikit. baru hargai tiap rezeki yang Allah bagi.

boleh la jugak nak berlagak sikit 2-3 tahun lagi cakap gini...
"aku ingat lagi dulu masa awal-awal keje. naik motor buruk. kene hujan. pastu eksiden pulak. motor masuk bengkel aku masuk spital. rumah murah je. kosong macam gua. nak makan pun bercatu. berkat kesabaran dapat la aku nikmati hidup macam harini"


ah melebih lebih pulak buat ayat. tipu jek!

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..