Pelik ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi. Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung. Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu
tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali. Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv,
rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain. Pelik ya,
pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak. Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan. Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman,
tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,
ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert,
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya,
susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.
Pelik ya,
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet,
tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.
1 comment:
Itu semua tidak pelik apabila kta ketahui bahawa ummat ini telah mengidap penyakit HUBBUD DUN-YA WA KAROHATUL MAUT.....
Post a Comment