Tuesday, March 20, 2012

gua keliru la dengan klinik dan doktor.


gua mc lagi ini hari. seyes gua keliru la. dulu sepanjang gua belajar kat uitm 4 tahun tu, sekali je gua penah mc 2 hari sebab demam panas tahap membako. ini, dalam sebulan je dah 2 kali gua mc ni. gua risau la bos gua tak yakin dengan kemampuan fizikal gua dah lepas ni. (T_T)


tapi gua ada rasa sikit tak puas hati la dengan sistem perubatan ni. bukan perubatan pakar la tapi perubatan biasa-biasa ni ha. dulu masa gua sakit kat kolej, gua gagahkan diri gi pusat kesihatan uitm tu untuk mendapatkan ubat. malangnye selepas pemeriksaan suhu badan gua, doktor tu cakap gua TAK DEMAM! dia takde pun nak bagi gua ubat, mc apatah lagi. tak kesah la sebab gua tak monteng pun. sakit, kelas tetap gua tak tinggal.

lepas je kes tu, gua dah malas nak pegi klinik kalau gua sakit. gua buat bodo je atau gua telan panadol sebelum tido. gua takde berpantang pun, kelas gua pegi jugak, aktiviti apa-apa gua join jugak.

ada 1 kali, gua rasa macam gua demam. tapi sebab gua kenangkan kata-kata doktor dulu, gua malas nak pegi pusat kesihatan. gua layan je sakit kepala gua tu. 2 hari. lepas tu gua dah tak tahan. baru gua pegi check. tahu, gua pulak kena marah semula! sebab dah 2 hari demam baru nak datang amek ubat, kata doktor tu. NTAH HAPE-HAPE. time tu la gua dapat mc 2 hari sebab suhu badan gua dah dekat 40.

awal bulan itu hari, gua rasa tak sihat. sebab takut kena marah dengan doktor, gua cepat-cepat pegi klinik cek. sejarah lama berulang. doktor tu kata "lu tak sakit pun. suhu badan pun ok".

seyes gua tak puas hati. nak je gua cakap "doktor, kepala gua ni rasa macam nak pecah dah tahu? dok kat opis tu sepanjang hari gua gigil-gigil. apa kes lu cakap gua tak sakit?"

tapi gua tak luahkan lah. itu dalam hati gua je. gua pegi klinik tu pun after office hour kot. gua dah pegi keje dah. dah balik dah pun. gua nak ubat je. bukan gua sengaja pegi nak minta mc kosong. cet!

semalam lagi sekali. sepanjang kat opis memang gua rasa derita teramat. kepala gua rasa macam nak meletup. sape-sape je yang datang kat meja gua cakap ngan gua, gua ni rasa macam nak lempang je sorang-sorang. sebab kepala gua sakit giler, lu banyak cakap pulak kan.

petang balik je dari opis, gua dah terbaring tak sedarkan diri dengan baju kurung and tudung elok lagi. mak gua pegang gua, pastu mak gua ajak pegi klinik kerajaan. mak gua kata badan gua panas. konpom gua demam. gua malas sebenarnye sebab gua rasa nanti doktor tu cakap gua tak demam. tapi mak gua dah stok tarik-tarik gua dah. gua pun layan je la.

mak gua ajak gi hospital kerajaan dengan harapan doktor tu cek kaw-kaw la sekali dengan darah sume. tup-tup sampai sane, doktor tu tanye gua "ape masalah?"

gua hangin betul dengan soklan macam ni dari para doktor. nak je gua jawab "masalah gua, lu la. suka tanya gua apa masalah."

gua pun cakap la gua rasa nak demam.

dia cek gua punye heart beat, die cek gua punye anak tekak. suhu badan sekali dengan tekanan darah. dia kata gua takde pape masalah.

see???

mak gua pun tercengang.

kalau dah doktor pun tak tau masalah gua, gua ni lagi la tak tau. yang gua tau, gua sakit! doktor ni cek suhu badan je ke untuk tau seseorang tu sakit ke tak? kepala gua sakit, bukan kepala gua panas. so????


pagi tadi memang gua tak mampu la pegi keje. gua pegi klinik swasta gua cakap semua yang gua rasa. gua buat sesi luahan perasaan la kan. gua cerita pasal sume doktor-doktor yang langsung tak memahami keadaan gua.

pastu doktor tu cek gua, dia kata gua ada masalah kekurangan zat besi yang serius!

gua kena consistant amek supplement iron selama 3 bulan berturut-turut tanpa henti atau sampai level iron gua stabil.

doktor tu pun pesan, gua takleh stress-stress. bila pulak gua stress? gua happy je ni.

jadinya sekarang ni, banyak betul ubat gua kena telan hari-hari. gua ni bukan lah pembenci ubat. cumanya, gua ni pelupa. ingat gua ingat sangat ke jadual nak kena makan ubat bagai ni? aigo~




kejap, iron ni penting sangat ke?

p/s: sori la gua punya ayat sikit kasar ini hari. gua-lu. kepala gua berat, memang macam ni. adios~

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..