Assalamualaikum wbt.
Malam ni merupakan malam terakhir aku tidur kat rumah ni sebagai penghuni tetap. Lepas ni kena jadi tumpangan saje la sebab aku akan pindah ke rumah sewa di West Port sane.
Sebelum aku pindah dan teus melupakan travelog Indonesia aku, baik aku habiskan ye dok?
Hari ke-5 iaitu hari terakhir kami di bumi Indonesia. Pagi tu, aku mogok. Aku sengaja bangun lambat biarkan Mirul dengan Sarip buat hal diorang dan tunggu aku dengan Syira. Sebab hati aku panas lagi masa tu pasal hal malam sebelum tu yang kitorang kena naik ojek. Lagi pun masa tuh memang letih tak hilang lagi. Malas nak bangun awal beriya-iya sangat. Lagipun, aktiviti kitorang haritu pun agak santai. Takde plan ke mana-mana selain Mangga Dua.
Selalunya, pukul 7 kitorang dah berkumpul pastu breakfast sesama. Tapi hari tu, pukul 7 baru aku nak bangun mandi. Si Mirul berpuluh kali dah call ke bilik kitorang, last-last die pegi breakfast dulu.
Pukul 8 pagi baru aku dengan Syira pegi breakfast dekat cafe hotel.
After that, kitorang terus kemas barang dan check-out tapi kitorang tinggalkan semua barang kitorang kat hotel. Sebab, petangnye teksi akan amek kitorang kat hotel tu jugak untuk hantar ke airport.
Lepas dah setel check-out dan simpan barang, kitorang pun sama-sama gerak ke luar, dengan tujuan nak ke Mall Mangga Dua.
Ini sebab aku terpengaruh dengan si Hanis Zalikha dalam MadMarket la ni. Masa dia pegi shoot dekat Jakarta, die pegi Mangga Dua.
Tapi aku tak tahu pulak Mall Mangga Dua tu ada banyak. Banyak bangunan. Ntah mana satu yang si Hanis tu pegi ntah.
Kitorang pulak tak tahu sangat jalan pun. Tanya kat orang hiotel je, lepas tu jalan kaki.
Mak ai, berlecak ketiak bila sampai sana.
Kat Mangga Dua ni, bagi aku tak se-masyuk kat Pasar Baru Bandung. Kat sini, barang murah kalau beli borong. So, kalau korang memang nak beli untuk jual kat Malaysia, sesuai sangat lah. Macam aku, tak plan pun nak jual jual ni. Nak beli untuk sendiri je. So kat situ, aku takde beli barang sangat. Cuma beli beberapa belt and handbags.
Pas dah penat tu, kitorang nak gi makan. Aku ajak gi makan dekat Hoka Hoka Bento. Aku sendiri tak tau restoran ni macam mana. Tapi kawan-kawan aku yang penah duduk kat sini selalu gi makan kat situ. Sebab tu aku nak try.
Cari punya cari, jumpa kat bangunan sebelah. Rupanya, makanan Jepun. Dah la makanan Jepun, first time lak tu nak try. Mane la tahu apa yang best yang sedap yang murah. suka hati aku je pilih menu lepas diberi kebenaran oleh semua orang yang blur.
Ok. Nice makanan dia. Aku ni tak gemar sangat makanan Jepun dengan Korea, tapi Hoka-Hoka Bento ni boleh ngan la dengan tekak aku.
Lepas dah kenyang, kitorang pun decide nak balik lepak dekat hotel je sementara tunggu waktu balik.
Masa dah sampai dekat area hotel tu, aku perasan ada spa dekat belakang hotel. Aku dengan Sarip memang dok mencari-cari spa sebab khabarnya murah. Kitorang pegi lah survey harga dan treatment die. Pastu Sarip offer nak belanja aku sebab aku kata aku dah tak cukup duit. Aku apa lagi, berdesup setuju.
Tapi sayangnya, aku cuma sempat berurut sejam 15 minit sebab Mirul dah call suruh balik cepat nak ke airport dah. "nanti macet" katanya.
Dengan berat hati, aku meninggalkan spa dan cecepat pegi hotel angkat barang masuk teksi pastu lelaju teksi berdesup ke airport.
Betul lah apa yang dikatakan. Memang macet bangat! Susah hati giler kitorang masa tuh. Takut terlepas flight.
Kitorang sampai airport elok-elok masa je untuk check-in lelaju pastu gi kat waiting area terus. Kat situ baru selesaikan solat maghrib dengan isyak.
Lebih kurang pukul 6.50, kitorang dah boleh masuk flight. Masa ni sekali lagi aku diuji.
Beberapa minit je sebelum flight nak gerak, tetibe aku rasa mual dan loya-loya. Pastu terus muntah kaw kaw punye. Nasib baik aku perasan yang aku nak muntah, sempat aku sambar beg kertas dan muntah dalam tu. banyak giler. habis semua hoka-hoka bento aku keluar balik.
Lepas setel muntah tu, aku rasa lega sikit. Tapi aku hairan jugak. Dah kenapa? Salah makan ke? Tapi aku makan benda yang sama dengan diorang. Apesal aku je yang muntah?
Aku ingatkan dah muntah tu dah setel la. Tapi salah! Selang 15 minit, elok flight dah ada kat atas awan, aku muntah lagi sekali. Masa ni aku dah prepare siap-siap beg kertas tu. Lagi lah bertambah pelik.
Pastu aku terus pegi toilet bersihkan muka dan buang beg kertas penuh muntah tu. Dah setel kumur-kumur, aku pun keluar. Elok lak time ni pramugari tengah serve makanan.
Tapi sebab dah 2 kali muntah, aku takde selera nak makan. Tekak aku dah rasa pahit. Aku minta jus oren dan minum setengah cawan. Makanan aku yang lain aku kasi dekat Mirul.
Tapi, tak lama lepas aku minum jus oren tu, aku muntah lagi sekali. Kali ni yang keluar cuma air oren je. Sebab dalam perut aku pun dah takde isi nak dibuang.
Ya Allah, terseksa sangat masa ni. Tekak aku sakit sangat sebab isi perut ni macam dipaksa keluar. Macam ada benda yang tolak isi perut aku secara paksa. Langsung tak boleh tahan, tak boleh kawal.
Selang 15 minit aku muntah. Habis semua paper beg orang sekeliling aku amek. Sepanjang perjalanan sejam setengah tu aku asyik muntah je. Just imagine?
Sampai dekat airport pun aku masih muntah. Nasib baik mirul dah prepare kutip banyak banyak paper beg dalam flight before dia turun.
Dari KLIA, kitorang amek KLIA Transit LRT ke Putrajaya. Masa sampai stesen Putrajaya pun aku muntah lagi.
Dari situ, ayah mirul fetched kitorang dan bawak balik rumah dia. Aku plan, nak balik rumah malam tu jugak sebab dah janji dekat mak. Sarip pun offer untuk drive sampai ke Shah Alam. After drop dia kat sana, aku kena drive sendiri ke rumah.
Aku ok je sebab dari Shah Alam ke rumah tak jauh dah pun.
Tapi malangnya, sampai kat rumah mirul, aku muntah lagi dengan teruknya walaupun tak makan pape dah. Ayah Mirul terus tahan aku tak bagi balik. Dia suruh tidur situ. Mak Mirul pun cecepat sediakan bilik tidur aku dengan Syira, sediakan air suam dan tisu, kain batik.
Rasa bersalah pulak sebab dah susahkan orang (T_T)
Kebetulan, mak aku dengan mak Mirul ni kawan sekampung. Kenal sangat dah. Aku tak la kekok sangat dengan mak Mirul. Tapi malam tu sebab aku dah longlai and exhausted, aku terus tertidur lepas salin baju bersih.
Alhamdulillah, sepanjang tidur aku tak terjaga dan muntah muntah dah. Lena sampai pagi.
Pagi tu lepas mandi, bersiap dan sarapan, kitorang pun siap-siap nak balik. Masa sarapan, aku tak makan pun nasi lemak yang Mirul hidang. Aku makan sandwich telur je sekeping.
Pagi tu lepas mandi, bersiap dan sarapan, kitorang pun siap-siap nak balik. Masa sarapan, aku tak makan pun nasi lemak yang Mirul hidang. Aku makan sandwich telur je sekeping.
Elok masuk je kereta nak balik, terus rasa loya semula. Lelaju Sarip suruh pegi toilet dulu before balik. Muntah lagi!
Lepas hantar Syira dekat LRT, Sarip drive balik Shah Alam. Pastu aku continue sensorang drive balik Klang.
Sampai kat rumah, mak aku bagi aku makan cuka kurma, pastu aku tidur. Lepas tu terus lega, Dah takde muntah-muntah. Sihat dan dah boleh makan macam-macam semula hak hak hak.
Dengan ini, berakhirla travelog Indonesia aku.
Da!
No comments:
Post a Comment