Semalam,26 Ogos 2008 hari selasa macam biasalah kelas aku mula pukul 830 pagi. Pagi tu cuaca ok je. Nyaman. Tak nampak tanda2 nak hujan pun. Next kelas pukul 1030-1230. Kelas CTU553 (hubungan etnik). Dalam lebih kurang pukul 12, hujan turun renyai2. Ingatkan hujan tu akan stop dalam masa terdekat. Tup2 pukul 1230 makin lebat la pulak..hadoi. Aku ada lab physical chemistry pukul 3 petang dan yang paling haru lab report yang nak kena submit masa lab nanti aku belum siapkan lagi. Boleh tahan banyak la yang belum settle. Lagi la bertambah cuak. Aku tak bawa payung pulak masa tu. Semua member2 aku pun tak bawa payung. Ramai yang dok je berteduh kat bawah blok tu. Tapi aku rasa aku memang tak boleh nak tunggu. Nak gi beli lunch lagi. Bila lak aku nak siapkan report tu kalau aku pun dok lepak kat situ. So, aku nekad nak redah je hujan balik kolej. Takla jauh mana tapi sempat la basah kuyup jugak sebab hujan memang lebat sangat. Aku ajak As, Farah n Fiza join aku redah hujan. Awal2 diorang macam taknak. Tapi bila dah fikir2 n aku pun pujuk2, diorang nak ikut except Fiza. So kami bertiga pun dengan selambanya redah hujan, jalan kaki balik kolej. Masa tengah berjalan tu, memang tahan je la muka. Buat muka seposen je. Malu la gak. Tapi ni dah darurat, takde pilihan. Sampai kat kolej, masing2 dah menggeletar kesejukan. Tapi rasa macam best la pulak. Bukan senang nak dapat peluang jalan dalam hujan..hehe. Sampai kat kolej, terus tukar baju n gi DC nak beli lunch. Terlupa pulak nak mandi sebab masa tu memang lapar sangat. Balik dari DC, terus makan. Lepas makan baru terasa sakit2 kepala. Barulah teringat yang aku tak mandi lagi lepas kena hujan tadi. Teruslah gi mandi. Burr, sejOk. Badan pun dah rasa bahang. Lepas tu teruslah siapkan report yang nak kena hantar tu. Lab pukul 3 sampai pukul 5, balik je terus solat asar then tido. Kepala dah makin berdenyut-denyut..huhu. Harini masih sama, sakit kepala tapi nasib baik tak selesema je. Kalau tak mesti lagi teruk sakit kepala ni. Pukul 9 tadi, mak datang amek aku kat kolej nak bawa balik rumah. Esok kelas pukul 3 petang. Balik kolej lambat2 sikit pun takpe. Tapi pukul 3 tu ada test, so dok rumah ni kena la study. Sebab utama aku balik rumah ni bukannya sebab aku demam, tapi sebab report Food Microbe aku hilang. Bukan hilang sebenarnya, tapi tak ter'save' dalam pendrive aku. I suppose to submit it today during lab at 2 pm, tapi masa nak print out tadi cari dalam pendrive dah takde. Aku buat report tu masa kat rumah lagi. Masa cuti mid sem. Aku guna komputer kat rumah nak taip then bila dah siap aku save la dalam pendrive. Rupa2nya ada problem. Lepas 5 saat aku save, file tu hilang dengan sendirinya. Nasib baiklah aku save dalam komputer kat rumah ni jugak. So aku balik ni untuk nak print out dari komputer rumah la. Aku try copy lagi sekali file to dari komputer n paste kat dalam pendrive aku, then after 5 second the file has gone. Hadoi,apa kena la pulak ni. Pendrive aku ada masalah or komputer ni ada masalah? So sekarang dah siap print, lega sikit. Esok kena hantarlah. Kalau prof tanya kenapa hantar lambat, cakap jujur je la kan. Bukannya aku tak buat. Kalau nak kena deduct mark, pasrah je la.
Besok test physical chemistry chapter 1 n 2. Aku tak study habis lagi ni. Baru buat latihan sikit2 je. Teori tak baca lagi. Harap2 esok sebelum test aku sempat nak habiskan n harap2 esok sakit kepala aku ni dah berkurang.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau pemberi Rahmat
Limpahilah hambaMu ini dengan rahmatMu
Kurangkan kesakitan ku ini
sesungguhnya apa yang Kau pikulkan dibahuku ini adalah mengikut kemampuanku
Aku menagih kasihMu ya Rahman
dengarlah rintihan hambaMu yang hina ini
sesungguhnya kejayaan dan kegagalanku adalah mengikut kehendakMu
Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment