Monday, February 28, 2011

language problem



korang tau tak macam mane keadaannye bile U CAN'T UNDERSTAND THEIR LANGUANGE AND SO DO THEY!




itulah kepayahan duduk kat negara China. like seriously! i am not joking. yeah u know their mother language is very important to them that makes them refuse to learn other languages especially ENGLISH. yeah i know even the whole world know how succeed they are with their own language but hey ape salahnye belajar banyak bahasa rite?


from december last year i've been here, so today i want to tell u a story about this language problem.





my mentor [can i call her 'mentor' since she's the one yang guide me and everything] is a local chinese, bukan totally tak boleh cakap inggeris tapi...em boleh kate komunikasi kitorang sangat sangat sangat terhad sebab selalunye die tak paham ape yang aku cube nak sampaikan atau die salah paham. tak pun, aku yang tak paham or salah paham.


like today, after siap buat sensory test, my supervisor bagi cadangan untuk tambah CMC dalam jus tu, nak bagi pekat sikit. jadinye, my mentor ni bagitau la kat aku suruh tambah CMC esok dan buat sensory test lagi sekali.


then aku tanye
"what are the concentrations of CMC we should use?"



die blur..



so instead of that sentence, i change it to more simple

"how much?" *sambil buat gaya muka berkerut-kerut dengan gaya tangan supaya die paham*



lagi satu kes harini jugak. die tanye aku

"when u can..." *sambil tunjuk kat shawl yang aku pakai, pastu buat gaya macam nak bukak tudung*


"open this?" aku tanye balik.
*open sesuai ke ha?lantak la asal die paham*

"yah yah"


"oh, we can open this when no boy" *aku cakap sambil tunjuk kat sorang mamat*
"boy cannot see our hair" aku tambah lagi. peramah la kate.


"cannot see hair?" *die tanye balik sambil tunjuk telinge die*


"HAIR" *aku pegang rambut die pastu tunjuk-tunjuk. die ingat ear*


"oh hair. ur husband?"


"husband ok!" *aku jawab sambil tunjuk ibu jari tanda orait*



begitulah serba sedikit situasi yang aku alami kat sini. ni sikit je ni. macam dah imune jugak la. buat je la body language yang klaka pun, asalkan mesej sampai. mase hari pertama pegi fakulti cari prof pun, aku dah rase down giler sebab prof tu taknak cakap dengan aku. perkataan yang die cakap dengan aku cuma "wait a moment". pastu die cakap dengan orang lain suruh orang lain handle kitorang. sebab ape? sebab masalah komunikasi.


menangis meraung stress bagai nak giler la jugak tapi sekarang ni dah tak kisah.


jangan menyumpah kegelapan, sebaliknya cuba lah cari cahaya


yah, Allah gives us akal yang bijak pandai lagi bergeliga. gunakannya sebaik mungkin, kalau tak nanti berkarat. instead of meraung menyendiri stress tak tentu pasal, kan ade baiknye aku pikir macam mana solution rite? tu yang aku gune body languange, or simple sentence. and another alternative is, GOOGLE TRANSLATE!!!! dekat lab memang ade internet connection + my metor memang ada laptop kat situ. bile susah sangat nak paham, hah! tulis je kat google translate tu pastu klik! settle problem. and aku pun amek jugak inisiatif untuk memantapkan lagi bahasa mandarin yang banyak dah aku lupe. tak rugi what, kat malaysia pun boleh guna an?


hidup kat perantauan tak seseronok seindah dan semudah yang disangka. tapi, kite boleh buat situasi jadi seronok! yes, kite! diri kite sendiri. dan sekarang walaupun au boleh mati beku kat sini tapi aku enjoy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bukan buat-buat enjoy tapi memang enjoy sangat-sangat. bile lagi nak rase semua ni kan?kan?kan?
ok peeps, have a good good day ye. got to go now. ade sikit preparation kene buat for lab work esok. baibai muahx! *like erk~*

Sunday, February 27, 2011

hari ahad

Assalamualaikum ya sahabat-sahabatku sekalian..
just came back from......arrrr...downtown-park-night market..yeah, 3 places.
almaklum lah, ari Ahad ye dok? dok kat bilik je pun bukan buat ape, layan movie je. dah naik biul dah ni. start minggu depan lagi lah hidup aku an keboringan yang amat sebab lab work dah nak siap, pastu dok bilik buat report je la. atoiyai~
jalan-jalan kat night market tadi sempat lah membeli 1 sweater. i like~ sekarang tengah pakai. giler semangat! harga rmb50 or rm25. bagi aku worth it la sebab tebal wa cakap luuu...cun pun cun. merah lagi u!
oh kepada piqah si mate bulat, jawapan untuk soalan old town white coffe anda saye jawab dalam komen entri di bawah ye. sekian =)
nothing much la. just wanna write something here but don't have that much idea. besides, needs to wake up early tomorrow morning. working, remember? LOL!
good night peeps, have a tight sleep. peace yaw~

Saturday, February 26, 2011

hidup orang bujang tambah-tambah kat tempat orang..oh~

Assalamualaikum..salam 1 malaysia..salam perantauan dari Jiangnan Uni, Wuxi, China.

harini, Sabtu 26 Februari 2011 hujan turun membasahi bumi Wuxi. cuaca yang sedianya sejuk bertambah sejuk. tapi, alhamdulillah sebab hujan tu rahmat kan?


disebabkan hujan jugak, aku tak dapat nak ke mana-mana dan my level of laziness increase. jadinye, aku tak keluar beli makanan kat muslim restoran tu. tapi lapaq! untuk isi perut, aku masak la bubur dan kari ayam. kari ayam tu aku tak masak pun sebenarnye, aku panaskan je. beli yang pounche tu, rendam je dalam air panas 5 minit, dan sedia untuk dihidang!!
my lunch for today--> bubur nasi + sambal ikan bilis bawa dari malaysia + kari ayam segera + old town white coffee 3in1.


ni lah hidup orang bujang ;(


*ni yang terase nak cepat-cepat kawen ni. eh tapi kalau kawen pun aku jugak yang kene masak. aiyak*

Friday, February 25, 2011

update di dalam kesejukan wuxi..burrr~


assalamualaikum..

hello hello~~~ wassap guys? ape kabo?kabare?ni hao ma?kaifa haluk?

im fine..alhamdulillah sihat-sihat aja..

sehari due yang lepas rase macam nak demam, asyik bersin jek. mungkin pertukaran cuaca. tapi arini takde plak dah. doa aku makbul la kot. minta kesihatan. tenkiu Allah :)

tadi kan, aku dah siapkan last step projek aku. jus aku dah jadik. eh, boleh tahan sedap gak jus yacon ni yek. tambah-tambah bile aku yang buat. minggu depan nak buat lebih lah, nak bawa bekal balik bilik.

jadinye, hari isnin ni aku kene buat lah jus tu banyak-banyak untuk bagi orang rase. bukan rase suke suki jek. kena evaluate lah. sensory evaluation gitu. pastu, settle! analysis data then writting time!!!!!! sesuatu yang bukan kegemaran. (=,=!)

oh baru teringat, kan mase kat malaysia aku ade banyak free time dan aku pun telah merajinkan diri jahit donut. yang tak boleh makan la tapi. aku jahit due bijik sebab aku nak bagi 1 kat incik zai. saje menyeksa jiwa raga die sebab bagi donut yang tak boleh makan since die sangat suke donut. HA HA HA *gelak kejam keji*

AZ stand for AtiqahZainul. for him
my donut
ni ha keadaan beg aku mase aku nak bawa balik china aritu. tahap tak boleh nak zip dah ni. aku duduk atas beg tu henyak-henyak baru boleh. lepas dapat zip, terus lock ngan mangga tak bukak dah sampai la kat uni. bukak jek berterabur. ni baru luggage yang 17 kilo. bag pack another 8 kilo. bayangkanlah macam mane aku bawa beg-beg tu naik tangge turun tangge seret ke railway naik teksi naik bas. sakit-sakit badan den ni ha sampai sekarang pun tak lege agi *sob sob*



ok lah kawan-kawan blogger ku, takde pape pun nak update ni ha. sebab aku belum mule buat bende bengong-bengong agi. pegi lab balik bilik layan movie jek rutin aku sehari-hari. lagi pun mood sekarang sangat-sangat rindu kat mak. mak!!!!!!!!!!!!!!!!!! ceq ghindu~~~~~~~~


juge sangat rindu dengan kittens yang sangat suke tido merate-rate. mane tempat rase ngantok terus pejam mate. ikut perangai sape ntah. aku balik nanti mesti dah beso panjang dah deme.



oh tidak dilupekan, rindu incik zai jugak *wink*


till then, assalamualaikum! peace yaw~

Thursday, February 24, 2011

mule keje dan bengong bersame incik zai

sometimes you just need to distance yourself from people. if they care, they will notice. if they don't, you know where you stand
i had done that before. lucky me, they noticed and i knew we are bonded enough (^^).
semalam dapat borak dengan incik zai kejap kat skype. tapi yang bengongnye kitorang ni, die taip and aku cakap. sebab die punye mic rosak. aku tak dengar suare die. pastu webcam die pun rosak, aku tak dapat tengok die. tapi tak aci giler ah, die nampak aku!!! cis cis dan cis lagi =P
lepas tu die pulak rase tak aci sebab die kene menaip dengan speed maximum sedangkan aku dok bla bla bla bla je membebel. die pun pi la ngorat sorang junior nak pinjam mic. sekejap je dapat cakap, tu pun berbisik-bisik-konon-romantik sebab die kat library. tengok-tengok, mic budak tu pun rosak daaaaaa~
orait lah tu dapat kejap je pun. die pun ade exam pagi ni and luse. kena la study. so kejap agi aku nak gi lab dah. percutian dah tamat secara rasminye =)
good morning peeps~ let's enjoy the pressure..

Tuesday, February 22, 2011

saye dah sampai!!!!!

Alhamdulillah.....
aku dah selamat sampai di Jiangnan University, Wixu, province of Jiangsu. pukul 6.30 petang sampai. Ya ampun, jauh betul perjalanan. terkehel urat kentut segala.
departure time dari LCCT pukul 8.10 pagi. sampai kat Hangzhou lebih kurang pukul 1.10 petang. then amek bus untuk ke railway station pulak. lebih kurang pukul 2.30 bas jalan. pas beli tiket tren, lepak jap sementara tunggu tren pukul 4.10 petang. sampai kat Wuxi pukul 5.40 petang. tunggu teksi, pukul 6 baru dapat. then setengah jam perjalanan, pukul 6.30 petang sampai kat uni..
seperti jangkaan, lebih kurang pukul 9 aku dah lena diulit mimpi indah. siyes weyh mimpi indah. taknak ah cite, maluuuu *blushing*
so today, kena la mengemaskan barang-barang. pastu rest and esok akan memulakan keje seperti sedia kala..
thanks guys doakan aku selamat sampai (^^)

Monday, February 21, 2011

nak blah dah..babai malaysia dan orang-orangnye =)

selamat pagi. bangun wei bangun buat solat sunat.

aku belum tido lagi ni. takut terlajak beb. penah tertinggal flight suatu ketika dahulu, buat aku sangat la fobia. kalau aku tido, aku kena bangun pukul 4 pagi. lebih baik aku tak tido. sekarang pukul 3.39 pagi. pas aku abes taip and post, dekat pukul 4 la kot. pepandai je.

flight pukul 8.10 pagi ke Hangzhou. InsyaAllah dalam pukul 1.10 petang sampai kat Hangzhou. dari sane, maybe akan naik tren untuk ke wuxi, another 3-4 hours la. then, bas pulak untuk ke Jiangnan Uni, another 1 hour. jadinye, pi mai pi mai malam jugak la aku sampai hostel. kompem terbongkang tak sedar diri punyelah!

yang aku risaunye nih, beg aku overweight. aku beli 15kg je luggage. nampak gaya macam lebih dari 15kg nih. ya ampun, padat maksimum beb! nak zip pun aku kena duduk kat atas beg tu. memang sebijik la macam kat dalam iklan tivi tu. risau jugak kan pas dah bersusah payah zip, ade agi barang-barang kecik yang belum masuk. adei~

doakan aku selamat sampai uni ye.

Ya Allah, pelihara aku, lindungi aku. Amin ya rabbal alamin~

Sunday, February 20, 2011

duit tarak pulak dah!!

Assalamualaikum wbt..

arini aku berkemas-kemas sebab esok insyaAllah aku akan fly semule ke wuxi. so, tadi sume duit-duit malaysia yang dok dalam wallet, aku pindahkan ke uncang kecik, then masukkan pulak duit-duit china kat dalam wallet tu. pastu aku packing barang-barang yang mostly adelah makanan.

petang tadi baru aku teringat yang aku kena potostat visa mak aku untuk bawa ke wuxi. sebab mak aku insyaAllah nak datang wuxi hujung bulan 3 nanti and will stay at my room. aku kena tunjuk salinan visa mak aku tu kat international centre untuk dapat surat kebenaran. tapi bile aku pikir, halamak!!! arini ari ahad laaa...ade ke kedai potostat bukak? last-last aku ke shah alam je sebab kat sane memang banyak kedai potostat bukak ari-ari.

ok, cite mula kat sini, on the way balik dari shah alam tu aku singgah la kat speed mart kampung aku nih nak beli roti gardenia jumbo. mak aku pesan untuk buat sandwich esok pagi. sampai kat speed mart, dengan yakinnye aku pegi amek roti saiz jumbo pastu terus pegi kaunter nak bayar. minah cun kat situ pun cakap "3 hengget 20 sen". aku bukak je wallet "wallawei!!!!!!!! duit china jek yang ade!!!!!!". aku lupe yang aku dah pindahkan duit malaysia. apekah??? =,=!

dengan muke selambe kodok, aku cakap ngan minah cun tu "hold dulu boley tak?". sebab aku pun pompouan, taknak la kene label lesbo pulak. kalau aku laki, aku dah gode-gode dah minah tu, boleh aku dapat free je roti. pastu minah tu cakap "boleh. duit tertinggal ek?".

malu seyh. wallet punye besau tapi roti tak mampu beli. sambil sengih-sengih aku cakap "a'ah, terbawa duit negara lain pulak". pastu aku terus blah balik rumah minta duit kat mak aku. nasib baik rumah dekat je. tak sampai 5 minit aku dah sampai kat speed mart tu semule nak collect roti. pastu minah tu cakap "3 hengget jek". aku malas nak pikir aku bayar je lah 3 hengget tapi mase balik rumah, aku pikir gak kenape die soh bayar 3 hengget jek? harge 3 hengget lebih. die ingat aku memang papa kedane agaknye. kais pagi makan pagi kais petang makan petang sampai nak beli roti tak cukup duit. ditambah ngan muke selekeh mekeh. alahai~

Saturday, February 19, 2011

my 14 minutes survey


Assalamualaikum wbt..

ok arini bersemangat sangat sampai post 2 entri. ni ha cik batrisya kite nih telah mengetag aku. so, before aku lupe, baik lah aku settle kan dulu ye dok? kene siapkan dalam mase 14 minit..ok, get set. GOOOO!!!! [ade background bunyi pistol]



instruction : once you are tagged, answer the question honestLy. No Lying or cheating ok ?
starting time : 4.51 pm
name : name penuh abah bagi Nur Atiqah Bt Mohd Yusof tapi lebeh glemer ngan name tiqah
brother(s)
: farhan and haikal
eye coLour : dark brown
shoe size : baru je menginjak ke saiz 6 baru2 nih
hair : black and i love it!
piercing : none..penah pakai for the first time mase tingkatan 4 tapi tak pandai jage, jadinye sekarang tak wujud dah
height : 158 cm
what are you wearing right now : tshirt kaler biru beli online ngan suar trek kaler cekelat *ya ampun, tak matching langsung*
where do u Live : KRU, port klang, selangor..
favourite number : takde la pulakkk
favourite drink : janji sodap dan menghilangkan dahaga..juge halal!
favourite month : MAY!!!!
favourite breakfast : sodap dan halal orait dah..tak memilih orangnyee..


HAVE YOU EVER


broken a bone
: penah jatuh buaian dulu mase tengah hayun tinggi2..rase macam tulang montot dah patah, tapi untill now boley je berak macam biase..ok la kot..
been in a poLice car : tak penah tapi macam nak ase..bukan sebagai pesalah tapi sebagai penyelia..eh?
faLLen for a friend : ya ampun..banyak kali kot..dah tak terkire..
faLLen for a guy / girL for a short time : selalu sangat..suke kejap kat die pastu suke kat orang lain pulak kejap..bajet hot.
swam in the ocean : pantai tu ocean ke ha?
broken someone's heart : ermm...tak perasan la pulak..secara sengaje tak penah kot..secare tak sengaje, penah..after 3 years, baru realized..sorry incik zai =)
cried when someone's died : atok ayim =(..tapi mase kucing aku mati pun dok nangis gak bengkak2 mate..
sat by the phone aLL night waiting for someone caLL : yeah!!!! macam hape ntah..pastu majok tak tentu pasal padahal die yg patut call tu domam, then tertido pas makan ubat..free2 je kena sound..huhu
saved e-maiL : ade la jugak tapi yang penting je..selalunye terus delete..semak pulak mail bile ade beratus ribu email..
been cheated : banyak kali jugak la..aku pantang kene tipu nih..don't try me..

WHAT



your room Look a Like
: bilik pengantin! sebabnye akak aku bertunang last month, so decorate segala bagai la..
what is right beside you : sikat rambut
what is the Last thing you ate : brownies lapis cheese yang kat entri bawah ni..


WHO



the Last person you teLL
: tell what? aiya soalan tak lengkap..
who was the Last person you danced with
: mim kot..mase kat wuxi..bapak laa bosan tak tau nak wat ape mase tuh..
who Last made you smiLe : saifuddin a.k.a din..dalam mesej je pun tapi terbahak-bahak aku ketawe sampai mak aku dah usha slek dah..


FINAL QUESTION



what are you Listening right now
: bunyi kipak ngan guruh ngan ujan..what a heaven
what did you do today: makan, tengok tivi, online fb, blogging, main dengan kucing.
are you the oLdest : nope..
indoors or outdoors : both also can..fleksible bah..


TODAY DID YOU



taLk to someone you Like
: yup..my mum!!!! i like u la mak!
kiss someone : something can a? i kiss my kittens..
sing : dalam ati jek..
taLk to an ex : what for???? duuhhh, buang karen jek..
miss someone : of course my incik zai..ni la kesan long distance relationship..*emo*
eat : sarap je tadi dengan kudap2..


LAST PERSON YOU TALKED WHO



you taLked on the phone to
: murni amirra, my matrixmate..die soh tanye incik zai pasal afiq..apekah? complicated tol minah ni..tanye direct kat aku je lah..haiya~
made u cry : tiade ye tuan2..
you went to the maLL with : mak saye!! beli serunding bebanyak nak beniage kat china..
who cheered you up : mak jugak!

have a crush on someone
: of course on my bf..
what books are you reading right now : malas bace!
best feeLing in the worLd : disayangi (^^)
future kids name : aiyak! belum terpikir..
do you sLeep with stuffed animaL : used to..tikus-like-teddy..tapi sekarang ni stuffed food like donut..
what's under your bed : kalau kat wuxi, bawah aktil ade meja study, rak buku, almari baju..sebabnye, katil kat kayangan..tapi kat rumah, bawah katil ade kotak2 sorokkan barang..
favourite sport
: badminton..tapi layan je ape pun..banji jamping best gak..
favourite pLace : pantai!!!!!! giler pantai..
do you have a job : takde. terdesak nak keje ni. sape nak bagi?
what time is it now : 5.12 pm *terlebih sikit kire halal la..banyak nau soalannye*

with however Long it took you to compLete this,
post as "my 14 minutes survey" and tag 15 peopLe

ala..nak tag orang ni yang kering idea ni..nak pikir 15 orang ni, setengah jam belum tentu settle...so, aku bukak la sape2 yang nak buat especially ahli2 blogger utagha =)


p/s: awat buat 14 minit ha? genapkan terus 15 minit kan senang. tak paham aku..kakaka~

last kek sebelum terbang









brownies lapis cheese. kek terakhir yang aku buat sebelum terbang semula ke Wuxi. kat Wuxi nanti, gian lah eden nak buat kek =(


Friday, February 18, 2011

gambar2 kat hangzhou dengan aku merepek meraban

Assalamualaikum wbt..

last moth. aku ade story pasal lawatan aku ke hangzhou kan? but without the pictures. here are some of the pictures. kawan aku si ammar pinjam hard disc aku where all the pictures were stored there. so aku cilok la gambar2 ni dari fb aku. jadinye, sikit je la dapat gambarnye. nak tengok yang lain, just add me kat fb k? i am glad to have u as my friend =)


hari pertama sampai kat hangzhou around 1 pm. after check in hotel, solat and luch, kitorang pun gi jalan2. pastu decide nak ke silk street. gambar kat atas ni silk street la. sampai sane dalam pukul 6 lebih kurang. rupe2nye silk street ni beroperasi sampai pukul 5 aje. quite dissapointed la sebab bukan main lame tunggu bas and jalan agak jauh, last2 tutup daaa...yeah, pukul 6 dah malam.




tak dapat ke silk street, kitorang gi night market je yang dekat dengan hotel. Nepal Handicraft street ni kat night market la. barangnye sangat la peliks.



souvenier shop kat night market jual benda alah ni. cantik sangat bagi aku. necklace. aku memang peminat aksesori, tapi disebabkan loketnye bentuk orang, aku tak beli.




hari ke-2, dari pagi berjalan je. antaranye tempat yang aku pegi ialah temple. tak salah kan pegi temple?huhu. aku jalan2 je tengok art and environment. takde niat lain. nak masuk ni kena bayar rmb 40, lebih kurang rm 20.



view dari atas temple. the lake sangat la cantik view dari atas. bot and sampan sume nampak kicik je.




inside the temple. lukisan2 dalam bentuk ukiran ni sangat la cantik ok! halus seyh ukiran ni. and for each pictures, there's a story. macam kisah2 dongeng kepercayaan diorang la. dewi ni turun pegi mandi kat lake la. dewa tu terbang la. ala, macam kite orang2 melayu pun kan ade kisah2 dongeng.




ni kat mane ntah aku pun dah tak ingat tapi area temple la jugak.




westlake. bot besar macam naga ni actually a restaurant. unik kan? kalau bot, dah lame aku naik pusing2 kat lake tu. aku naik jugak bot tapi bot biase la. disebabkan musim sejuk, kosong je lake ni. kalau tak, penuh dengan lotus. peh, macam dalam movie dowh!




ade gaya jadi model jambatan tak? on the way nak balik, lalu je kat bridge nih. sunset view, giler lawa kan? sunset view yang lawa, bukan aku. jangan lah muntah hijau dulu. aiyak~




with my friend, Alex. he is malaysian boy tau! from Sungai Siput, Perak. mase mule2 jumpe die kat Jiangnan Uni, rase macam nak peluk kuat2 sebab jumpe malaysian kan. teruje beb. kalau tak, memang aku dengan mim due ketul je la kat situ.




laluan kat tepi westlake. aku suke sangat tempat nih. warne hijau tu memikat kalbu. bersih, sejuk. bayangkan lah. sejibik macam dalam tivi lah! macam taknak balik je rase.




aku pose kat sebelah pakcik ni sebab mim cakap spek dah same. mase tengah nak pose ni, sebaris manusia cina yang tengah pandang lake, tetibe toleh serentak berjemaah kat aku tengok aku pose tiru gaye pakcik nih. apo kono ei jang? nak je aku tanye cenggitu kat diorang. tapi, dengan muke selambe kodok je aku tengok diorang pastu senyum, then 'klik', mim snap! terbaik!




kereta yang tak mampu aku miliki sekarang ni kalau kat malaysia. tapi kat china, mungkin kereta murah agaknye. suzuki swift jadik kereta sapu je der. kereta mewah2 parking tepi jalan, kekadang selit2 je atas divider jalan. kot disodok dek bas ke, idoknye deme kesah. penah jugak berangan nak beli kereta besau kat china, kalau dapat sambung master sane. tapi bile memikiorkan, alahai jauhnye nak study sane, terus terkubur impian.


lusa sudah nak balik ke Wuxi. current temperature around 1 degree. cet! aku ingat dah jadi 10 ke 20 ke. boleh jugak pakai baju loose. rupenye same je dengan temperature dulu. panas sikit je la. dulu dah turun sampai ke -5 degree.

mak aku tanye tadi..
hah nak makan ape sebelum balik china ni?

aku jawab
nak ciken chop, big apple, eskrem choc brownies yang kat tivi tu, ta fu fa bla bla bla

jadinye, esok mak aku nak buatkan ciken chop saiz XXL. petang tadi dah dapat makan big apple. donut big apple tau! bukan epal besar. dan malam ni, aku dah buat brownies cheese. lebih kurang la tu. nanti2 aku upload gambar ok!

minat aku sekarang ni sangat la menjurus ke arah kek and cookies. tapi more to cake la. sebab cookies leceh nak terap satu-satu. lambat. aku bukan lah penyabar orangnye.

bak kate mashi
untung la zai wei. nanti lepas kawen, badan membulat la sampai kitorang tak kenal.

tu namenye bukan untung mashi oi. tu rugi. sebabnye, aku suke buat je, tapi makan kurang. aku suke bagi orang lain makan. orang lain la yang gemuk. nasib lah~ nasib baik incik zai tu kuat lantak!kakaka.

ok lah, banyak pulak aku membebel. aku dah mengantuk sebenarnye nih tapi nak nunggu pukul 12, sebab nak wish birthday to my syarifah nur 'adila yang dok kat bogor, indonesia tu. bertungkus lumus buat proposal untuk research die. alangkah bertuahnye aku, tak payah buat proposal. kosong2 je masuk lab run analysis.

good night everyone. dream of me. lalalalala~

Thursday, February 17, 2011

kau ape hal lah?

i am being stalked!

tak tau la sekarang still or not but penah la ade experience being stalked. macam hot sangat pulak padahal aku cool je. duh, bukan hot stuff ke, artis ke, model ke, anak dato' ke aku ni. apehal yang kau nak stalked aku ha?

sorry la kalau bahase aku kat sini kasar bile guna "kau-aku" tapi ni lah diri aku. dengan sape2 pun aku lebih selesa ber"kau-aku". macam lebih mesra tapi dengan parents takde la.

ok kembali kepada point utama. beberape hari yang lepas aku baru perasan aku telah di stalked. sebabnye aku baru perasan yang kau buat akaun belog semata-mata sebab nak komen kat post aku and MAYBE nak stalked aku. lantak aku la nak perasan ke ape tapi kalau kau tak mengaku pun aku tau kebenarannye. sebab belog aku ni hanye boleh dikomen oleh orang-orang yang mempunyai belog, and your belog created on the day you started commenting on my post yang MUNGKIN terkena kat batang idong kau kot post tu. nasib lah~

nak stalk? sile kan sile kan. boleh gak aku rase jadi hot stuff. silelah amek tau perkembangan aku secare senyap-senyap sedangkan aku tak nak langsung amek tau pasal kau atau oraang yang berkaitan dengan kau. macam buang mase jugak la walaupun aku ade banyak mase.

to stalker --> i love u! muah!

Wednesday, February 16, 2011

suratan atau kebetulan? *wink*

Assalamualaikum wbt.......

holla~ apo kabo? sihatkah? kalau sihat alhamdulillah. kalau tak sihat, makan ubat ok!

semalam pertama kali aku tengok cite sunsilk gadis semasa kat tv3 tu. yes, first time. aku memang jarang tengok tv. kat rumah layan tenet, or masak-masak, or kacau kucing. so semalam ntah kenapa tertengok la cite nih. sambil-sambil aku jahit donat tu aku pasang la tv.tu pasal tertengok. tengok punye tengok, peehhh macam best pulak sebab macam kebetulan kena dengan keadaan aku and incik zai!

cube refer balik *kalau rajin la* kat entri aku tahun lepas bulan 5, alah klik sini je la. aku dedicate lagu tu untuk incik zai. lepas die bace, die terus buat lagu tu jadi ringtone enpon die and die kate "everytime u call, there's KIMIA"..hehe..

ok bab yang aku macam WhOa terbaik! bile dalam cite tu dah la watak utamanye si Imelda Ahmad, penyanyi, pencipta lagu and penulis lirik lagu KIMIA nih. dalam cite tu jugak banyak kali kuar lagu ni as a background music. then yang paling best, scene semalam where one boy yang ade hati kat Imelda nih orang Sarawak!!!!! klaka sarawak lagik ya [cakap sarawaka lagi tuuu]. mase tengah lepak ngan Imelda sambil makan megi kat tepi Seven E, akak si lelaki ni call and die borak2 dalam bahase sarawak. die story kat akak die yang die suke Imelda tapi Imelda tak tau. dan for sure lah Imelda sik paham apa dipadah nya [tak paham ape yang die cakap].

LIKE LIKE LIKE

lagu tu lagu favorite aku ngan zai + zai orang sarawak + aku takkan paham pape kalau die borak dengan adik2 die and kawan2 sarawak die.

sepanjang tengok cite tuh memang senyum je la aku. donut yang dijahit pun tergendala. pagi tadi baru sambung buat.

suratan atau kebetulan? *lagu berkumandang macam background music*

Ya Allah, jika dia tercipta untukku, dekatkan lah hatinya dengan hatiku.
jika dia bukan milikku, tenangkan lah hatiku dengan ketentuanMU..

Amin.......

Monday, February 14, 2011

meeting

just came back from meeting regarding AZAM..what is AZAM? another program organized by GPMS, for exco-37 and insyaAllah will be held at KK. first time nih aku involve dengan program luar semenanjung. secara jujurnye, mase aku pegi KK bulan lepas, aku memang ade terfikir pasal another program anak angkat dekat sabah and sarawak pulak sebab dah biase sangta buat kat area semenanjung. and surprisingly, last week one of the exco merangkap pengarah program send a massage to me, which invited me to be one of the crew for this program. kebetulan yang teramat. or memang hati aku dapat rase lebih awal? wallahualam~

so insyaAllah if we manage to get the big sponsor, this program can be reality. actually, i have very big hope on this. before i totally leave UiTM as a student, i really wanna give something, bawa nama UiTM untuk berbakti. for that reason, aku berdoa sangat-sangat Allah permudahkan jalan kami untuk cari sponsor and support.

bukan ape, salah satu sebab yang buat aku rase sangat perlu program ni is that, keadaan kat sabah and sarawak are not the same as in semenanjung. the gap should be less than what we have now. we always focus on school student around semenanjung. so i think this is the best medium to penetrate untill sabah and sarawak. we are 1 malaysia kan? =)

the full schedule and detail tak boleh di spread kan lagi sebab everything now is under construction. just pray for the best sebab niat kat hati aku and kawan kawan memang semata-mata untuk kebaikan sejagat [peh ayat matang dah tu]

ok lah, mau tido sudah. babai, gud nite (^^)

Saturday, February 12, 2011

korang rase rosak tak budak-budak bile aku jadi fasilitator?

Assalamualaikum wbt.....

ape kabar sume arini? today is Saturday guys!!! let's have some fun!!!

ok, aku dok kat rumah je sebenarnye. fun what?

so today i wanna show some pictures during SKAU last month. almost 1 month la program ni dah buat tapi baru harini aku nak share gambar. sebab aku terlupe! harini teringat sebab organizer program ni baru upload gambar kat FB dan aku ternampak. cool tak aku? *ok takde kene mengena*



lebih kurang 100 form 5 students from SMK Seksyen 18 Shah Alam and 10 facilitator from UiTM involved in this program. plus 20 more co-facilitator. program ni buat kat UiTM Shah Alam, bangunan Sains dan Teknologi. Alhamdulillah, sume berjalan lancar walaupun ade la jugak kepincangan sikit sikit here and there. but it's normal. we still learning =)





i was assigned to be facilitator for Group 2. hidup group 2!!!!! 9 students from different classes and different courses. some from pure science, some from account and some of the from lukisan kejuruteraan if i'm not mistaken.




sesi LDK kat classroom from 12pm till 4 pm. macam-macam bende mengarut la yang aku buat kat diorang nih. ape nak buat, nasib korang lah dapat faci macam aku.




4pm till 5pm sesi LDK kat dewan kuliah before went to labs. merayau kat lab bawa budak-budak nih menjelajah.





here we are!!! Selangkah Ke Alam Universiti (SKAU)




agak-agaknye, ape jadi kat mase depan budak-budak ni bile aku jadi facilitator? ok please don't imagine. feel horrible =,=!

Friday, February 11, 2011

be mine please........


can you please be mine, forever?


jiwang seyh. alah, sekali sekala. dua kali dapat pahala. erk?
ok, 14th february will come real soon. hoyeay hoyeay!!!

PELEMPAAAAAAANNNGGGG!!!!

hamek ko!

kan dah kate dose sambut valentine day. ape lagi nak hoyeay hoyeay? sape tak tau the story behind this date? put up your hand. see? takde sape sape pun angkat tangan, maknenye sume tau tapi buat buat tak tau.
lupekan pasal valentine ye kawan kawan. jom kite tunggu hari kelahiran nabi junjungan kite nih. just a day after valentine date. jangan rosakkan maulud nabi dengan benda benda tak best tau!

eleh hangtu boleh la cakap lagutu. hang bukan ada boipren. kalau hang ada boipren pun hang mesti celebrate punya lah!

ewah ewah ewah. aku ade boipren ok! tapi tak celebrate pun. sebab tak best. buat ape nak ingat ingat kat St. Valentino tu. die bukan ingat kat kite pon =p

peace no war V(^^)V

Thursday, February 10, 2011

be special

assalamualaikum wbt..

penah tak korang teringin nak buat sesuatu or nak pakai something different from what you always wear, but suddenly you feel not confident and you worried about what other people may think, which then turns your keinginan into dream only? penah tak? penah tak? tipu lah tak penah. acecece................

aku mengaku dulu i always felt that way. yang akhirnye aku sendiri rase nyesal sebab tak buat. always worried about other people thinking. why ha? so important ke what other people think about you? more important than what you think about yourself?

aku selalu alami keadaan camni especially bab pakaian. for me, tak salah nak try something new, asalkan bersesuaian la. but for some people, they think it is sooo pelik. but believe me, deep inside their heart, they also wanna try but don't have the braveness.

ok like this la for examples

A : eh why u look so weird ha today? new shawl ke? so weird la. your face nampak giler bulat la.

OR

B : wah u pakai heels? patutlah tinggi semacam je kawan i ni hari ni. hahaha.

OR

C [orang yang tak pakai eyeliner] : u baru belajar pakai eyeliner ke? patut nampak lain. senget pulak tu. hahaha

OR

D : fesyen ape ni beb? tak penah tengok orang pakai pun. u ni pelik pelik la. [sambil buat muke sinis]


ok dah nampak? ni lah yang aku maksudkan. see? those people yang cube untuk menjatuhkan your confident level. yang takde keberanian to try something new or rare.

I LIKE RARE

RARE MEANS SPECIAL

LIMITED EDITION

kan?

but, as a muslim and human being, kena ade limit. jangan la over confident pulak kan. berpade pade. so, if u guys rase ape yang u guys buat tu betul, go on. jangan terkesan dengan manusia manusia sekeliling yang jeles dengan perubahan u guys. diorang jeles la sebab korang rare. diorang nak try tapi malu so sengaje buat orang lain ade rase yang same macam diorang, sebab diorang tak puas hati ade orang better than them!

peace no war (^^)

Wednesday, February 9, 2011

choc indulgance


TADAAAA~~~~









first trial..comot is it? im not very careful with the skill la. so, here my choc indulgance cake. so yummy~~~~~~

Monday, February 7, 2011

show me the way


Assalamualaikum wbt..


cuti aku tinggal 2 minggu je laaa........................
seronok jugak dok china...
tapi tak tau nape berat hati nak balik sane..
padahal kat sane aku enjoy je lebih..
bukan menuntut ilmu sangat pun..

alahai hati..kenape rase lain macam?
something wrong?
Ya Allah..show me the way..

Thursday, February 3, 2011

kami blogger utagha

Assalamualaikum wbt..

hokeh! harini officially aku join group 'Kami Blogger Utagha'. ekceli, aku pun tak sure lah aku diterime or tak dalam group nih. sebabnye aku bukan menetap kat utagha pun, aku cuma dilahirkan kat utagha iaitu Kedah Jelapang Padi yaw~

heh! but i've been there for almost 10 years before moving back to Selangor. since my tadika time till my matriculation time, aku kat utagha. tak caye? tak caye sudah! tak nak kawan!

so hopefully i am accepted into this group ya? apa lah sangat takat nak pi aloq staq masa gathering. sekali preh minyak motoq ja cek dah sampai sana tau. [okeh! tu hyper yang dibolakan]


diasaskan oleh GKSP


ni dia logo group. smart dak? smart aih, awat pulak tak smart. ok meh cek cita la sikit pasai cek ngan utagha ni no. masa cek kecik kecik dulu, cek dok kat bukit mertajam, penang. tapi sampai darjah 4 ja. pak cek kena tukaq gheja plak pi aloq staq. apa orang kedah kata tu, kena 'transfer'? ha lagu tu la lebih kughang. kat aloq staq, cek dok lama. lama gila. dari cek dok main gelongsoq kat garden, sampai la cek dah layak jadi mak budak. daghi umoq 10 taun sampai 19 taun. skolah ghendah kat sekolah sg korok lama. ala kat jalan pegawai tu. kalau hangpa oghang kedah tak tau jalan pegawai [nama baghu sekaghang ni persiaran sultan abdul hamid], hangpa pi dok tang len la. hah! sambung ceghita nih. paihtu, cek masuk sekolah menengah sultanah bahiyah kat jalan sultanah sambungan. aisy, femes sekolah ni ooo. tak tipu aih~ masa tingkatan 4, tiba tiba cek jadi ceghdik la sikit kan, cek dapat la pi sekolah asrama penuh kat kulim. habih spm, cek dapat pi matrik kat changlun pulak. nampak dak? nampak dak? punya sayang kat kedah tu, cek tak mo pi blajaq tempat len. tapi paih abeh matrik, cek kena pi jauh gak la. sampai ke shah alam ni. dalam dok kat shah alam ni, tiba tiba mak cek pulak kata nak pindah pi port klang. memang asai usui mak pak cek ni kat KL ngan selangoq. kigha nak balik negeghhi sendighi la kan depa tu. tu pasai la ni cek dok kat selangoq pulak. tapi cek tak lupa kedah aih! dok pi sana jugak. maklum la banyak kenangan. kenai ngan incik zai pun kat kedah jugak kan walaupun dia bukan oghang kedah. tu yang tak boelh nak tinggai tu *gatai gedik*

ha, tu ja la no takat ni dulu la no. nanti kalau hangpa nak buat gathering ka apa ka, inform ja la kat kami. insyaAllah ada masa kami pi kat aloq staq tu. tempat permainan ja tu. takdak hai la. =)


weyh, dah lame tak speaking utara. best pulak tu. ape kate pasni aku wat entry bahase utara je? :p

Wednesday, February 2, 2011

survey tempat belajar

Assalamualaikum
salam 1 malaysia
...
...
wah wah wah, dah masuk semangat 1 malaysia sudah..

aku baru je rajin rajinkan diri melawat ke portal UPM. yes! UPM. bukan UiTM ye. aku tak salah universiti la. aku menjelajah ke UPM sebab aku plan nak continue master kat sane. bukan ape, aku taknak la asyik terperuk je kat UiTM tu, mereput kat sane. nak juga merase jadi student uni lain. bukan bermakne UiTM tak bagus. UiTM best sangat sangat. 3 tahun setengah dah aku melekat kat situ. mane tak bestnye. tapi bak kate orang tua, jauh perjalanan, luas permandangan.

nak sambung kat China, uni yang aku buat practical ni, tapi rase berat hati. tak tau lah kenapa. rase teragak-agak. sebab jarak ke, sebab budaya ke, aku pun tak pasti. tapi aku admit Jiangnan Uni memang sangat sangat bagus, established, well-known and the best uni in china in food technology field. banyak advantage kat situ. tapi tu lah, macam takde hati nak continue sane lah. tu sebab aku mengusha-usha uni tempatan.

kenape UPM? sebab utama ialah UPM punye reputasi dalam bidang sains dan penyelidikan memang sume orang pun tau la kan. power tu. dalam bidang aku iaitu food science and technology, UPM memang famos amous pun. tak disangkal. bidang-bidang yang ditawarkan pun banyak. dan aku berminat untuk continue master dalam Halal Food Analysis. setakat ni, bidang halal ni memang UPM la yang leading sebab kat sane pun ade institute penyelidikan halal. UMS pun ade gak bidang ni tapi program untuk postgraduate aku rase takde dalam bidang halal analysis. aku rase lah. kalau ade, tolong inform k! sebab kalau nak ke sabah pun aku tak kisah sebab aku dah jatuh cinta dengan sabah since i went there last week =). another reason is, agak dekat dengan rumah haku. boleh balik selalu-lalu.

and kenape halal food analysis? well, as a muslim food scientist-to-be, aku rase bertanggungjawab untuk lebih mendalami bidang halal ni. kalau bukan muslim yang explore, sape lagi kan? bagi aku isu halal haram ni serius. *sambil buat muke serius*. zaman sekarang ni aku perati la kan, sesuka suki deme aje nak letak letak cop halal kat makanan. selalunye yang buat gitu, yang bukan muslim la kan. deme ingat halal haram ni bende main main ke ha? rase nak hempok je sorang sorang. makanan ni jadi darah daging tau!bukan makan pastu kuar jadi taik. kalau dah jadi darah daging, memang tak boley nak terminate dah la. pastu beranak pinak sume, bawalah darah daging tu turun temurun. sampai ke anak cucu cicit piut miut sampai kiamat nanti. ha? pikir betoi betoi beb! serius kan?

aku penah bercita-cita nak buka rangkaian pasaraya halal. ala macam tesco, econsave tu. aku tak sure dah wujud ke tak kat malaysia nih. aku tau kat malaysia tak susah nak cari produk halal, tapi aku nak bagi keutamaan kat produk bumiputera, tak pun produk aku sendiri. then kalau ade rezeki lebih, luaskan ke oversea la. sejak hidup di perantauan, aku dah rase susahnye nak cari produk makanan halal. aku jugak sangat sangat berharap pasaraya macam ni wujud kat wuxi tuh. tapi harap je la kan. memang takde punye.

yes i know sound macam impossible. but nothing impossible in this world. dengan izin Tuhan and kesungguhan, insyaAllah boleh tercapai. tapi sebelum nak buat tu, aku kena ade pengalaman and ilmu kan? nak cari pengalaman and ilmu ni makan mase sikit. so pelan pelan kayuh la der..

so readers, frens, doakan impian aku ni tercapai. first after finish degree, continue master. pastu baru pikir yang lain lain.

aku pun akan doakan kejayaan korang juagk. di dunia dan akhirat =)

adios~

Tuesday, February 1, 2011

jahit jahit jom

Assalamualaikum wbt..

sekarang dok rumah je, so kepale aku ni asyik pikir nak masak ape, nak buat cookies ape, nak buat kek ape. last 2 weeks kot kalau tak salah, mase pegi main layang-layang, aku buat cheese cake. peh! terbaik dari ladang lah. sedap! so harini ingat nak buat cookies ala-ala famos amous tu pulak. resipi dah ade. dah penah buat before ni, mabeles u!

insyaAllah nanti kalau bosan bosan, aku nak try buat cake choc indulgance pulak. aku dah jumpe resipi yang ala-ala choc indulgance kat secret recipe tuh. peh, dari tahun lepas kot aku search. harini baru jumpe yang berkenan. tengok resipi macam susah nak buat. hope nanti jadilah ye.

untuk harini, aku nak berlagak sikit la dengan hasil keje tangan aku. ekceli, dah lama aku buat menatang nih. tapi baru harini aku nak upload.















TADAAAAAAA~~~





yeah! aku jahit sendiri. memang tak kiut aku tau. sebab aku memang tak kreatif. tapi hasil keje tangan sendiri. aku bagi menatang ni kat dila untuk die bawa pegi Bogor. kenangan frenship kitorang.

kalau korang berminat nak buat bende bende gini, search je kat youtube. berlambak! aku pun belajar dari youtube. tapi disebabkan aku tak kreatif, gini ler hasilnye.

adios cau cin cau~


UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..