Friday, November 4, 2011

janganlah persoalkan kenegerian dan perkauman. I tak suke tau~ (nada gedik)

Assalamualaikum wbt

baru-baru ni kecoh kat wall fb aku pasal 1 blog ni kepunyaan seorang gadis yang guna nama Schaza Zedane, berasal dari Selangor dan sekarang menuntut di East Malaysia. dalam blog die tu, die dengan lantangnye dah menghentam cara hidup dan perlakuan penduduk kat salah sebuah negeri kat Malaysia iaitu Sarawak. natijah kepada post tersebut, gadis tersebut telah di usha slek dan kena maki dengan Sarawakian yang offended dengan post tersebut.

post tu dah di remove dan gadis tu dah minta maaf. secara peribadi, aku akan maafkan orang yang dah sedar kesilapan diri and ask for forgiveness. die sanggup buang ego untuk minta maaf secara bersungguh-sungguh pada semua orang yang terasa dan marah dengan post tu. so bagi aku, orang dah minta maaf kan. maafkan je lah. takyah nak panjang-panjang cite. lagi pun budak tu muda lagi. baru first year student. fikiran tak matang dan terlalu ikutkan kata hati sangat. itu normal untuk budak-budak. tak pikir panjang sebelum buat sesuatu. bila terkena natijah, baru tersedar. dan dengar khabarnya, gadis tu akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak universiti yang die menuntut iaitu UNIMAS. itu hukuman yang die kena tanggung atas ketidakmatangan die. so u olls, udah-udah la yek. die pun dah minta maaf dan akan dihukum pun. confirm die dah amek pengajaran dari kesilapan die tu. jangan lah maki-maki die lagi. budak kecik je tu.


secara jujurnya, dulu aku tak penah pun nak amek kisah kau ni semenanjung ke, sabah ke, sarawak ke. aku tak penah nampak jurang pun. aku tak sangka pulak orang lain nampak perbezaan. terkejut jugak aku bila member Sarawak aku cite, bile die datang semenanjung and orang semenanjung tau yang die from Sarawak, orang akan ejek or sindir, kekadang diperkotak-katikkan. kenapa? ape masalahnye kalau diorang Sarawakian or Sabahan? ape beza dengan Kedahan, Selangorian, Kelantanis dan lain-lain penduduk negeri lain?

kita 1 Malaysia maa. aku pun pelik bile ade orang cakap "aku baru sampai Malaysia ni. gi Holiday kat Kuching". wei gi Kuching je kot. Malaysia gak tu. sama je panasnye.

actually, same situation happened la tak kire kau semenanjung or borneo. kalau yang borneo datang semenanjung, pun akan ade yang kena macam-macam. same la situation bile semenanjung pegi borneo. takyah la nak kata borneo berlagak sebab anaktirikan semenanjung or semenanjung tak sedar diri sebab anaktirikan borneo. ni terpulang pada masing-masing. yang salah bukan negeri, tapi individu tu je. kite bengang kat die sebab die maki kite. so marah die je la. jangan sebab die sarawakian/sabahan or semenanjung people, terus kite jugde orang-orang senegerinya begitu juge.

chill la beb. gua penah gak lepak ngan budak-budak Sarawakian and penah borak pasal hal ni, adelah jugak sikit debat-debat tapi at the end, we chill jek. nothing la. talk talk only. then realized each state is sooooo special.

sekarang ni gua cuba nak mendekatkan jurang antara semenanjung dengan borneo. oleh itu, gua nak try ngorat la mamat Sarawak. untung-untung boleh mengembangkan generasi gua kat Sarawak and generasi Sarawak kat Selangor. agak-agak boleh dapat tak? bahahaha!

p/s: best ape pegi Sabah/Sarawak guna passport. feeling-feeling pegi obesi kot. tapi sekarang takde guna pasport pun la. guna IC jek. gua berulang alik Kuching pakai IC je tak penah ade problem. pastok kitak blaja la klaka sarawak. sikda kena tahan polis lah! =p

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..