Monday, September 29, 2008

adik aku

Harini tidurku melampau. Sangat. Malam tadi bertungkus lumus siapkan biskut almond london. Lepas sahur n solat subuh pagi tadi, terasa mengantuk walaupun tidur agak awal malam tadi. Terlajak pula tidurnya. Bangun, bergegas ke dapur untuk sambung tugas menyiapkan almond london. Malam tadi coklat masakan tak cukup. Malas pulak nak sambung, terus tidur.
Berbalik kepada tajuk, adik. Entri tentang adik aku. Aku takde ramai adik. Seorang sahaja. Mungkin. Kenapa mungkin? Bilangan adik sendiri pun tak pasti? Biarlah rahsia. Adik aku lelaki. Berumur 18 tahun. Sepanjang hidup aku, baru sekarang aku sedar adik aku dah besar. Besar dan menjadi semakin dewasa. Sedangkan diri aku juga kadang-kadang aku tak sedar sudah semakin dewasa.
Adik aku, anak bongsu dari kami 4 beradik. Umur antara kami 4 beradik tak jauh beza. Abang aku berumur 23 tahun, kakak aku 21 tahun, aku 20 tahun dan adik aku 18 tahun. Maksudnya, masa kanak-kanak, kami sama-sama kanak-kanak. Masa remaja juga, kami sama-sama remaja. Dulu masa kanak-kanak, aku, abang dan kakak selalu buli adik. Sebab dia yang paling kecik. Macam-macam panggilan kami panggil. 'gemuk,gendut'. Adik pun macam dah lali. Abang macam biasa,suka gunakan kuasa vetonya sebagai abang sulung untuk membuli adik. Adik lah yang selalu jadi mangsa kalau kami malas nak buat sesuatu.
"adik, amek air jap"
"adik, gi kedai jap"
Adik itu, adik ini. Kalau aku jadi adik, mesti aku dah jemu dengan sikap abang dan kakak-kakak aku ni. Tapi adik tak. Mungkin dia buat semua arahan kami dengan harapan kami akan baik dengan dia. Kami akan 'geng' dengan dia. Tapi tak. Kami makin suka buli dia.
Masa umur aku 6 tahun dan tadika di PASTI, aku pernah bawa adik sekali. Ntah apa sebabnya aku pun dah tak ingat. Aku bawa adik duduk dengan aku dalam kelas, aku bawa adik pergi kantin masa makan, aku bawa adik pergi koop belikan dia gula-gula. Aku bawa adik pergi tandas kalau aku nak pergi. Adik memang tak boleh berenggang dengan aku. Dia takut. Dia takut dengan cikgu-cikgu aku, kawan-kawan aku. So, mana je aku pergi aku kena bawa dia. Cikgu-cikgu aku suka dia. Mungkin sebab dia comel masa tu. Tapi aku jahat (nakal sebernarnya). Aku pernah sekali tinggalkan adik sorang-sorang dekat kantin. Ntah kenapa. Mungkin aku lupa aku bawa dia masa tu. Sampai waktu nak balik baru cikgu aku bawa dia kat aku semula. Masa tu muka dia dah merah-merah sebab banyak sangat menangis. Lepas dia nampak aku, lagi la kuat dia menangis. Dia marah aku tinggalkan dia. Sejak hari tu, mak dah tak bagi aku bawa adik lagi pergi tadika. Mak marah sebab aku tak jaga adik. Aku bengang dengan adik masa tu. Sebab dia, aku kena marah. Tapi sekarang aku sedar, memang salah aku =)
Masa adik darjah 1, aku selalu tipu adik buat kerja sekolah. Dia suruh ajar eja 'ruler', aku ajar dia tulis 'lerur'. Dia minta tunjukkan matematik 2 + 5, aku bagi jawapan 10. Tapi adik selalu percaya cakap aku. Apa yang kakak dia ajar, dia percaya. Sebab bagi dia kakak dia pandai, selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Mesti semua yang kakak dia ajar betul belaka. Tapi aku tipu dia. Aku taknak dia betul. Aku ajar benda yang salah. Kalau sekarang dia tak pandai, aku yang salah.
Hari lahir aku dan adik dekat-dekat. Aku 16 Mei, adik 4 Mei. Masa kecik-kecik, aku mesti nak buat parti hari lahir. Nak sambut meriah da bomb punya. Nak bagi kawan-kawan jelous. Nak dapat hadiah banyak-banyak. Mak suruh buat parti serentak dengan adik. Mak taknak buat 2 parti dalam satu bulan. Mula-mula aku taknak. Tapi lepas mak pujuk, aku terima dengan syarat buat parti masa 16 Mei, bukan 4 Mei. Adik tak kisah. Masa buat parti, aku tak bagi adik panggil ramai kawan dia. Aku cakap ni parti hari jadi aku.
"mak cakap, kita kongsi"
"tak! ni parti akak qah. Hari jadi adik dah lepas. Hari ni 16 Mei"
Adik tak panggil ramai kawan dia. Akhirnya parti tu jadi parti hari jadi aku sorang.
Masa raya, aku dengan kakak, abang dan sepupu-sepupu yang sebaya akan berjalan dari rumah ke rumah. Kami nak kumpul duit raya banyak-banyak. Tapi kami selalu tak bagi adik ikut.
"mak tak bagi adik ikut, adik kecik lagi. Dah sekolah nanti baru boleh ikut"
Aku nampak adik menangis. Tapi adik menangis tak kuat. Cuma air mata dia meleleh. Dia nak ikut kami kutip duit raya. Tapi kami sengaja taknak dia ikut. Mak bagi, kami yang tak bagi. Akhirnya adik duduk je kat rumah tengok tv. Bila kami balik, kami tunjuk duit-duit raya yang kami dapat. Adik diam je.
Masa aku tingkatan 4, aku masuk asrama. Aku dah jarang balik. Dah jarang jumpa adik. Adik dah berubah. Adik dah besar. Adik duduk kat rumah sorang-sorang masa mak gi kerja. Adik sunyi. Adik selalu keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang malam pun adik keluar. Adik dah pandai lawan cakap mak. Adik dah pandai lawan cakap aku. Adik jadi malas nak belajar. Adik ayik nak keluar lepak dengan kawan-kawan. Adik tak kisah langsung pasal PMR. SPM pun adik tak kisah. Semua urusan adik kat rumah, mak yang kena buat. Bilik adik bersepah, mak jugak yang kena bersihkan. Baju kotor adik merata-rata, mak yang kena kutip masukkan dalam mesin basuh. Kalau mak minta tolong kat adik, adik buat dunno je. Adik jadi degil. Masa tingkatan 5, mak nak masukkan adik kat asrama. Adik taknak. Adik cakap kalau mak masukkan adik asrama, adik nak jadi budak jahat, supaya adik kena 'kick out' dari asrama. Adik makin menjadi-jadi. Mak dah tak mampu nak buat apa. Mak cuma ada adik sorang je kat rumah masa tu, so mak ikut je kemahuan adik.
Sekarang, umur adik dah 18 tahun. Adik tengah belajar kat Kolej Pertanian kat Kluang, Johor. Adik duduk hostel. Adik dah tak memberontak. Adik dah pandai sesuaikan diri duduk jauh, hidup berdikari. Harini adik balik rumah cuti raya. Adik bawa balik banyak buah tangan. Adik dah uruskan sendiri barang-barang raya adik. Mak tak payah susah-susah nak buatkan baju raya adik. Adik dah ada semua. Adik dah boleh bawa kereta. Adik boleh uruskan semuanya sendiri. Adik dah pandai fikir untuk masa depan. Adik bersungguh-sungguh kat kolej tu. Adik offer nak tolong mak, tak payah nak kena suruh lagi. Adik dah pandai masukkan baju sendiri dalam mesin basuh. Adik dah pandai sidai baju sendiri, kemas katil sendiri.
Adik aku dah besar sekarang.

Sunday, September 28, 2008

Duhai Hati

Kita ada satu sahaja hati
jika gembira, hati itulah
jika bertaqwa, hati itulah
jika beriman, hati yang satu itu juga
jika bercinta, hati itu juga
jika terluka, juga hati nan satu itu
terlalu SATU untuk banyak perkara
maka
jagalah hati mu dan hati orang-orang yang menyayangimu
Sms yang dikirim seorang sahabat kepadaku tidak berapa lama dahulu. Hati. Terlalu banyak cerita mengenainya. Komposisi hati adalah darah. segumpal darah. Terlalu unik ciptaan Ilahi, meletakkan segala macam rasa di dalam segumpal darah itu. Yang akhirnya segumpal darah itu yang mempengaruhi tubuh. Fizikal dan mental.
Aku. Terlalu banyak cerita hatiku. Tak terungkap dek kata-kata. Tak tercapai dek akal. Hanya kerana segumpal darah itu, aku pernah merana. Kerana segumpal darah itu, aku pernah menderita, sengsara. Kerana ciptaan Allah yang satu ini juga, aku pernah berbahagia. Duhai hati.
Secara lahiriahnya, manusia melihat aku sebagai seorang gadis periang, bahagia, ceria. Tak punya sebarang kekusutan. Hanya gelak ketawa dan kebahagiaan menyelubungi hidupku. Tapi keadaan di dalam hati ku,siapa mengerti? Duhai hati.
Zaman kanak-kanak ku tak seperti kanak-kanak. Berkejaran gembira, bermain masak-masak, pondok-pondok, aci ligan. Remaja ku tak seperti kebanyakan remaja lain. Bebas bersosial menikmati zaman muda. Adakah dewasa ku juga tak seperti dewasa mu? Ya Allah, Kau penentu segalanya.
Aku penat. Aku jemu. Aku sudah terbiasa. Terbiasa hidup begini. Begini bagaimana? Biarlah hanya tersimpan di hatiku. Duhai hati. Tabahlah menghadapi. Kelak kebahagiaan merapati, insyaAllah.
Kanak-kanak ku, remaja ku dan kelak dewasa ku membuat aku trauma, fobia pada kehidupan. Ligat mata memerhati, fikiran mentafsir dan akhirnya hati membuat kesimpulan. Hidup bukanlah seindah impian. Terjatuh, terluka, parut bersisa lumrah dunia. Indah? Mungkin. Sebagai corak kehidupan. Pahit? Juga mungkin. Kepahitan yang mematangkan diri.
Sahabat-sahaabt yang mengetahui kisahku, menganggap aku seorang yang tabah, matang. Benarkah? Aku.Tabah.Matang. Jika benar tabah, mengapa malam-malam ku dulu ditemani air mata? Doa-doaku meminta ditukarkan takdir? Tabahkah itu? Ya Allah, tabahkan lah hambaMu ini.
Aku kini sudah semakin dewasa. Semakin bijak mengatur hidup. Semakin bijak merencana kehidupan. Semakin bijak mentafsir sesuatu yang tersirat dan tersurat. Semakin memahami kebaikkan disebalik kekurangan. Aturan Sang Pencipta. Tiada cacat celanya.
Tapi, dewasa ku tak bererti aku kuat. Aku masih insan lemah. Manusia hina. Masih tidak dapat menahan hati dari pedih terhina. Masih tidak mampu menampung sedu bila keluarga dipercatur. Apakah ini harga kebahagiaan yang perlu dibayar? Terlalu mahal rasanya.
Wahai manusia, janganlah ada beza antara kita. Aku penat. Penat bersaing. Untuk apa ini semua? Hanya untuk menunjukkan kita hebat? Tak perlulah. Ada yang lebih hebat. Yang pasti Allah yang Maha Hebat. Tak terjangkau dek akal.
Ya Allah. Hatiku hanya adaMu
Tabahkan, kuatkan hati ini.
Hati nan satu ini.

Saturday, September 27, 2008

Khamis.Terakhir.Ramadan.

Sabtu.27 Sept.08

Dah dua hari berada di rumah. Seronok yang teramat. Saat yang ditunggu tunggu untuk lari dari kekalutan universiti. Bukan universiti sebenarnya, tapi kekalutan aku. Fizikal dan mental aku yang sudah seminggu terbeban dengan assignment yang perlu dihantar sebelum raya, 2 test berat yang perlu dihadapi. Lab report yang juga perlu dihantar sebelum raya.
Dua kelas pada hari Jumaat dah dibatalkan. Khamis malam aku balik rumah selepas kelas Dr JJ. Hari Khamis yang seronok. Berakhir segala jenis tekanan yang menimpa aku sepanjang seminggu sebelum cuti. Kenapa? Segala macam kerja yang perlu diselesaikan sebelum aku dapat merasai nikmat cuti dan raya. Alhamdulillah semua selesai. Tapi sama ada selesai dengan jayanya atau tidak, no comment!
Khamis. Keluar berbuka puasa dengan As, Farah n Fiza. Tak tahu hala tuju pada asalnya tapi akhirnya kereta Farah berhenti di JJ Shah Alam. Tiba di JJ, masih tak tahu hala tuju untuk berbuka puasa. As teringin nak makan banana split (betul ke eja ni?) and steamboot kat restoran apa ntah. Tapi takde rezeki agaknya, restoran tu fullhouse. (baru pukul 6 ptg). Masih berkira-kira nak berbuka di mana. Survey restoran kat JJ. Masuk Pizza Hut, juga fullhouse. McD and KFC dah reject dari list restoran sebab dah jemu. Lastly berjalan perlahan ke OldTown. Book meja. Bergerak ke kedai-kedai berhampiran. Cuci mata. Aku seperti biasa berminat ke kedai kasut. Sangat teruja melihat esyen-fesyen kasut n sandle yang cantik, elegan n cute. Tapi tidak membeli. Sekadar mencuci mata. Fizah sempat membeli baju berharga RM39 selepas diskaun yang aku kira suatu pembaziran (hanya terlintas di fikiran, tak disuarakan pada Fizah. Up to her). Baju yang mungkin tak sepatutnya dipanggil baju (tak menutup sepenuhnya tubuh), hanya digunakan sebagai 'cover' luar jika memakai t-shirt. Warna yang tak menarik (kelabu) dan harga yang tak berpatutan dengan keadaan baju (kain yang digunakan sikit sangat, kenapa mesti mahal?). But, up to her. She like it like crazy.
Jam 6.45 ptg, berjalan semula ke OldTown. Meja yang ditempah dah dipenuhi orang. Bengang tapi sabar. Bernasib baik punya meja yang lain. Sepanjang lepak di OldTown menunggu masa berbuka, asyik berfikir. Berfikir tentang OldTown. Pekerjanya kurang fasih berbahasa melayu. Dapat dilihat dengan jelas mereka blur dan terpinga-pinga bila aku cakap melayu. Here Malaysia rite? Kenapa wujudnya perniagaan yang harus berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan pelanggan? Aku? Tak peduli. Terus-terusan berbahasa melayu. Masih tertanya-tanya. Halalkah? Hipotesis aku. Halal. Ramai orang Islam berbuka kat situ. Untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat, aku bertanya kawan-kawan. Mereka pun tak dapat menjawab dengan yakin. Juga menyatakan hipotesis yang sama dengan aku.
"Tu orang melayu nak buka puase gak. Halal la kot"
Orait. Masa dah takde untuk cari kedai makan yang lain. Berbuka juga di situ.
" First and last time la aku makan kat sini. Pas ni jangan haraplah"
Mahal. RM10 plus minus jumlah harga yang perlu dibayar oleh setiap kami. Aku hanya makan semangkuk mi sup and segelas 'NanYang Memorably'. Hanya itu. Jika berbelanja di bazar, mesti perut aku dah kekembungan jika menghabiskan duit sebanyak itu hanya untuk hidangan berbuka. Tapi disebabkan tekanan yang teramat di UiTM, sudah bosan dengan segala jenis jualan di bazar, aku tak berkira sangat. Still think positively.
Jam 7.40, bergerak ke surau. Solat maghrib. Harus segera selesai. Kelas Dr JJ jam 8.30. Sempat membeli aiskrim sebelum sampai ke kereta.
Aku.Gila.Aiskrim.
Jam 8.35 sampai di kelas. Duduk di barisan depas sekali dalam kuliah yang dipenuhi hampir 200 pelajar. Sempat menyambar sekeping kuih raya Yana. Sedap! Tak sabar nak balik rumah makan kuih raya.
Dr JJ berbaik hati menghabiskan kelas jam 10 malam (sepatutnya jam 1030). Aku masih bersama As, Farah n Fiza ke kereta. Farah juga berbaik hati menghantar Fiza ke rumah di Seksyen 2. Aku, pertama kali ke rumah Fiza, agak terkejut kerana lelaki bebas keluar masuk di rumah itu. As faham kelainan di muka aku. Dia menerangkan yang mereka semua adalah penghuni di rumah itu. Seramai 12 orang. Bercampur lelaki perempuan. Hanya dipisahkan oleh ruang dan bilik. Secara am nya, tinggal di bawah 1 bumbung. Apakah? Penuh kehairanan tapi tak mampu berkata.
Jam 11, sampai di kolej. Mak n Abang An dah sampai untuk menjemput aku balik ke rumah. Selesai sudah hari Khamis aku di UiTM. Tamat sudah bulan Ramadhan aku di UiTM. Untuk tahun ini. Ada lagikah Ramadhan aku di UiTM untuk tahun hadapan? Wallahualam..
TAMAT!

Wednesday, September 24, 2008

test.tensi.

24.9.08........9.15 am.....

Lecturer:

ok semua letak beg and notes kat depan kelas. saya nak ada 1 je paper kat atas meja masing2.

soalan senang je, takyah nak gelabah.

salin soalan ek..

1. List 3 important procedure involve in plate count.................(3m)
2. Give the advantages for pour plate...............(2m)
3. What is coliform bacteria?.......................(10m)
4. Explain about PSE and DFD in meat..........(8m)


Aku:

Erk! Soalan nombor 1 ni ape ek?? procedure plate count yang mana satu ni? presumtive, confirmatory and completed test tu ke? Or streak plate, pour plate and spread plate tu? Alamak, tak paham soalan daaa...

Give advantages of pour plate?? Alamak, dalam notes cuma ada disadvantages je. Mana ada advantages. Apa yang aku nak merepek ni?

Coliform bacteria? Jap jap. Aku baca ni tadi. Ingat balik cepat. Em, gram negative bacteria, non-sporing rod shape, usually found in human and animal intesting, ferment lactose to produce acid. Acid apa? Lactic acid kot. Gasaklah. Lagi? 10 markah ni. Takkan ni je? Em, should be presence whenever the pathogenic microbe presence. Shoul be presence in amount greater than pathogenic microbes, easily cultivated, can survive in a long period of time in environment. Example E.Coli. Is it enough?huhu

PSE and DFD? DFD stand for dry, firm and dark. But is it for non-exercised animal or exercised animal?Alamak, confius dah ni. Confusion. Kurang potassium la ni.Hadoi. PSE pulak stand for pale, soft and....? Adoi, lupa lagi. E for what?? Abesla aku macam ni. Executive, exedute? Ya Allah, apa aku nak gebang ni? Lupa lupa lupa!!! Jap, pale soft. Means pH rendah. Acidic. Kalau pH rendah, glycogen tinggi sebab glycogen akan ditukarkan kepada acid lactic. Bila acid lactic banyak, pH akan berkurang la. Dan yang sebaiknya adalah non-exercised animal. Kena bagi binatang tu relex dulu sebelum slaughter. Kalau binatang tu stress, glycogen akan berkurang, lactic acid akan berkurang. So meat will less acidic. Then it become dry, firm and dark. Boleh kai ke teori aku ni? Boleh je la..
Tinggal seminit je lagi.

Alamak, tinggal seminit? (menulis dengan kelajuan maksimum)

Times up guys. Hantar sekarang. Dah tak payah nak susah2kan otak kamu dah. Hantar je.
Done! Alhamdulillah.
Keluar kuliah, berjalan perlahan balik ke kolej sambil berborak dengan kawan-kawan. Lega! Itulah kata-kata kebanyakan kawan-kawan aku. But ops, esok ada lagi test Nutrition. Juga banyak yang perlu dihafal. Kembali tensi. Kepala dah sakit, boleh ke terus study? Atau perlu tidur dulu?
Sampai di kolej, online untuk mohon kolej. Alhamdulillah server tak crowded. Dapat selesai dengan cepat. Selesai, tidur. Pukul 11.30 pagi. Bercadang untuk bangun jam 1230. Study Nutrition kononnya. Akhirnya jam 2.30 baru terjaga. Serta merta rasa bersalah padahal jam loceng yang galak berbunyi lagu Avril Lavinge pada jam 1230, aku off. Terus bangun dan study. Semoga test esok dipermudahkan. Cuak. Terlampau banyak nak dibaca, difahami dan dihafal. Teramat cuak!

Wednesday, September 17, 2008

~perubahan~

Assalamualaikum w.b.t..
Entri kali ni takde ape2 pun yang penting. Saje nak flashback kenangan n memori aku dulu2 sementara aku masih ingat lagi sekarang ni.

Aku...
Lahir pada 16 Mei 1988..30 Ramadhan (tahun berapa hijrah ntah dah tak ingat).
Aku anak ketiga dari 4 beradik. Abang aku 3 tahun lagi tua dari aku, kakak aku setahun tua dari aku.Disebabkan beza umo ngan kakak aku tak banyak, kami agak kamcing. Macam member je. Antara adik beradik aku, aku paling gelap sekali,huhu. Abang aku putih woo. Akak aku sawo matang je. Adik aku pun putih, tapi disebabkan suka main panas, dia pun dah gelap,hehe.
Antara adik beradik aku, aku paling cepat pandai bercakap. Dan sampai sekarang pun aku banyak cakap. Masa kecik2 imaginasi aku melampaui batas,hehe. Macam2 yang aku berimaginasi. Aku suka nyanyi. Yang menariknya lirik tu aku reka sendiri. Belasah je ape yang tersebut di mulut,hehe. Kanak2 lagi kan.
Masa umo aku 2 tahun, family aku dari KL pindah ke Penang. Aku membesar kat Penang la. Bukit Mertajam. Masa umo 5 tahun, mak aku masukkan aku tadika kat sekolah agama. Aku pun tak berapa paham sekolah tu sebab umo budak2 kat situ dari tadika sampai belasan tahun. Dalam kelas aku pun ade macam2 peringkat umo. Nama sekolah tu Madrasah Faqiyah Daimiah. Aku belajar bahasa arab, tulisan jawi, feqah. Yang berkaitan dengan agama je. Sebelum masuk sekolah, aku excited gler nak gi sekolah. Tapi masa dah gi, aku tetiba rasa takut. Aku tak bagi mak aku balik. Aku nak mak aku tunggu sampai aku habis sekolah. Masa perhimpunan, aku soh mak aku tunggu kat belakang barisan aku. Tiap2 minit aku toleh nak pastikan mak aku ada. Sampai satu masa tu aku toleh, mak aku dah takde!!! Ape lagi, meraung la den. Jenuh gak ustazah2 kat situ nak pujuk aku.
Setahun je aku tahan kat sekolah tu. Hari2 aku nangis masa nak gi sekolah. Kekadang aku buat2 sakit sebab taknak gi sekolah. Mak aku pun tak tahan la nak layan kerenah aku. Tukarkan je sekolah, abes cite. Aku gi tadika Pasti. Kat situ aku mula belajar matematik, seni etc. Sebelum ni kan aku tadika agama, so aku la budak paling jahil kat kelas tu masa tu. Dah umo 6 tahun baru nak belajar sume tu,huhu.
Darjah 1 aku masuk Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh. Tapi mak aku soh aku gi balik sekolah agama tu, kali ni weekend je. Kira dari hari Isnin sampai Jumaat gi sekolah biase, Sabtu n Ahad gi sekolah agama. Masa tu dah besar sikit,ok la. Aku terima. Aku takde cuti langsung la kiranya.
Masa umo aku 10 tahun, family aku pindah ke Kedah lak. Kat Alor Star. Aku pun tukar sekolah. Sekolah kat Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama lak. Aku masuk masa darjah 4 bulan 2, bulan 6 tahun yang sama aku dilantik jadi ketua kelas. Aku pun pelik camne la cikgu leh lantik aku, budak baru yang tak dapat nak kenal pasti lagi talent nye.
Masa darjah 5 aku dilantik jadi pengawas sekolah pulak. Semua aku dapat dengan mendadak. Kat penang dulu pun aku jadi pengawas sebelum pindah.
Darjah 6 aku dapat jawatan Setiausaha Lembaga Pengawas sekolah. Masa tu sekolah rendah lagi, so pegang jawatan pun tak buat kerja apa. Masa darjah 6 aku sangat aktif. Aku press untuk kelab taekwondo, kelab bahasa inggeris, kelab badminton n pengakap. Pelik gak kan patutnye budak laki yang selalu jadi press. Em, dah la ade kelas tambahan sampai pukul 3 petang, sambung dengan taekwondo la, badminton la. Aku pun rajin join camping under pengakap. Gi Bukit Hijau la, Titi Hayun kat Yan tu. Suke sangat camping. Padahal masa tu nak UPSR. Cikgu2 pun ramai yang sound soh aku concentrate kat UPSR. Tapi dah nama pun budak2, mestilah lebih pentingkan keseronokan. So result UPSR tak membanggakan. Cuma 3A je.
Tingkatan 1, aku gi Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah walaupun aku banyak dapat tawaran dari sekolah2 agama. Ntah kenapa sekolah tu yang aku pilih. Tapi kat sekolah tu pun aku masuk aliran agama. Aku belajar Bahasa Arab. Sekolah tu totally girls. Cikgu je ade lelaki. So 3 tahun la aku sekolah tanpa lelaki. Seronok sangat hidup bile di'conquer'(betul ke eja ni) oleh kaum hawa(maap ye kaum adam). Kat sekolah ni aku low profile sikit. Tak pegang ape2 jawatan pun. Jadi rakyat biasa je. Tapi masih aktif taekwondo, tu pun masa aku dah tingkatan 2. Tingkatan 1 sekolah petang, tak involved sangat. Yang menariknya, dari pengakap masa kat sekolah rendah, aku masuk pandu puteri masa kat sekolah menengah. Totally different. Die sebenarnya adik beradik. Tapi pengakap ni macam untuk lelaki la, pandu puteri untuk perempuan. Dah kena pakai skirt la pulak. Masa pengakap dulu aku layan seluar je. Gasakla. Dah takde pilihan.
Aku belajar kat sekolah tu sampai aku tingkatan 3, PMR. Biase je, dapat 7A 1B 1C.. C?? yup, C! Bahasa Arab aku C. Aku tak reti langsung nak wat esei. Memang patut aku dapat C. Yang B tu lak geografi. Memang dari tingkatan 1 aku tak suke goegrafi. Nasib baik je tu dapat B. Kalau diikutkan aku ni layak dapat C and below je. Aku main hentam je masa PMR tu. Memang tak study n x paham ape langsung. Aku tak suke nak hafal keadaan muka bumi la, cuaca la, area2 la. Benci tol.
Form 4, aku dapat tawaran ke MRSM PDRM kat Kulim. Girangnye hati masa tu Tuhan je yang tau. Excited gler. Sebelum dapat tawaran ke MRSM tu, aku dah tukar sekolah dah. Aku masuk Sekolah Menengah Sultanah Asma. Sekolah harian terbaik la kat Alor Star tu. Tapi sekolah tu tak best la. Tension je aku kat situ. Masuk kelas last pulak tu. Malu je. Asma n Bahiyah memang tak ngam sejak azali. Memang kena boikot la budak2 skolah Bahiyah yang masuk Asma. Disebabkan ketensionan yang melampau, aku selalu ponteng sekolah. Tiap2 minggu mesti ade yang missed. Kekadang 2 kali seminggu aku tak gi sekolah. Kekadang aku selang2 hari je. Kalau gi sekolah, aku menghitung jam nak balik rumah. Thats why aku happy gler dapat masuk MRSM. Dapat aku kuar dari sekolah tu.
29 mac 2004 aku daftar masuk MRSM PDRM. Excited + cuak = aku. First time ni nak kena dok asrama, jauh dari mak. Cuak sangat. Ntah berapa banyak kali aku tanya kat mak aku
"nampaknya tiap2 hari la tiqah call mak".
Mak aku paham maksud aku, tapi buat2 tak paham. Tak nak aku lagi cuak agaknya. Masa mak aku nak balik dah tu, rasa macam nak namgis tapi ditahan2.
"Aku dah umo 16 tahun, mana boleh nangis, malu seyh".
Pas mak aku balik, mula la berkenalan dengan budak sebelah katil aku. Dia pun baru daftar sama dengan aku jugak. Sama2 budak baru. Ok la kan. Dalam rumah tu, ade 6 orang masa tu. Kami berdua budak baru, yang lagi 4 orang student lama dari form 1 dah study kat situ. Tapi diorang semua baik n ramah. First day masuk kelas, teruk gak kitorang kena buli ngan student lama. Macam2 hal. Aku? Siapa berani kacau. Masa tu muka aku memang takleh blah la. Garang nak mampos,bahaha. Aku dah la dari girl's school, tetibe kena bergaul dengan laki lak, mana tak gelabah. Aku memang tak campur langsung dengan budak lelaki. Aku buat hal aku je. Sampaikan budak laki pun takut nak tegur aku. Study aku pun tak menentu masa form 4 tu. Untuk sem 1, pointer aku 2.55 je. Yela, aku selalu ponteng sekolah sebelum tu, dah banyak la yang aku tertinggal. Susah nak catch up balik. Dok asrama ni, busy semacam. Masa sem 2 dapat la naikkan sikit pointer, 2.89. Tapi masih tak cukup untuk menempatkan aku kat kelas Elit.
Disebabkan pointer aku tak lepas 3.00, masa form 5 sem 1 aku dok kelas vision je. Vision 4 lak tu. Asyik dapat kelas hujung2 je. Tension tol. Tapi masa ni aku dah mula pull On(bak kata orang kedah,hak5). Study study study je life aku. Untuk subjek BI, add math n math mode dibahagi ikut level. Set 1 paling bagus,set 2 moderate n set 3 lemah. Untuk subjek BI n math mode aku dapat set 2. Biasela aku tak bijak. Add math je dapat set 1. Pulun punya pulun pointer sem 1 form 5 dapat 3.28. Yes! akhirnya lepas 3.00. Bolehla aku pindah kelas ke Elit. Sem 2 aku masuk elit tapi Elit 4. Hujung gak.Isy3, terima dengan pasrah. Masa dah sem 2 ni baru aku mula rapat dengan sorang dua budak laki. Sebab diorang sekepala dengan aku. Study sekali, discuss, berdebat, bergurau, macam2 la. Bestfren lelaki aku masa tu antaranya Sani, Hadziri n Syafiq. Best gado2 ngan diorang ni..haha. Study punya study dapatla naikkan pointer sebelum SPM tu jadi 3.39. Tapi CGPA aku 3.03 je. Kiranya masa graduate aku adelah nama yang berada dibawah sekali untuk kategori 3.00 and above. Takpela, terima dengan pasrah. Pasrah lagi.
Pas SPM, aku dapat tawaran gi matrikulasi kat Changlun, Kedah. Aku dapat gak UTP untuk kos civil engineering, tapi aku tak minat kejuruteraan la. Aku takde choice lain masa tu, kena la gi matrik je. Angan2 nak masuk maktab perguruan, nak jadi cikgu tapi tak dapat tawaran. Result aku (7A3B) tak cukup bagus agaknya. Punah la impian aku masa tu.
Masuk matrik, 15 mei 2006 sehari sebelum birthday aku. Dapat kos sains fizikal. Disebabkan aku tak minat engineering (masa tu aku pikir sains fizikal ni leh jadi engineer je), aku pun tukar kos ke sains hayat. Means, aku kena belajar biology. Otak aku tak sesuai menghafal. Mesti fail. But this is what we call as challenging. Cabar otak untuk buat sesuatu yang susah otak nak buat. Nak test power la konon. But at last ternyata otak aku tak power,bahaha. Dalam 3 subjek, aku akan dapat paling teruk untuk subjek biology la.
"Gatal gi amek bio sape soh? hamek ko. Pepandai la nak survive."
Result sem 1 aku agak teruk. 2.98 je. Kawan2 aku sume dapat >3.00. Down gler aku masa tu. Baru nak sedor dunia. Pulun punya pulun, study bagai, dapat gak pointer elok sikit untuk sem 2. 3.53 aku dapat. Tapi CGPA 3.32 kot. Takleh la nak apply medik (tak penah berangan pun nak jadi doc). So pilih punya pilih, last2 aku pilih untuk fokus dalam bidang makanan. Banyak la university yang aku pilih sume dalam bidang makanan. Dietetik, sains pemakanan n teknology makanan. Ade gak 1 pilihan aku amek forensik (terpengaruh ngan cite CSI). Tapi ternyata rezeki aku kat teknology makanan.
So now here I am. A student of Food Science n Technology, UiTM Shah Alam Malaysia yang dah berumo 20 tahun. Cepat je masa berlalu. Sangat rindu nak pakai uniform sekolah aku(yang mana 1 ek? yang kain biru gelap ke, biru mude ke yang wane khaki?). Sangat rindukan cikgu2 yang best.
Lagi 3 bulan tahun 2008 akan berakhir. Akan bertambah lagi umo aku (tiap2 hari pun bertambah kan). Akan bertambah lagi memori, kenangan, pengalaman, pahit manis kehidupan dan dugaan. Panjang ke umo aku untuk sampai ke situ? InsyaAllah. Banyak lagi yang belum aku capai. Aku sekarang bukan lagi budak sekolah yang nangis bila mak tak tunggu luar kelas, or budak kecik yang kuat berimaginasi yang bukan2. Aku sekarang seorang siswi, yang punya tanggungjawab dan amanah yang maha berat untuk aku laksanakan. Aku tak boleh lagi menangis. Aku tak boleh lagi leka. Aku tak boleh lagi pikir nak enjoy je. Aku kena pikir pasal masa depan, negara, bangsa n agama. Masa mematangkan manusia. Pemikiran pun kena matang.
Come on tiqah! Wake up! Gambate!

~Aku~

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
banyak sebenarnye benda yang penting dalam hidup aku. Terlalu banyak. Antaranya makanan, tempat tinggal, pakaian, hp, laptop,duit..hehe. Tapi yang paling penting sekali dalam hidup aku ni ialah agama aku, Islam. and tak dapat aku nafikan yang lagi 1 ialah family aku, expecially mak aku. Aku saaaaaayyaangg sangat mak aku lebih dari nyawa aku sendiri.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Wang sendiri?? Jap kena pikir lama gak ni. Aku mana ada duit sendiri. Sume duit aku dapat dari sumber utama iaitu abah aku. Selebihnya dari ptptn n lain2. Tapi dulu masa pas skolah aku ada keje jap, dapatla gaji sikit tapi aku dah tak ingat aku beli ape guna duit tu. Selalunya duit aku habis untuk makanan..hehe..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Takleh blah punye soalan..harhar.. Ntah, tak penah terpikir lak sebab rasanya tak kawen dalam masa terdekat. Dalam 2 3 ari sebelom aku kawen baru aku pikir kot. Nanti aku gitau ye..hehe..

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Hubungan kamu??siapakah kamu?? What kind of relationship?? Kalau hubungan persahabatan, bagi aku sekali aku dah bersahabat dengan seseorang, sampai mati aku anggap dia sahabat tak kiralah kami masih berhubung atau tak. Tapi ade jugak la antara makhluk Allah yang pernah bergelar sahabat aku, tapi sekarang tak anggap aku sahabat lagi. Taktau la sebab pe. Wallahualam.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Cinta sentiasa ada dalam hati aku. Cinta Allah, nabi, Islam, and my family. Cinta kepada insan selain family aku, takde.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Minggu lepas gi buka pose kat restoran ape ntah kat Shah Alam ni. Tapi very disappointed la. Dah la pose masa tu, sampai kedai tu dalam pukul 6.45 petang. Tapi masa dah azan pun (lebih kurang pukul 7.20) makanan yang diorder tak sampai lagi. Dah la banyak makanan yang takde. Sayur kailan pun takde, ikan siakap pun takde. Yang ade cuma ikan kembong je. Kalau setakat nak makan ikan kembong, kat rumah pun boleh. Mak aku dah bengang masa tu, kena bebel la pelayan tu. Pastu sume makanan tu akan dikomen. "Bahan dalam tomyam campur ni sikit sangat la, mak masak sedap lagi", "kailan pun takde? Kedai dekat dengan Giant pun takleh gi beli ke kailan?". "Ni sayur untuk 2 orang ke untuk sorang ni? sikitnya." Antara bebelan mak aku. Sejak tu dah tak gi berbuka kat luar dah. Mak aku masak puas2 kat rumah baru puas hati..hehe..mak..mak..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Erk? Buku Food Nutrition kot. Tak pun buku Skill of Critical Thinking. Dah lupa la mana 1 yang latest beli.

8. Apakah nama penuh kamu?
Nur Atiqah Bt Mohd Yusof. Orang selalu salah eja nama aku. Gantikan 'Q' dengan 'K'. Dah jadi Atikah. Tak sama maksudnye tu. Atiqah ye..

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dulu masa kecik2 rapat dengan abah sebab abah manjakan aku. Nak minta apa pun senang je. Kalau result exam teruk, bagi report kad kat abah la. Sure tak kena marah,hehe. Abah ajar bawa motor masa aku 12 tahun. Mak lak tak bagi lagi masa tu. Sure aku sayang abah yang sporting..hehe.. Tapi sekarang ni aku lebih rapat dengan mak. Biaselah bila dah besar ni. Banyak benda yang takleh buat dengan abah. Gi shopping pun dengan mak la. Lagipun abah dah keje jauh. Jarang dapat jumpa. Tapi untill now, dad is my main financial supporter..hehe.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Siapa ek?? Ntah, buat masa sekarang ni aku takdela teringin sangat nak jumpa sape2. Tapi best gak kalau bleh jumpa member2 lama, buka semula cerita lama2..hehe.

11. Christina atau Britney?
Dua-dua pun aku tak minat. Banyak tol masalah minah2 berdua ni.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Kat kolej,YES! Aku tak penah lagi basuh guna mesin basuh. Aku akan rendam baju dalam 15 minit (kekadang sampai keesekannya,harhar), berus sampai rasa nak tercabut tangan, perah bagi kering (gaya cam mesin yang spin la konon), then sidai. Aku tak gemar guna fabrik softener. Dulu masa sekolah rajin gak sebab tengok housemate sume guna. Tapi sekarang ni aku dah takde masa nak rendam baju dalam dalam softener. Kang kalau lupa semalaman lagi la baju aku terendam..bahaha..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Aku nak gi 1 tempat yang dingin, nyaman, ade tasik boleh kayuh sampan, ade bunga warna warni, burung2 yang kecik n comel2. Kalau tempat macam ni wujudlah. Tenang giler rasanya.

14. Pelukan atau ciuman?
Pelukan better. kenapa?? Biarlah rahsia..hehe

15. 8 perkara yang amat saya gilai
-warne black+red (cool la warna merah campur itam)
-jam (ntah dah berapa banyak jam aku ada. Tapi kebanyakannya dah rosak)
-kasut (macam suke kumpul kasut lak sebab aku sangat suke beli kasut)
-tv (kalau kat rumah, tv paling penting untuk aku)
-makan (aku blaja pun pasal makanan.hari2 aku makan so memang gila r)
-tido (kalau takde keje, tido je best. Aku sangat senang tido)
-motor (aku gila skuter..sangat2!)
-kucing (kat rumah dah ade 4 ekor..sangat suke kucing..taktau nape)

16. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-pergh..
-giler r
-ea?
-ha??
-acece
-sengal
-dow..
-beb..(kalau aku terlupe nama kwn2 aku, aku panggil beb je)

17. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
-Al-Quran
-food nutrition
-skill in critical thinking
-kamus BI-BI-BM
-general microbiology
-physical chemistry
-organic chemistry
-ethnic relationship

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
-bawaku terbang
-wanita
-diriku tapak sulaiman
-keredhaanMu
-tanpaMu
-when you r gone
-tercipta untukku
-come back to me

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-jangan mudah percayakan orang
-jadi lebih matang
-jangan buat kerja last minit(tp sekarang pun buat keje last minit)
-lebih serius untuk study
-pandai2lah pilih kawan. jangan tertipu lagi.
-jadi diri sendiri walaupun tak disukai
-bawa2lah berjimat cermat

Tuesday, September 16, 2008

~cuti~

Yea yea..lagi 2 minggu nak raya...
Ops!
Assalamualaikum w.b.t..hehe

Dah 16 hari pose, rasa seronok sangat. Dah dekat nak raya pun. Kuliah ada lagi seminggu sebelum cuti raya. Tapi minggu depan; minggu terakhir sebelum cuti, banyak sangat keje. Test ada 3, lab report pun ada 3 yang nak kena submit. Assignment nutrition pun kena submit before cuti raya. Adoi hai, baru list out je pun aku dah rasa sempot..huhu..
Harini rasa letih sangat. Mungkin sebab aku tak sahur pagi tadi. Taktau la nape lately aku susah nak bangun sahur. Masa awal2 pose dulu, tiap2 hari sahur tak missed. Pas sahur terus stayup lagi untuk study. Sekarang ni macam dah susah je. Bukan aku sengaja tapi memang tak terbangun langsung walaupun jam loceng dah bunyi. Kadang2 aku pun naik confius, jam aku ni betul2 berbunyi ke?? Dah la tak bangun sahur, kelas harini agak meletihkan. Dari pukul 8 sampai pukul 3.30 petang. Ada test pulak kul 12.30. Test ni la yang menambahkan keletihan aku. Tiap2 kali lepas abes buat test mesti kepala aku rasa berat n rasa letih yang teramat. Padahal jawab test je, tapi macam baru abes joging je penatnya. Tu baru test. Final exam lagi la teruk. Selalunya mesti rasa nak rehat n tido je. Nak makan pun dah tak selera. Pelik betul aku ni..huhu. Lepas kelas pukul 3.30 tu pulak, aku kemas barang nak balik rumah. Esok cuti, nuzul Quran. So aku balik la. Dapat gak berbuka kat rumah. Hari khamis ni pulak kelas pukul 12.30 mula. Boleh la aku gi lambat sikit. Nampaknya ni last la aku balik rumah untuk minggu ni. Lepas ni aku balik untuk cuti raya terus. Banyak sangat keje yang nak kena settle kan. Kalau selalu sangat balik, kang tak siap lak keje aku. Biasalah kat rumah ni keje aku mengadap pc n tv je. Dari pagi sampai malam pun boleh..hehe..
Nampaknya sebelum raya ni aku memang akan kurus habis lah..huhu. Training SUA still jalan walaupun bulan pose. Koko pun on jugak. Raya ni sakanlah aku sebab sume benda yang membebankan u dah settle. Hopefully dapay settle dengan jayanya..Amin..

Wednesday, September 10, 2008

~pUaSe~

Assalamualaikum w.b.t
Arini aku kena selesema...wuwuwuwu.. Asyik bersin je..Sakit dah kepala ni.. Minggu ni dah mula panas. 2-3 minggu yang lepas asyik hujan je. Selalu gak aku mandi hujan. Tapi baru sekarang nak demam. Ingatkan dah takde apa2 masalah.
Harini 10hb, maknanya dah hari ke-10 ramadan. Cepatnye kan.. Dah selesai 1/3. Tinggal 20 hari je lagi. Harapnya 20 hari tu dapat selesai dengan penuh berkat dari yang Esa n semoga 20 hari terakhir ni dapat dilalui dengan lebih banyak lagi amal ibadat. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan bulan ramadan nanti.huhu.
Bulan ramadan ni, siang kite pose, malam lak kita terawih. Best kan? Tiap2 kali aku terawih, mesti hati aku rasa sayu. Aku teringat n rindu untuk solat kat masjidilharam. Rindu sangat. Bau dalam masjidilharam tu, suasana, sumenye pasal masjidilharam tu aku rindu. Rindu sangat nak tengok kaabah. Tak puas rasanya 9 hari kat mekah dulu. Kekadang masa erawih kat masjid taman aku ni, bau die sama dengan bau masjidilharam, lagilah bertambah sayu hati aku. Bila lagi aku akan ada peluang nak jejakkan kaki kat sana lagi? Harapnya lepas ni ada la rezeki aku nak buat haji pulak. Sementara ada kudrat ni.
Em, haritu aku gi buka pose kat luar. Abang aku belanja. Masa kat kedai makan tu, aku perhatikan banyak pasangan2 yang datang buka pose kat situ. Ada gak la famili tapi tak seramai pasangan. Pasangan ni maksud aku couple la. Yang bukan laki bini. Yang bukan muhrim la senang cite. Diorang gi buka pose, means diorang Islam la kan? Maknanye diorang puase la kan?(ke tak pose?wallahualam), tapi masa kat kedai tu aku tengok diorang2 ni bukan main romantik lagi. Peluk2 la, main cubit2 la, sementara nak tunggu azan tu. Apa ada dengan puase diorang tu ek? Wallahuaalm. Aku pun manusia, tak layak nak judge manusia. Tapi aku tertanya2 la. Lepas buka pose tu, aku n famili bergegas la sebab nak solat maghrib. Masa tu pun dah pukul 8. Makanan sampai lambat. Dah masuk waktu pun, makanan tak sampai lagi. Tapi masa aku nak blah dah tu, aku tengok diorang2 tu tak gerak2 pun. Boleh dok bersandar lagi sambil gelak ketawa. Diorang tak gi solat maghrib ke? Terawih? Takkan diorang meraikan ramadan ni dengan buka pose ngan awek @ pakwe je? Macam tu ke orang sekarang memeriahkan ramadan? Aku wonder, risau, tertanya2, pelik n macam2 lagi. Apa yang diorang fikir ek? Macam mana dengan pose diorang tu? Apa yang berkatnye?? Ntah la, manusia sekarang dah macam2 fiil. Susah nak jangka. Aku ni, setakat mana iman aku mampu tahan godaan dunia? Aku pun akan jadi macam diorang ke satu ari nanti? Ya Allah, jauhkanlah.
Semoga ramadan ni akan menjadikan aku seorang hamba yang menginsafi kekurangan dan kelemahan diri. Semoga aku menjadi insan yang lebih solehah. Semoga ramadan ni memberi seribu keberkatan. Kalaupun ini ramadan terakhir untuk aku, aku takkan kesal.
Ya Allah, hanya cintaMu yang ku damba..
Ampunilah Dosa2 hambaMu ini..
Sesungguhnya manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..
Kau berilah petunjuk dan jalan yang benar kepada saudara seIslamku yang lain..
Agar kami dapat sama2 memartabatkan IslamMu Ya Allah...

Saturday, September 6, 2008

~aku lemah~

Assalamualaikum w.b.t

Takde ape2 pun aku nak coretkan. Agak kebosanan walaupun actually banyak kerja yang aku kena buat,huhu. Kemalasan aku makin menjadi jadi sekarang. Apesal ngan aku ni? Sekarang ni pun aku rasa otak aku tengah membeku. Aku tak dapat nak pikir ape2. Banyak kerja, tapi taktau nak buat ape. Hujan pulak. Petang nanti kena gi stadium UiTM, untuk latihan untuk sukan Asean. Tapi dari pagi tadi hujan je. Harap2 petang nanti tak hujan la. Kalau hujan, aku nak gi camne? Aku dah la gi naik motor je. Lagipun kalau hujan, training still ade ke? Kalau takde, penat je aku gi. Bazir minyak n masa. Minyak dah la mahal walaupun dah turun sikit,huhu.
Study aku macam mane ek sekarang? Aku sendiri tak pasti,huhu. Dah masuk minggu ke9 ni. Aku masih rasa aku sekarang kat awal2 sem lagi. Rupa2nya dah nak sampai penghujung. Lagi 3 minggu dah nak raya. Lepas raya ada 3 minggu sebelum final exam. Kira lebih kurang 2 bulan je lagi aku nak tamatkan semester 3 aku. Ya Allah, cepatnya masa berjalan. Apa yang dah aku buat sepanjang semester 3 ni ek? Pelajaran pun terkontang-kanting lagi.
Harap2 bulan puase ni aku dapat sesuatu yang bermanfaat untuk aku. InsyaAllah aku akan cuba lawan rasa malas ni.
Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini....

Thursday, September 4, 2008

~CiNtA~

Kisah benar...ambillah pengajaran dari kisah ni Wahai teman-teman sekalian. Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupsaya, dan dialah orangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuhdan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yangsentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empa tbulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. "Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah P.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yangs aya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata:"It's not me who want you to make a decision likethis, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.


Kisah ni pun aku dapat dari web ILuvIslam.com. Sangat2 tertarik dengan kisah pemuda bernama Mafraq yang tengah belajar kat Jordan ni. Kisah cinta remaja dari sudut pelajar sekolah agama. Aku dulu selalu fikir yang budak2 sekolah agama ni mesti tak ber'couple'. Mereka ada pegangan agama yang kuat, ada ilmu agama yang mantap berbanding aku dan tentulah sama sekali berfikir pasal halal haram dalam agama. Tapi lepas baca kisah ni, aku tahu yang siapa saja bergelar manusia, mesti ada melakukan kesilapan. Tak kiralah ustaz, pelajar sekolah agama, gadis bertudung labuh dan sesiapa sahaja termasuk aku.
Aku pernah ber'couple'. Mungkin itulah kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Aku ingat dia adalah lelaki yang ditakdirkan untuk aku. Aku fikir Allah cipta dia untuk aku. Aku ingat memang dah sampai masa untuk aku menyayangi dan disayangi. Tapi rupanya aku silap. Perjalanan hidup aku masih jauh. Terlalu banyak benda penting selain berkasih sesama manusia bukan muhrim, yang aku perlu hadapi dan tangani. Ye, aku akui dia lelaki baik. Selalu mengingatkan aku tentang solat. Tapi itu bukanlah penyebab untuk aku hanyut dengan cinta manusia. Aku tak patut jadikan itu alasan untuk aku bercinta. "No Couple In Islam".
Alhamdulillah, sekarang aku rasa lebih bahagia dengan hidup aku walaupun tanpa cinta dari seorang lelaki bernama kekasih. Aku sedar sekarang yang aku tak perlukan itu. Aku hanya perlu cinta Allah. Cinta yang tiada noktah dan sempadan. Aku lebih bahagia bila hubungan kami diteruskan sebagai sahabat dan saudara sesama Islam sahaja. Soal jodoh, Allah yang berhak menentukannya. Sekarang aku tak mengharap pada sesiapa. Aku takkan salahkan dia kalau satu hari nanti gadis lain yang menjadi permaisuri hati dia. Bukankah jodoh adalah ketentuan Allah? Aku tak perlu kecewa. Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku. Dan alhamdulillah, dia pun serahkan segala2nya pada Allah dan dia akan bahagia juga andai aku bahagia bersama insan lain. Dan kebahagiaan itu hanyalah melalui perkahwinan. Cinta dan kasih sayang yang diberkati hanyalah cinta suami isteri. Semoga Allah menetapkan yang terbaik buat kami...Amin...

Ummi..Aisyah gagal exam...

“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon. Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis. “Ummi, Aisyah sedih,” katanya. Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis. “Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya. “Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku. “Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku. “Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal.Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286) “Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya. “Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.” “Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.” “Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.” “Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku. “Kenapa ummi?” tanyanya berminat. “Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku. “Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya. “Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku. “Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya. “Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku. “Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya. “Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara. “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…


Cerita kat atas ni aku dapat dari laman I Luv Islam.. Rasa menarik untuk dikongsi.. Sebagai seorang pelajar, aku pun kadang2 mengalami situasi yang sama.. Putus asa bila gagal.. Tapi bak kata seorang sahabat aku, kegagalan itu komponen kejayaan. Tanpa kegagalan, mungkin susah kita nak mencapai kejayaan sebab dari kegagalan lah kadang2 kita mengambil iktibar dan mula berfikir tentang kekhilafan diri. Aku pernah gagal.. Aku pernah menjadi seorang yang sangat pasif sebab malu dengan kegagalan aku. Putus asa, kecewa memang tak dapat nak elak. Peritnya masa tu, Allah je yang tahu.. Rasa macam aku tak mampu nak hadapi ujian seberat tu. Tapi sekarang aku sedar yang semua tu ada hikmahnya. Mungkin kalau aku tak gagal dulu, aku takkan berada di mana aku berada sekarang. Aku takkan jadi apa yang aku jadi sekarang. Setiap apa yang diberikan Allah kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Semuanya mengandungi hikmah yang kadang2 kita sebagai manusia yang lemah tak dapat jangka pun apa hikmahnya. So, kita sepatutnya lebih pandang ke depan. Apa yang bakal kita hadapi. Apa yang dah berlalu, jadikan iktibar, pengalaman dan pengajaran. Berusahalah untuk menjadi lebih baik. Dan ingatlah, setiap kejayaan yang kita dapat hari ni hanyalah dengan izin Allah semata2. Usaha kita yang dianggap besar tu sebenarnya hanyalah aksesori tambahan dalam mencapai kejayaan. Wallahualam....

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..