Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan.............

Assalamualaikum..

im home now~ tapi pukul 4 kejap agi nak gerak balik tepeng dah. naik bas jek.

ni lah tak bestnye bile dok jauh. aku balik hujung minggu jer. sabtu n ahad. jumaat malam naik tren dari tepeng, sabtu pagi sampai rumah. sarapan n so on, kul 9 lebey kuar gi KL. Ya ampun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ramainyeeee umat manusia! aku rimasssss gilak!

kat area sogo, jalan tunku abdul rahman, jalan masjid india. pehhh sume orang rakus teramat macam la dah takde hari esok untuk shopping. tak paham aku. aku nak beli kain untuk buat baju family mase kenduri kawen abang aku nanti. tapi sebab kesesakan tahap melampau tu, aku malas nak jalan lama-lama survey lama-lama. aku terus je masuk kamdar, tengok mane mane yang sempat, terus beli. pastu terus balik. menyampah ngan sesak manusia tu. huh!

tapi takdelah balik terus. aku pegi rumah dila, makan laksa. then kuar balik pegi mines plak. kat sogo megasale, tapi aku tak masuk pun. layan mines je lah. kat mines sempat rembat sandle jek. weiii!!!! first time dow aku beli high heel!!!!! wallawei!!! camno la den nak pakai? tapi berkenan. plus, 70% OFF!!!!!!!!!!!!!!!

pakai mase raya n kenduri kawen abang aku la nampak gayanye. gi keje memang aku tak layan kasut gitu. aku pakai selipar je. dalam opis bukan pakai kasut, tak berbaloi pakai kasut mahal cun melecun. kena bukak gak depan pintu.

alhamdulillah. gaji aku takde la banyak sangat macam orang lain. tapi untuk raya tahun ni, which is bulan ke2 aku keje, aku boleh spons baju sorang sepasang kat tiap-tiap adik beradik aku and mak aku. puas hati kot =)


hah! tadi masa nak beli tiket bas balik tepeng, terjadilah perbualan seperti ini...

"nak tiket gi kamunting, pukul 4 ptg ni"
"ok. sorang jek?"
"ha'ah"
"dik, nak no tepon. taknak kawan dengan abang ke?abang ensem ni"
"takpelah. saya tak suke kawan dengan orang ensem" *sambil naik atas motor stat enjin pastu blah cepat-cepat*

apsal nak ngorat je minta nombor tepon? nak berkenalan je minta nombor tepon?? mintak la nombor akaun, kompom aku bagi!

salam ramadhan~



Thursday, July 28, 2011

diri aku sekarang...



Assalamualaikum wbt

sekarang ni aku sangat sangat exhausted! penat. pagi pegi keje sampai petang. malam buat kek and apam pulak. phew~

alhamdulillah bisnes kek and apam aku menampakkan hasil. banyak order wei!!!! tapi sebab aku ni ade komitmen kat kilang jugak, aku tak dapat fokus kat bisnes ni 100%. bisnes ni bukan bisnes aku sorang tau! aku share dengan 2 orang lagi kawan aku. sebab 1 hari kena buat 4-5 biji kek, tak termasuk apam comei tu lagi.






alhamdulillah..tu lah rezeki..tapi memang penat sangat dan takde masa untuk diri lah..and sebenarnye kitorang baru je letak sample hari rabu. memang tak sangka nak dapat order on the spot! kelam kabut la cari bahan sana sini.

tapi pasal segala ujian and halangan yang aku dengan kawan-kawan aku hadapi, aku cite lain entry bile aku dah free nanti. ni kat opis ni. curi-curi masa rehat jap. k la, daa~

Salam..

Wednesday, July 27, 2011

update sebentar dari ofis...


aku sebagai duta produk =p



ok dah tambah duta. bersama Shuhada. Food technologist gak ni.






CONTENT OF THIS PART OF THE POST HAS BEEN REMOVED BY ME!!
ada problem sikit pasal company's blog and FB. terpaksa deactivate for the meantime. =(



tapi kan, tak lama lagi aku akan promote bisnes aku pulak! secara besar-besaran lagik tau!

bisnes ape? nanti lah dulu. baru dalam perancangan. dok buat proposal n R&D lagi nih. belum approve untuk release. tunggu sat nooo..

oh, Ramadhan is coming. Syaithon is leaving. Mari tambah ibadat!!

ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna......
agar dapat ku lalui dengan sempurna...................

Sunday, July 24, 2011

perancangan perancangan!!sila beri perhatian~~


Assalamualaikum

baru balik ni!!!!!! rumah serabai! benci!

ok aku yang tak kemas rumah sebelum kuar semalam. so salah aku. nak benci aku la ni?? huh!

ingatkan kuar pagi, malam dah balik. last-last terus bermalam kt kepala batas. rumah mashi si ayu..hehe..

saje pergi jalan-jalan isi masa lapang. tapi nak tau tak? aku cuma bawa duit cenonet jek. RM50 pun tak sampai. aku lupe nak draw out duit!!!!!! tau tak macam mana seksanya gi makan angin tapi poket kosong?huhu

nasib baik la ade saripdin yang sangat baik telah sponsor almost all expenses including shopping kat Padang Besar!..Allah je mampu balas jasa kau..aku doakan kau murah rezeki yek..dah beli Lancer ke, Vios ke, singgah2 ler kat Tepeng ni. boleh aku tumpang balik KL. wahahaha~

aim aku untuk next gaji yang akan menjelma 2-3 hari lagi ni ialah :-
1. beli TV
2. balik KL
3. shopping kain nak buat baju raya dan baju untuk kenduri kawen my bro nanti.
4. spend sikit duit beli barang untuk buat apam polkadot. nak buat berniaga bulan pose nih.
5. bagi kat mak RM300-400 buat beli kudap-kudap.

aku sangat puas hati bile aku dapat sediakan semua kelengkapan rumah and keperluan harian aku sendiri walaupun sikit-sikit. masa mula-mula masuk rumah ni, rumah ni kosong trang tang tang. padang jarak padang terkukur. bile bercakap pun, suara aku pantul balik. tapi sekarang, bilik dah penuh. alhamdulillah. boleh tido dengan selesa. dapur pun dah almost lengkap. boleh dah masak. peti ais je belum ade.

next target, TV. pastu baru nak tambah sofa and peti ais.

dan tahun depan kalau simpanan dah cukup nak buat duit muka, aku ingat nak angkat kete. kete ape aku tak sure lagi. kalau ikut kete idaman, tak lain tak bukan Mini Cooper la kan. tapi memang aku gilo kalau nak angkat Mini Cooper. tak bersior teman!

aku nak rasa kepuasan tu. kepuasan memiliki semuanya hasil titk peluh aku sendiri membanting tulang. peh ayat! nak sadis je.

eh tapi betul ni. biar la tahun pertama keje ni, aku naik motor je dulu. berpanas berhujan pun, tahan je la. cabaran hidup. biar rasa susah sikit. baru hargai tiap rezeki yang Allah bagi.

boleh la jugak nak berlagak sikit 2-3 tahun lagi cakap gini...
"aku ingat lagi dulu masa awal-awal keje. naik motor buruk. kene hujan. pastu eksiden pulak. motor masuk bengkel aku masuk spital. rumah murah je. kosong macam gua. nak makan pun bercatu. berkat kesabaran dapat la aku nikmati hidup macam harini"


ah melebih lebih pulak buat ayat. tipu jek!

Thursday, July 21, 2011

yang ikhlas~


MENCINTAI DAN KEINGINAN UNTUK MEMILIKI ADALAH 2 PERKARA BERBEZA




biarlah aku hanya mencintai tanpa perlu memiliki buat masa sekarang. 100% serahkan pada Allah, penentu dan pentadbir terbaik. tak perlu gusar!

sekarang, hati aku hanya ada Allah




doaku Ya Allah, Kau jagalah dia..
Kau peliharalah dia..
Kau lindungi lah dia..
aku hanya mampu memanjat doa kepadaMu..
berdoa dari kejauhan..
dia bukan milikku..
dia hanya milikMu..
aku juga hanya milikMu..

jika dia benar jodohku,
Kau permudahkanlah..
jika dia bukan untukku,
Kau jauhkanlah..
dan tenangkanlah hatiku..
hindari aku dari perasaan kecewa..
patah hati, putus harapan..
kuatkan hati aku..
tetapkan hati aku hanya untukMu Ya Rabb..
AMIN!


ikhlas, AtiQah..

Tuesday, July 19, 2011

diari keje aku...



Assalamualaikum

harini pertama kalinya aku rasa boring kat opis. takde keje. cis! makan gaji bute jek!

bukan la takde keje sangat. tapi agak takde keje la. ape aku tulis ni?aku pun tak paham.

ok2, senang cite camni lah. harini aku kena masuk keje awal. kire OT la kan. pukul 7.30 pagi mula. setiap kali kena masak, aku memang kena masuk awal. sebab aku yang kena masak. aku kena make sure by 8.30 am, aku dah siap masak. bile operator masuk keje, diorang leh proceed dengan filling pulak. filling ni adelah proses memasukkan makanan yang dah siap masak tu ke dalam pouch. tak kenal pouch? ala packaging macam makanan tentera tuuu. tak tau gak?hah! tengok gambar ni.



aku cuma sibuk awal-awal je la. pepagi tu. masak dengan penuh keikhlasan, baru dapat keberkatan. harini aku masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. terbaik kan?bahahaha~



ni lah kettle yang aku cakap tu. aku kena masukkan semua bahan-bahan cam bawang, cili padi, serai, santan, gula, garam dll dalam kettle besau ni ha. bawang pun sekali masuk 5KG. kalau minyak tengah panas ke, air tengah panas ke dalam kettle tu, tak ke terpercik minyak panas or air panas tu dalam kat muke mase main campak-campak tu? ha tengok! betapa berisiko keje aku ni. bertarung nyawa tau nak masak untuk orang. phew~ mencabar siot!

so aku akan settle masak dalam pukul 8.30 pagi. kalau order banyak, aku kena masak 2 kali. so lambat la sikit abes. tapi untuk harini, kejap je. by 9.00 am tu, aku memang dah totally siap. tinggal monitor operator je la. tengok diorang wat keje, pantau ape yang patut, jage kualiti and target sume. keje aku round-round kilang je.

aku nak tolong operator wat keje, dah takde kekosongan. bosannyeeee lah! jalan-jalan je. nak dok kat opis pun takde keje. kang dok lepak depan pc or dalam bilik meeting ekon sejuk best tu, bos usha pelik plak.

yang tadi gambar pouch kaler hijau kan?ha yang tu kitorang wat filling manual je. operator yang isi makanan tu dalam pounch. gambar kat bawah ni pulak, bile kitorang dapat order banyak. so gune mesin la nak isi makanan dalam pouch. ni pouch kaler silver pulak. berat tak sama. pouch ni besau sikit.



kekadang bile dah bosan jadi supervisor and QC exec, aku pun transform jadi cleaner. cuci la mana-mana tempat yang macam tak berapa bersih. dari aku mengantuk takde keje kan. multitasker kan aku? tak rugi diorang ni amek aku keje.



dan tak lupe, kena buat analytical test kat makanan tu before release. make sure physical attributes menepati standard yang dah ditetapkan. ala, main-main pH meter, viscometer, salt meter tuuu kat dalam lab. sambil makan-makan. eh???



gambar yang kat bawah ni adelah aktiviti aku last weekend. habiskan duit kat game centre main game basket ball. tapi asyik kalah jek ngan saripdin. cit! kena prektis banyak lagi ni. tunggu kau tunggu. every weekend aku gi prektis kat sane nanti.





so itu sahaja update dari saye. dah lame tak boh gambo dalam ni. bosan asyik baca ayat membebel je. baik baca buku sejarah!

adios amigos..chiaw~

salam!

Saturday, July 16, 2011

dah complete..ni yang buat aku happy ni..hehe

Assalamualaikum wbt

harini aku dah settle pasal kipas. kipas kat rumah aku ni rosak before this. yang kat hall. ya ampun, susah kot aku berangkut kipas kaki ni kuar masuk bilik. nak lepak dalam bilik, angkat kipas bawa masuk bilik. nak lepak kat hall, angkat kipas gi hall pulak. asyik usung kipas je keje aku.

tapi sekarang, semua dah selesai. yelah, baru dapat duit dari housemate, boleh la beli kipas. aritu mana ade ongkos mau repair. nanti tolak duit sewa rumah la. so next month punye sewa, aku bayar sikit jek. suke suke (^^). boleh spend duit untuk beli baju raya. yeay~ ops!puasa pun belum la tiqah. kau sangat rakus ok!

dan misi aku nak masak untuk pertama kalinya kat sini dah berjaya!! harini aku tak kuar beli makanan pun. aku masak nasi goreng banyak-banyak untuk breakfast n lunch tadi. malam nii minum susu je.

aku tak tau nape aku rasa bahagia sangat bile dapur dah complete. haha. gilo aku nih. baik aku sewa dapur je, takyah sewa rumah.

bilik pun dah complete. before this, aku takde almari baju. baju aku bersepah sepah sana sini. aku lipat, tapi letak atas lantai je mana-mana yang sempat. tadi, aku dah pegi beli rak laci plastik, ala yang plastik tu. murah je. rm30 je. then aku beli tiang penyangkut baju. pun murah. rm30 jugak. hah! aku hang sume baju aku kat tiang tu. pastu tshirt aku lipat n masukkan dalam laci. cermin muke pun dah boleh letak atas rak tu. takyah bersepah kat lantai lagi. waahh~ hidup aku lebih teratur. =D

lepas ni kire bajet untuk beli meja plak. then, done! =)

esok ada lagi sehari cuti. boleh la aku potong rumput and basuh motor pulak. kalau rajin, aku nak buat apam. apam polkadot. tu pun kalau rajin la~~ nyum nyum!


p/s: tak sabarnye nak tunggu hujung bulan. nak balik Klang la. putih mesti dah beranak. nak tengok babies~
p/s/s: does anyone here stalking me? if yes, why ho? i got instinct u know. so i feel like im being stalked. haiya~


Friday, July 15, 2011

kan dah kata ade hikmah. kena sabar sikiiittt je (^^)


Assalamualaikum wbt....

hello hello!!!!! aku appy ni, sebab aku dah beli gas masak tuuu, boley lah masak dah pasni. aku ingat nak masak nasi goreng esok pagi. aku pun beli la beras, perencah nasi goreng cina, telur, kicap. tapi baru aku pasan aku tak beli garam =_=!

dan alhamdulillah jugak, Allah dah tunjukkan sikit sikit hikmah disebalik semua kekusutan yang aku hadapi lately. sekarang, aku sangat happy, sangat bahagia, sangat ceria. kat ofis pun bos tak banyak karenah. kat rumah pun dah ade kawan. encik zai pun sangat lovely.

yang penting, tarikh untuk dapat gaji makin hampir!!!!!! (^^)

oh, did i mentioned bout 'kat rumah pun dah ade kawan?'?

yeah. aku dah dapat housemate baru. sewa bilik kat rumah aku. sewa campur deposit yang die bayar, bolehlah buat beli barang rumah lagi. kebetulan memang kekontangan sebab banyak habis duit kat rumah and motor. ni rezeki yang datang tepat pada waktunye. =)

housemate pun ok. rajin kemas rumah. aku keje, weekend je la mase nak mengemas. tapi balik rumah je, bersih. siap mop lantai, cuci toilet lagi. terbaik lah my housemate.

bilik kat rumah aku ade lagi 1 kosong. sape nak, cepat tau! first come first serve. sewa murah je..thehehe~


Monday, July 11, 2011

jangan sakiti aku lagi..please~


Assalamualaikum wbt

aku nak minta maaf awal-awal kalau post aku lately banyak melibatkan soal hati. actually tujuan aku buat blog ni pun dulu untuk aku luahkan rasa hati. sebab aku kurang senang nak bercerita kat luar. ntah la. segan kot. aku cuma senang nak luah kat dila sorang je.

dan sebab tu aku tak heboh-heboh pasal blog aku kat kawan-kawan atau sape-sape pun. tujuan blog ni untuk aku sendiri je. sebab tu aku selalu tulis hal yang membahagiakan, hal yang menyakitkan hati, hal yang buat aku geram. nak lepas geram pun best kat sini. bukan tujuan nak aibkan sape-sape. atau nak bangga diri sendiri. ni cuma cerita aku untuk diri aku sendiri je.

tambah-tambah, sekarang ni aku kat Kamunting. jauh dari famili and kawan-kawan yang rapat. kawan-kawan kat opis, aku senang nak diskas hal keje je. hal peribadi, ntah la. tak best pulak nak share. so, ape-ape masalah peribadi yang aku hadapi kat sini, aku hadapi sorang-sorang. aku menangis sorang-sorang. aku termenung sorang-sorang. sampai buntu.

so, aku minta sangat kat kamu, jangan lah sakiti aku lagi. aku sakit sangat. aku takde sape-sape kat sini. everything aku face, handle and settle sendiri. susah sangat tahu? drastik sangat perubahan hidup aku. banyak sangat hal aku nak hadapi. tolong lah. jangan sakiti aku lagi. tu je aku minta. tiap kali kamu berfikir yang buruk pasal kite, kenang balik semua apa yang dah kite korbankan selama almost 2 years ni. aku tak boleh, kalau takde kamu. tapi barang-barang yang kamu bagi sentiasa ade dengan aku. teddy tu yang teman aku tido tiap-tiap malam. cincin yang kamu bagi tu yang sentiasa ade kat jari aku, bracelet kamu yang aku selalu pakai, kad birthday yang kamu bagi tu ade kat sebelah tempat tido aku. tiap-tiap pagi, suara kamu yang kejutkan aku bangun tido. tell me, how i can forget u with all those thing around me? aku ralat sangat nanti. aku dah serik kamu tahu tak. aku tak mau rasa sakit yang penah aku rasa dulu. kamu tahu tak berapa lama aku perlu masa untuk heal from my past memory? my past pain? it takes years! aku takmau rasa dah. SUNGGUH TAK MAU! tak sanggup. sakit sangat.

tolong jangan ragu lagi sayang aku kat kamu. tolong jangan fikir lagi pasal kamu tak adil kat aku. tolong jangan fikir lagi pasal layak tak layak. kalau kamu tak layak untuk aku, kamu rasa siapa yang layak? apa bezanya aku dari kamu? apa istimewanya aku dari orang lain? apa kelebihan yang aku ade? sampai kamu anggap kamu tak layak untuk aku?

kite same-same perbaiki diri. demi Allah, aku ikhlas sayangkan kamu dan aku memang nak bina keluarga dengan kamu. bersabarlah sayang. kita dah harungi sejauh ni. sikit je lagi. insyaAllah kalau kite memang ditakdirkan bersama, kite akan bersatu. jangan terlalu fikir cakap-cakap orang. orang tak tahu apa yang kita rasa. yang sakit, kite. bukan diorang. diorang tak tahu ape-ape. aku tak penah merungut bile kamu takde. aku tak pernah ungkit pasal kekurangan. aku terima kamu seadanya.

selalu aku doa moga jodoh kite kuat. janganlah sia-siakan apa yang dah kita pertahankan ni. mungkin sekarang kite jauh, banyak masalah. tapi aku nak kamu percaya, Allah akan bersama orang yang sabar. insyaAllah kebahagiaan ada untuk kite nanti. insyaAllah. serahkan semua pada DIA. aku yakin!

................


Sunday, July 10, 2011

perkara yang sangat menguji kekuatan hati aku


Assalamualaikum wbt


petang ahad yang hening kat taman aku ni. panas seyh. sonok aku tengok baju-baju aku kat ampaian tu melambai-lambai. kompom kering la petang ni. yes!

lately aku ade banyak masalah yang bertimpa-timpa. penat sangat otak aku nak pikir tiap-tiap satu. jadi orang dewasa ni memang payah kan?

yang pertama hal keje. tekanan time keje tu sangat jelas kat aku sebab sampai terbawa-bawa dalam tido. malam tadi aku gi tido kat umah opismate aku, sebab kebetulan akak ipar dengan abang die balik kampung. so die tinggal sorang. aku pun dok sorang. lebih baik aku gi rumah die, bleh gak tengok tv. rumah aku mana ade tv.

so, malam tadi tido la ngan die. tapi aku tido awal. tengah syok-syok tido tu, aku mimpi pasal hal keje. aku mimpi bos aku soh aku masak sebab ade order. tapi bile aku dah tuang minyak berkilo-kilo dalam kettle besar tu, baru aku pasan aku tak tutup valve kettle tu. bile tak tutup valve, minyak tu flow out la dari kettle pegi ke mesin untuk filling dalam pouch. giler! dah la minyak soya mahal nak mampos. berpuluh kilo plak tu aku tuang. dengan perasaan terkejutnye aku terus jerit "YA ALLAH!!!!!!". tapi yang bestnye, aku menjerit tu bukan dalam mimpi je, tapi kat realiti pun aku dok jerit rupanye. terkejut beruk la kawan aku yang dok sebelah tak tido lagi tu. dengan muka cemas die tanye "weh tiqah apesal??". pastu baru aku tersedar. aku pun cakap kat die "aku mimpi wei. mimpi puan suruh masak". pastu aku terus sambung tido semule tanpa sempat nak cite bagi abes mimpi aku tu. blur-blur kawan aku tu ditinggalkan penuh tanda tanya.

pastu pukul 4.20 pagi, enpon aku berbunyi. mesej masuk. aku dengar bunyi enpon aku terus bangun duduk gosok mata pastu tengok jam kat enpon. aku ingat bunyi alarm. aku pikir "alamak! dah pukul bape ni??dah lambat gi keje ke?". lame gak aku terkesima baru aku ingat yang harini ahad. cuti. aku takyah gi keje. dan aku tengah tido kat umah kawan aku.

giler betul. otak aku asyik pikir keje keje keje. keje separuh mati!

tu ketensenan pasal hal keje. hal cari makan. hal cari pengalaman.

pastu aku pun rimas dengan peel tuan rumah aku nih. menggatal tahap rase nak cincang. desperate ape ntah, padahal bini dah ade kat rumah. gile menyampah ngan laki macam ni. sangat sangat sangat menyampah. buat hati aku tak tenang je. BONGOK! ingat aku dok sorang kat sini, boleh mempermain-mainkan aku la? cis! kau tak kenal lagi aku la der~

yang paling worse adelah jumaat lepas. bila mana aku dapat detect kelainan incik zai. dia dah lama sangat tak contact aku, then ayat-ayat kat fb die macam siat-siat hati aku. bile aku mesej tak reply. aku call tak jawab. semalam baru dapat cakap dengan die lepas aku desak banyak kali. HE THINK OF LET ME GO CAUSE HE FEELS HE CANT TAKE CARE OF ME BECAUSE OF THE DISTANCE. BILE AKU SUSAH, DIE TAK DAPAT TOLONG OR ADE KAT SISI AKU. DIE ANGGAP DIE TAK LAYAK DENGAN AKU. DAN ORANG SEKELILING DIE PUN CAKAP HAL YANG SAMA.

nape aku yang kena hukum? yang tanggung sakitnye aku dengan die. bukan orang lain. aku tak puas hati betul ngan orang-orang yang tak puas hati dengan kitorang ni.

tolonglah doakan kebahagiaan kitorang. janganlah doakan perkara buruk. tak baik lah. patutnye support kitorang. we r having long distance relationship. dah la masing-masing sibuk, nak borak pun susah. nak jumpe, lagi lah! setahun sekali je tau. kenapa ade orang yang nak sangat tengok kitorang putus? ape salah kitorang? janganlah buat macam ni wei. banyak lagi hal aku nak kena pikir. aku taknak tambah masalah ni lagi. plez people~

alhamdulillah pas slow talk, aku dapat yakinkan die yang die mampu buat ape orang lain mampu. aku yakin die boleh jaga aku. insyaAllah kalau Allah izinkan. cuma perlu bertahan. tu yang aku tengah buat sekarang. bertahan dengan dugaan hidup. berdikari. kumpul duit. untuk masa depan nanti.



to zainul ariffin bin anuar: aku tak penah minta apa-apa dari kamu kan? tapi sekarang aku minta sangat, cube bertahan dengan cabaran. kamu kuat aku tau. cuba bertahan. kite buktikan kat diorang yang tanggapan diorang tu salah. kite mampu hadapi sume ni sama-sama. remember, Allah je yang boleh pisahkan kite. bukan diorang. jangan sakitkan aku lagi.



Saturday, July 9, 2011

kuasa sayang tu sangat umpphh!!


sebab terlalu sayang, kita tend to ignore ape je yang die buat

kat kite, kite accept and redha. terus bertahan dan bertahan.

hebatnye kuasa SAYANG.

ALLAH KNOWS

Assalamualaikum wbt

fuh! setelah sekian lama aku menyepi. ceyh, lama la sangat. padahal adelah dalam lebih kurang tolak tambah seminggu jek.

husyoo i've been very very very busy lately. busy keje je la. kat opis. balik umah bukan ade bende nak buat pun. bukan ade suami nak layan =p

tapi kat opis memang separuh nyawa la keje bukan main penat! minggu ni memang menguji keimanan sikit. dengan stok yang sampai dalam jumlah yang banyak. dengan preparation untuk masak. haiya cik siti. wa ponat!

khamis ngan jumaat 2 hari berturut-turut masak. bukan sikit-sikit weyh. 7000 bungkus punyer. periuk (atau dalam bahasa food tech KETTLE) besar giler boleh berenang dalam tu. bayangkan aku yang kecik ni nak campak-campak bahan masuk dalam kettle tu. silap-silap, dengan aku aku sekali tercampak masuk dalam tu. barang yang nak dicampak pun bukan ringan wei. main kilo-kilo punya. pastu kene masuk keje awai-awai pagi balik plak malam. oh! (T_T)

thank God esok sabtu, iaitu cuti!!!! dapat lah badan aku rehat sikit. phew~

akhirnya, motor aku selamat kuar dari bengkel. tapi bukan sikit dow duit aku lebur hangus melt! huk huk huk huk..batuk batuk nak kuarkan duit bayar repair motor. 300++ yaw! terus sengkek bulan ni. elok plak kena bayar motor mase ari gaji masuk. macam tau-tau je kan? terus lari bajet dengan speed turbo. jadinye, kena berjimat cermat lagi laaaa bulan ni. =(

tapi kan. motor aku dah tak best maca dulu. lain sangat rasenye. alahai~ tapi alhamdulillah masih bernyawa dan mampu bersama-sama aku. so post kat bawah ni boleh delete la kot. aku ingat aku bakal terpisah buat selamanya dengan my MR REVO! hahaha.



p/s: Allah tau ape yang terbaik untuk kite. dah bayak kali baca stement ni, and dengar org cakap. tapi tiap kali ade masalah, tetap meratap. kenapa? tiqah, be strong!


UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..