Assalamualaikum w.b.t
UiTM ku..Aku bukan nak bising2 kat blog ni, nak tuding jari salahkan sape2 pasal isu yang tengah hangat sekarang ni - pemberian kuota kemasukan 10% kepada pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing. Ini hanyalah suara aku sebagai pelajar yang sedang menuntut ilmu di universiti yang sangat2 aku sayangi - UiTM.
Aku pelajar tahun 2 kat UiTM Malaysia, Shah Alam. Kebanyakan pergolakan pasal UiTM ni aku tau. And as a student of UiTM, of course i'm totally disagree with Dato Khalid's suggestion. Aku bukan nak bercakap soal politik. Aku hanyalah pelajar berusia 20 tahun yang kurang arif tentang politik n terus terang aku cakap, aku tak berminat dengan politik. Sebab permainan politik ni banyak yang kotor dari yang bersih. Sorry to say this, but this is the fact that we have to realize. So sekarang aku menulis sebagai pelajar UiTM, bukan pro goverment or pro pembangkang.
Actually, aku dapat tau pasal cadangan pembukaan kuota tu pun agak lambat. Yela, macam yang aku cakap, aku tak minat politik. Aku agak tak amek tau isu2 semasa ditambah dengan keje aku yang bertimbun2. Bukan kata tengok tv, nak baca surat khabar pun tak sempat. Kekadang adalah baca sikit2 sambil share2 dengan kawan sementara nak tunggu masuk kelas. So, masa untuk aku dok lepak2, baca news paper sambil minum2, memang hampir2 impossible. UiTM mula jadi sedikit kecoh masa hari Isnin, 11 Ogos 08 sebab hari tu lebih kurang pukul 1 tengah hari, our MPP dapat berita ni. Diorang buat meeting on the spot. Kebetulan hari tu aku ada koko dari pukul 5-7. Balik dari koko, aku terus siap2 sebab sepatutnya aku ada meeting dengan budak2 unit aku pukul 830. Tapi dalam pukul 730 aku dapat mesej dari kawan aku yang kata meeting yang aku nak buat tu terpaksa cancel sebab ada perjumpaan dengan pengetua kolej. So dia pun story mory la kat aku. Rupa2nya perjumpaan dengan pengetua tu berkaitan isu ni lah. Kami, pelajar2 UiTM yang tak bersetuju dengan cadangan Dato Khalid tu diminta menandatangani memorendum bantahan yang akan diserahkan kepada Dato Khalid kat pejabat dia, besoknya. Dalam waktu tu jugak, MPP sibuk round UiTM guna kereta peronda pasukan keselamatan UiTM untuk uar2kan pasal perarakan yang akan dijalankan esoknya kat pejabat menteri besar Selangor. Kami yang ingin turut serta dengan perarakan tu diminta pakai baju hitam sebagai simbol kekecewaan n kesedihan kami terhadap kenyataan Dato Khalid. Ditegaskan kat sini, perarakan yang dijalankan tu bukan demonstrasi. Bukan sama sekali. Kami tak menimbulkan apa2 kekecohan awam. Kami hanya dikumpulkan untuk sama2 berarak secara aman ke pejabat menteri besar untuk menunjukkan bahawa kami pelajar2 UiTM sangat2 sayangkan UiTM dan prihatin tentang isu yang dibangkitkan serta menunjukkan kami bukanlah pelajar yang lesu. Kami tahu hak kami, kami tahu undang2 dan kami hanya mempertahankan hak kami dan hak kaum bumiputera. Bukan tujuan kami untuk buat kecoh atau mengganggu ketenteraman awam. Tak terniat langsung. Pada 12 Ogos 08, Selasa, seawal jam 7 pagi lagi pelajar2 UiTM yang menyertai perarakan tu dah mula berkumpul kat Padang Kawad UiTM. Aku terpaksa batalkan niat nak join perarakan tu sebab aku ada kelas pagi tu yang memang tak dapat nak elak. Dalam pukul 830, jalan dah mula sesak. Pelajar2 yang berkumpul kat Padang Kawad dah mula bergerak keluar untuk ke pejabat menteri besar. Takde sebarang tangkapan, takde sebarang kecederaan. Hanya perarakan secara aman. Dalam lebih kurang pukul 12-1 semuanya selesai. Memorendum dah diserahkan dan terpulang pada pihak yang berkenaan untuk meneliti. Kami pelajar2 UiTM dah buat apa yang termampu untuk mempertahankan UiTM dan hak orang2 Melayu khususnya.
Tapi, yang aku tertanya2 ni, kenapa secara tiba2 isu ni dibangkitkan? Kenapa nak serang UiTM? Kenapa mesti 1 lagi hak keistimewaan orang Melayu dinafikan? UiTM dah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 sebagai universiti khusus untuk kaum bumiputera. Sebagai salah 1 hak istimewa orang melayu. Dah termaktub dalam perlembagaan, so kenapa mesti didebatkan? Dalam Malaysia ni, ada beratus-ratus IPTA n IPTS selain UiTM. UiTM is the only university yang khusus untuk kaum Melayu dan bumiputera. Yang lain2 IPTA n IPTS dah terbuka luas untuk kaum bukan bumiputera. UiTM is the only one! Bukan ada banyak pun, ada 1 je, kenapa yang tinggal 1 ni yang nak dikecoh2kan? isy, musykil betul la. Or maybe, ada kepentingan lain? who knows?
UiTM bukan anti kaum non-bumi. UiTM hanyalah medium untuk menaikkan taraf pendidikan orang2 Melayu. Ni Malaysia, yang asalnya adalah kepunyaan Melayu. For me, there's nothing wrong if ada universiti khas untuk orang2 Melayu. Ni memang asalnya negara kami. So apa yang tak puas hatinya? Lagipun, kami masih bekerjasama dengan kaum non-bumi. Aktiviti2 yang dianjurkan ada yang bersifat antarabangsa. Melayu, Cina, India dan lain2 kaum boleh ikut serta. Takde sebarang masalah. Staff2 n lecturers ada dari kalangan Cina dan India dan mereka boleh bekerja tanpa ada sebarang rasa diskriminasi. Some of my lecturers are Chinese, and i can see that they are happy working at UiTM and happy to give us (Malay student) knowledge. And of course, kami sangat2 menghormati mereka. Tak pernah rasa yang mereka2 ni Cina or India, and tak sepatutnya berada di UiTM. Nope! Not at all!
Paling mengecewakan, kenyataan Dato Khalid yang mengatakan UiTM tiada kemajuan. UiTM tak mesra kaum, pelajar2 UiTM tak boleh menyesuaikan diri dengan kaum2 lain. Kenyataan tanpa bukti yang kukuh. UiTM banyak meraih kejayaan di dalam dan di luar negara. Peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mana mungkin dikatakan UiTM tiada kemajuan. Sekali lagi tegaskan, UiTM bukan anti non-bumi. Lagipun, mengikut laporan2 surat khabar, 'UiTM grades in demand'. Pelajar2 UiTM diingini di dalam industri. Tak kira la syarikat2 kerajaan or swasta. Kebanyakan laporan yang diterima dari syarikat swasta, mereka menggemari UiTM grades based on communication skill pelajar2 UiTM dan kecekapan dalam melaksanakan kerja2. Communication skill expecially in English. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik inilah yang membantu komunikasi antara kaum. Sedar atau tak, tu lah kenyataannya. Kebanyakan syarikat2 swasta ni dimiliki oleh orang2 Cina. Ini dah jelas bahawa UiTM diterima oleh semua kaum berdasarkan kualiti produk2nya. So, Apalagi yang kurang? Semua universiti kat dunia ni pun mesti ada kelebihan n kekurangan. Dan UiTM dalam usaha untuk mengurangkan segala kekurangannya. UiTM bukan universiti second class. Aku memang dah jemu sangat dengan pandangan2 macam ni. Disebabkan UiTM 100% bumi, ramai yang menganggap UiTM adalah university second class. UiTM is a World Class University! Sepatutnya orang2 Melayu perlu berbangga dengan UiTM. Universiti bumiputera yang mempunyai pelbagai kemudahan yang serba canggih, menandingi universiti2 tersohor yang lain. Walaupun anda bukanlah warga UiTM, tetapi sebagai orang Melayu, kita patut berbangga. Orang Melayu bukan kekampungan. Kita mampu maju dan berjaya.
Aku bukan nak bermegah dengan status pelajar UiTM. Macam yang aku cakap tadi, tulisan ni hanyalah suara hati aku sebagai orang Melayu amnya. Kecewa yang teramat bila bangsa sendiri merelakan hak bangsanya digadai. Aku taknak nasib UiTM sama macam nasib kuota biasiswa. Mula2 minta 10%. Bila dah bagi betis, nak peha pulak. Sekarang dah jadi 50%. 50% bukan jumlah yang sikit. Macam mana nak bantu ramai orang Melayu dengan had sebanyak tu? Sedangkan peratusan penduduk Malaysia adalah 65% Bumi, 35% non-bumi. Nampak sangat kuota biasiswa tu tak balance. Kuota MRSM pun dah buka. So, cukup2 lah. Janganlah ada lagi yang cuba2 nak mengurangkan hak orang Melayu. Orang Melayu seolah2 berperang di tanah sendiri.
Kalau lah isu yang dibangkitkan ni semata2 kerana kepentingan peribadi, kuasa, n politik, hentikanlah. Cukup2 lah setakat ni je. Fikir untuk kemajuan negara, bangsa n agama. Bukan kuasa. Banyak isu lain yang lebih relevan untuk didebatkan. Isu yang mampu memajukan n memberi faedah kepada negara. Lebih baik fokus kepada benda tu semua dari sibuk2 nak memperluaskan kuasa. Kuasa tak ke mana. Once kita dah tak di terima, kita akan dilayan macam anjing kurap. Berbaktilah selagi terdaya.
Salam..........................................
No comments:
Post a Comment