Monday, March 11, 2013

Discovery Indonesia : Preparation



Assalamualaikum wbt.

Salam Isnin

*yawn*

Setelah seminggu bercuti, kekok pulak rasenye bile nak kene gi opis semula. *inisemuapoyo*

Aku naaaaak sangat buat entri pasal travelling experiences aku ke Indonesia. Tapi sampai sekarang, feel tu belum sampai. Tangan ni rase malaaaaas je nak taip taip. *malas malas pun kang buat karangan jugak*

So, aku decide untuk buat entri separately. Aku pergi pun 5 hari. Bayangkan kalau nak cite semua dalam 1 entri? Baik aku buat dokumentari aje.

Ok mari kite mulakan dengan preparation.

Sebenarnye, takde la pape preparation sangat pun yang aku buat. Setakat packing kain baju ala-ala macam nak lari rumah tu kan, sape pun boleh buat. I just did simple preparation la. Perkara paling penting kena bawak masa travelling ialah:

  1. kompas
  2. plug adapter

Jadi, bawak tu aje ye =D

Kompas penting terutama untuk orang Islam muslimin muslimat. Sebab tempat yang kite pergi atau stay (hotel/rumah tumpangan) tak semua ada tunjuk arah kiblat. Tapi setakat bawak kompas tak tahu arah kiblat tu utara ke, selatan ke, timur ke, barat ke, pun payah gak kan? So make sure korang tahu kiblat menghala ke arah kutub mane dan tahu jugak gunekan kompas.

Yang ke-2 penting ialah plug adapter. Ni khusus untuk korang yang nak travelling luar Negara berhari-hari. Sebab plug Negara lain tak sama dengan plug kat Malaysia yang bersegi dan berkaki 3. Penting plug adapter ni untuk korang charge handphone. Tapi kalau rase handphone tak penting, tak payah la bawak.

Yang lain-lain macam baju, tuala, barang peribadi, kasut semua terpulang pada aktiviti dan plan korang.

Pakaian sembahyang untuk perempuan tu terpulanglah sama ada nak bawak telekung atau jubah longgar. Ikut keselesaan dan kapasiti beg korang.

Aku gunakan 1 beg Duxter (beg hiking) masa departure dan bawak 1 beg-baju-balik-kampung spare. Beg spare tu untuk isi barang-barang yang bakal dimiliki bile nak balik nanti. Tak mungkin la mase balik tak bawak pape barang dari sane kan?kan? prepare la siap-siap beg extra untuk isi barang-barang yang korang shopping tu nanti. Takyah beli dah.

Dah! Tu je. Senang kan?


Roughly, aku landing dekat Jakarta hari Isnin petang dan stay kat sane 1 malam. Selasa pagi, aku dengan group gerak ke Bogor. Bogor ni tempat persinggahan jalan-jalan menikmati alam je. Sebab Bogor ni tengah-tengah antara Jakarta dengan Bandung. Destinasi utama kitorang adalah Bandung.

Lepas lepak lepak dekat Bogor kejap, kitorang gerak ke Bandung and stay sane sampai hari Khamis petang sebelum kitorang berpatah balik ke Jakarta dan stay lagi 1 malam kat Jakarta sementara tunggu flight balik Malaysia Jumaat petang.

Alhamdulillah, Jumaat pukul 11 malam selamat landing dekat KLIA.

Banyak jugak cabaran dan dugaan yang kitorang hadapi. Tapi kat situ boleh Nampak ikatan persahabatan kitorang ni utuh atau tak. Ada toleransi atau tak. Ada kerjasama atau tak. Sebab trip ni adalah trip bajet. It’s called TRAVELLING, not HOLIDAY.

InsyaAllah datang mood nanti, aku akan cite pengalaman sepanjang 5 hari kat Negara Jiran, Indonesia.

Assalamualaikum, adios amigos.

2 comments:

Kuazue Mohamad said...

as salam...cik azue bertandang n terus polow...crita lah ttg ekspedisi travelling tu...boleh gak cik azue piki2 wat rujukan t...

tqah said...

waalaikumussalam..time kasih sebab follow =)
InsyaAllah nanti akan cite details. Penat travelling tak habis lagi ni. hehe

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..