Assalamualaikum w.b.t.....
Kejap je dah berakhir seminggu aku untuk sem baru ni. Maknanya aku dah kena get ready untuk minggu depan sebab mungkin lab akan mula.
Hari ni buat pertama kalinya aku naik motor dari rumah ke kelas. Tak dirancang pun. Aku patutnya gi dengan komuter. Tapi disebabkan aku terbangun lambat, aku terpaksa naik motor sebab mak aku tak boleh hantar atas sebab2 tertentu. Actually,bawa motor ni bukan lah sesuatu yang aku jarang buat pun. Masa kat Alor Star dulu,aku memang naik moto je nak ke mana2. Tapi keadaan kat sini tak sama. Aku dah rasa dah tadi. Baru first time,aku dah nyaris2 excident. Bukan salah aku pun. Memang aku ikut laluan aku. Kereta tu yang nak masuk laluan aku tak bagi signal. Nasib baik break motor aku, dah betulkan tadi. Kalau tak, aku rempuh je la kereta tu. Masa gi, aku silap gak. Mak aku dah pesan jangan lalu jambatan, mak aku suruh guna jalan kat Pekan Keling. Tapi disebabkan aku fikir masa tu dah kul930, aku ingat jambatan tu tak jem,tapi sangkaan aku meleset. Hadoi. Lori besor2 lak tu kat situ. Kalau aku yang bawa motor ni, masuk celah tayar dia pun, takde sapa yang perasan agaknya..huisy! Dah la dengan pakai baju kurung n sandle yang agak tak sesuai untuk menunggang motor. Tapi nak wat camne, belasah je la.huhu. Sampai kat kolej kul950 terus siap2 nak gi kelas. Tup2 aku tengok phone ada 4 mesej. 2 mesej dari classmate aku, Husna n Mim. Diorang tanya soklan yang sama lak tu. Husna tanya "tqah ko tak datang kelas ke?". Mim lak "Beb,ko tak datang lagi ke?". Eh,pehal lak ni? Aku tak datang kelas? Aku baru nak gi kelas la ni. Mesej2 tu delivered around 9.30, masa aku kat atas motor. Rupa2nya kelas kul930 CHM431 yang aku ingat dah cancel tu, ada! Hadoi, masa aku gi kelas, batal. Masa aku tak gi, ada lak. Siap dah mula belajar lagi dah. Masa tu dah kul10. Aku nak gi memang dah tak sempat sebab nak jalan dari kolej ke kelas dah 15minit. Kelas tu habis kul1020. So aku decide gi next kelas je. First time aku missed kelas. Cuak gak tak penah wat jahat before ni.huhu. Tapi dah tak boleh dielakkan, nak buat camne. Untuk next kelas kat dalam DK Gamma, semua classmates usha pelik kat aku. hehe. Den tak sengajo monteng tadi. Senyum je la.huhu. Habis kelas, aku jalan je balik kolej, baru nak lepak2 pas melayan Sara,Husna,Nana n Imah yang singgah bilik aku nak ambik air zam2, tetiba Mim lak datang ajak aku minum kat dc. Haiya,aku dalam proses membajetkan duit ni. Siap bawa bekal kuew teow goreng lagi dari rumah untuk lunch aku. Tapi bila dia offer nak belanja,aku tak tunggu ar,hehe. Gi turun dc naik moto aku tu je without helmet.muahaha. Melanggar peraturan di uitm. Buat jahat lagi,hai tqah, bila nak berubah jadi baik ni?ekeke.. Kt dc,jumpa Watip lak. Pas minum2, Mim balik kolej dia,aku hangkut Watip lak naik motor gi kolej aku, lunch sekali sebab aku memang bawa kuew teow lebih untuk dia yang memang dah habaq awai2 nak mai bilik aku. Masa makan, borak sakan la. Semua orang yang datang bilik aku cakap, bilik aku best.hehe, mesti la best. Speacial tu,hihihi.
Pas solat zohor, aku siap2 nak balik rumah,tapi lagi sekali salah timing la. Aku gi kuar sekali dengan mamat2 yang balik solat Jumaat. Alamatnya jem lagi la ni. Tapi kali ni aku tak pakai baju kurung dah,aku tukar t-shirt dengan jeans je. kasut pun dah tukar dari sandle ke sport shoes. Barulah selesa aku nak merempit,miahaha. Sampai rumah kul250, terus lepak depan pc. Kat kolej tak dapat wireless, bila balik rumah, aku balas dendam la. Pc ni aku yang punya.hahaha. Malas nak bawa balik laptop,aku tinggalkan je kat kolej.
Lewat petang nanti, Amy n kawan2 dia akan sampai kat rumah aku. They will spent a night here,esok nak kuar gi Low Yat dengan diorang,aku nak cari cooling pad and mouse untuk laptop aku. Ahad lak dah janji dengan Mashi, spent the whole day dengan dia memandangkan dia sekarang menyewa kat luar n susah dah nak jumpa. Then, hari isnin akan berulang untuk aku menjalani rutin harian yang biasa. 'Gi kelas,study,assigment,report'. Oh, thanks God i remember about the catering. Kena dapatkan kata putus cik Nor,harap2 dia setuju nak ambek tender tu so takyah la aku susah2 nak cari yang lain lagi. Hopefully..
Ya Allah, lancarkanlah setiap sesuatu yang tergalas di bahuku ini. Sesungguhnya hanya dengan keizinanMu dapat aku menjalankan amanah ini..Amin..
No comments:
Post a Comment