Thursday, March 29, 2012

saya baik hati. percayalah!


As-salam

Orang selalu cakap, muka aku muka ketat-serius nak mampos. Aku dok khusyuk study ke, fokus ngadap komputer buat keje or main tenet, leka reply sms, even time aku dok senang hati sidai baju kat ampaian pun, orang akan tegur “hoi! Serius giler muke kau. Ape cellop.”

Mula-mula dulu, aku buat dek je. Bila pulak aku serius? Aku buat muke rileks je. Tapi lepas aku tertengok 1 gambar candid aku, kawan aku snap masa aku tengah potong kek jamuan perpisahan final year student tahun lepas, baru aku terkesima dengan kenyataan-kenyataan orang sebelum ni. “husy, memang serius rupenye muke aku ni time aku tengah focus. Patut selalu kena tego. Apsal muke aku tak semanis kurma ni?”

Ekceli, muke aku je nampak ganas, brutal, ketat, serius, muke lapar-bengang-makanan-dah-habis. Tapi hakikatnya, aku tengah cool je. Ini fakta bukan auta.

Aku perasan la kan, bentuk mulut aku yang agak melengkung ke atas, menyebabkan riak muka aku kelihatan sangat serius ketika aku bersahaja. Jadinya, untuk mengelakkan aku diperkatakan sebagai seorang yang serius, garang, sombong dan sebagainya, aku harus sentiasa mengukir senyuman nipis ketika beriadah, berSMS, menyidai pakaian, bermain game di komputer, membaca buku, memotong kek mahupun ketika memandu. Dengan cara sedemikian, orang tidak akan melabel aku sebagai sombong riak takbur dan pelbagai lagi. Eh apesal ayat bahasa melayu baku ni?

Lebih-lebih lagi sekarang ni aku selalu deal dengan customer. Bos aku selalu tego “Senyum! Senyum! Senyuuuuuuum!!!!”

Wei! Kau tak tengok aku senyum lagi tau. Incredible hulk pun boleh cair! Huh~

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..