Saturday, August 16, 2008

~PrOgRaM AnAk aNgKaT~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..akhirnya mid term break aku menjelma..dapat jugak aku menjejakkan kaki kat rumah..dapat jugak aku surf internet dgn amannya..sekarang pukul 1.55 pagi. Kalau dekat kolej ni, dah lama aku tido. Tapi memandangkan esok adalah permulaan cuti aku, lepak la dulu..hehe.. malam masih muda.
Actually, aku just nak kenang balik memory kat Kg Permatang Palas, Benut, Pontian, Johor. Program Perkasa Anak Desa. Program ni best sangat2 bagi aku. Kami bertolak pukul 6 petang hari Jumaat, 1 Ogos 2008. Sepanjang perjalanan tu, tak sempat nk tido pn walaupun sebenarnya aku sgt2 la penat masa tu. Mana tak nye, kelas sampai pukul 1130, then terus bertungkus lumus siapkan lab report sebab kena submit before bertolak. Kalau ikut jadual, kena berkumpul pukul 4.30. So masa memang sangat la sikit. Lepas siapkan semua, kelam kabut kemas beg pulak. Khamis malam dah la tido lewat sebab nak setlekan keje. So lepas siap kemas barang, sementara tunggu member2 aku yang lain tu mesej aku, aku baring ar jap nak lepaskan penat. Tetiba tertido terus pulak. Bila aku sedar, dah pukul 5. Ya Allah, terkejut beruk aku..Kena berkumpul pukul 4.30. Aku ingat aku dah kena tinggal dah. Ada plak 4 mesej yang aku dapat, tapi masa tido memang tak sedo langsung. Bertambah2 la cuak. Aku terus call member2 aku tu. Rupa2nya diorang dah sampai pn kat tempat berkumpul tu. Hampeh tol. Aku tunggu diorang, diorang blah cam tu je. Nasib baik aku tersedar, kalau tak, kempunan la aku. Apalagi, aku terus wat pecutan terakhir la. Sampai kat HEP, dah semput. Dengar taklimat sikit2, terus naik bas, jalan. Sampai kat Kg Permatang Palas lebih kurang pukul 1030. Agak terkejut dengan sambutan yang kami dapat. Macam kenduri kawen. Ada khemah, pentas cantik2 untuk persembahan, ada makanan. Masa kami turun bas, semua orang snap gambar. Malu pun ade. Kami ni cuma student dari uitm yang nak menumpang kat kampung tu je. Rasa cam tak layak lak. Tapi penerimaan penduduk kampung memang di luar jangkaan. Lepas acara perasmian, kami diserahkan kepada keluarga angkat masing2. Setiap keluarga angkat akan dapat 2 orang student. Tapi untuk family angkat aku, aku dapat 7 orang adik beradik angkat. Yup, 7 orang instead of 2 orang. Ni kira special kes la..haha..aku, mai, dila, muna, shida, najwa n nora. Aku n mai yang senior. Yang lain tu semua junior. Bagi aku, family aku yang paling best sekali. Dapat pun adik beradik ramai, mestilah meriah. Tapi disebabkan kekangan waktu, kami tak ada masa sangat nak bermesra dengan family. Aktiviti sangat padat. 1 Ogos, pukul1030 baru sampai, lepas majlis perasmian n penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat, dah dekat pukul 12. badan yang sememangnya teramatlah penat ni memang dah tak mampu nak tunggu lama. Sampai je kat rumah family angkat, kemas barang sikit2, sediakan baju untuk aktiviti esok, n terus tido. Tu pun dah dekat pukul 2 pagi. 2 Ogos, pukul 8 pagi kami sepatutnya berkumpul dekat balai raya kampung tu. Tak jauh pun dari rumah family aku. Sebelah je. Tapi disebabkan abah angkat aku (abah) dh bawa 2 orang adik angkat aku ikut gi pasar, kitorang terpaksa tunggu diorang balik untuk gi berkumpul sama2. Dekat pukul 9 baru kami sampai. Rumah paling dekat, tapi kami yang paling lambat sampai..hadoi. Lepas tu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku dapat kumpulan 8. Kumpulan ni untuk kami sama2 cooperate nak memotivasikan pelajar2 sekolah rendah kat kg tu. Kumpulan aku dapat pelajar2 tahun 4 n 5. Comel2 tapi nakal2. Penat sangat melayan diorang tu. Macam tak berminat je dengan aktiviti yang kitorang wat ni. Penat je kitorang semangat datang dari Shah Alam ke Pontian.huhu..2 perempuan 3 lelaki. Yang lelaki ni la yang susah sikit nak kawal. Pantang fasi2 leka sikit, lesap! Gi masuk kebun orang la, gi kutip durian la, gi makan rambutan la. Lain yang kita suruh, lain yang dia buat. Siap pecahkan gelas kat rumah makcik yang offer rumah dia untuk kami buat sesi LDK tu. Memang sangat2 menguji kesabaran. Baru aku terfikir "dulu masa aku sebaya diorang, aku macam ni ke?" Nama pun budak2, sabar je la. Bila tanya cita2, ada yang jawab nak jadi pemungut sampah. Hampeh tol. Nak motivate apa lagi kalau dah cita2 cam tu. Memang pening betul nak cari idea nak tarik perhatian budak2 ni. Yang perempuan ok la. Mula2 nampak malu2, tapi bila dah lama sikit, boleh tahan gak mulutnya. Tapi tak la senakal budak2 lelaki. Akhirnya pukul 12, budak2 ni dilepaskan dari penjara fasi.hahahaha. Happy gler diorang. Masa balik rumah, sempat la jugak tolong mak angkat (mak) buat kuih sikit2. Lepas lunch dalam pukul 2, berkumpul lagi kat balai untuk sesi LDK dengan student UPSR n sekolah menengah pulak. Tapi disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, iaitu bilangan fasi lebih ramai dari student, hanya sesetengah fasi sahaja yang terlibat. Aku masa tu tengah kepenatan n kengantukan, kang kalau aku join jadi fasi, lain pulak yang aku motivate budak2 tu. So aku decide untuk tak join n kami yang tak terlibat kena gi mana2 satu rumah orang2 kampung untuk buat sesi LDK sesama sendiri. Pukul 5 selesai, aku balik rumah n tolong mak siapkan makanan untuk diberi pada hadirin untuk majlis ceramah malam tu. Tapi kejap je, sebab lepas tu adik2 angkat aku ajak naik moto round2 kampung. Apalagi, laju je la aku offer nak bawa moto abah. Nasib baik lah abah ada 3 motor. dah 6 orang boleh naik. Yang lagi sorang tu terpaksa kayuh beskal. Shida la orangnye..hahaha.. Memang dia yang semangat sangat nak kayuh beskal. Kami round2 kampung n sambil tu gi melawat keluarga mangsa rumah terbakar. Kalau ikut cerita yang along (abg angkat) sampaikan, kejadian rumah terbakar tu baru je beberapa hari sebelum kami sampai. Anak lelaki umur 4 tahun main api masa tu, hampir2 waktu asar. Yang ada kat rumah masa tu cuma nenek n adik lelaki umur 2 tahun. So, masa kejadian, takde sape2 nak tolong. Rumah tu pulak agak terpencil. Masa pergi tengok rumah tu, memang totally hangus. Anak lelaki umur 2 tahun tu meninggal dunia sebab terbakar. Nenek dia tak sempat nak bawa keluar cucu dia sebab nenek dia pun injured gak kat belakang badan n dah hidu banyak asap. Bila org2 kg tau, terus hantar nenek tu ke hospital n selebihnya berusaha padamkan api. Tapi masa tu memang dah hampir habis rentung rumah. Bila dah padam, diorang cari mayat bayi tu n hantar ke hospital untuk postmortem. Yang dukacitanya, lepas selesai postmortem n mayat pun dah kebumi, ada ahli keluarga mangsa yang gi semula kat tapak rumah tu untuk cari kunci, tetiba terjumpa tengkorak manusia. Rupa2nya, mayat bayi yang dah dikebumikan tu, tanpa kepala. Tapi, kenapa doktor tak maklumkan pada keluarga mangsa? Sepatutnya benda ni tak berlaku sebab postmortem dah dijalankan. Apalagi, melentinglah family tu, terus nak saman hospital tu. Ha, berbalik kepada cerita round2 kampung, disebabkan shida kayuh beskal, dengan mudahnya kami yang bawa motor ni tinggalkan dia. Bukan sengaja, tapi tanpa sedar. hahaha. Tau2 je dia dh lesap dari pandangan. Sampai je kat rumah, muka dah pucat, kepenatan. hahaha..tu la, nak sangat kayuh beskal. Malam tu pukul 7 kami berkumpul dekat surau kampung tu untuk solat maghrib n isyak berjemaah n baca yasin. Lepas isyak, berkumpul kat dataran untuk program ceramah pulak. Tapi disebabkan keletihan tahap dewa dewi, aku tak dapat nak tahan mata ni. Sepanjang sesi ceramah tu, aku tido. Ye,aku tido. Astaghfirullah, takde langsung input yang aku dapat. Malu je kat makcik2 yang stil standing..huhu..Tapi nak buat camne, aku dah cuba tahan tapi terlelap gak. Abes ceramah, terus balik rumah n tido. Esoknya, 3 Ogos pukul 7 pagi kami berkumpul dekat dataran untuk aktiviti senamrobik dengan orang2 kg. Hahahaha. Cayalah dengan pakcik yang conduct senamrobik tu. Ada gaya2 silat lagi dalam senamrobik. Memang tradisional abes la. Seronok sangat. Lepas senamrobik, kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti gotong royong. Kumpulan aku kena bersihkan surau. Penat tapi best. Abah pesan suruh balik rumah pukul 1030 sebab dia nak bawa kami kuar jalan2. Tapi disebabkan terlebih excited bersihkan surau, pukul 1230 baru siap. Dekat pukul 1 baru sampai rumah. Pukul 230 dah kena berkumpul dekat dataran utuk majlis perasmian penutup. Memang tak sempat pun nak kuar gi mana2. Terkilan jugak. Tapi abah cakap kalau lepas ni cuti2 nak datang rumah, abah n mak tunggu je. Tiket bas abah tanggung. Wah, seronok dengar..hehe.. Yang paling best kat kg tu, masa program kami tu, tengah musim buah. Duku, langsat, rambutan, pulasan, durian. Buah kelapa pun banyak. Kami pergi 2 bas 2 malam, terus kering buah2 kat kg tu..hahahaha.. Seronoknya aku dapat makan durian puas2. Sebelum tu, walaupun tgh musim buah, aku tak berpeluang nak makan durian. So, memang puas abes. Semua buah aku makan. Bukan senang nak dapat tambah2 buah pulasan. Aku makan rambutan fresh terus kat atas pokok. Lain betul rasa buah fresh yang baru petik dengan buah2 yang kita beli dari kedai tu. Ni la yang seronoknya duduk kat kg ni. Nak naik motor pun takyah ada lesen, takyah pakai helmet. 1 kg macam 1 family. Nak dok lepak rumah sape2 pun tak kesah sebab semua memang kenal rapat. Seperkara yang best pasal family aku ni, family aku lah family yang terbesar. Paling ramai ahli. Masa nak balik tu, mak n kaklong la bersusah payah siapkan bekal untuk kami anak2 angkat yang 7 orang ni. Mak bungkuskan nasi lemak, mihun goreng, seplastik buah rambutan, sebekas buah durian, kerepek, rempeyek. Dah macam baru balik dari kg sendiri pulak. hahaha. Penat mak bungkuskan semua tu serba 7, maklum lah anak angkat ada 7 orang. Mak memang best la. Sayang mak,hehe. Masa nak naik bas tu, rasa sebak jugak. Walaupun 3 hari je, banyak kenangan. Keluarga mak n abah memang baik sangat. Kami sagat2 terharu. Mak n abah layan kami macam anak sendiri. Tak kekok dok kat rumah diorang. Hopefully akan sampai kesempatan untuk aku gi lagi kat kg tu. Kami bertolak balik pukul4 petang n sampai uitm pukul 830 malam. Aku terus kemas2 barang, kongsi buah2 yang aku bawa tu dengan kawan2, n lepas tu terus tido. Homework jangan tanya la, of course tak siap apa pun. Macam biasa la, lab report n homework untuk subjek BEL462. Hari isnin pagi tu aku bangun awal baru nak setlekan 1 demi 1. Apa2 pun, pengalaman kat Kg Permatang Palas memang tak boleh nak dibandingkan dengan kepenatan n kekalutan aku siapkan homework n keje2 after tu. Semua tu pengalaman yang sangat mahal. Kalau aku diberi peluang lagi, aku takkan tolak untuk join program2 macam tu. Harap ada lagi kesempatan...Amin..

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..