Sunday, June 29, 2008

my school..

Semalam, macam biasa aku rasa bosan yang teramat. So,aku pun view kebanyakan friendster kawan2 aku kat MRSM dulu untuk cari pic2 masa zaman school. Aku memang tak banyak pic2 masa sekolah dulu. Maklumlah aku ni lambat sikit terima benda2 teknologi ni. Handphone pun aku dapat masa form 5. Tu pun Nokia2100 yang biasa n takde kamera. Kamera pun aku takde lagi masa tu. So banyak sangat kenangan2 masa zaman sekolah dulu yang tak dapat aku simpan dalam bentuk gambar.. Dalam dok menjelajah ke page kawan2 aku,aku singgah kat page Kid. Then masuk blog dia kot2 ada apa2 story yang best untuk aku baca. Secara tak sengaja aku ternampak koleksi gambar2 dia yang bertajuk 'Kenangan Terindah'. Bila aku tengok,semua gambar2 masa kat MRSM dulu. Tapi banyak gambar Kid n the geng la..Tapi takpe,aku layan je.

Dalam dok usha2 gambar tu,teringat plak zaman2 aku kat MRSM dulu. My school MRSM PDRM Kulim,KedaH. Kat situ la aku mula belajar hidup berdikari coz buat pertama kali aku berjauhan dengan famili n dok hostel. Sebelum ke MRSM, aku belajar kat SMK Sultanah Bahiyah, Alor Star sampai form 3. Form 4 n form 5 aku kat MRSM. Even it juz 2 years i've been there,macam2 yang aku belajar. Kat Sultanah Bahiyah dulu,aku tak dok hostel. Rutin aku sama je hari2 berulang alik dari umah ke sekolah. Tapi kt MRSM, aku lebih banyak habiskan masa dengan kawan2 berbanding famili. Siang malam dengan kawan2 je. Kat situ,kawan2 lah famili aku. Aku belajar uruskan diri sendiri, selesaikan segala masalah sendiri, hadapi semua dugaan dan cabaran tanpa famili. Juga mula belajar bergaul dengan kawan2 berlainan jantina..hehe, maklumlah, Sultanah Bahiyah tu girl school. Kekok juga awal2 tu nak adapt tapi lama2 ok lah.

Masalah yang paling utama sekali ialah unity. Masa awal2 masuk tu, memang terasa dianaktirikan. Aku n pelajar2 baru dari sekolah kementerian seolah2 tak boleh ngam dengan pelajar2 lama yang memang asal dari form 1 lagi kat situ. Macam berpuak2. Pelajar baru geng dengan pelajar baru je. Pelajar lama geng dengan pelajar lama. Ada juga antara pelajar2 lama yang cuba berlagak senior dengan memberi arahan2 kepada pelajar2 baru terutamanya dekat hostel cam arahan menggunakan toilet, waktu2 yang tak boleh tinggalkan rumah, jadual bersihkan rumah(hotel kami adalah pangsapuri) n macam2 lagi sedangkan warden sendiri tak keluarkan arahan macam tu. Kena usha slek, kena perli, kena kacau memang dah lumrah. Ada yang masa hari pertama masuk kelas pun dah kena usik. Konon2nya ada cikgu nak jumpa. Melilaulah kawan 2 satu sekolah cari cikgu yang dimaksudkan tu. Dah la masa tu tak tahu lagi departmen kat mana. Diorang sedap2 je gelakkan bila bebudak ni balik kelas. Ada yang nakal sikit tu, gi angkat meja kitorang budak2 baru ni letakkan kat tangga hujung bangunan. Kadang2 sorokkan beg or buku, sengaja kumpulkan sampah kat bawah meja kitorang n macam2 lagi la. Ada gak sorang budak baru ni (girl) yang berminat nak pegang jawatan dalam BWP(Badan Wakil Pelajar), tapi diperli dengan macam2 kata2 yang tak sedap didengar. FYI, nak jadi BWP kena melalui berbagai proses. N jawatan ni terbuka kepada pelajar2 tingkatan 4 dan tingkatan 2 untuk menggantikan pucuk pimpinan yang terdiri daripada pelajar2 tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang akan letak jawatan untuk fokus dalam SPM n PMR. Antara prosesnya ialah isi borang permohonan,kena dapatkan sokongan cikgu2, kena interview dengan penasihat BWP, lastly kena buat pilihanraya. Sebelum pilihanraya,mestilah ada proses kempen kan. Masa ni lah semua calon kena berusaha mem'promote'kan diri supaya pelajar2 lain undi diorang. Tapi kesian kat budak baru tu. Bagi aku dia memang layak sebab dia sangat rajin, sangat sabar dengan budak2 yang selalu kacau dia n dia memang dedicated dengan semua tugas dia. Tapi kerana dia pelajar baru dari sekolah kementerian(macam aku) dia tak berjaya. Masa kempen,teruk dia kena sound dengan student2 lama. Selalunya calon akan mendapat sokongan kuat dari batch masing2. Cuma senior je yang akan tanya macam2 killing question untuk memerangkap calon2 ni. Tapi dia dah la dapat killing question dari senior, kawan2 dari batch sendiri pun tak sokong dia. Lagilah seronok senior2 tu nak kondem dia. Poster2 dia pun habis kena conteng2 dengan budak2 yang nakal tu n aku sendiri dengar dari mulu student lama "siapa dia tu nak jadi BWP? Ntah datang dari mana ntah tiba2 nak jadi BWP". Aku dengar kata2 ni lepas abes kempen tu. Aku sangat2 kecewa dengan diorang ni. Bagi diorang hanya budak2 yang asalnya student MRSM sahaja yang layak bertanding dan memimpin. Tapi diorang tak sedar yang ramai dikalangan pelajar2 baru dari sekolah kementerian yang berbakat dan bagus n even better than them. Kenapa aku cakap macam tu? sebab kami yang dari sekolah kementerian ni ditapis dengan teliti sebelum diterima masuk ke MRSM. Result PMR kami kena cemerlang(sekurang2nya 6A dan wajib mendapat gred A untuk subjek math n science), kami mestilah seorang pelajar yang aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan di sekolah kementerian. Tapi diorang yang sememangnya pelajar MRSM sejak dari tingkatan 1 lagi tak terlalu ketat untuk meneruskan pelajaran di MRSM. Mereka diberi keistimewaan. Ada je yang dapat 5A masa PMR tapi masih boleh continue kat situ. Tapi diorang sangat pandang rendah pada kami.

Tapi alhamdulillah, berkat inisiatif cikgu2 yang sangat2 sayangkan kami, ntah berapa kali kami berkumpul untuk kena brain wash. Cikgu2 tu kecewa dengan kami yang langsung tak bersatu, yang berpuak2 dan bergaduh. Cikgu2 takut kami tak dapat perform masa SPM nanti sebab kami asyik nak tikam sesama kami. Akhirnya dengan bermacam2 program yang PAMA(persatuan untuk pelajar menengah atas) buat,kami semua dah semakin bersatu. Dah takde lagi istilah 'budak baru budak lama', dah tak berpuak2 lagi. Student lama yang dulu bermasam muka dengan student baru dah mula berbaik malah ada yang dah jadi 1 geng. Aku sendiri pun berkawan rapat dengan student2 lama. Makin dekat SPM, kami makin rapat n makin sayangkan batch kami. Penasihat2 PAMA yang berkorban banyak untuk kami, buatkan motivasi dekat hotel, bawa kami gi camping, berhabis wang ringgit untuk kami. Memang seronok sangat masa aku form 5. Kami dah macam 1 keluarga. Cikgu2 semua harap kami buat yang terbaik masa SPM, naikkan ranking ,MRSM PDRM untuk SPM kami ni. Batch sebelum kami hanya berjaya letakkan MRSM PDRM dalam tangga ke-22 dan alhamdulillah kami berjaya naikkan ranking ke tangga ke-15. Memang nampak macam kurang bagus tapi sekurang2nya peningkatan yang mendadak. Alhamdulillah..

Sekarang ni dah hampir 3 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Tapi semua ilmu, kenangan, n pengajaran kat sana tak dapat aku lupa. MRSM PDRM Kulim akan sentiasa ada dalam hati aku forever n ever............................

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..