Tarbiyyah. Bukanlah satu perkataan yang boombastik bagi yang melaluinya. Mungkin bagi mereka yang masih belum berpeluang mendapat tarbiyyah, bunyinya agak alien, untuk orang-orang wara` sahaja... pernah seorang sahabah bertanya tentang program yang kami sertai. Dan dia memberitahu, rasanya di tempatnya juga ada program yang sama, tapi cuma disertai oleh budak-budak yang cam baik...hurm... tarbiyyah itu definisi kasarnya, satu proses pendidikan berterusan yang membentuk diri ke arah yang lebih baik. Maknanya kalau orang yang dah baik jadila semakin baik, dan yang masih kurang baik jadi bertambah baik... ia melibatkan semua orang, tak kira buruk baiknya kita.
Renungkan, sudah tertarbiyyahkah kita? Tarbiyyah itu adalah bilamana kita tidak lagi mengambil diri kita sebagai satu individu, sebaliknya sebagai satu kumpulan (jemaah)... tarbiyyah itu bukannya duduk dengan sopan, tunduk terangguk-angguk di dalam usrah, dan kemudiannya kembali lagha dengan dunia.. tarbiyyah itu bukan bersiap-siap bersimpuh dalam halaqah, getting ready debating the next step to proceed the job, tapi kemudiannya balik bilik dan bersila membicarakan filem tu,lagu ni,orang tu,orang ni.. tarbiyyah itu bukan hanya mengingatkan dalam usrah, tapi sentiasa mengingatkan dalam dunia nyata.. dan tarbiyyah itu bukannya berasa bangga diri dan rasa cam bagus sebab kita beroleh tarbiyyah, sebab dengan itu sebenarnya kita lebih teruk daripada orang yang tak dapat tarbiyyah pun... tarbiyyah itu bukan hanya sekadar solat berjemaah,tapi apa yang diperoleh dari solat itu sendiri.....tarbiyyah itu sebenarnya hati.....
Sepatutnya, tarbiyyah itu suatu proses yang menembusi hati. Membuka akal dan minda, dan membersihkan jiwa. Membuatkan kita bersyukur sebab beroleh fikrah (pemikiran) baru, tapi sentiasa beringat-ingat. Sebab manusia yang mudah lupa memang selalu lupa dan perlu diperingatkan. Sebak-baik cara membentuk tarbiyyah diri ialah dengan duduk dalam satu bulatan (halaqah) yang kita panggil usrah dan saling ingat-mengingatkan.. tapi apa yang penting, tarbiyyah itu bukannya bila kita duduk di dalam usrah atau mendengar tazkirah semata-mata, tapi bila kita ambil ingatan yang diperoleh dari usrah dan tazkirah, lalu mengaplikasikannya di dunia luar...dan itulah tarbiyyah yang sebenar..
Melihat diri sendiri, tanyakan pada hati; apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Apa kita insan baru yang lebih baik, atau masih diri yang lama, yang terperangkap dengan fantasi dunia... Apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Beroleh tarbiyyah kah kita dalam ibadah? Beroleh tarbiyyah kah kita pada akhlak? Beroleh tarbiyyahkah kita dalam pergaulan?! Sudah tertarbiyyahkah tutur kata, adab bicara? Sudah tertarbiyyahkah kita dalam pekerjaan ukhrawi duniawi, dalam pelajaran ?! Sudah ditarbiyyahkah jiwa raga, seluruhnya? Islam yang syamil (lengkap menyeluruh) lagi kamil (sempurna) ini, sudah mutakamil (saling menyempurnai)kah dalam diri?! This beautiful ad-deen, is the perfect way of life;no other than this, for this shall we die.....
Dan usah sekali-kali menghakimi, sebab kita tak pernah layak menjadi al-Hakim.. kita ni bukannya baik sangat untuk dijamin sentiasa tetap di jalan ini, na`uzubillahiminzalik, dan kita bukannya baik sangat untuk dijamin beroleh syurga. Maka ingat-ingatkanlah diri kita sendiri.. dan jangan pernah menghakimi, sebab sekali orang yang dihakimi itu beroleh hidayahNya, dan dianugerahkan fikrah baru, sesungguhnya dia adalah jauh lebih baik daripada kita yang berpalit dosa ini... wallahua`lam bissawab

2 comments:
kadang2 ada masa yang kita amat memerlukan seseorang disamping kita untuk mendengar keluhan hati yang terkadang diuji dengan pelbagai jenis ujian... Oh Tuhan.... berat sungguh ujian hati ini, aku semakin hampir ke tebing putus asa.... hati kini kosong... fikiran kini kosong... jiwa juga kosong... yang tinggal hanyalah perasaan amarah yang terkawal; lagi tidak tahu sabab musababnya... Tuhan, bantulah aku... kuatkan lah hatiku menempuhi masa2 ini dan akan datang... mungkin roda hidupku tiba giliran dibawah... aku belum bersedia untuk kehilangan sahabat2 maupun teman rapat.. tapi andai ia takdirmu... bantulah aku untuk menerima qadar-Mu ini... aku pasrah...
i'll be ur someone when u have no one..=)
Post a Comment