Thursday, March 28, 2013

Discover Indonesia: Hari ke-4 Shopping dan dugaan!!!!


Assalamualaikum wbt

Rasa macam dah agak lama aku tinggalkan belog, tak sambung pun cite pasal travelog Indonesia. 

Banyak hal kena uruskan dan selesaikan. Tak sempat langsung nak jengah-jengah sini.


Harini ada free sikit, jom sambung!

Hari ke-4 di bumi Indonesia, adalah hari untuk kita shopping!!!!!!!

Korang perasan tak sepanjang hari ketibaan sampai hari ke-3, aku langsung takde mentioned sal kitorang shopping sedangkan Bandung and Jakarta memang dikenali sebagai syurga membeli belah.

Kalau ikut plan, memang kitorang nak lebih kepada travelling. Shopping tu ala kadar aje. Ceh ala kadar la sangat sampai naik sasau aku shopping.

Hari Khamis, 7 March 2013 kitorang bangun pagi kat Unique Guesthouse yang terletak di tengah tengah Bandar Bandung. 10 minit berjalan kaki ke Pasar Baru. 10 minit tu termasuk dengan singgah beli roti bakar strawberry coklat. Nak berjalan kaki ke Stasiun keretapi Bandung pun boleh tapi semput la kau.

Pukul 8.30 pagi after breakfast,kitorang bergerak jalan kaki ke Pasar Baru dengan niat nak habiskan duit. Keluar lambat sikit sebab aku dengan syira bangun lambat hak hak hak.




 
Bagus tau pegi Pasar Baru awal pagi. Diorang baru nak mula berniaga. So diorang selalunya akan bagi harga murah. “pecah telur” katenye. Tu maksudnye, welcoming treat la. Mungkin bagi diorang, dapat customer awal pagi ni murah rezeki.

Yang tak menahannye, baru kedai pertama kat ground floor, aku dengan syira dah habis dekat IDR 700 ribu. Tak ke giler? Pasar baru tu ade 7 tingkat kalau tak salah. Tak menahan kaaaaan?

Sebab dekat kedai first ni pun, baju dah cantik cantik yang amat. Murah gilerrrrrrr pulak tuuuuuuu. Aku rembat 1 jubah untuk mak, 1 dress untuk kakak, 2 dress untuk aku. Haruslah lebih untuk diri sendiri kan. Kat kedai ni je, aku dah habiskan IDR 647 ribu. Nangis!

Aku dengan syira dah kena sound dengan mirul and sarip

“beringat sikit. Ni baru kedai pertama. Ade beribu kedai lagi nak pegi ni. Duit ade lagi?”

Aahh sangat sarcastic!

Naik dari 1 tingkat ke 1 tingkat. Tiap tingkat berlainan barang yang dijual.

Kat sana aku beli 1 purse, 4 helai kain ukuran 1 meter suku corak tribal untuk buat tudung, kasut sepasang, wedges sepasang, telekung sepasang. Lebih dari IDR 1 juta! Nangis lagi.

Tu pun nasib baik kitorang kejar mase sebab kitorang dah janji untuk jumpe Pak Darus pukul 11.30 pagi. Kalau tak aku rase lagi banyak duit yang habis. Itu pun, kitorang lambat. Pak Darus sampai dah tertido dalam kete tunggu kitorang. Muehehe.




Penuh terus bonet Avanza die tu ngan barang shopping kitorang. Yang paling banyak mestilah aku dengan Syira. Sarip relaks giler beli jubah je 1 untuk mak die, baju batik eksklusif 1 untuk bapak die. Dah!

Pas dah abes shopping, lelaju kitorang pegi balik hotel Pak Darus bawak untuk check-out. Waktu untuk check-out pukul 12. tapi kitorang dah lambat hampir sejam. Nasib baik takde extra charge. Tak sia-sia la aku bersuara manja mase pulangkan kunci kui kui kui.

Pas selamat check-out semua, kitorang gerak ke Stasiun keretapi Bandung nak beli tiket untuk balik Jakarta petang tu. Sebelum sampai stesen, kitorang singgah dekat bakeri shop Kartikasari untuk beli brownies dan pisang keju yang femes kat Bandung ni. Harga brownies agak mahal la bagi aku. IDR 44 ribu untuk sebekas.



Pas dah beli brownies and pisang keju, kitorang singgah makan eskrem durian pulak. U must try this tau kalau datang Bandung!!! IDR 10 ribu each. Sedap giler dow!! Ade sebijik durian kau dalam eskrem tu. Segar masih berbijik. Giler tak best?




Pas dah melahap bagai, kitorang baru pegi stesen ketapi. Tapi disebabkan no giliran kitorang lambaaaaaat lagi agak-agak sejam kene tunggu, kitorang terus blah je dan cadang datang beli tiket petang nanti mase on the spot nak balik Jakarta.

Kitorang terus gerak ke Lembang. Kat sini, Pak Darus bawak kitorang pegi lunch dekat Kg Daun. Also a must-go place in Bandung.






Konsepnye, restoran dalam taman rekreasi atas bukit. Bayangkan, dengan udara bukit yang nyaman, dingin, ade air terjun, bunyi burung, unggas, pokok-pokok hijau, makan dalam pondok yang ade langsir, bantal yang empuk. Ya Allah nikmatnyeeeeee. Makanan pulak pelbagai. Western ada, makanan sunda of course ade jugak. Memang terbaik. Tak tergambar dek kate-kate.
























 



















Kitorang siap solat zohor and asar jamak kat situ. Surau die subhanallah, cantiknyeeeeee. Simple aje buat daripada kayu tapi ade ketenangan. Takde ekon atau kipas, tapi masuk je dalam surau dah rase sejuuuukkk dan wangiiiiii. Memang best sangat-sangat.

Selesai makan, kitorang bergerak balik ke Bandung. Mase ni dah pukul 3 lebih almost 4. mase ni mirul having a little problem where, die masih belum beli kain sulam yang mak die pesan untuk buat baju raye sekeluarga! Dia ajak Pak Darus pegi kat kedai femes yang Pak Darus penah cite, tapi sayangnye Pak Darus cakap jauh. Jalan ke arah Kawah Putih, which was opposite our way.

Nak tak nak, Mirul kena balik semula ke Pasar Baru sebab kat situ pun ade cuma tadi Mirul tak beli sebab die plan nak ke tempat lain. Mane tahu dah tak sempat.

Jadinye, lepas balik dari Kg Daun, Pak Darus drop mirul dengan Sarip kat Pasar Baru semula dan kemudian bawak aku dengan syira pegi stesen ketapi untuk beli tiket dan tunggu ketapi terus.

Dari Pasar Baru nak ke stesen ketapi tu tak jauh. So pas setel, Mirul dengan Sarip kena bergegas datang ke stesen ketapi berjalan kaki, sebab Pak Darus temankan aku dengan syira kat stesen tu.




Lepas dapat beli tiket dengan bantuan Pak Darus, aku pun minta Pak Darus balik tak payah tunggu kitorang. Die risau tinggalkan aku dengan syira kat situ sementara tunggu mirul dengan sarip datang. Tapi kitorang yakinkan die jugak yang kitorang ok ok aje. Kesian pulak tengok die. Mase tu masih awal. Baru pukul 5 sedangkan ketapi kitorang pukul 7.50 malam.

Bile kitorang dah desak-desak, Pak Darus pun surrender. Kitorang bayar langsaikan baki duit service die, lepas tu die balik. Tapi macam-macam pesanannye. Die suruh kitorang jangan pegi mane-mane tunggu sampai mirul and sarip datang. Pastu suruh kitorang inform die bile dah nak gerak, itu ini. Macam bapak jage anak-anak. Heeee~ makashih ya pak!



Dalam pukul 6, mirul and sarip pun sampai. Mase tu hujan lebat. Nasib baik semua dah selamat ade. Sempat la kitorang terus jamak maghrib dengan isyak sementara tunggu ketapi.

Pukul 7.25, kitorang dah boleh chek-in dan masuk ketapi. Ketapi kali ni eksekutif coach. Selesa macam LRT, takde orang jual-jual dok lalu lalang. Ade ekon. Ade tv. Ade plug untuk cas enpon. Makanan disediakan tapi kena beli. Aku kedekut so aku pose kihkihkih.







Sepanjang 2 jam perjalanan, aku tido je.

Kitorang turun kat stesen Jatinegara, 2 stesen sebelum sampai stesen akhir Gambir. Ni, kitorang tanye sendiri dekat customer service stesen ketapi Bandung tu mane patut kitorang turun. Die yang advice untuk turun dekat Jatinegara, pastu tukar train ke Jakarta Kota. Kitorang ni follow je lah.

Mase sampai dekat Jatinegara, aku baru bangun tido. Mamai sangat time ni. Aku follow je semua kawan aku.

Mase ni nasib kitorang tak berapa baik. Kitorang sampai pukul 10.30 malam kat stesen Jatinegara ni. Bile dah turun, kitorang tengok kawasan sini sunyi. Kitorang pun cari la kaunter nak beli tiket. Tak jumpe. Pastu mirul dengan sarip tanye kat sorang abang polis yang jaga pintu kuar. Aku dengan syira dah exhausted dan mamai. Biar je diorang setel. Mase ni aku tak tau lagi ape yang jadi tapi aku dapat agak diorang ade masalah sebab lame jugak bercakap-cakap dengan abang polis tu. Muke memasing pun dah lain macam.

Mase ni, ade beberapa orang yang datang dekat aku dengan syira dan tanye nak pegi mane. Aku buat donooooo je. Malas dah nak cakap pape sebab penat sangat.

Pastu, mirul dengan sarip datang kat kitorang. Aku pun tanye

“ape hal ni? Ade problem ke?”
“ketapi dah habis la”
“hah?”

Pastu abang polis pun datang
“sepatutnya kalian langsung ke Gambir. Keretanya udah abis”
“customer service ngomong ke mari.”
“yaaa benar. Tapi keretanya udah abis. Kalau keretanya masih ada, ya boleh gitu”

Aku memang blur sangat mase tu. Tak tau ape patut buat. Aku terus suggest untuk amek teksi.

“kite naik teksi je la”
“mahal. Jauh diorang kata”

Pastu aku dengar sarip ngan mirul cakap-cakap lagi dengan beberapa brader kat situ. Aku malas nak dengar dah. Biar je diorang setel.

Tak lame pastu, ade sorang brader datang dekat aku hulur helmet.
“ya, boleh. Boleh”

Aku yang blur ni, terus pandang sarip dengan mirul. Tak sentuh pun helmet tu.

“nak buat ape sebenarnye ni?”

Pastu aku nampak muke diorang macam “ape aku nak jawab kat tiqah ni?”

Pastu kitorang berkumpul kat satu sudut, mirul mula bersuara
“kite kena naik motor. Tren dah habis.”

Aku terkejut kottt!!

“naik motor?? Dengan diorang??”
“ha’ah. Terpakse. Tren dah habis”
“kenape tak naik tu je?” sambil aku tunjuk kat tut tut.
“tak boleh. Brader tu cakap tut tut tak boleh pegi kat hotel kite tu. Jauh sangat”
“tak kisah la jauh. Kita bayar je la.”
“diorang tak boleh masuk kat sane. Mungkin ada kawasan-kawasan je diorang boleh. Kawasan lain orang lain punye”

Pastu sarip cakap
“tapi kesian pulak kat diorang. Mesti tak selesa. Takut”

Dalam hati aku “tau pun kau”

Tetibe salah sorang brader tu datang dan cakap

“enggak apa-apa. Usah risau. Ini tanggungjawab saya. Kita sama-sama perlahan-lahan sampei di hotel. Kita enggak buat apa-apa. Ini tanggungjawab saya. Polisi juga ada di sini. Usah khuatir”

Pastu sarip tanye aku dengan syira “boleh tak? Ok tak?”

Syira angguk slow. Aku tak jawab pape. Aku terus angkat beg je. Dah malas dan takde mood sangat dah mase tu. Ape je lagi aku boleh cakap?

Sebelum naik motor, aku pakaikan helmet syira pastu aku cakap slow kat die “pegang beg kuat-kuat. Kalau dia buat apa-apa, kau ketuk je kepala dia. Sentiasa pastikan kitorang ade dekat-dekat dengan kau. Kalau nampak die melencong lain dari kitorang, kau jerit kuat-kuat”.

Sape tak cuak bhai? Dah almost 11 pm mase tu. Kalau dekat Malaysia, dah tengah malam tau. Jalan pun dah lengang. Kitorang pulak berpecah naik motor sorang-sorang dengan brader-brader tu. Takkan la nak bantai naik motor berdua campur brader yang bawak tu bertiga, dengan beg bagai tu kan?

Macam-macam aku pikir.

Kalau brader ni berpecah macam mana? Bawak kitorang gi tempat lain pastu belasah kitorang, rogol kitorang, rompak kitorang macam mane? Kalau brader ni bawak kitorang gi port memember diorang reramai rompak kitorang macam mane?

Sepanjang perjalanan, aku berselawat je tak henti sambil-sambil tengok syira. Aku paling risaukan syira sebab dia tak pandai bawak motor, die kecik, die soft, die penakut, die tak biase macam ni.

Sekurang-kurangnya kalau brader ni buat pape kat aku, aku boleh terajang die turun motor pastu bawak motor die blah dari situ. Syira?

Alhamdulillah kitorang selamat sampai kat hotel lepas lebih kurang 20 minit atas motor berasingan.

Sampai je, kitorang kena bayar IDR 150 ribu untuk 4 motor yang kitorang tumpang tu. Brader tu siap minta extra IDR 10 ribu sebagai duit perlindungan. Haktui!! Kitorang cakap takde duit. Pastu die blah.

Aku langsung takde mood walaupun aku tau tu bukan salah sape-sape. Tapi aku taknak cakap dengan sape-sape. Aku mintak kat receptionist untuk masuk bilik dulu sementara mirul setel check-in. Selang 2 minit, mirul dengan sarip datang ketuk pintu. Pastu mirul cakap,

“syira, boleh tak nak pinjam RM100?”

Aku dah pelik. Apesal pulak ni?

“nape?” aku tanye.
“kena bayar deposit la IDR 1 juta”
“ 1 JUTA????”

Aku yang dah memang takde mood terus menyirap.

“mahal giler! Deposit je apesal sampai 1 juta?”
“prosedur die camtu. Tapi kite dah takde duit ni. Aku ade RM50, syira tambah RM100 boleh la kot. Esok mase check-out die pulang balik”.
“esok kite check-out pukul berape?”
“petang mase nak pegi airport tu la”
“dah tu sementara tu syira nak pakai duit ape?” – nada suara aku dah tinggi dan tegang.

Aku bengang. Syira diam je sambil pegang duit RM100 nak bagi kat mirul. IDR 1 juta bersamaan RM 300! Dan aku tahu syira dah takde duit rupiah. Die nak tukar duit RM100 die tu esoknye untuk shopping dekat Jakarta pulak. Kalau dah bagi semua, ape yang tinggal?

“em, esok syira guna dulu la duit kita semua yang aku pegang ni. Duit tax airport. Pas dapat balik deposit ni, boleh bayar balik.”

“sukahati korang lah”

Mirul amek duit dari syira then pegi kaunter semula. Pastu sarip bersuara
“relax la. Nak buat macam mana. Kite tak tau nak jadi macam ni”

Aku buat tak tau je. Pastu sarip blah masuk bilik die yang bersebelahan je dengan bilik kitorang. Cecepat aku tutup pintu pastu terjun atas katil pastu tekup muke dengan bantal sambil beristighfar.

Tak boleh marah-marah. Tak boleh marah-marah. Relax.

Pastu aku dengar syira cakap slowly

“enggak apa-apa dong. Guwe tak kisah”

Tu lah syira. Baik. Soft. Tapi aku taknak sebab die baik, orang amek kesempatan.

Tapi aku tahu, bukan niat mirul atau sarip nak amek kesempatan. Aku tahu ni bukan salah sape-sape. Ni dugaan untuk kitorang. Aku tak boleh marah-marah.

Mirul, aku minta maaf.

Tidur.


2 comments:

Unknown said...

SALAM..NK TANYA PAK DERUS TU DRIVER AWK KAT SANA KER? MCM MANA NK GUNA PERKHIDMATAN PAK DERUS YE..TQ

tqah said...

ekceli pak darus tu dr agency. kitorang kontek agency then diorang yg arrange pak darus tu utk kitorg. tapi taktau la kalau lain customer lain supirnye. leh tengok website diorang www.afinarentcar.com

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..