Sunday, January 11, 2009

Air tanganku..lasagna..=)

Yes, akhirnya harini tercapai gak hasrat aku nak buat lasagna. Actually, dh agak lama hajat nak buat, sebab tgk kat blog membe aku, cam sedap gler. Tapi baru arini bleh wat. Semangat nak wat ni berkobar kobar sebab malam tadi seorang SAHABAT aku cakap, masakan aku x sedap. walaupun dia x penah rasa pun masakan aku T_T

Dan disebabkan SAHABAT aku tu x kenal n x tau ape tu lasagna, kat sini aku nk tunjukkan camne nk wat n ape rupenye.

Bahan2 yang kena ade utk wat lasagna ni terpulang kat kite. Yang penting, lasagna sheet. Inti die, terpulang pada kretiviti n selera masing2 la.

Tapi yg aku wat ni, actually bukanlah ape yg aku nk wat. Disebabkan kekurangan bahan, lasagna ni x jadi seperti yg aku nk..huhu..Tapi, masih sedap hingga menjilat jari..=)

Ok,first of all,bahan2. Macam yg aku ckp tadi, yg penting lasagna sheet. Aku guna instant lasagna sheet, so x perlu pre-cooked. Sesetengah lasagna sheet kena rebus dulu utk lembutkan.
Then, aku guna sosej, ayam, telur, daun basel, minyak jagung, cheddar cheese, mozarella cheese, dan oregano.

ni la daun basel. Nasib baik mak aku tanam kt umah,hehe.



shredded cheddar cheese. Kalau bleh, guna yg ketul punye,then parut sndiri.


Instant lasagna sheet.


Untuk inti, ade 2 segmen. Pertama, cheese. Yg kedua, sos. Utk cheese, aku guna cheddar cheese. Cheddar cheese ni boleh dapat dlm 2 bentuk, ketulan and shredded. Aku guna yg shredded punye, sebab tu je yg ade dlm freezer aku td. Klau ikutkan, aku nk guna ketul,then aku parut sendiri. Lebih halus n best. Tapi aku guna je ape yg ade. Kalau guna bentuk shredded, guna dalam 1 bungkus tu.Kalau ketul, guna lebih kurang seketul setengah. Depends banyak mana nak wat. Kalau suka lemak, byk la. Kalau x, kurangkan. Senang kan memasak ni? Ikut selera je. Lepas parut cheddar cheese tadi, campurkan dgn 3 biji telur. Make sure, cuci dulu telur tu sebelum pecahkan. Lepas tu masukkan myk zaitun dlm 1 camca teh. Klau xde myk zaitun, boleh gantikan dgn minyak jagung. Pastu tabur sikit daun basel yg dh dicincang halus.Kacau bagi rata. Done with the cheese!

Utk sos pulak, mula2 potong ayam/daging. Jgn besar sgt or kecik sgt. lepas tu sediakan sayur. Aku guna lobak merah,kubis bunga.Lagi sedap kalau ade brokoli.Tapi td xde brokoli, so aku guna mixed veggie je. Kalau nk sedap, guna la sayur2 yg fresh, yg sejuk beku n diproses, khasiatnye dh kurang. Sediakan jugak sosej yg dipotong n bawang merah. Campurkan semua bahan2 ni, then masukkan sos. Aku guna sos cili. Sepatutnya guna sos tomato utk lebih masam. Maklumla makanan italy memang masam. Tapi aku kurang suka masam2 ni, so aku guna sos cili.Agak2 la, tapi banyak sikit pun xpe. Letak sikit oregano.Pastu kacau la bagi rata. Ok,dh settle dengan sos!

bahan2 utk kacau dengan sos.Ada ayam,sosej, n sayur.

Pastu,sediakan mozarella cheese. Parut je. Dah settle!

Ok,kite nak susun lak utk wat lasagna. First, kite letak lasagna sheet. Susun dlm dulang pembakar.Kena cover sume permukaan dulang, sebab lasagna sheet ni akan jadi base. B4 letak lasagna sheet, sapu dulu dulang tu dgn butter supaya x melekat nanti. Lepas susun lasagna sheet, tuang separuh dari adunan cheese tadi, then ratakan.

Lepas tu, tuang pulak separuh adunan sos tadi, ratakan jugak, utk tutup adunan cheese. Last, tabur mozarella cheese sampai penuh, tutup adunan sos tadi.

Kemudian, lagi skali amek lasagna sheet dan susun kat atas mozarella cheese. Ulang balik lapisan2 yg dah wat awal tadi. Cheese, sos n mozarella. Kalau nk wat 3 layer pun leh, lagi la tebal. Ulang je.Tapi mesti diakhiri dengan mozarella cheese k. Lepas siap sume, bakar dengan suhu 190 darjah, dalam 30-40 minit. Sebelum bakar, panaskan dulu oven.

ok, dh ready nk bakar


Ni la hasil lasagna aku.



Tapi sepatutnya rupe lasagna aku macam pic kt bwh ni. Tapi disebabkan aku xde mozarella cheese, n malas nak gi beli, so aku cuma taburkan cheddar cheese je, so xla melekat2 macam pizza. Mozarella cheese je yg leh jadi melekat n boleh ditarik tarik lepas bakar. Pic ni dr blog kawan aku.


Ade 2 3 pic dlm ni yg aku amek dr blog kwn aku. Harap die x kisah. Sebab aku x berkesempatan nk snap sume step.hehe.
So, kepada SAHABAT aku tu, ni lah dia lasagna.. N utk pengetahuan hang, aku masak sedap tau.=)

2 comments:

محمد فيكري عزيز said...

bapak agh...nampak sedap...nak skit!!!!

Nur Atiqah Bt Mohd Yusof said...

hahaha..tu la hg..ckp aku masak x sedap lagi..nak eh??amek la..amek sume tu pun leh =P

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..