Tuesday, June 17, 2008

Akhwat...

Lelaki..
Dulu,Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh kami ramai tak terkira
Kini,Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokohnya sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi
Dulu,Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga , melindungi
Kini,Bila disebut lelaki
Wanitanya ingin cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membelaAl-Mu’tasim kebanggaan wanita
Kini,Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bermaya
Dulu,Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini,Apabila wanita di bawah jagaanya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas , binasa
Dulu,Lelaki menggadai nyawa dan harta
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,Lelaki bermati-matian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan tenaga tak dikerah
Dulu,Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh
Kini,Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu,Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,Lelakinya asobiah dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami merindui lelaki dulu
Acuan madrasah Rasul.

2 comments:

i am : are.mie blogger said...

kami ler lelaki acuan n lepasan madrasah....jadi pujaan tak???hehehhe.

TiQaH said...

hahaha..u'll be insyaAllah..=P

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..