Assignment MIC500 (Food Microbiology) ni menggantikan test aku. Kak Mai dah bagi assigment ni sebulan yang lepas iaitu 16 Julai 2008, kena submit before mid term break 16 Ogos 2008. Disebabkan aku terlalu banyak keje, 2 minggu sebelum due date baru aku ada masa nak buat assignment tu. Aku gi PTAR untuk cari n pinjam reference books, aku terpaksa bawa laptop yang berat tu ke fakulti nak cari wireless untuk aku surf internet nak cari maklumat pasal Botulism Poisoning (tajuk yang aku pilih untuk assignment tu), aku kena mencuri2 masa untuk melepak kat tangga kolej semata2 nak dapat wireless (kat bilik aku tak dapat wireless), abeskan masa berhari2 untuk draf assignment tu (kak mai mengharamkan 'copy-paste'), n akhir sekali, taip! Disebabkan font yang ditetapkan hanya 9, nak penuhkan 1 page pun semput gak. Lepas siap semua, lebih kurang seminggu sebelum due date, aku pun dengan yakinnya save assignment tu. Nak print, rasa cam awal sangat. So lepas tu aku pun terus lupakan pasal assignment tu sebab semuanya dah setle. Aku bertungkus lumus siapkan keje2 yang lain pulak. Tapi 3 hari sebelum due date, hati aku rasa tak sedap. Aku pun buka la laptop aku nak make sure assignment tu takde masalah, tapi assignment tu takde! Dah lesap!! Semua file n folder aku cari, tapi takde! Bukan setakat assignment je yang takde, segala macam maklumat yang aku cari dari internet pun ghaib camtu je. Apa2 je maklumat berkaitan assignment tu semua takde. Ya Allah ya Tuhanku, ujian apakah ini?? Masa dah suntuk sangat2. Cukup ke masa kalau aku nak buat semula?? Nak teruskan mencari or buat je semula?? Mana 1 yang lebih efficient?? Dalam masa dok memikir2 tu, aku teringat draft yang aku buat. Kalau draft tu ada lagi, mudah sikit keje aku. Aku tak payah cari maklumat lagi sebab semuanya memang aku dah tulis dalam draft tu. Cuma perlu rewrite je. Cari punya cari, jumpa! Alhamdulillah... Nasib baik aku tak buang lagi. Kertas tu dah nampak nazak dah, tapi stil leh baca apa yang aku tulis. Aku pun tak tunggu lama la, terus taip semula semuanya. Alhamdulillah, tak sampai sejam, aku dah siapkan semula assignment tu. Aku terus print and simpan dalam fail. Apa2 nak jadi kat assignment aku dalam laptop tu, aku dah tak kisah. Semuanya dah siap. Aku submit awal sehari, cuak gak assignment aku hilang lagi..huhu..
Rasa2nya, camne boleh hilang ek? Aku tak save ke? Tapi sebelum ni, dah 2 3 kali aku buka folder tu sebelum assignmet tu siap, ada je. Kenapa masa dah 100% siap baru nak hilang? Ada orang yang nak sabotaj aku ke? Tapi sape? Memang ada kawan aku yang pinjam laptop aku sebelum tu. Dia pinjam masa aku tido, so aku memang taktau la apa yang dia buat. Tapi aku 99.9% yakin yang dia takkan tergamak buat macam tu. Lagi 0.1% tu, aku serah pada Allah. Mana boleh percaya orang 100% kan. Tapi memang hati aku kuat kata yang kawan aku tu tak terlibat. Aku agak percaya kat dia. Dia pun banyak tolong aku sebelum ni, takkan tetiba nak sabotaj aku? Lagipun, tajuk yang dia pilih tak sama dengan tajuk aku. Takde gunanya dia nak sabotaj aku. Ntah la, lagi aku fikir, lagi pening kepala aku. Apa2 pun, sekarang ni semua dah setle. Harap2 lepas ni benda camni tak jadi lagi. Cuak sangat.
Ya Allah, lancarkanlah segala urusan ku ini
Ringankanlah beban yang tergalas di bahuku..
semoga segala usaha ku ini akhirnya memberi kemanisan..
Amiiiinnn...
No comments:
Post a Comment