Friday, August 22, 2008

{ We Are What We Eat }












Assalamualaikum w.b.t




Mesti ramai yang biasa tengok gambar kat atas ni kan. Food Guide Pyramid ni digunakan sebagai rujukan dalam pengambilan makanan sehari-hari. Mungkin kuantiti makanan yang dicadangkan differ in individual, but secara generalnya inilah kuantiti yang seeloknya. Daripada Food Guide Pyramid ni pun kita dah boleh nampak yang kita perlu amek lebih karbohidrate. Untuk apa? Of course la untuk membekalkan tenaga. Rasanya ramai yang tahu pasal ni. Tapi sesetengah orang yang sedang berdiet, langsung taknak amek sebarang sumber karbohidrat macam nasi sebab bagi dia nasi ni menggemukkan. Karbohidrat ni penting untuk membekalkan tenaga. Kalau kita tak amek langsung sumber karbohidrat, badan akan lemah. Otak akan kurang cerdas. Cara diet ni sangatlah tak sesuai. Kita mesti amek sumber karbohidrat, but kurangkan kuantitinya. Bukan tak amek langsung. Karbohidrat ni akan dipecahkan kepada monomer iaitu glucose, fructose dan galactose. Bila dah jadi monomer, baru badan boleh absorbed n barulah kita boleh dapat tenaga tu. Kalau kita tak makan sumber karbohidrat, badan akan gunakan sumber lain untuk menggantikan karbohidrat sebagai tenaga contohnya macam protein. Sedangkan protein diperlukan untuk membuat tisu2 baru, cell2 baru, buat hormone, enzyme, antibodi n macam2 lagi. Kalau dah guna protein sebagai energy, tak bolehla nak guna protein untuk benda2 lain yang lagi penting. Selain karbohidrat n protein, lipid pun digunakan sebagai sumber tenaga. Kita perlu amek fat @ lipid, tapi dalam kuantiti yang sepatutnya. Kalau terlebih, badan kita akan simpan fat2 ni kat adipose tissue, kat bahagian bawah kulit. Kemudian akan terjadilah istilah 'pengumpulan lemak'..hehe. Fat pun penting sebagai shock absorber for vital internal organ. Lemak2 ni jadi macam kusyen kat organ2 dalaman kita, untuk serap hentakan. So, lemak pun penting jugak kan? Yang penting, buah2an n sayur2an. Semua orang pun tahu pasal ni. Buah n sayur banyak vitamin n mineral yang diperlukan oleh badan. Tapi sebenarnya vitamin and mineral ni tak diperlukan dalam jumlah yang banyak. So, makan buah n sayur dah cukup untuk dapat vitamin n mineral. Tak perlu lagi nak amek supplement. Sebab kalau terlebih amek vitamin n mineral pun, ada kesan sampingan n sometimes can lead to death! Bahaya kan? Lebih baik amek natural sources daripada supplement ni. N pelbagaikan makanan yang diambil. Barulah kita boleh dapat semua sumber2 nutrient ni. Ada sesetengah mineral n vitamin yang badan kita boleh buat. Our body can synthesize certain minerals and vitamins. Tapi ada jugak sesetengahnya yang badan kita tak boleh nak produce n kita perlu dapatkan dari diet. Kalau anda jenis yang tak makan sayur n buah, barulah diharuskan amek supplement untuk cover balik kekurangan dalam diet tu. Lagi 1 kepentingan buah n sayur ni, sebagai fiber. Fiber ni untuk melawaskan pembuangan bahan kumuh dalam badan. Badan kita perlu buang toksid2 dalam badan, barulah boleh maintain sihat. Cuba bayangkan kalau kita makan hari2, dalam 3-6 kali sehari tapi kita jarang2 buang air. Segala toksid2 dan gas2 ada dalam badan, kan tak sihat? Sepatutnya bila kita makan hari2, kita pun patut buang toksid hari2. Bila tak buang, mulalah badan rasa tak selesa, perut bucit, badan lemah, rasa malas. See? Hebat kan pengaruh makanan ni? Tapi, tanpa air, walau banyak mana pun kita makan buah n sayur, proses pembuangan susah jugak untuk dijalankan oleh tubuh. Fiber akan menjadikan najis kita dalam bentuk bulk @ ketulan supaya mudah disingkirkan dari tubuh. Tapi kalau kita kurang minum air, bulk tu akan mengeras dan akan mencederakan usus masa proses penyingkiran tu. So, kita mesti minum air kosong dengan jumlah yang banyak supaya memudahkan proses penyingkiran bahan kumuh dari badan. Air kosong ni pun penting dalam proses penyingkiran toksid dari badan. Bila badan berpeluh, air + toksid akan dikeluarkan. So, kita kena top up la balik air yang hilang tu. Air hilang dengan banyak cara. Bila kita buang air kecil @ besar, bila berpeluh, bila menangis, n air dari badan kita ni secara semulajadinya tersejat ke udara secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. So, after this, tak payah la tunggu sampai dahaga baru nak minum. Minum je air kosong sentiasa. Minimum 8 gelas sehari.



Kebanyakan orang tak bersarapan. Alasan yang selalu dengar, tak sempat. Kalau student, morning rush nak ke kelas. Workers plak of course la nak ke tempat kerja. Nanti traffic jam lagi, tak sempat nak bersarapan. Tapi sarapan tu yang paling penting berbanding lunch n dinner. Sarapan akan mempengaruhi our lunch n dinner. My example for student la ek coz im a student. But, fakta ni pun general n boleh digunapakai oleh sape2 je. Bila kita tak bersarapan, badan kita tak dapat sumber karbohidrat untuk dijadikan tenaga. Atau boleh juga dikatakan badan tak boleh synthesize glucose to produce energy in the form of ATP. Bila takde glucose, takde la tenaga. So kita akan lemah n lesu je sedangkan hari baru baru je bermula. Patutnya kita kena penuh tenaga n semangat. Nak mulakan kelas pun takde mood n kita akan rasa mengantuk sebab letih. So macam mana nak concentrate dalam kelas? Bila sampai waktu lunch, kita akan rasa lapar sangat2 sebab dari pagi tak makan, then kita akan makan lunch dalam kuantiti yang lebih. Konon2 untuk cover breakfast la tu. Bila kita makan terlebih untuk lunch, kita akan rasa mengantuk pulak lepas tu. Kebanyakan oksigen berkumpul kat perut untuk digest makanan2 yang kita makan tu, tambah2 pulak kita makan banyak, lagi lah banyak oksigen yang diperlukan. Oksigen dekat otak dah kurang, kita rasa mengantuk. Once again, macam mana nak concentrate dalam kelas? Kalau student selalunya lepas lunch akan ada kelas lagi. So how? Bila kita makan banyak masa lunch, kita akan amek dinner lewat la pulak. Dalam pukul 8 @ 9. Badan dah letih bekerja sepanjang hari, perut dah isi, lagi sekali mengantuk. Macam mana nak buat kerja?

See? how important foods are? Be carefull in choosing our meal. Kebersiahan n ke'halal'an makanan tu penting. Kalau makanan yang kita makan tu tak halal, doa kita susah makbul. Makanan boleh buat kita sihat n makanan jugak boleh buat kita sakit. We are what we ate. Pilihlah makanan yang baik sebab makanan ni akan jadi darah daging.

Wassalam....................................................

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..