Friday, March 16, 2012

kenapa study lagi best dari keje?


dulu mase kicik-kicik, selalu bayangkan hidup sebagai orang dewasa. drive kete, kuarkan duit tekan-tekan kat atm, gi keje kat opis pakai lawa-lawa, make-up. oh ku rasa sangat indah hidup sebagai orang dewasa yang boleh buat semua bende sesuka hati tanpa perlu tanye mak "mak, nak coki-coki" dan mendengar mak membalas " makan nasik kat rumah je".


bila sekarang umur menghampiri 24 tahun which i consider as DEWASA, aku tengok bebudak main kat playground dan terdetik dalam hati "bestnye jadik budak-budak. takyah pikir apa-apa. main je. jerit. kencing dalam seluar pun tak kena marah".

manusia. memang tak tahu bersyukur *sigh*


dulu masa tengah struggle dengan segala test yang berlambak, assignment yang menimbun, projek yang tak habis-habis, program sana-sini. mesti selalu pikir "Ya Allah bila la nak habis ni. cepat lah habis belajar. takmau tengok dah buku-buku ni semua. nak keje je. dapat gak duit"


sekarang aku dah keje. hujung bulan je dapat duit. tapi tak kaya-kaya jugak.

aku rasa masa belajar dulu duit sentiasa je ada. sekarang? ada jugak duitnya tapi kekadang tu takde jugak. hai la~


bila dah keje ni, selalu teringat hal-hal zaman belajar. seronok belaja lagi rupanya. walaupun kena baca buku sampai menguap-menguap tampar muka sendiri 3-4 kali. kenapa?

sebab


masa kat universiti dulu, aku tak takut buat salah. nama pun pelajar yang sedang belajar. buat salah tu adalah normal. paling-paling, kena tolak markah je la kan.
tapi kalau aku salah buat keje yang bos bagi, effect is not only for me, tapi akan melibatkan banyak pihak, akan menyusahkan banyak pihak. dan paling aku takut kalau melibatkan customer and cost.


masa kat universiti dulu, kalau terbangun pagi lambat pun, boleh kautim lagi masuk kelas lambat. kalau kena lecturer yang tak bertolak ansur langsung tu, tau nak kunci pintu je sharp time kelas mula, busuk-busuk pun aku kira ponteng je la. kedatangan kosong. kalau nak jadi setan lebih, minta kawan sain kan. eh tapi aku tak penah buat ni. sumpah! sepanjang 4 tahun kat universiti, tak penah minta kawan sainkan attendance aku tau! muka je brutal. hati suci.
tapi kalau puch card lambat kat opis, even 1 minute, tak lame kemudian pasti dipanggil bos dan minta surat tunjuk sebab. perlu ke aku tulis sebab-sebab datang lewat "i went out from home early. around 8am. then i filled up my motorcycle tank. many people there. so i late. plus traffic jam. so conclusion is, i late." perlu ke? perlu ke?? *macam bengong je ayat bi aku*


masa kat universiti dulu, kelas pagi bukan hari-hari. kadang-kadang, pukul 10.30pagi. kadang-kadang, petang baru ada kelas. kadang-kadang je kelas pukul 8.30pagi.
tapi sekarang, hari-hari aku kena bangun pagi berebut jalan dengan orang lain jugak. tak boleh tolerate langsung.


masa kat universiti dulu, gi kelas tak mandi pun takpe. selekeh pun takpe. takde sape kisah kat kau. cuma, takde sape la nak ngorat kau nanti. tu je. penah jugak aku buat. sebab dah terbangun lambat. tak dapat nak adjust dah. kelas pukul 8.30pagi. aku terjaga pukul 8.15pagi. tu pun sebab ada orang sms. terkena pulak kelas pagi tu, lecturer strict nak mampos. kau masuk lecturer hall lepas dia masuk, kau memang masak. kadang-kadang buat test mengejut dalam kelas. itu sebab aku tak boleh monteng suka hati. tapi aku selamba je pegi kelas tak mandi. sempat gosok gigi dengan tukar baju je. takde sape perasan pulak tu! penyamaran berkesan!
tapi kalau aku pegi opis selekeh-selekeh, pakai selipar, muka tak mandi, baju tak iron, memang tak lama la aku kat situ.


masa kat universiti dulu, ada masa kosong yang takde kelas, aku boleh kuar melepak sana sini. tengok wayang takyah beratur panjang, main boling murah, karok murah, jalan tak jem. paling skema, aku balik kolej tido sampai petang.
sekarang kalau pun aku takde keje kat opis, takde maknanye aku boleh merayau-rayau kacau orang lain. silap-silap orang baling fail kat aku. nak tido? menyesal tak sudah kang kalau bos soh balik tido kat rumah dah takyah masuk opis langsung sampai bila-bila.




itu sebab aku kata, study lagi best dari keje. stress study tak sama dengan stress keje. unleast, keje yang buat tu, memang kau minat giler! takde hal nak kena keje 25jam sehari 8 hari seminggu pun kau sanggup. nescaya gaji kau sangat berkat.

ok lah dah mengantuk. harus tidur sekarang. dulu masa kat universiti, releks je aku tido pukul 1 pukul 2 pagi. tak tido langsung pun penah. sekarang, pukul 10 je dah menguap. elok aku menguap je, dah pukul 10. ni malam minggu ni beb. malam sabtu ni. aku tido pukul 11.30 malam minggu? oh sungguh tak remaja. *masih remajakah aku?*

ok good night all............

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..