Assalamualaikum wbt......
Di kesempatan yang sedikit ni, dapat jugak aku singgah kat web blogger ni untuk aku story mory sikit kehidupan aku sepanjang minggu. Yang pasti, semakin sibuk. Sibuk dengan study n macam2 aktiviti lagi. Hari khamis ni ade test Human And Food Nutrition. Tak study lagi ni.Hadoi.
Semalam ade family day under GPMS. Aku jadi AJK bidan terjun,hehe. Last minute baru aku dipanggil. Walaupun aku ade banyak keje,aku taknak lepaskan peluang tu. PERTEMA dah la takde family day, so bila lagi aku nak keluarkan peluh n lupakan kejap pasal sume keje2 aku kn. Masa ni la. And masa tu gak buat pertama kalinya aku maen net bll. Yes, for the first time!hahahaha. Masa zaman sekolah dulu, aku lebih berminat dengan badminton and taekwondo. Net ball ni ramai sangat yang pandai maen, so bila aku tak reti, aku rasa rendah diri n langsung taknak join. Tapi semalam memang best sebab diorang tak kesah reti maen or tak, janji enjoy. Tapi masa nak maen tu, diorang briefing la sikit. So aku pun dah tau la rules net ball ni. First game, aku jadi WA. Area aku terhad je so tak lah penat sangat. Tapi masuk second game, aku jadi centre, sume area aku blasah. Penatnya Tuhan je yang tau. Tapi pemain lawan memang ganas2. Aku dah pegang bola, boleh plak die main peluk2 nak rebut. Tunggu r aku pas bola tu,hadoi. Hidung aku pun rasa cam nak patah bila kena debik ngan tqah. Masalahnya, tqah tu team aku. die punya semangat nak kejo bola, sampai dah tak perasan siape lawan n siapa geng. Masa die jadi centre untuk first game pun, die gi pas bola kat lawan, hadoi.Hahaha. Tapi ape2 pun, best! Pastu maen sukaneka. Aku tak join la sebab aku AJK, kena conduct bebudak tu. Bila dah kepenatan tu, kitorang dapat makanan n yang bestnya kitorang makan sama2 kat situ gak. Tapi aku agak kecewa la tak dapat maen futsal. Memang dah teringin lama dah. Tapi nak wat camne, takde rezeki.
Malam nanti aku ada dinner, Stil under GPMS. Bayar rm5 je, tu yang aku tak teragak2 nak join. Harap2 dinner ni pun beri kenangan manis untuk aku. Sekarang baru nak masuk minggu ke-4 kuliah mula. Masih awal lagi, tapi aku tak boleh berlengah. Aku dapat rasakan yang sem ni aku memang takde masa nak maen2 even nak kuar town pun aku kena pikir 3-4 kali. Masa tu memang terhad sangat. Bulan 9 nanti aku dah mula ade training sebagai sukarelawan sukan asean. Every Saturday dari pagi sampai petang. Maknanya lepas ni aku tak boleh la nak balik rumah sangat. Ingatkan masa bulan pose nak balik rumah selalu, nak berbuka kat rumah,huhu. Takpela, kalau ade masa, aku balik la.
So i think thats all for now. Kalau ada kesempatan aku akan coretkan lagi apa2 kat sini. Wassalam..
No comments:
Post a Comment