Saturday, January 3, 2009

from 2008 to 2009

Assalamualaikum wbt..
Hari ni 3 Januari 2009. Dah masuk 3 hari melangkah ke tahun 2009. Pertambahan usia, perubahan keadaan, perubahan cara hidup. Aku, xde pe yg terlalu berbeza. Aku masih lagi seorang pelajar. Cuma perubahan semester. Aku dah melangkah ke semester ke4. Dah hampir separuh perjalanan aku kat uitm. Another half to go.
2008 dah berlalu meninggalkan kita. Apa agaknya sumbangan aku sepanjang 2008?

1. Tahun 2008, pertama kali aku menjejakkan kaki di tanah haram, mekah almukarramah. Pertama kali aku berpeluang menjadi tetamu Allah, mengerjakan haji kecil yg memang aku harap2kan selama ni. Ada ujian yg terpaksa aku lalui kat sana. Kalau nk dibandingkan dgn dosa2 aku, ujian tu x seberapa pun. Aku bersyukur sgt Allah permudahkan urusan aku. Aku bersyukur Allah murahkan rezeki aku untuk sampai kat sana dlm usia yg pada aku agak muda. And of course, kalau diizinkanNya, aku nk pergi lagi. Aku rindu sgt nk tgk kaabah. Dan kalau boleh, aku nk pergi utk menunaikan haji pulak, InsyaAllah.
2. Tahun 2008, pertama kali aku berjaya meraih anugerah dekan. Alhamdulillah result aku masa sem 2 agak cemerlang. Dapatlah sedikit cenderahati dari pihak fakulti. Dan aku sgt2 bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi ni.
3. Tahun 2008, pertama kali aku melibatkan diri dalam debat. Debat philosophy of science yg dianjurkan oleh DrJJ, lecturer philosophy aku, yg aku anggap seorang yg sgt genius. Pemikiran dia x sama mcm org laen. Aku sgt respect dia. Dan bukan skali aku debate, tapi 2 kali. Mungkin dh rezeki aku, lepas debate yg pertama, aku terpilih utk bertanding dlm debat perdana pulak dan sekali lagi syukur yg x terhingga sebab my team berjaya menjadi johan. Pengalaman kali pertama yg menyeronokkan. Bukan senang aku nk berhujah n berdebat depan org ramai. What a nice experience walaupun byk yg terpaksa aku korbankan utk bagi full comitment pada debate ni.
4. Tahun 2008, pertama kali aku menjadi salah seorang peserta yg mewakili Malaysia dalam menjayakan acara perasmian dan penutup Sukan Universiti Asean. Maybe this is the only chance i had troughout my life. Umo makin meningkat, aku x rasa aku akan bersemangat utk berlari lari, meloncat, bergelak ketawa dgn kwn2 masa umo aku dh 30 or 40 nanti. Ni je la masanya. Aku dapat macam2 pengalaman dr SUA ni. Dapat kwn2 yg best. Satu memori indah yg xkn aku lupa sampai bila2.

Byk kenangan indah aku sepanjang 2008. Kenangan pahit, x perlulah nk coretkan kt sini. Lupakan je yg dh lepas tu. Yg baik, aku akan simpan,yg buruk aku nk lupakan. Byk lagi perkara2 yg akan aku hadapi sepnjg hidup aku ni. Syukur aku masih lagi bernyawa sekarang, utk bertemu dgn tahun 2009. Thanks a lot to everybody yg pernah muncul dlm hidup aku,yg menjadi sahabat aku, yg menjadi pndengar yg setia, yg bersama susah dan senang. Kerana kalian, hidup aku bermakna. Thanks.

Lots of luv,
TqAh...

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..