Saturday, December 31, 2011

cerita akhir tahun 2011


Assalamualaikum wbt

akhirnye cuti yang aku tunggu-tunggu ni sampai jugak. Alhamdulillah masa untuk merehatkan minda dan badan since aku tak cuti lansung for this 2 weeks sebab kenduri last weekend kan.

kakak aku dah balik dari langkawi and she bought me crystal glass set! muahahaha.


Yesterday my office held an event for cristmast, new year and birthday celebration. they were awesome guys!! makanan memang wallawei banyak la. lupe segala diet-die ni ha. buffet pulak kan. memang melahap sepuas hati. antara menu yang aku ingat Western fried rice, Chicken spaghetti, Grilled fish, Green mussel, Fried jumbo Nutriplus frankfurter, Mixed fried vege, Roasted lamb, Honey chicken, Turkey ham with vege, blueberry and fruit tarts, cream puff, fruit punch, fresh mushroom soup, english bread, fries, drinks and fruits. Semua ni aku makan tau except for nasi goreng tu! muat wei perut aku ni ha. pulak boleh rase tak kenyang-kenyang, pastu minta polistrin tapau bebanyak lagi.


the celebration was from 12.00 pm until around 2 pm. tau tak, lepas je event, tetibe bos soh aku pegi Putrajaya amek sijil dari jabatan pertanian sane. dalam pukul 3.30 baru la aku nak gerak sebab solat and prepare surat semua. bile dah nak pegi tu, baru aku tau opis kat putrajaya tu tutup pukul 4.30. what???????? gilo ar! aku dah la tak penah pegi, kang sesat mesat, mano sempat an?

tapi dah takde pilihan, aku gi je lah. drive dengan speed maximum yang boleh, sampai ke putajaya cari presint 4. Alhamdulillah follow signboard tu tak sesat la kan straight je sampai sane. tapi yang tak bestnye, sepanjang perjalanan tu, hujan lebat kaw-kaw punyer. dengan side mirror kabur, cermin belakang blur. adoiyai! cuak kot. and i was all alone!

sampai je kat bangunan kementerian tu, aku cari parking. masa tu dah almost 4.30 pm pon. tetibe kena park jejauh plak dari bangunan. dengan hujannye wei. payung pulak takde dalam kete. meredah la aku. BERLARI! WITH THE HEELS! oh my~

masuk je dalam bangunan tu, aku terus naik tingkat 7. confident ni beb sebab aku nampak die kata jabatan bla bla bla tingkat 7. sekali aku pegi masuk tanye kat kaunter tu pasal sijil company aku, orang tu kata "tu bahagian veterinar. ni perikanan cik."

"HAH?????? bahagian veterinar katne plak?"

"bangunan sebelah"

peehh..berdebor kot. dah lebih dari pukul 4.30 pm pon. kena berlari ke bangunan sebelah, again kena redah hujan.

sampai sebelah basah kuyup, receptionist soh tinggalkan ic/lesen untuk dapat pas. cari-cari, baru aku teringat wallet aku tertinggal dalam kete. aku terus hulur kunci kete je la. pastu lif nak naik tingkat atas tu, kat bangunan sebelah pulak! aduuuh! tak paham aku structure bangunan ni. ni kalau orang nak beranak mencari opis, sempat terberanak dulu dow.

aku tak tau nape aku straight naik tingkat 5. sampai sane, tanye punyer tanye, rupenye aku salah lagi. aku patut pegi tingkat 2.

turun pulaaaak.

sampai tingkat 2, aku nak masuk pintu tu tak boleh! kunci! kena pakai excess card! aku pun bengong jugak. boleh aku dok menyumpah seranah depan pintu tu "kejadahnye excess card. aku bukan staff. mane nak ade excess card./ camne nak masuk ni. bengong la. bengong bengong bengong!"

tetibe ade sorang staff ni usha aku pelik je bile tengok aku dok tarik-tarik pintu tu. pastu aku pun tanye lah
"saya nak masuk la. nak amek sijil blablabla"

"masuk je lah"
slambe je orang tu jawab

lagi la aku pelik kan.

"saya takde excess card"

"tu yang kat tangan tu"

sambil tengok card yang aku pegang kat tangan
"ni pass pelawat"

"yelah! excess card untuk pelawat la tu"


ARRGGHHH!!! stress aku! kenapa aku boleh tak tau tu excess card??????? rase nak lempang diri sendiri.


dengan tersipu-sipu malu, aku pun gune card tu untuk masuk lepas tu jumpe orang yang berkenaan dan amek sijil dengan jayanya. nasib baik lah jugak orang tu tak balik lagi walaupun mase tu almost 5 pm.


masa perjalanan balik pulak, baru aku perasaan minyak dah nak abes. dah kat E pon. cari la stesen minyak. bile nak isi minyak, baru perasaan duit dalam wallet tinggal RM 7 saje! malu ni beb malu ni nak isi minyak kete RM 7. ATM lak takde kat situ. tapi malu tak malu, aku tebalkan jugak muka gi kat kaunter, hulur RM 7 dan cakap "pam nombor 11 ye dik" pastu senyum tunjuk sume gigi.

lega lah sikit kan dapat isi minyak jugak. tapi after tol shah alam, jem melanda dengan maha dasyat menyebabkan minyak berhara RM 7 tu tak mampu bertahan. sekali lagi aku menghadapi saat-saat cemas bile minyak kembali E, aku pulak stuck dalam jem tu, dengan wallet yang juge dah E, dan kredit enpon yang hanya berbaki RM 0.01. kalau jadi pape, memang aku kena bergantung pada tulang 4 kerat aku ni je lah nampaknye.

cemas beb cemas.

alhamdulillah minyak yang berbaki E tu sempat jugak sampai kat opis, pastu balik rumah dan park dengan selamat. Phew~

moral of the story: ntah aku pun taktau ade ke moral nye cite ni tapi yang aku tau, TAWAKAL JE LA DAN TERIMA APE JE UJIAN DENGAN REDHA. TAKE POSITIVE EVeRY SINGLE THING OK!

tu memory 30122011 aku tuh. terbaik dari port klang. salam tahun baru kawan-kawan~

Tuesday, December 27, 2011

2011 will end soon..rasa macam baru je aku post pasal kedatangan tahun 2011 ni. dah setahun dah rupenye~




Assalamualaikum

Alhamdulillah~ semua berjalan lancar dan selamat. walaupun ade sini sana here and there yang kurang or last minute kelam kabut touch up, everything fine~

Officially, now i have new family member. Alhamdulillah terbina sebuah lagi masjid. Mahligai rumahtangga yang insyaAllah bakal meramaikan lagi umat Muhammad saw.

Unfortunately, aku tak dapat nak capture those moments sebab aku sibuuuk sangat ke sana ke sini melengkapkan ape yang tak lengkap, membetulkan ape yang tak betul. penat tu, Allah je yang tau. Walaupun banyak moment-moment yang aku missed, sebab aku asyik pikir pasal kepuasan tetamu je, aku tetap puas hati. Sebab kalau aku takde, tak jalan kenduri~ muahahaha bongkak!


And as usual, soalan yang sama yang aku dapat sejak 2-3 hari kenduri
"awak ni bile lagi?"

and as usual, i'll answered
"wallahualam"

because it's true! aku tak plan pun lagi, macam mana nak jawab bile? kang cakap tahun depan ke, dua tahun lagi ke, tiga tahun lagi ke, tetibe takde, kan malu.

but my mother once said
"tiqah kalau nak bertunang, suruh zai minta mak ayah die datang bawa cincin je pun takpe. takyah hantaran-hantaran. mak tak kisah pun. kite bukan nak menyusahkan orang"

Untunglaaaaaa sape dapat mak aku jadi mak mertua!


and for this year 2011, alhamdulillah again macam-macam rezeki yang aku dapat. dapat 2 orang ahli baru dalam keluarga, dapat kerja sebelum konvo, dapat merasa dok kat negara orang, dapat merasa hidup bujang kat negeri orang, dapat bagi duit sikit kat mak, dapat sediakan barang rumah sendiri.

tahun 2011 ni jugak 2 kali ade rezeki bersua muka dengan incik zai, ditemani mak aku! selalunye kan setahun sekali je. bile setahun sekali je jumpe, dah macam jejak kasih la pulak. tahun ni rezeki lebih, dapatlah bawak mak aku pegi Sarawak at the same time perkenalkan dengan incik zai. Tahun ni pun, selain Sarawak, aku bawa mak pegi Sabah jugak untuk holiday. dan yang paling best, aku dapat bawak mak pegi China!!!! seminggu nok kat sane! sampai dah termimpi sambal belacan mak aku tuh~

tahun 2011 yang dirahmati ni jugak alhamdulillah menambahkan rezeki keluarga incik zai sebab dapat adik baru~ sangat comel dan sihat. sape tau kan, mase umo 23 tahun, dapat adik lagi? tu la namanye rezeki. Alhamdulillah again n again~


Syukran Ya Allah for all this amazing moments u've given to us.

May 2012 come with Your blessing & barakah. amin~

Thursday, December 22, 2011

AKU DAN DIA..22 DISEMBER~


AKU


Sangat suke makanan pedas. Megi pun mau ade cili padi woo.

Gilekan durian. Akan meloncat kegembiraan jika dijamu durian.

Gemar melakukan aktiviti lasak dan outdoor activities like hiking, camping, jungle tracking.

Teruja dengan speed. Bawa motor lelaju, bawa kete lelaju

Sangat meminati motor dan skuter. Akan memilih motor dan skuter berbanding kereta.

Menginginkan mini cooper

Terlebih tenaga kalau berborak. Sangat talkactive dan terlebih ramah.

Bersuara sumbang. Tak layak nak menyanyi walaupun hanya di karoke.

Suke warna merah dan apa-apa barang yang berwarna merah




DIA


Tahap kekebalan pada pedas hanyalah 0.1%. weih letak cili besar pun muke dah merah padam ape cer?

Tah tahan bau durian. Akan berlari selaju dan sejauh mungkin bile dipertemukan dengan durian.

Tak gemar aktiviti lasak dan outdoor activities sebab tak tahan berjemur dan mudah jatuh sakit.

Sangat berhemah ketika memandu kenderaan. Speed maksimumnye hanya 80km/h.

Tak tahu langsung menunggang motosikal. Dan tak hingin langsung nak belajar sebab trauma tengok eksiden depan mata.

Menginginkan fair lady

Soft spoken dan agak pemalu.

Mempunyai bakat dalam nyanyian. Sedap gak wei die nyanyi.

Suke warna biru dan apa-apa barang yang berwarna biru.

AKU DAN DIA

Kami banyak perbezaan. Adelah jugak persamaan tapi lebih banyak ketidaksamaan. Tapi kami kongsi 1 rasa yang sama. Walaupun kami jauh, walaupun kami difitnah, Alhamdulillah kami mampu bertahan setakat hari ini, 22 Disember 2011. Dan hari ini, genap 2 tahun dan aku berdoa 2 tahun ni bukan pengakhiran.

Aku redha andai dia bukan imam aku nanti. Tapi aku akan berdoa sedaya aku.





Ya Allah, jika dia benar, KAU mudahkan lah.


Amin.



Sunday, December 18, 2011

dah lama aku tak cite pasal ilmiah.....kan?


Assalamualaikum

tengah kemas-kemas rumah. maklumla minggu depan ade kenduri kat rumah ni. kenduri my sista n brada. weh sape yang kenal aku, tau rumah aku, jemput la datang tau!

semalam sibuk-sibuk, malas nak masak. so kitorang satu famili masak sardin je. paling senang tu! goreng je cili paste dengan bawang, pastu masukkan sardin. makan sampai kembung. tengah dok makan tu, aku teringat satu fakta pasal sardin dalam tin ni.

aku tak tau la korang penah dengar or baca ke tak. yang aku baca, orang kata jangan makan sardin dalam tin tu. bahaya untuk kesihatan. sebab ade sejenis chemical yang dah dimasak sekali dengan ikan tu, tujuan untuk lembutkan tulang ikan tu. itu sebab, tulang ikan sardin tu lembut dan kita boleh telan tanpa perlu kunyah pun. eh yeke?

macam nak tergelak pun ade aku rase. kalau orang tu claim, chemical tu dicampur sebab nak bagi extra sedap ke, nak bagi tahan lama ke, well it's sound logic to me. tapi sebab nak lembutkan tulang?? apa faedahnye lembutkan tulang ikan tu? kalau tak lembut, orang taknak beli ke sardin kau?


aku pernah buat R&D sardin. macam sardin dalam tin tu. tapi kali ni aku buat sardin dalam pouch. ni mase aku keje dulu tu. tapi sos tu sama je la dengan yang dalam tin walaupun aku gune pounch. so kitorang namakan produk tu, sardin in tomato sauce.

dari proses siang ikan, sampai la sensory test makan-makan after produk siap, semua aku involved. and i even looked carefully each one of the ingredient used. definitely, NO CHEMICAL AT ALL. except for sodium chloride. well it's a salt kaaaaan.

and after cooking, packing and so on, sampai mase untuk buat sensory test. bukak pack and makan! tulang ikan sardin tu lembut jugak. but without any chemical pooooon.


kadang-kadang aku baca fakta makanan-makanan ni, nak tergelak pun ade sebab bukan fakta pun, auta je lebey. tapi malas nak komen sebab aku pun ilmu kurang di dada. kang ada yang ajak berdebat, mau anak mata aku sebelah kat atas sebelah kat bawah.

kadang-kadang, all those statement dikeluarkan sebab nak sabotaj. even the halal and haram issue, kebersihan and so on. penah tengok video ayam KFC tapak kaki? when one of the food handler kat restoran KFC tu, sapu ayam tu kat tapak kasut die before die gaul dengan tepung and goreng. then.... customer pun makan!!!! sampai menjilat jari katenye.

kalau ikut logik, korang rase tak ke bodoh KFC sengaja suruh pekerja die buat macam tu, pastu rakam, pastu sebar kat youtube? confirm la sabotaj deeeeer~

if u ever heard bout Ayam Dindings case previous years ago, pasal ayam die tak halal. i heard a rumors from one of important person involved, Ayam Dinding was sabotaj! maybe by internal person, or by competitors. who knows? yes memang ayam yang dikeluarkan didapati tak disembelih dengan betul, tapi tak ke bodoh company tu sengaja nak HARAMKAN ayam die setelah bersusah payah die dapatkan sijil halal? sebab case tu, Ayam Dinding dropped! tapi sekarang dah quite stabil la.


teknologi bukan menjadikan manusia lebih bertamadun, tapi lebih berbahaya dow! just be careful with whateva u heard, u read, u saw. sometimes, they aren't true at all!



Salam

Friday, December 16, 2011

aku nak nikmati sepuasnyeeee~


Assalamualaikum

alhamdulillah. Jumaat datang lagi!!!!!

besok nak rest. minggu ni takde la sibuk sangat + ari Isnin pun cuti. so aku keje 4 hari je. tapi tetap nak rest puas-puas 2 hari ni. sebab next week will be my busiest week eva! full of audit schedule. i'm as an auditor, as well as an auditee.











keje banyak. mase takde. tapi buat aku lebih merindu.

Sunday, December 11, 2011

December reminds me of......................



Assalamualaikum

selamat hari Ahad =)

Esok cuti lagi. best kan cuti? dapat lepak. aku memang suke lepak. hehe


December came and it reminds me on a lot of memories. Last December, i was at Wuxi, struggling for my final semester as Food Tech student.

and i missing them all so much! it's been a year kan? rasa macam baruuuu je. what eva it is, thank u uitm sebab bagi aku apportunity to feel all this.







it's December and i wanna feel the winter again
































Wednesday, November 30, 2011

macam mana nak tau kite dah jatuh cinta?


Assalamualaikum



harini sangat mencabar. tapi aku tak mau cite hal keje dah. muak! almost 10 hours in a day asyik pikir keje keje keje. kadang-kadang dah sampai rumah pun masih pikir pasal keje. nak tido pun susah sebab otak dok merangka keje ape nak kena settle segera bla bla bla.

PENAT!

penat belajar tak sama langsung dengan penat keje. nak cite, payah la. nanti rase la sendiri once u start working.


aku blogwalking jap tadi, sempat baca luahan hati kawan aku thru her blog. persoalan yang dia utarakan

Macam Mana Nak Tau Yang Kita Memang Dah Jatuh Cinta?


wah berlagak jadi doktor cinta ke hape aku ni? no la. saje nak share pendapat aku yang tak seberapa ni. nak baca, baca. tak nak baca, sudah. lalala~

kawan aku ni hadapi konflik perasaan. haaaa macam serius je kan bunyi? ok ok macam ni sebenarnye. hampir setahun yang lepas, die berkenalan dengan sorang lelaki. diorang jumpe mase sama-sama pegi kem. masa kat kem, dah kenal-kenal. alah biase la kan pegi kem. dok borak-borak. buat aktiviti yang fun. happy la. bile balik dari kem, diorang still contact each other. tak berapa lama, agak-agak dalam beberapa bulan la, diorang pun declare. alah declare nak jadik pakwe makwe la. this is her first love. untuk yang lelaki tu, aku tak sure la ni first love or not. i think, it's his first love too.

so pepaham je la first love ni macam mana kan. memang terase asyik bagai la. terawang-awang. kaki tak pijak bumi. kentut wangi. tipikal kan? mesej hari-hari. jumpe kerap la jugak sebab dok blaja kat satu tempat cuma kos lain-lain. memang ketara la loving diorang ni kan.

bila dah beberapa bulan berpacaran (almost 6 month kot), kawan aku yang perempuan ni mula rase bosan. mula rase macam dah takde perasaan pulak kat boipren die. mula confius, betoi ke keputusan die kapel ni? memang best ade orang caring. ade orang mesej-mesej selalu. tapi lama-lama die macam dah tak kisah sangat dengan pakwe die.

die keliru, betoi ke perasaan die kat boipren die tu adelah cinta. kalau cinta, kenapa die rasa macam loveless? kalau tak cinta, kenapa dulu die eksaited?


well well well, bagi aku senang je nak tau perasaan kite yang sebenarnye. senang je nak tau kite ni betoi cintakan die ke tak.

nak tau macam mana?


"you have to lose him/her. than u will realized, where he/she stand in your heart"


Lumrah manusia, kite takkan hargai benda/seseorang yang ade kat depan mata/ yang kite miliki. bile kite dah tak punyai die lagi, baru kite sedar betapa pentingnye die untuk kite.

kalau kite tak rasa apa-apa masa kehilangan die, then u know he/she is nothing to u.
but if u regret and can't stand without her/he by your side, definitely she/he is something to u.

Tuesday, November 29, 2011

sape yang tak penah tertekan dalam dunia ni, die memang abnormal. tapi macam mana nak atasi? meh aku cte meh. come come to papa..

Salam


korang penah tak rasa sangat down dengan diri sendiri?
penah tak rase korang manusia paling malang dalam seluruh alam jagat?
penah tak rase buntu giler-giler tahap dah tak tau nak buat ape?
penah tak rase sedih maha dasyat sampai hati rase macam kena siat-siat?
penah tak rase hidup messy teramat sangat?



study macam nak giler, tapi dalam otak ni apeee pun tak lekat.

assignment berlambak bertindih-tindih dengan exam pulak tu. tak tau nak buat yang mana satu.

keje datang bertimpa-timpa. belum sempat siap yang ni, bos bagi keje lain pulaaak pastu sume nak cepat jek.

dan macam-macam lagi la perkara yang boleh menjurus kepada 5 perkara kat atas. penah tak?
untuk aku, semua aku penah rase.


rase down sangat dengan diri sendiri bila tak dapat perform well untuk final exam semester 1 kat matrikulasi dulu. kawan-kawan rapat sume excellent. aku sorang jer tertinggal jauh. makan asap je. mase tu, Tuhan je yang tau ape perasaan aku. down teramat-amat. tambah-tambah bile mengenangkan ape yang kebanyakan orang cakap,

"kalau sem 1 pun tak perform, alamatnye sem 2 ke laut laaaa"

sebab sem2 lagi susah dan tough dari sem 1. killer subjek semuanya.

giler tak down dengar orang cakap macam tu???? nak-nak lagi bile pikir "kalau tak dapat result gempak kat matriks, kang nak masuk U susah dow. kalau dapat pun, lelong jer. kos ntah ape-ape je ko dapat. seni tari la ape la" *mereka yang mengambil jurusan seni tari please, no offense k?chill. hanya sekadar contoh*


penah jugak aku rase aku manusia paling malang dalam dunia bile musibah datang bertimpa-timpa. combo meal la senang kate. a few months back, aku eksiden. mase tu dekat Taiping. dan aku memang lone ranger kat sane. harapkan kawan-kawan kat kilang je la. family takde langsung. kawan rapat pun takde. sedara mara pun yillek. kejadian tu, waktu malam. pukul 10 lebih la macam tu. kawasan aku eksiden tu pulak sunyi. takde orang lalu lalang. mase tu pulak tengah duduk menumpang kat rumah makcik member. maklum la, perantau. menumpang je la. dah la menumpang, lagi nak menyusahkan makcik tu ke bile dah eksiden? memang tak la kan. cari orang untuk tolong angkut motor. motor rosak teruk dah. tak boleh gerak langsung. lepas eksiden tu, 2 hari dok terdampar je kat rumah. kaki bengkak, pinggang ke bawah memang sakit giler. nak jalan memang tak boleh. dok sorang je kat rumah tumpang tu. 2 hari tu la aku setakat makan biskut dengan minum air kosong je. motor pun takde nak kuar makan. dapor rumah pulak kosong. memang menangis-nangis aku masa tu kenang nasib diri. motor yang rosak tu nak kena repair pulak. rm300++ lagi lebur.


kebuntuan yang melampau pulak aku hadapi mase aku kena buang keje 3 bulan lepas. eh macam giler hina kan ayat kena buang keje?haha. tapi aku pun tak tau nak cakap camne. oh ok! bukan kena buang keje, tapi company tu taknak continue my service. habis je probation, habis la tempoh perkhidmatan aku. tapi yang nak jadi kisahnye, aku cuma diberitau yang tempoh perkhidmatan aku akan ditamatkan, 3 minggu sebelum. bayangkan la wei, aku mase tu dah move ke rumah sewa dah. aku punye deposit rumah sewa pun 2 bulan wei. tapi aku dapat notis 3 minggu je. ape kes la? 2 bulan tu deposit worth rm600 dow. bukan sikit-sikit. bajet aku nak terus balik KL la lepas habis tempoh tu? banyak benda kena amek kire. aku nak bagitau famili lagi 1 hal. giler wei. mak aku hantar aku pegi sane, pesan macam-macam. takkan senang-senang je aku nak bagitau "mak, tiqah kena buang keje. tarra!!!!". agak-agak ape reaksi mak aku? mau menangis die. high expectation on me, tup-tup jadi camtu. masa tu aku memang betoi-betoi buntu. sebab aku tak boleh balik KL sebab aku tak tau nak menjawab ape dengan mak aku. but at the same time, aku tak boleh stay lama dekat Taiping without any work. aku sampai tahap pikir nak buat keje part time je dulu. jadi operator kilang je, sales girl kat giant ke, cuci pinggan kat kedai makan ke, jaga kaunter 7-eleven ke. ape-ape je la asalkan aku ade duit nak survive kat Taiping. asalkan aku tak buat mak aku sedih. dah la time tu bulan pose noookkk. nak dekat raye lagi. duit raya kena ready kan, baju raya kena beli sendiri dah. duit tiket bas lagi. tak kire kuih muih yang nak kena sediakan jugak. mase tu, hari-hari nangis wei. aku tau Tuhan tak suka orang yang terlampau meratap. tapi mase tu aku betoi-betoi takde jalan. takde cara. aku langsung tak tau ape yang patut aku buat. depan orang, aku tunjuk la happy. tapi bile dok sorang-sorang especially lepas semayang, "uwaaaaaa!!!! uwaaa!!!!! sob sob slurp *sound efek sedut hingus*"

hari-hari merintih. minta Allah tunjukkan jalan. minta Allah guide supaya aku tak tergelincir. minta Allah jage hati supaya aku tak buat benda bukan-bukan. perit pedih tu memang tak tergambar. mase tu, 100% pasrah.


perasaan sedih macam kena hiris pulak aku rase mase putus cinta dulu. takyah tanye la putus cinta yang mana. but seriously, hati rase macam kena siat-siat. alah ni takyah cite pun takpe la. sume orang yang penah putus cinta rase benda yang sama. susah nak gambar dengan kata-kata perasaan tu. sampai aku boleh kurus lah time tu. ha pelik kan kalau aku kurus? so boleh imagine tak impak putus cinta tu?


dari ape yang aku dah rase selama ni (sebenarnye banyak lagi tapi mate dah ngantuk cukup la takat ni), hanya ada 1 saje penyelesaian pada sume ni. ha punyer banyak masalah aku bagi. sekarang aku nak bagi solution pulak. baik kan aku? cikgu korang pun tak baik macam aku. cikgu korang bagi masalah soh korang selesaikan sendiri.hahaha padan muka korang.

penyelesaiannya

ALLAH


Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. yang takkan sesekali tinggalkan kita walaupun kita selalu tinggalkan die. Allah tak penah lupa dan abaikan kita. kita je selalu lupa dan abaikan sume suruhan Allah. lepas ape yang dah Allah bagi kat kita (paling utama, nikmat nyawa, nikmat yang tak dapat diberi oleh ape-ape selain Allah), masih lagi tak sedar ke?

cuba sekali korang rase down, atau sedih, atau buntu, atau serabut. korang tarik nafas kejap, amek wudhuk, pegi solat dan baca Quran. aku berani JAMIN. walau pun masalah tu masih ade, sekurang-kurangnye korang rase lebih lapang, lebih tenang. boleh berfikir dengan lebih rasional untuk cari penyelesaian.

selama aku hidup ni, tak penah lagi aku kecewa bile aku berharap pada Allah. TAK PENAH. ape saje rintihan aku, Allah dengar dan temani aku. 24/7. tak penah langsung Dia tinggalkan aku. cuma lambat atau cepat je Dia tunjukkan hikmah.

kalau korang rasa "aku dah penah mintak. dah penat solat. dah penat doa. aku macam niii jugak. Tuhan tak tolong pun".

cuba tengok balik diri sendiri. doa macam-macam tapi masih buat ape yang Allah larang. adil tak? penat sangat ke nak doa? Allah bagi rezeki tiap-tiap hari kat kita tak penah missed. Allah tak penah penat pun dengan kita. cepatnye putus ase dari rahmat Allah? nak tackle awek tu, tak reti give up pulak?

bersyukur bile Allah bagi ujian. sebab ujian tu banyak mengajar kite erti hidup. pembelajaran yang langsung takkan dapat dari mana-mana sekolah atau universiti. cuba tengok orang yang tak penah kena ujian berat. bile sekali Allah turunkan ujian, die mesti melenting punyer la. sebab tak dapat kawal emosi dan amarah. kalau kita yang dah biase terima ujian ni, insyaAllah datanglah ape pun, kite akan rasional. insyaAllah.


jom mengislahkan diri!

Monday, November 28, 2011

saat-saat bahagia mesti diuji punye. kalau tak, tak thrill la hidup beb!




Walau sayang macam mana korang kat pasangan korang, walau macam mana loving life korang, satu saat relationship korang pasti akan diuji.

Bila korang dah betul-betul pasti si dia memang pilihan terbaik, si dia yang akan berkongsi hidup dengan korang selama-lamanya. so, bersedialah untuk hubungan tu diuji.

Diuji macam mana?

Masalah orang ketiga

Masalah kewangan

Masalah emosi/ tekanan



Yang paling kerap ialah, masalah orang ke-3. Kekadang, bukan korang sengaja minta pun untuk ade skandal. Kekadang korang memang dah sayang betoi dah kat pasangan korang, tapi ntah kenapa bile datang seseorang yang lain, boleh pulak korang sayang jugak dekat orang tu, but at the same time korang sayang pasangan korang jugak.





Tapi ade je orang yang memang sukati cari pasal dengan try-try orang lain sedangkan diri sendiri dah ade pasangan. Konon nak test power la tu. Kalau lekat, bangge la kan. Terasa hot. Tapi last-last baru glabah bile nak kena buat pilihan mana satu. Either pasangan yang memang dah lama berhubungan tu, or skandal baru yang dah lekat tu. Alah kalau stakat suke-suke je try tapi xde feeling senang la nak pilih kan? Tapi kalau dah dok try-try, pastu orang tu plak bagi positive feedback, pastu caring, pastu sweet, pastu humour, pastu comel jugak. Sanggup ke rejek? Haaaa sendiri mau ingat la.



Slalu jadi kat orang sekeliling aku. Bile time single, takde plak yang nak tanye kabo. Nak masuk line apetah lagi sampai korang rase sangat down dan tak laku. Tapi once dah ade steady couple yang konon-konon memang dah nak sehidup semati (sorang hidup sorang mati), tetibe datang pulak daaah orang ke-3 ntah dari mana nak ngorat korang jugak. Kan?kan? pastu mula la konpius nak pilih sape. Kat pasangan, dah janji nak setia bagai. Tapi orang yg baru datang ni pun not bad. Pakej ade. Pakej tu adelah DUIT dan RUPA. HAKS~



Kes curang ni pun boleh terjadi bile u are having long distance relationship. Yela kan, bile korang kena gastric sebab diet melampau, tapi boipren korang takde sebab dok jauh. Takkan korang nak merengek jugak kat die soh datang kat korang sebab korang gastric kan? Nak-nak pulak time tu die tengah sibuk dok cari pasal. Korang call tak jawab-jawab, sms tak berbalas dah 3.5 minit korang tunggu. Last-last korang pun sms kawan kelas korang yang memang minat kat korang (tp before ni korang tak layan pun die sbb nk setia konon), tak sampai setengah saat die dah reply sms korang. Pastu 5 minit kemudian dah tercangak depan pagar hostel bawa mekdi set large. Siap dengan minyak angin pastu pesan soh sapu kat perut pastu pesan soh makan kenyang-kenyang pastu pesan soh jaga diri pastu cakap yang die risau pasal korang. Confirm melt kan? Confirm korang maki-maki boipren korang yang langsung tak caring kan? Pastu mule la compare boipren korang dengan mamat tu. Mula la kuar ayat “pakwe aku tak caring aku macam ni pun. Camne die nk jage aku bile dah kawen nanti?orang lain jugak yang jage aku…bla bla bla”.



See?see?bibit-bibit kecurangan dah terserlah.



Kekadang, relationship tu boleh jugak diuji dengan fitnah manusia. Nama pun manusia, penuh dengan hasad dengki bile tengok orang lain bahagia sebab die tak bahagia macam org tu. Mula la buat fitnah macam-macam.


“weh joyah, semalam aku terserempak ngn boipren ko suap nasik lemak kat si tini. Betoi joyah. Aku tak tipu. Lama aku usha. Kompom tu boipren ko”


Lagi tambah best kalau memang kebetulan semalam korang tak jumpe boipren korang sebab boipren korang bagi alasan tak sihat dok umah je. pastu korang tak dapat kontek die plak semalam.


“min, baderul cakap boipren ko tu sebenarnye gay. Sebab baderul tu lah kekasih gay die”


“ko kenal kan meah? alaaa, bekas awek mirul. mirul boipren ko tu la. meah tu kawan main guli aku tau. Kamcing abes la dengan aku. Die cakap mase kapel dengan mirul dulu, diorang dah penah terlanjurrrrr. Astaghfirullah~”


Hah! Kalau korang tak kuat iman, atau cepat melenting, atau otak sempit. Kompom tak lama la hubungan korang dan orang yang memfitnah tu akan gelak horey-horey tengok hubungan korang berantakan.


Duit pun boleh timbulkan masalah dalam hubungan. Hell no lah bile org cakap “u takde duit pun takpe I tetap sayang u sebab I sayang u bukan duit u”


Pooorah!


Takde duit dengan tak kaya, sama skali tak sama yek. Setakat tak kaya takpe lagi sebab ade la jugak duit sikit-sikit kan. Tapi bile sebut takde duit, boleh jalan lah. Nak bercinta pon pakai duit tau. Hidup berumah tangga lagiiii la pakai duit. Dah tu takkan tiap-tiap kali jumpe korang nak bawa bekal air mineral sama biskut hupseng sekeping pastu kerat 2? Naik moto dalam ujan pastu tetibe motor break down tengah-tengah highway. Sanggup? Tak pun, awek kene tolong tolak moto boipren sebab dah abes minyak. Ape kes? Bukanlah nak jadi mata duitan sangat. Tapi kalau pun tak dapat nak menyenangkan pasangan, takyah nak menyusahkan boleh tak? bahaha!


Lagi worse bile gf sms


“B, I miss u la. U buat ape tu? Senyap je lama tak text i. tak rindu I ke?”

*selang 3 minit*

“B, apsal tak reply sms i? u ni betoi-betoi tak rindu I ke? Sampai ati u tau! Benci la I mcm ni”

*selang 3 minit*

“B!! u memang sengaje kan? Ntah-ntah u tengah date ngan pompuan lain. Sebab tu tak reply sms i! u takut kantoi ye? Kuajaq u ni!!”

*selang 3 minit*

“SUMPAH I BENCI U SAMPAI MATI!!!!!!!! KITE CLASH!!!”

*capslock menandakan kemarahan teramat*


Padahal si boipren tak reply sbb xde kredit. Sengkek la kate. tak mampu nak topup dah. Nak buat kredit advance pun dah tak boleh. Celcom tu lagi bersyukur kalau dia terus terminate nombor dia tu sebab banyak utang ngan celcom dia tak settle.


So ape jadi? Pelamin anganku musnah la cite die.


Masalah emosi pun boleh gak jadi punca. masalah ni boleh datang dari pelbagai sumber antaranye:


1. Esok test subjek yg korang selalu fail. Tapi sampai sekarang korg study x jugak paham2.macam nak fail lagi skali je.

2.
Mak korg suruh balik weekend ni sbb dah 3 sem korg x balik kg tapi weekend ni pasangan korang sambut besday. Die dah warning awai-awai kalau korang x datang, putus!

3.
Datang bulan (untuk pompuan) menyebabkan hormone tak stabil. Emo tak memasal. Hal kecik nak besar-besar. Boipren lambat balas sms (slalunye setengah minit dah reply, tapi kali ni 3.8 minit tak reply lagi) terus korang nangis teresakesak mcm mati anak.

Sume-sume ni boleh menyebabkan pertelingkahan dan perbalahan yg akan menguji hubungan korang.


Zaman sekarang, yang paling utama penyebab keberantakan ialah


MUKA BUKU


Rase macam nak hempok laptop je bile nampak boipren korang reply komen pompuan lain sedangkan sms korang tak balas-balas pun dah separuh jam tunggu.

Terus rasa nak minta putus.



So, jangan la ingat cinta korang tu akan selamanya like in the air. Terawang awang. Kaki tak pijak bumi. Kentut wangi. Akan tiba masa hubungan tu diuji di mana korang akan rase menyesal sangat kalau korang too show off pasal relationship korang. Tak semua benda harus bagitau pada umum. Well like for girls, rase semua benda bahagia nak share kan? Boipren kasik air mineral pun nak post kat pesbuk. Tu blom dapat rantai tikam lagi tu. Pastu bile hubungan diuji, mula la nak nangis-nangis pastu post yang emo-emo je. Kang 3-4 ari dah baik semula, mule nak sweet-sweet balik. Pastu kang gadoh lagi. Kalau pun korang tak bosan, ORANG LAIN BOSAN DOW TENGOK KORANG!

Like what I always remind myself, just follow the flow. Bila bahagia, nikmati. Tak perlu nak heboh. Bile diuji, try to find the best solution. Let that relationship become u and ur partner relationship. Not u , ur partner and others relationship. Got what I mean? Jadikannye eksklusif hanya untuk korang berdua. Dan sentiasa doakan yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan, dan hubungan.

Bergantung pada Allah adelah jalan terbaik. *eh eh mood tukar jadi baik pulak*



Sunday, November 27, 2011

persamaan tak bererti bahagia. perbezaan tak bererti jurang. kita kan saling melengkapi =)



Salam maal hijrah sahabat sekalian

wah environment nak good-good je aku ni. mentang-mentang maal hijrah ye dok? padahal kalau bukan maal hijrah pun, aku patut behave. rasa nak lempang diri sendiri je.

since tomorrow, aku tak cuti seperti semua pekerja dan pelajar di Malaysia, aku DOOOOWN~ weih tak puas hati kot bile kite dah merancang untuk cuti selama 3 hari, dah mark kalendar sebulan sebelum, tetibe seminggu sebelum tarikh yang ditunggu-tunggu, kite dibagitau yang tak cuti puuunn. cet!

kecewa la jugak tapi apekan daya. nak cari makan.


well, sekarang aku rasa aku dah dewasa la. dulu-dulu kan, orang-orang tua akan tanya

" sekolah kat mana?"
"Dah darjah berapa?"
"peksa dapat nombor berapa?"
"UPSR berapa A?"
"tingkatan 1 masuk sekolah mana?"
"PMR dapat berapa A?"
"SPM berapa A?"
"lepas SPM ni nak buat apa?"
"masuk kolej mana?"
"amek jurusan ape?"
"berapa tahun belajar?"


tapi sekarang, orang-orang tua akan tanya

"sekarang keje ape? kat mane? gaji berapa?"
"bila nak kawen?"

soalan-soalan masa dulu-dulu tu, tak penah buat aku stress pun. tapi soalan-soalan sekarang ni selalu buat aku stress. what do they expect with mu job, which company and my salary? is it really important? asalkan aku tak minta duit orang lain, asalkan aku ade permanent job, orait la tu kan?

bab kawen pun sama. aku muda lagi la, tak patut tanya soalan tu kot sekarang. bagi la aku masa untuk bernafas sikit lepas habis study. tup-tup tanya kawen terus. nak kawen memang senang. salam je tangan tok kadi, lafaz. settle. tapi lepas kawen tu ape nak jadi, kan kena pikir.


borak dengan member, die tanye

"nak cari pasangan kena tengok persamaan agaknye"

for me, not necessary. persamaan tak menjamin kebahagiaan dan perbezaan bukanlah kayu ukur jurang antara pasangan tu. as long as masing-masing boleh accept perbezaan diri masing-masing, support each other and chill!!!!

compliment each other kan? kalau dah semua sama, xde la istilah saling melengkapi =)

Tuesday, November 22, 2011

I am in love with him..auwm~


Assalamualaikum

minggu ni minggu yang sangat full, hectic, padat dengan keje. 4 hari outstation. minggu depan ready dengan report-report audit pulak. segala kesibukan dan keletihan ni akan berlanjutan sampai la hujung tahun. phew~


malam tadi aku tengok bola. diulangi. AKU TENGOK BOLA! YEZZA AKU TENGOK BOLA WEI!!!

aku tak penah layan bola before ni. bosan kot aku rasa. kejar beriya tak hengat. dah dapat, sepak pulak dah. sekali masuk je dalam jaring, melompat-lompat. kejadahnye?

tapi malam tadi buat pertama kalinya aku tengok bola dan aku pun sama naik terkinja-kinja depan tv. sekali gol je, terkeluar anak tekak aku jerit GOL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nak meletop rumah aku rasanye. padahal, aku dok layan sensorang je bola tu. mak aku tak minat, mak aku layan game je.


semangat kenegaraan aku memuncak tinggi. tapi sadis jugak la sebab bila nak abes je separuh masa ke-2, aku tertido depan tv. sangat lena. sangat comel macam baby. haktui!

jadinya, aku dah missed tengok saat-saat Harimau Muda dapat masukkan gol kemenangan. tapi tadi aku dapat tengok thru youtube. baru puas hati.


and

i am

in

love

with

BADROL BAKHTIAR

sekian!




*harap badrol baca belog ini..hihihi gelak sopan*

Friday, November 18, 2011

Wednesday, November 16, 2011

since working punyer ceriteeee...



i started to realize, since i'm working i'm rarely updated by blog. why ho? padahal my working hour is between 8.30 am-5.30 pm. which i have quite plenty of time at nite. kalau dulu masa belajar, i will update my blog, my current situation almost every day. even sometimes, 2 posts in a day. padahal dulu masa belajar, i've got classes kadang-kadang from morning to late evening. malam pulak meeting or program or lepak kat kedai makan. tak pun, i need to settle up all my assignments, or study for my test. especially when it comes to my 7th semester where i need to finish up my final year project a.k.a my thesis. additional with assignments, test almost every week, program here and there, meeting tak habis-habis. but i still managed to sapu-sapu sawang kat my blog. eh no! tak sempat bersawang pun la!


i became more pemalas nak taip-taip. even my fb pun, i'd rather stare at my laptop for quite some time but didn't put a word on it.

macam makin pemalas je since keje kan?


masa belajar macam aktif gler. sume benda nak buat. sume benda nak join. sekarang ni, balik keje je, melepek! aku rasa aku ni dah kurang stamina la. badan pun makin berat. physical activity, NONE. adoi!

sekarang dalam proses turunkan berat badan. agak berdiet la. jaga makan. and every weekend lari-lari la sikit kat padang belakang rumah ni ha. nak bagi ringan sikit badan, baru la senang nak bergerak. so rajin la update belog (ade kena mengena ke?)

actually, i got sooo many things to share here. tapi the problem here is, WORLD IS NOT SAFE ANYMORE ESPECIALLY CYBER WORLD!
need to admit, ape-ape yang nak tulis kena pikir duapulohribukali before publish sebab takut menyentuh isu-isu politik yang sensitif la ape la. since working jugak, i can see lot's of misleading. all about politic. industrial politic. i'm really sick of it! even now, i am one of the person involved to do research bout HOW THEY PROVE OUR PRODUCT IS NON-HALAL? WHAT IS THE PROCEDURE? IS IT VALID?

'THEY' refer to something/somebody responsible la kan. malas lah nak cakap. kang lebih-lebih kang, silap-silap eden tido kek balai somban. eh apsal somban? entah~

tu la masalah politik. tak luahkan, kite stress sebab ditindas. dah luahkan, kena tangkap pulak bawah akta hasutan. what to do la kan. just zip our mouth and let them be richer and richer every day. haih! =___=!

Assalamualaikum!


UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..