2nd of July 2008 bersamaan dengan 29 Jamadilakhir 1429H. Tinggal lagi beberapa hari je untuk aku habiskan masa kat rumah. Yup,my holiday will end in a few days. Perasaan bercampur baur. Aku seronok nak mulakan sem baru sebab aku nak jadi orang baru. Bukan bermakna aku nak ubah diri aku 100%, but i juz wanna change myself to someone better. Tapi dalam masa yang sama kurang gembira nak melalui hari2 terakhir cuti aku. Azam tahun baru aku dulu nak dapatkan better result untuk sem 2 yang lepas dan nak menjadi seorang yang lebih baik. Bukan bermakna aku tak baik sebelum ni. Juz wanna improve myself to something better and positive. Pasal result, alhamdulillah aku dah berjaya capai. Pointer meningkat more than what i expected. Acctually, i'm not really confident to get better result coz my effort are much much lower than before. I have more responsibility, more work so that my study are bit disturbed. But alhamdulillah, Allah masih bagi aku rezeki untuk dapat anugerah Dekan. Harapnya dapat maintain or improve till the end.
Azam kedua, nak menjadi seorang yang lebih baik. Aku sedang berusaha ke arah itu. Alhamdulillah juga Allah murahkan rezeki aku untuk aku sampai ke Tanah Suci, mengerjakan Umrah, bermuhasabah dan menginsafi diri. Mungkin ini langkah awal untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. Baik bagi aku, dari segi sikap, tingkah laku dan pergaulan. Aku rasa dah sampai masa untuk aku bersikap lebih matang. Kurangkan sikap keanak-anakan. Lebih serius dalam apa saja tugas yang aku dapat. Talk less,work more. Ni yang utama. Mungkin lepas ni aku perlu perbaiki tingkah laku aku lebih kepada seorang 'perempuan'. Memang la aku seorang perempuan sejak dilahirkan, tapi aku akui tingkah laku aku agak kasar. Kesian kawan2 yang rapat dengan aku selama ni terpaksa layan perangai aku. InsyaAllah lepas ni aku akan cuba ubah perangai aku yang suka tampar(tampar2 sayang) orang ni. Kadang-kadang aku tak berniat pun, tu semua spontaneous reaction,hehe.. Dari segi pergaulan, aku akui kawan2 aku ramainya dari golongan perempuan. So mesti takde sebarang masalah. Tapi aku sedari lately aku banyak dapat kawan2 baru dari golongan lelaki. Bukan lah aku ni anti lelaki tapi menjaga pergaulan tu penting. And aku juga akui aku agak kasar dengan kawan2 lelaki ni dari segi bahasa. I'm really sorry but aku rasa memang itulah cara terbaik untuk bergaul dengan insan bernama lelaki ni supaya tidak terjadi sebarang salah faham dan masalah. Ada di antara kawan2 perempuan aku sekarang ni yang dah mula belajar untuk bercinta(couple). Ada di antaranya yang aku kenali dulu sebagai seorang gadis yang tak pernah melayan mana2 lelaki yang cuba nak tackle diorang,tapi sekarang decide untuk bercinta. Alasan dan sebab yang diberi "umur kita kan dah 20 tahun, kena la pikir pasal nak berkawan ni". Ye ke cam tu? Disebabkan umur dah menginjak ke 20 tahun, kita kena belajar untuk bercinta dan berkasih? Tapi kenapa? Apa kaitan dengan umur ek? Takut jadi andartu ke? Sedangkan aku sekarang ni berfikir untuk membataskan pergaulan aku dengan lelaki, kawan2 yang lain pulak fikir untuk memperluaskan pergaulan. Aku salah konsep ke? Ntah la. Aku nak berubah, bagi aku, aku perlu bataskan pergaulan. Pasal jodoh, bagi aku Allah yang tentukan. Tugas aku hanya berdoa kepadaNya agar diberikan jodoh yang terbaik untuk membimbing aku ke syurga. Kalau lah keterbatasan aku ni menyebabkan aku tak bertemu jodoh atau dalam erti kata lainnya,aku menjadi andartu,aku redha dan terima. Mungkin dah itu ketentuanNya dan mungkin ada hikmahnya. Buat masa sekarang, aku taknak pening2kan kepala aku pasal nak mencari pasangan sebab aku dah cukup bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku bahagia dengan famili aku, dengan kawan2 yang aku sayang, dengan hidup aku sebagai siswi. So sekarang aku hanya perlu fokus pada pelajaran aku je.
Nampaknya sem ni aku kena struggle giler2 punya. Tadi aku tengok jadual waktu untuk sem baru ni, sem 3. Sangat2 mendukacitakan. Ada kelas malam. Hadoi...... Dah la dalam sem ni ada bulan ramadhan. Its mean, malam2nya akan dipenuhi dengan solat terawih berjemaah. Aku baru je berniat nak terawih kat Pusat Islam memandangkan kolej aku sekarang dekat dengan Pusat Islam. Dan aku pun berniat nak terawih penuh tanpa ada yang miss kecualilah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Tapi nampaknya nanti akan ada yang aku miss sekurang2nya sehari dalam seminggu. Ada lab yang kena waktu malam jugak, tapi aku berdoa dan berharap sangat aku tak kena masa lab tu,aku nak dapat waktu lain sebab dah la malam dari pukul 7 sampai pukul 10,hari Jumaat pulak tu. Aku masih tak dapat bayangkan keadaan aku kalau terpaksa berbuka puasa kat dalam lab. Yang paling tak best, tak dapat nak balik rumah. Kalau hari Jumaat tu takde lab malam, boleh aku balik rumah petang tu. Ya Allah, Kau elakkan lah aku dari terkena lab hari Jumaat malam tu...Ameen.. Yang lagi buat aku suspicious ni, my credit hour. Kalau ikut apa yang aku register, aku cuma ada 18 credit hour tak termasuk koko. Kalau tambah koko, akan jadi 19 credit hour. Tapi masa aku tengok jadual tu, i found that i have 25 credit hour including koko! Yup, 25! Ya Rabbi, mana satu yang betul ni? Untuk subjek CHM 412(Organic Chemistry For Technology), CHM 431(Physical Chemistry) and MIC500(Food Microbiology), i got 5 credit hour instead of 3 credit hour each. How can it be? Lab je pun dah 3 jam untuk subjek2 ni, tambah dengan kuliah 2 jam, total up 5 hour. Kalau jadual ni betul, mati lah aku sem ni. Ni bukan lagi setakat kena struggle, tapi dah tahap makan buku,tido buku,mandi buku. Aku sendiri confius. Memang selalu sangat jadi kekeliruan macam ni. Juz wait and see je la nanti.
Aku kena usaha untuk naikkan lagi pointer aku or at least maintain pointer aku supaya aku boleh dapat CGPA yang bagus untuk aku apply biasiswa dari JPA. Aku dah mula rasa cuak bila fikir pasal PTPTN aku ni. Dah mula rasa penat nak bayar balik nanti. Memandangkan sekarang harga minyak dah naik sekaligus menaikkan harga barang2 yang lain, duit pinjaman tu dah jadi tak cukup lagi dah. Kalau masa Tahun 1 dulu boleh tahan lagi sebab kolej dapat free, makan pun dapat free and fuel price pun tak naik lagi. Tapi mulai sem ni aku dah kena bayar untuk dok kat kolej, dah kena bajet untuk makan di tambah pulak dengan kenaikan harga barang, aku dapat rasakan yang sem ni aku akan sempOt. Aku taknak bebankan mak aku. Mak pun mesti susah sebab harga barang dah naik. So i think it is better for me to control my credit. Harap2nya bulan puasa ni dapat berjimat sikit dari segi makanan. Anggaran RM7 untuk makan dalam sehari cukup ke kat Shah Alam ni? takpe, apa2 pun aku kena ada azam and aku kena try. InsyaAllah semuanya ok. Tapi dalam masa yang sama, masih berdoa supaya permohonan aku diluluskan JPA.....Ameeennn...
No comments:
Post a Comment