Akhirnya dapat jugak aku curi sikit masa nak menulis kat sini. Kat kolej aku expecially in my room, tak dapat wireless uitm. So memang susah sangat aku ada kesempatan menulis kat sini. Kalau terdesak sangat, aku boleh la dok kat tepi tangga untuk dapatkan wireless, tapi aku memang takde banyak masa nak buat macam tu.
Takde masa?? Kenapa agaknya ek?? Of course la sebab keje dah bertambah banyak. Hari ni hari Ahad pukul 831 pagi, tapi aku belum mula lagi buat 1 pun lab report aku. Maklumat semua dah cari, cuma tinggal nak rewrite je. Aku kena setlekan 3 lab report. CHM431 kena submit hari Selasa, MIC500 kena submit hari Rabu and CHM412 kena submit hari Jumaat. Aku harap sangat aku dapat setlekan at least MIC500 dulu hari ni sebab tu la yang paling mencabar sekali. Yang lagi 2 tu, aku dapat instructor yang sangat2 fleksible. So, InsyaAllah tak amek masa yang lama sebab aku dah cari maklumat. Discussion pun buat ringkas2 je. Cuma untuk CHM412 aku belum search lagi. Kejap lagi kena cari la. hmm,nasib baik jugak aku dah siapkan homework BEL462 before aku balik umah semalam. Kalau tak, lagi bertambah beban keje aku. Aku kena siapkan tutorial CHM431 lagi. hadoi..
Sepatutnya malam ni aku ada meeting dengan MT unit masakan tapi aku rasa aku tak dapat nak gi la. Aku tak boleh nak balik kolej lagi. Banyak sangat keje yang belum setle. Laptop pun belum format lagi. Aku sangat2 memerlukan laptop memandangkan aku SU untuk unit masakan. So, aku kena make sure laptop aku siap di'format' before aku balik kolej. Bercakap pasal unit masakan ni, ntah apa la hikmahnya aku dapat jawatan SU ni. Aku semakin banyak keje,huhu. Macam mana la aku yang boleh terpilih?? Untuk 3 jawatan tertinggi yang lain, budak2 dentistry yang conguare. Macam mana pulak SU boleh dapat kt aku?? Aduh, aku memang tak berniat langsung nak pegang apa2 jawatan kat kolej Delima ni. Cukup la dengan keje aku sebagai Exco Publisiti PERTEMA. Tu pun kadang2 tak terkejar. Keje SU ni la yang paling rumit sekali. Tiap2 kali meeting aku kena ada sebab dukacita dimaklumkan, aku takde penolong. After meeting, aku ada masa 2 hari je nak submit minit mesyuarat kat presiden. Semua memo aku yang kena buat. Nasib baiklah keje menampal memo tu tak diserahkan kat aku. Senarai nama ahli lagi aku belum taip. Laporan bulanan. Dan aku ada dapat info yang kupon aktiviti pun aku yang kena buat. Astaghfirullah.. Untuk 200 ahli aku kena wat?? Tak dapat tido malam la aku pasni, pintu bilik asyik kena ketuk je siang malam.
Seperkara lagi yang membuatkan aku letih, futsal yang nak dianjurkan oleh PERTEMA dah batal! Asyik batal je dari sem lepas. Aku tak tau la apa masalah pengurusan ni. Penat aku mencari2 katering, cuba tawar menawar pasal harga, tup2 cancel! Macam mana aku nak cakap kat Cik Nor ni?? Diorang ni memang menyusahkan aku la. Rasa macam nak debik je sorang2.huh!. Pastu sekarang ni suggest nak gi main bowling pulak. huh, selagi tak sampai kat pusat bowling tu, aku takkan percaya yang plan ni akan berjalan. Aku dah cukup jemu dengan segala macam aktiviti yang dirangka, but then at the end of the day, cancel! Aku dah bosan dengan bermacam2 arahan yang diterima kononnya soh buat itu ini tapi akhirnya semua keje n usaha aku sia2! Bosan sangat2!
Nasib baiklah sem ni aku amek koko sport. Boleh gak aku kurangkan tekanan aku ni every week. Asyik mengadap laptop taip report, minit mesyuarat, mengadap buku and internet cari maklumat. At least boleh jugak aku berpeluh n lupakan sekejap segala macam keje2 tu. Baru habis minggu ke2, aku dah dapat 2 assingment. CTU553 and MIC500. Syukur sangat2 untuk CTU553 aku dapat tajuk yang memang aku nak. Mul2 aku ingat first come first serve untuk pemilihan tajuk, rupa2nya lecturer aku buat cabutan pulak. So maknanya memang totally depends on luck. Semua ahli group aku minta aku yang gi cabut n sangat2 lucky sebab memang tajuk yang kami harap2kan. Group kami pula kena no9, so kami kumpulan yang ke9 out of 10 yang akan present. Dijadualkan pada pertengahan Oktober. Banyak lagi masa nak prepare. Dari sekarang aku dah kena cari maklumat. Untuk MIC500 pulak, aku ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk submit esei berkaitan Food Microbiology. Assingment ni individual. Means, aku ada kebebasan mutlak ke atas esei tu. Aku boleh buat apa2 aje yang aku suka. Alangkah bahagianya..
Hmm..sekarang ni tugas aku kena siapkan semua keje yang aku dah sebutkan kat atas ni. Harapnya semua berjalan lancar even sekarang ni aku dah mula rasa kepenatan.
Ya Allah, kuatkan jasadku, rohaniku agar aku mampu mengharungi kesemua ujian2Mu.
Ringankan lah beban yang tergalas di bahuku ini..
Sesungguhnya setiap dugaan dan amanah yang diberiMu adalah mengikut kemampuan hambaMU....
No comments:
Post a Comment