Sunday, March 17, 2013

Discovering Indonesia : Hari ke-2 Jakarta-Bogor-Bandung


Assalamualaikum wbt.

Ok meh nak continue journey to the west aku. Eh, journey at Indonesia.

Selasa pagi, 5/3/2013 jam 6.30 pagi aku dengan kawan-kawan aku dah serbu café untuk breakfast. Tapi jam kat sane kan lambat sejam. So sebenarnye mase tuh dah pukul 7.30 pagi dah kat Malaysia. Perut pun dah berdondang sayang.

Aku nasihatkan, tak payah la susah payah nak tukar jam korang ikut waktu dekat sana. Karang semuanya jadi konfius. Aku tak tukar pun, tapi sendiri ingat yang waktu adalah lewat sejam. Bukan ape, ade pengalaman orang lain yang tukar waktu jam diorang, pastu set alarm pukul 6 pagi untuk solat subuh. Bangun pagi je matahari dah mencanak atas kepala. Sedangkan subuh kat sana jam 5 pagi. Tak memasal subuh dinosaur la kome.

Breakfast buffet kat Hotel Bunga Bunga ni bagi aku biase je. Tak se-gah hotel kat Malaysia. Tapi, mungkin jugak sebab ni hotel murah. Breakfast macam ni sesuai la kan. Aku pun tak pasti. Disebabkan kitorang ni perut fleksibel, melahap jugak kaw-kaw.







Hotel ni sesuai sebab dekat dengan stesen ketapi. tapi dari segi keselesaan, hotel ni boleh kata biase biase je lah. Setakat nak tido tu takde hal. Bilik kawan lelaki aku, diorang kate tilam keras and towel hapak. Bilik aku, no komen. Mungkin sebab aku jenis tak kisah. Aku tak perasan pulak katil tu keras ke empuk. Nyenyak jugak aku tidur sampai ke pagi. Towel pun ok je.













Lebih kurang jam 7.30 pagi, kitorang jalan kaki ke Stasiun Juanda. Kitorang dah tanye dekat receptionist hotel macam mana nak ke Bogor kalau naik ketapi. Stasiun keretapi Juanda ni dekat sangat dengan hotel tu.

Sebagai langkah persediaan, aku dah download siap-siap train directory Indonesia ni, dan simpan dalam phone. Kat sini pun kita dah boleh tengok train mana yang boleh guna untuk sampai ke destinasi.



Perjalanan ke Bogor lebih kurang 1 jam. Sepanjang perjalanan dengan keretapi murah ni, macam-macam aktiviti dan ragam manusia kita boleh nampak dan rase sendiri. Setiap kurang dari 5 minit, ade je manusia yang lalu jual itu ini. Dari sekecik-kecik barang, semua ada dijual. Diorang berjalan ke semua gerabak tau. Just name it. Gula-gula, jajan, sikat rambut, gunting, kain lap, kuih muih, surat khabar.yang berkaraoke pun ada. sedaaaap giler suare diorang ni weh.
















Bak kata Sarip “kalau nak pegi keje tak sempat nak bersiap pun takpe. Dalam ketapi boleh beli sikat, pencukur, kain, sarapan”

That teaches me on how struggle they are to gain even a cent to survive.

Ada sorang budak lelaki dalam lingkungan umur belasan tahun, merangkak kat lantai keretapi sambil pegang berus. Sambil bergerak merangkak tu, dia akan guna berus yang dia pegang untuk bersihkan lantai pastu hulur tangan dekat penumpang. Mungkin, minta bayaran sebab dia dah bersihkan lantai bahagian kita.

Macam-macam keje, macam-macam barang diorang boleh jual. Asalkan dapat duit.

Ada jugak yang duduk atas bumbung ketapi sebab tak mampu beli tiket.

Bersyukurlah kite kat sini tak perlu sesusah itu.

Sampai kat Stasiun Bogor, kitorang naik Angkutan Kota untuk ke terminal bis. Nak survey bas ke Bandung. 

 

 

Kat terminal bis ni, kitorang sempat tapau Gado-Gado dengan Batagor Ikan. Aku pun tak reti nak describe macam mana rase dia. Main telan je. Jumlah harga 2 makanan jalanan ni IDR 15 ribu. Lebih kurang RM5. Sedap dan kenyang walaupun share 4 orang tau.





Dari terminal bis ni, kitorang nak ke botanical garden tapi tak tahu jalan. Ikut kata hati je and end up kat padang institut pertanian Bogor.



Dah penat dengan beg besar tu, kitorang lepak makan batagor dengan gado-gado dulu pastu baru sambung balik perjalanan lepas dapat direction dari pak guard uni.



Jauh wei. Berlecak ketiak jalan kaki. Tapi berbaloi sebab botanical garden ni damai dan nyaman! Tiket masuk pun dapat harga warga tempatan sebab mirul ngomong bahasa Indonesia belajar dari sinetron. IDR 14 ribu each.

 

 



















Sempat solat zohor sekali kat situ, then kitorang nak bergerak balik ke terminal bis. Dari botanical garden ni, kitorang naik kereta kuda! IDR 25 ribu untuk 4 orang.



Sebenarnye, aku kesian dekat kuda tu. Kitorang ni dah la berat. Beg kitorang pun berat. Mesti dia rase susah payah nak bawak kitorang. Dah la agak jauh jugak. Kuda, I am sooo sorry. Mirul la ni! Nak sangat naik keta kuda tu. Bapak owner kuda tu pun ok kan je. Banyak kali aku Tanya “bisa enggak pak?”. Dia pun asyik jawab “bisaaaa”.

Sampai dekat terminal bis, kitorang lunch dulu dekat restoran berhampiran. Aku pun memberanikan diri bertanya.
“ada babinya enggak?”
“enggak ada”
“halal enggak?”
“halal ni”

Bismillah. Masuk. Order. Makan.



nasi goreng
 

jus stroberi



sup bakso



jus alpukat



soto babat


Tapi makanan dekat sini sangat mahal! Restoran biasa je. 4 orang makan IDR 150 ribu! Tapi, memang sedap. Tak dinafikan. Ayam goreng memang best!



Lepas makan, kitorang menaiki bas ke Bandung. Perjalanan lebih kurang 3 jam. Tiket IDR 40 ribu seorang.



Sepanjang perjalanan, of course aku krooohhh kreeeehhh krooohhh kreeehh. Sampai dekat terminal bis Bandung jam 6. mujur pak supir dah tunggu.

Kat Bandung, kitorang menggunakan khidmat supir. Lebih mudah dan jimat. Kebanyakan wisata terletak jauh, nak cari public transport pun susah. Buang masa. Jadi, menggunakan supir adalah sangat convenient. Supir yang kitorang guna ni charge IDR 1 juta 100 ribu. Lebih kurang RM350. untuk 3 hari kitorang kat Bandung.

Pak Darus supir kitorang ni. Baik orangnye. Ramah. Suke bercerita itu ini. Lepas amek kitorang, dia hantar kitorang ke Hotel Lodaya. Selesai check-in baru dia balik.

Malam tu kitorang tak pegi jauh. Nak berehat cukup-cukup. Kitorang cuma keluar untuk beli makanan je. Kitorang tapau tahu susu, nasi ayam betutu cep’er, jus alpukat, jus greenish, dengan bubur kacang ijo. Semua pun sedaaaaaapppp! Kitorang makan kat hotel je kongsi-kongsi.

 



 

 

 

 

 

Lepas makan, kitorang mula sesi perbentangan bajet. Buat kira-kira baki duit yang tinggal untuk wisata, makan dan pengangkutan. Lepas selesai semua tu, masuk bilik dan sambung krooohhh kreehhh krooohhh kreeehhh..






Selesai lah hari ke-2. 3 tempat sekaligus kitorang jejak. Jakarta, Bogor dan Bandung.

Sambung kemudian yek.

Assalamualaikum!



Glosari:
Stasiun – stesen
Angkutan kota – van sebagai public transport
soto babat - soto perut
Terminal bis – stesen bas
Supir – pemandu

p/s: masjid / mushola senang sangat nak jumpe. Tak perlu risau ok.

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..