You can do whatever you wanna do. But, remember this…
IT WON’T EFFECT US AT ALL!
All ‘effort’ you did, is just a piece of shit!
For me, just smile and enjoy my life with all people I love around me.
You can do whatever you wanna do. But, remember this…
IT WON’T EFFECT US AT ALL!
All ‘effort’ you did, is just a piece of shit!
For me, just smile and enjoy my life with all people I love around me.
As-salam
Orang selalu cakap, muka aku muka ketat-serius nak mampos. Aku dok khusyuk study ke, fokus ngadap komputer buat keje or main tenet, leka reply sms, even time aku dok senang hati sidai baju kat ampaian pun, orang akan tegur “hoi! Serius giler muke kau. Ape cellop.”
Mula-mula dulu, aku buat dek je. Bila pulak aku serius? Aku buat muke rileks je. Tapi lepas aku tertengok 1 gambar candid aku, kawan aku snap masa aku tengah potong kek jamuan perpisahan final year student tahun lepas, baru aku terkesima dengan kenyataan-kenyataan orang sebelum ni. “husy, memang serius rupenye muke aku ni time aku tengah focus. Patut selalu kena tego. Apsal muke aku tak semanis kurma ni?”
Ekceli, muke aku je nampak ganas, brutal, ketat, serius, muke lapar-bengang-makanan-dah-habis. Tapi hakikatnya, aku tengah cool je. Ini fakta bukan auta.
Aku perasan la kan, bentuk mulut aku yang agak melengkung ke atas, menyebabkan riak muka aku kelihatan sangat serius ketika aku bersahaja. Jadinya, untuk mengelakkan aku diperkatakan sebagai seorang yang serius, garang, sombong dan sebagainya, aku harus sentiasa mengukir senyuman nipis ketika beriadah, berSMS, menyidai pakaian, bermain game di komputer, membaca buku, memotong kek mahupun ketika memandu. Dengan cara sedemikian, orang tidak akan melabel aku sebagai sombong riak takbur dan pelbagai lagi. Eh apesal ayat bahasa melayu baku ni?
Lebih-lebih lagi sekarang ni aku selalu deal dengan customer. Bos aku selalu tego “Senyum! Senyum! Senyuuuuuuum!!!!”
Wei! Kau tak tengok aku senyum lagi tau. Incredible hulk pun boleh cair! Huh~
2 hari yang lepas, hari jadi mak aku. Ala 21 Mac la. Hari ulang tahun kelahiran yang ke-53 tau u alls. Tapi kalau orang tengok mak aku, orang selalu tak percaya yang umur mak aku dah masuk 50-an. Aku yang awet muda ni sebab dapat genetic mak aku la hiks~
Mak aku ni sempoi. Kalau nak ajak mak aku lepak kat mamak sampai 2 pagi pun, mak aku layan je. Ajak pegi shopping kat jalan TAR tu ha, aku yang semput ngekor mak aku. Mak aku maintain je nak gi berjalan merata-rata. Siap sound aku lagi “banyak lagi tempat kita tak pegi ni tiqah. Cepat la. Terkemut-kemut!” ha kau sekali kena sound, sentap aku!
Dalam umur masuk 53 tahun, mak aku masih gagah perkasa merempit ke sana ke sini. Ha perangai rempit-rempit ni pun aku dapat genetic dari mak aku. Kakak aku memang fail bab-bab rempit ni. Kete je die layan. Giler demand. Tapi aku memang absorb 100% perangai rempit mak aku. Dulu masa aku kecik-kecik, gi jenjalan naik motor mak aku la yang bawak aku. Aku dok kat belakang. Mak aku akan pastikan aku peluk dia kuat-kuat. Tapi sekarang, aku pulak bawak mak aku merempit sana sini dengan Mr Revo. Tapi dulu aku diam kat belakang. Mak aku pulak sekarang asyik membebel je kalau naik dengan aku. “kau ni bawak laju nau. Mak nak terbang dah ni. Helmet pun dah nak tercabut. Kalau sampai kat simpang tu, slow la sikit. Ni tau nak kona lep je kau kan. Bla bla bla bla”.
Mak aku kalau masak, kebabom habaq kat hang! Tarak tipu punya. Yela sume mak-mak kat dunia ni adalah tukang masak terbaik untuk anak-anak mereka, kan? Mak u alls pun mesti sama kan? Kan? Masakan mak aku ni, banyak mendapat pengiktirafan sedap dari orang-orang yang penah makan masakan dia. Ada kawan aku datang rumah semata-mata nak makan mak aku masak. Itu pasal aku gemuk. Dah tau sape patut dipersalahkan? Hahaha. Mak aku ni very particular about food. Kalau gi makan kat mana-mana, ada aje yang dia nak komplen. Pastu balik rumah, dia masak sendiri banyak-banyak pastu mesti compare dengan makanan yang makan kat kedai. “tengok ni mak punya murtabak nalla punya besaq. Ayam pun mak boh banyak. Kalau beli kat luar tu ha, dua hengget setengah kecik giler. Dah la bawang je yang banyak. Kulit nipis. Tak kenyang!”. Ha bab masak-masak ni, aku tak sure aku ada absorb ke tak. Ade la jugak kot sikit-sikit. Kan? Ada kan? Ada laaaaa.
Mak aku garang wo. Masa umur aku 7 tahun, aku penah kene cili dengan mak aku sebab aku mencarut. Bukan takat mulut je kena, mak aku lumur kat seluruh muka aku, terbaik punya! Melalak-lalak tak hengat. “ha kau mencarut lagi. Mencarut la lagi! Lagi sekali mak dengar kau mencarut, mak guna cili padi pulak! Cuba la kalau nak rasa!”. Punya tegas tu. Kompom kecut la. Sejak tu, kalau nak mencarut, aku akan carut slow-slow supaya mak aku tak dengar. Kekadang aku gerakkan mulut je tapi sore tak kuar. Tapi lepas tu orang yang kena carut dengan aku (selalunya adik aku) akan jerit sekuat suara “mak!!!!!!!!!!!!!!!! Kak tiqah mencaruuuuuuuuuuuuuuuut. Dia cakap b*b* kat tai!!!!!!!!!!!!!!”. Dem! lepas tu aku kena cili lagi sekali. Sekarang dah takde carut-carut dah. Hehe.
Whateva it is, mak aku the best! Kalau aku nak buat apa-apa keputusan tapi aku buntu, aku akan tanya mak aku. Apa yang mak aku cakap, aku akan follow dan sepanjang kehidupan aku ni, belum ada 1 pun lagi keputusan yang aku buat dengan mengikut kata mak aku, aku akan menyesal. Tak pernah! Restu Allah akan datang lepas restu mak ayah, kan?
Mak, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-53. Alhamdulillah umur mak panjang dan diberi kesihatan yang baik sampai sekarang. Alhamdulillah. Walaupun dah umur 53 tahun, mak tetap cun di hati tiqah! (^_^) mak gua yang cun
|