Thursday, August 21, 2008

~mY aBiLiTy~

Assalamualaikum w.b.t

Tengah cuti mid sem ni, kerap la sikit aku menulis kat blog ni. Sementara ada masa n kesempatan. Ni je la cara aku nak hilangkan bosan, nak isi masa lapang. Lebih baik dari aku merayau2, shopping sana sini abeskan duit. At least, aku dok kat rumah je.. Ni lah contoh anak yang baik..huahaha..

Harini aku tak fikir nak tulis benda yang berat. Macam aku cakap, hanya nak isi masa n hilangkan bosan. Mungkin juga berkongsi sikit ilmu dengan orang. Sebab aku penah dengar Dato Dr Hj Fadhilah Kamsah cakap, salah satu cara untuk hilangkan stress ialah dengan cara menulis. Tak kiralah diari ke, blog ke, dalam bentuk jurnal ke. Asalkan menulis. Daya pemikiran pun bertambah tajam, insyaAllah..

Dalam beberapa minggu yang lepas, macam biasa hari Rabu kelas aku mula pukul 830 pagi, kelas Food Microbiology (MIC500). Nama lecturer aku, Mazatul Ikhma. Aku suka tiap2 kali nak masuk kelas dia. Kelas dia 2 jam, sampai pukul 1030. Kebiasaannya kalau kelas 2 jam, aku susah nak fokus sampai akhir lecture. Selalunya sejam or 30 minit terakhir aku dah mula bosan n mengantuk. Tapi untuk kelas kak Mai (nama panggilan utk lecturer tu) ni, selalunya aku tak bosan n ngantuk pun. Aku boleh fokus sampai akhir sesi kelas. N selalunya aku akan rasa 2 jam tu sekejap sangat. Tau2 je kelas dah abes. Kak Mai lain sikit dari lecturer lain. Dari pengamatan aku berdasarkan apa yang dia story, dia seorang yang sangat banyak pengalaman. Dia lembut, tapi tegas. Sangat komited dengan kerja, sangat kretif, banyak idea. Aku boleh anggap dia dulu student yang genius. Tapi dia pernah bagitau yang dia grade dulu bukanlah first class honour, but second class upper. Maksudnya, masa dia student dulu dia bukanlah scorer. Dia pelajar sederhana, macam kebanyakan pelajar2 sekarang. Tapi honestly, aku memang kagum dengan dia. Tiap2 kali kelas, mesti ada je nasihat yang dia bagi. Nasihat untuk kehidupan, pelajaran, percintaan and even sport pun dia layan. Memang sempoi habis. Nampak lembut, tapi rupa2nya minat bola. Dia selalu cerita pasal pengalaman dia. Selalu mencabar kami untuk buat sesuatu yang di luar fikiran. Semua yang dia cakap tu, memang betul. Kadang2 aku fikir, bila la dia ada masa buat semua tu? Rasa macam semua benda kat dunia ni, dia dah buat. Aku ni cuma pelajar tahun 2, ijazah je tapi sibuk mengalahkan PM. Rasa macam rugi pulak kalau masa muda n bertenaga ni, terlepas banyak peluang.

Duh, aku bukan nak bercerita pasal Kak Mai sebenarnya, tap dah terlajak pulak. Kak Mai ada bagi 1 tips kat kami. Tips tentang cara2 nak study. Tips dia bukan macam list yang selalu kita dapat dari motivator or kaunselor tu.
1. Study smart
2. Minum banyak air
3. minta doa dr parents
4. jangan putus asa
5. bla..bla..bla..

Kekadang apa yang kita dapat tu, semuanya kita tau. Cuma nak buat dengan tak buat je. Tapi Kak Mai bagitau waktu yang sesuai untuk study. Waktu pagi. Yes, i knoe ramai yang tahu pasal ni tapi ramai yang tak buat. Bukan semua, tapi kebanyakan student suka study waktu malam. Dulu aku pun macam tu. Semua kawan2 aku pun macam tu. Ye, SEMUA kawan2 aku. Tapi yang seeloknya, waktu study adalah waktu pagi. Apa relevennya study waktu pagi? Kak Mai cakap, lepas kita tidur, otak kita akan diset semula. Masa tidur, otak akan rest. Macam badan kita pun, perlukan rest. Kita tak boleh kerja dari pagi sampai lewat malam tanpa ada rehat langsung sebab badan akan terlampau penat n menjejaskan kesihatan. Macam tu jugak dengan otak. Kalau kita study waktu malam, masa tu otak dah penat. Sepanjang hari otak kita dah bekerja. Dari pagi sampai petang kita dah penatkan otak dengak kelas2, kadang2 lab. Assignment2 n lab2 report. Malam pun kita nak stress kan otak dengan nak menghafal, nak ingat macam2 perkara, nak review balik apa yang dah belajar. Kadang2 bila ada test or kuiz or even final exam, kita akan paksa otak kita untuk ingat semua benda dalam 1 masa. Lagi lah melampau. Kesian kat otak tu. Lagi 1 faktanya, bila waktu malam, otak kita sebenarnya dah banyak menghasilkan hidrogen. Hidrogen ni la yang membuatkan otak kita letih n seterusnya mengantuk sebab dah banyak hidrogen dalam otak, so oksigen pun kurang la. Kita mengantuk sebab kurang oksigen kat otak. Kita rasa mengantuk selalunya lepas makan expecially kalau kita makan banyak. Sebab masa tu kebanyakan oksigen ada dekat perut untuk proses digestion, so oksigen dekat otak dah berkurang. Sebab tu juga kita rasa ngantuk waktu malam. Oksigen dalam otak dah berkurang. Cara nak mengatasinya? TIDUR.. Ye, mudah sangat. Tidur je. Waktu malam memang waktu untuk kita tidur. Waktu untuk badan kita rehat. Kalau kita amati kejadian alam, siang dan malam pun, kita dapat tengok Allah hilangkan matahari dan timbulkan bulan waktu malam. Sebab Allah nak kita rehat dan tidur atau bermunajat pada Dia. Tanpa sebarang gangguan bunyi dan cahaya. Dia jadikan malam sejuk dan nyaman, memang condition yang sesuai sangat untuk merehatkan badan dan minda. So, kenapa kita mesti berjaga malam untuk paksa badan n otak kita sedangkan Allah jadikan suasana malam untuk berehat dan bermunajat.
Macam yang aku cakap tadi, masa kita tidur, otak akan rest n disetkan semula. Otak akan menyusun semula semua maklumat2 yang kita dapat sepanjang hari tu.So, bila kita bangun pagi, badan dah fresh, otak pun dah fresh. Cuba kita baca semula @ study semula subjek semalam, sure kita akan lebih faham. Senang sikit kita nak menghafal @ review semula pelajaran kita. Seeloknya waktu pagi ni, memang betul2 pagi la ek. Bukannya pukul 10 pagi..hehe. Dalam lingkungan 3-5 pagi. Tapi untuk sesiapa yang baru nak mula, tak boleh la terus emngejut bangun pukul 3 pagi nak study. Alamatnya, tertido semula. Macam aku yang baru nak mula ni, aku tak boleh bangun pukul 3 pagi. Sama ada aku tak terjaga langsung masa alarm bunyi, or aku akan baling phone aku yang memekak tu..hahaha. Semuanya out of my control. So, aku mula2 bangun lewat la sikit. Pukul 6 pagi bangun, mandi, solat subuh, baca quran sikit then baru mula. Masa mula tu pun kekadang dah lewat, but itulah permulaan. Bila dah boleh adapt sikit, bangun awal lagi. Pukul 530, mandi, baca quran sampai subuh. Lepas subuh dah boleh mula study. So, kan dah awal sikit. Macam tu la seterusnya kalau nak bangun awal lagi. Tapi, nak bangun awal, of course la kena tidur awal kan. Aku selalunya akan cuba tidur sebelum pukul 12. Tapi kadang2 terlajak gak sampai pukul 1. Tapi kekadang kalau ada kelas malam, balik je kelas, solat isyak terus tidur. Memang awal sangat la. Dalam pukul 10 lebih or 11. Selalunya kalau takde kerja yang penting, aku akan buat besok paginya. Kecualilah kalau aku rasa aku tak sempat nak siapkan kerja2 tu besok paginya, baru aku akan tidur lambat siapkan kerja tu.

Bangun awal pagi ni sebenarnya baik untuk kesihatan jugak. Lebih baik dari kita tidur lambat n bangun lambat. Murah rezeki, badan sihat, otak pun cergas. Tapi masalah kita ni, susah sikit nak bangun pagi. Tidur lambat takde masalah. Mungkin ada sesetengah orang yang dah biasa amalkan stay up waktu malam untuk study n result pulak gempak, sure akan ragu2 nak tukar cara study. Yela, selama ni dah biasa study malam pun boleh je nak score, takde problem pun. Mungkin ada sesetengah orang yang memang boleh macam tu. Badan dia boleh adapt dengan tekanan. Sesetengah orang akan kerja dengan lebih efficient bila ada tekanan. Works better under pressure. Tapi tak semua orang macam tu. Lain badan, lain cara. Sebolehnya, kenal pasti potensi n kelemahan diri, then cari cara yang sesuai dengan diri. Bukannya dengan ikut cara orang. Mungkin orang lain boleh study under pressure, tapi kita tak boleh. Orang lain boleh tahan study sampai subuh, tapi tak semestinya kita boleh. Orang lain boleh jadi top student walaupun selalu skipped kelas, tapi kita janganlah nak cuba2 skip kelas sebab nak ikut cara dia. Like I mentioned before, lain badan, lain cara. Tak semestinya yang baik untuk orang, baik jugak untuk kita. So, kita la yang kena find out sendiri cara yang sesuai untuk diri kita. Apa yang aku informed tadi adalah ability kebanyakan manusia kat dunia. Bukan semua. Kalau rasa cara tu sesuai, ikutlah. Kalau tak, boleh ikut cara sendiri. N lepas hampir 2 bulan aku cuba, aku rasa memang ni lah cara yang sesuai untuk aku. Harap2 aku akan menjadi student yang lebih baik lepas ni. Tapi diingatkan jugak, study semata2 belum tentu menjamin untuk jadi student yang cemerlang. Banyak faktor lain. Hubungan dengan Allah, dengan family, dengn kawan2. Banyak yang mempengaruhi. Semua tu kena jaga. Ha, faktor pemakanan pun penting,hehehe. Tak leh lupa gak nak cakap pasal makanan. Tapi disebabkan post kali ni dah extravaganza panjangnya, maybe next post aku akan tulis pasal pemakanan lak. Tu pun kalau aku tak lupa,hehe..

Wassalam.............................

1 comment:

kerO-kerO said...

niCe shaRing iNfo..reaLy LikE it!hee~

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..