Thursday, July 10, 2008

nEw SeMeStEr~

Alhamdulillah aku akhirnya berjaya sampai ke semester ke3 pengajian aku. Dengan izinNya juga. Hari ahad lepas,6 Julai aku sampai kat kolej baru aku,Delima 1 lebih kurang kul3.30. Semua proses mendapatkan bilik berjalan lancar sekali. Dapat bilik,terus punggah barang. Bilik aku sem ni sangat best. Jauh berbeza ngan kolej lama aku, Melati. Bilik aku luas dan mengadap ke jalan(senang aku nak tengok kalau mak aku datang) dan terletak sangat dekat ngan tangga dan tak tinggi(takle sempot aku nak naik tangga macam sem lepas),lantai jubin, meja study yang besar(meja komputer), loker yang luas(banyak lagi tempat kosong walaupun aku dah hangkut 80% baju aku yang ada kat rumah,hehe),kerusi yang empuk(kerusi plastik kat Melati menyakitkan tulang belakang aku,menyebabkan aku selalu study atas katil sekaligus penyebab aku selalu tertido masa study,keh3),rak buku 2 tingkat(aku guna untuk letak stok makanan sebab semua buku letak atas meja study yang besar tu),rak kasut 4 tingkat(semestinya 4 tingkat tu aku sorang yang punya walaupun kasut aku tak sebanyak itu),ampaian depan bilik(takyah berebut ngan orang lain nk sidai baju,itu aku yang punya,hahaha). Em,what else ha? Tu je la..eh, 1 more,dekat ngan fakulti, tak payah la aku berebut2 nak naik bus dah lepas ni. Duit pun save. Boleh kurus sebab ari2 exercise,hehe. 15 minit je jalan kaki. Kalau lambat bangun pun selamat,hihi.

But,ada gak yang tak best. Roommate aku yang kurang mesra la. Sabah mali, non-muslim. Alamatnya berbuka sorang2 la aku bulan posa nanti. Sabar je la. Jauh pulak tu dari classmates. Kalau nak wat discussion or assigment by group, parah la aku. Tapi takpe,baru mula je,so kena banyak2 la sabar and buat apa yang termampu. And another thing is, tak dapat wireless uitm!!!!!! Ni yang paling parah sekali bagi aku ni. Macam mana aku nak hidup tanpa internet?? Macam mana aku nak buat report, memo, assigment?? Hadoi.

About my class,for this sem aku dah mula campur dengan bebudak lepasan diploma yang further degree. Diorang terus masuk part3 after diploma,tak macam lepasan matrikulasi yang kena mula dari part1. So,diorang untung setahun la. Tapi kalau ikut umur, lepasan matrikulasi muda setahun. So rasanya lepasan matrikulasi untung juga. Tapi ada sesetengah subjek(kebanyakan) yang lepasan diploma dah belajar masa diploma dulu and you know what, lecturer anggap mereka2 itu lebih pandai dari lepasan matrikulasi. Hisy,ini yang membuatkan aku rasa tercabar ni. Menaikkan semangat betol. Tak boleh dibiarkan. Aku mesti pastikan aku n kawan2 setanding diorang. Tak pun lebih baik dari diorang. Pasti!

Minggu ni kelas takde sangat. Aku banyak lepak kat rumah je. Hari ahad masuk kolej,hari Selasa petang aku dah ada kat rumah semula. Hari Rabu gi kelas (kelas dah cancel,penat je aku kelam kabut dari rumah) then malam tu dah ada kat rumah semula sebab hari khamis(iaitu hari ini) semua kelas dah dibatalkan. Esok aku akan naik komuter ke Shah Alam lebih kurang pukul8 pagi,then amek bas Rapid KL T529 untuk ke seksyen 2 dan akhirnya amek bas Rapi KL T603 untuk ke kolej Delima. Kalau tak sempat nak balik bilik,aku akan terus ke kelas FST501 (Food and Human Nutrition) kat DK Gamma. Dalam minggu ni,cuma subjek ni je yang dah mula belajar. Dah habis chapter 1 pun. Extravaganza betol. Subjek lain semua belum mula lagi. Biasa lah,first week memang selalu macam ni. Lab akan mula minggu ke 2 atau ke 3. Bila lab dah mula, hidup aku pun akan mula sibok dibebani dengan lab report tanpa henti.Huhu.

Pertema pun sekarang dah memulakan operasinya. Maknanya aku juga akan sibok dengan tugas2 sebagai AJK. Baru semalam dapat tugas sebagai Exco Makanan dan Publisiti untuk program Futsal yang akan diadakan pada 2nd of August nanti. Alhamdulillah dapat bahagian makanan. Aku memang suka uruskan bahagian makanan ni. Rasanya tak berat sangat. Nak cari katering pun takde masalah sebab orang belakang rumah aku ni buat katering. Cuma masalah harga la. Mungkin aku kena up sikit harga makanan yang aku letak tu. Kena discuss la esok. Publisiti berat sikit. Kena buat memo untuk maklumkan kat ahli2 yang lain pasal program ni,then tampal kat fakulti and kena make sure yang semua orang dapat maklumat tu. Nak tampal memo tu pulak, kena dapatkan cop dari dekan/KP. Nak cari diorang tu bukan senang.Huhu. Harapnya semua berjalan lancar.Amin..

Overall, permulaan semester 3 aku bagus,penuh dengan semangat dan azam. Aku harap aku dapat capai goal aku untuk sem ni.

Ya Allah, aku ini hambaMu yang kerdil, lemah dan hina. Hanya dengan kudrat dan iradatMu aku mampu meneruskan perjuangan aku di bumiMu Ya Allah. Aku memohon dan berdoa hanya padaMu. Engkau berilah aku kekuatan,ketabahan dan semangat yang takkan luntur agar aku mampu mengharunginya. Tika aku lemah,tewas dan tak punya upaya, Engkau kurniakanlah secebis harapan agar aku bisa bangkit walau dengan sekelumit kudrat untuk aku terus berjuang tanpa putus asa sehingga aku mencapai kejayaan yang diimpi. Amin ya Rabbal alamin..

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..