Assalamualaikum wbt.
Semalam, pukul 7 malam baru aku gerak balik rumah dari ofis
kat Meru. Sampai rumah je dah lembik. Tak dinner pun. Melepek depan tv sampai
pukul 1 pagi baru bangun pastu sambung tido dalam bilik.
Teruk giler perangai.
Aku ingat nak sambung story sal Discovery Indonesia
semalam. Tapi tergendala lak. Hehe.
Jadinya, meh aku sambung sekarang ye.
Masa planning nak travel ke Indonesia, kitorang dah survey harga hotel bajet, harga keretapi, harga supir dan harga makanan. dari situ, kitorang dah buat costing sheet and commitment to pay around RM100 per month. start collect duit 5 bulan sebelum pegi jadi total RM500 sorang. RM500 ni adalah termasuk hotel, makan minum, wisata, supir, pengangkutan. Duit shopping masing-masing bawak sendiri ikut nafsu masing-masing. Tiket flight pulak berharga RM398 return Jakarta-KL-Jakarta.
Aku pergi dengan lagi 3 orang kawan aku. Mirul, Sarip and
Syira. So total 2 boys 2 girls la. Bagi aku, this team was convenient enough. Kalau
terlalu ramai, makin banyak kepala, makin banyak peel-nye kan? Kalau terlalu sikit, bahaya pulak kat
tempat orang yang kite pun tak kenal sape-sape. Kalau perempuan takde langsung pun, susah jugak lelaki nak
shopping pilih baju untuk mak diorang. Kalau lelaki takde langsung pun
susah jugak perempuan nak mintak angkat barang shopping. Hehe.
Kitorang berkumpul dekat rumah Mirul dekat Putrajaya lebih
kurang pukul 12.25 tengah ari hari Isnin 4/3/2013. Lunch kat situ pastu kitorang naik KLIA Express
ke KLIA. Dalam pukul 2 la kitorang sampai dekat KLIA. Awal. Memang awal sebab
flight kitorang pukul 5 petang. But we better expect the unexpected rite?
Lepak-lepak main tenet kat sane, solat, jalan-jalan,
bergambar, borak-borak, diskas pasal planning perjalanan and so on. Tak terase
pun masa. Tup tup dah nak boarding.
Kitorang selamat landing dekat Soekarno-Hatta
International Airport
(Jakarta) jam 7 malam waktu Malaysia. Tapi
dekat sane, lewat sejam dari Malaysia.
So mase tu baru pukul 6 tapi dah gelap and almost Maghrib la.
Kat sini, kitorang dah kena tipu buat pertama kalinya. Hahahaha.
Daripada research yang kitorang buat before ni, teksi Blue
Bird adalah teksi yang disyorkan sebab service yang bagus dan harga yang fixed.
Tengah kitorang berlegar-legar nak cari port teksi Blue Bird ni, tetibe ade
sorang pakcik ni tarik tangan Mirul pastu tanya
“Kalian mauk taksi Blue Bird ya?”
“Ya Pak. Di mana bisa dapat taksi Blue Bird?”
“Yaaah, mari ikut sama saya. Saya driver taksinya Blue Bird”
“oh yeke? Berapa Tambangnya ya Pak mauk ke Hotel Bunga Bunga
di Pasar Baru?”
“itu hanya 350 ribuk”
Tengah kitorang follow pakcik tu gi kat kereta dia, aku pun
congak congak la berapa ringgit ek 350 ribu rupiah tu? Sekalinya hambek
RM100++.
Aku pun cakap dengan Sarip
“eh mahal giler kot wei. 100 lebih ni. Jauh sangat ke?”
Sarip diam tapi kemudian die cakap dengan pakcik tu
“Pak, murah sikit bisa ya?”
“Itu sudah murah tu mas. Jauh tu Pasar Baru. Macet lagi”
Sebab kitorang takde pilihan + dah ikut pun dia sampai kat
kereta, kitorang layan je la.
Sebab jem yang melampau, dekat 45 minit jugak la baru sampai
kat hotel tu.
Lepas check-in, kitorang terus kuar untuk carik makanan and
jalan-jalan kat Pasar Baru. Pasar Baru kat sini lebih kurang pasar malam la.
Tapi malam tu nasib tak menyebelahi kitorang, hujan lak
turun selebat-lebatnye mase kitorang tengah jenjalan tu. Basah kuyup! Menitik-nitik
air dari tudung baju seluar semua. Lagi bertambah lapar dow.
Sebab hujan jugak, ramai peniaga dekat Pasar Baru yang tutup
kedai. Makanya, sikit je la kitorang dapat tengok tengok. Cuma sempat tapau
sejenis makanan jalanan called ‘Pempek’. Dari ape yang orang tempatan cite, ‘Pempek’
ni sejenis makanan Palembang
dibuat dari tepung pulut dan berintikan ikan. Digoreng pastu makan dengan kuah
hitam pedas. Ala-ala yong tau fu pulak. Tapi sedap! Dah jadi favourite kitorang ni.
Pastu kitorang decide nak gi makan. Jalan kaki balik ke
hotel tu, jumpe 1 restoran. Kitorang pun masuk tanpa ragu-ragu dan duduk sedia
untuk order.
Tetibe Sarip tanye waitress
“Halal tak?”
“ada juga babinya”
ERK! Ok makashih ya mbak. Permisi.
HAHAHAHA. Rupanya Sarip nampak dekat menu tu
- Ayam goreng
- Bebek goreng
- Sapi goreng
- BABI GORENG
Sebab tu die terus tanya.
Wallaweh! Nasib baik dow. Phew!
Terus kitorang melangkah keluar. Elok je keluar, kitorang nampak
ade pakcik tengah goreng nasik
dekat tepi jalan tengah tengah hujan. Kitorang pandang sesame sendiri pastu
kata “jom makanan jalanan”
Makanan jalanan dihasilkan oleh orang Islam dan status
halalnye meyakinkan. Tapi kalau pergi restoran, harus tanya atau tengok dengan
teliti menu tu ye.
Dalam keadaan hujan mencurah-curah, kitorang gagahkan diri
jugak berlindung bawah pokok sambil kunyah ‘Pempek’ yang beli tadi sambil
tunggu pakcik tu buat nasik
goreng.
Bila dah siap tapau nasik
goreng, kitorang bergegas balik hotel dan makan berjemaah di hotel. Memang lapar
tak hengat sebab dah almost 10pm mase tu, dengan hujan dan keletihan. Nasik goreng simple masak
tepi jalan dekat gerai saiz 2m x 1m tu pun jadik enak bangat!
Lepas makan, barulah balik bilik masing-masing, mandi dan
solat pastu tidur.
Habislah hari Isnin di Jakarta
Glosari:
Wisata - kawasan kunjungan macam Kawah Putih, Batu Cinta, Tangkuban Perahu.
Macet - jem
p/s: Tukaran mata wang RM 320 = IDR 1juta / RM 1 = IDR 3200
No comments:
Post a Comment