Monday, March 18, 2013

Discovery Indonesia: Hari ke-3 Keasikan



Assalamualaikum wbt

Jom kite gerak ke hari-3 travelog Indonesia!!!

Hari Rabu, 6 March 2013 kitorang bangun pagi di Hotel Lodaya. Overall, hotel ni best. Macam konsep rumah. Dining hall dekat luar bilik je. Jadi kitorang ni seolah-olah, duduk dalam 1 rumah yang besar, Cuma tidur dalam bilik asing. Eh of course la kan kena asing bilik. Haisy!

Macam biase jam 7 pagi bilik kitorang dah diketuk oleh room service untuk hantar makanan. Kite boleh pilih nak makan pukul berapa, dekat dalam bilik atau dining hall luar bilik. Receptionist akan call dan tanye. Sooo the flexible kan?

Disebabkan bilik yang sempit, kitorang decide nak makan kat dining hall je. Boleh makan sesame dengan mirul and sarip jugak.





Konsep dekat Bandung ni lain dari Jakarta. Breakfast adalah ala carte. Bukan buffet macam hotel dekat Jakarta. Tak syiok sebab tak dapat nak membelasah makanan sebanyak mungkin kikiki.

Pagi tu, kitorang breakfast nasi goreng dengan telur goreng sama keropok goreng. FYI,nasi goreng and keropok tu macam 1 trademark orang Indonesia ni. Or, maybe orang Bandung kot. Coz, nanti bile kitorang tukar ke hotel lain lak kat Bandung ni pun, breakfast nasi goreng, telur goreng dengan keropok jugak.

Air teh O panas secawan, tapi kalau tak cukup takpe. Ade hot water, tea bag and sugar kat situ. Gi lah bancuh sendiri sesuka hati kau.






 After breakfast, memerut, meminjam-minjam toilet bilik orang lain, dan bermain-main di dining hall, tepat jam 7.30 pagi Pak Darus pun sampai untuk bawak kitorang keluar.

 





 Kitorang terus check-out dari hotel tu dan menuju ke wisata yang pertama iaitu Kawah Putih!



Perjalanan makan mase almost 2 hours. Macet, jalan yang tak berapa bagus dan kena naik bukit lagi. Tapi bile dah naik bukit tu, permandangan tersangatlaaaaaah cantik uolls. Sejuk, nyaman, tenang, damai. Terasa macam nak dok situ je.
Sampai je kat Kawah Putih, kitorang dah rasa sejuk seperti di kota London. Ok tipu je. Macam kat Genting hehe. Tapi bile sampai area Kawah Putih, memang sejuk buuurrrr. Dengan anginnye. BEST!

 









 Jumlah bayaran nak masuk Kawah Putih ni IDR 210 ribu untuk 4 orang. Ni bayaran termasuk dengan kereta yang kitorang bawak naik tau. Kalau tak nak naik kereta sendiri pun takpe. Korang kena tunggu la van yang bawak penumpang tu. Van tu banyak dekat kawasan nak beli tiket. Tapi, lambat la. Kitorang ni semua jenis tak menyabar dan tak suke bersesak dengan orang lain.






 Masa kitorang sampai dekat Kawah Putih, kitorang adalah pengunjung yang TERawal tau. Takde orang lagi. Boleh main jerit jerit nama sendiri TIQAH QAH QAH QAH konon-konon bergema la tu.

 


Pastu kena beli mask. Kalau korang dah bawak mask sendiri lagi bagus. Beli mask berharga IDR 5 ribu seorang. Mask ni kena pakai mase kat situ sebab bau sulfur kuat. Yang tak dapat tahan mungkin boleh pening dan muntah-muntah.

Air kawah ni bukan betul-betul putih la. Die hijau susu macam honey dew tu ha. Terhasil daripada sisa-sisa letusan gunung berapi. Unik and a must-go place kalau dah sampai Bandung! Tapi poisonous ye adik adik. Jangan hangpa pi terjun kuak lentang pulak dalam tu.























Sebelum kitorang meninggalkan kawasan Kawah Putih, sempat kitorang borong strawberry segar yang besar dekat sini. Murah!! Sekilo Cuma IDR 7 ribu weh.

Aku tanya kakak yang jual tu
“gimana mauk tahu buah ini manis dong kak?”
“ jilat aja luarnya. Kalau masam, maka buah itu masam”
“oo. Saya jilat nih kalau masam saya pulangin ya? Saya jilat yang lain pula”

Aku nampak akak tu buat muke annoying KAHKAHKAH.
















After that, kitorang bergerak menuju ke satu lagi wisata iaitu Danok Patengan. Kat sini masih lagi kat atas pergunungan, tapi ade tasik. Dan yang uniknye, tasik ni kalau kite dapat tengok dari kapal terbang, tasik ni berbentuk LOVE tau! Ikut kepercayaan orang sini, kat tasik ni dulu ada sepasang kekasih dok bercintan cintun. Pastu diorang kene berpisah dalam jangka masa yang lama dan berjanji nak berjumpe semula kat satu tempat kat tasik ni yang ade batu besar. Batu tu dinamakan Batu Cinta. Alololo sooo the romantic PUI!!!hahaha.







Untuk masuk wisata ke-2 ni, kitorang bayar IDR 36 ribu untuk 4 orang. Pastu kitorang naik perahu pulak mengelilingi tasik patengan ni then singgah kat lokasi Batu Cinta. Nak naik perahu ni kena bayar lagi IDR 300 ribu. Mahal kan? Tapi kitorang nak jugak!

But for me, tak rugi pun sebab tasik ni besar. Abang yang kayuh sampan ni ganteng kikiki. Pastu service memang best. Abang tu jadik professional photographer kitorang lagi mase kat Lokasi Batu Cinta tu. Situ ade kawasan tanaman teh tau! Walaupun tempat die kecik je.





























Pas dah berpenat lelah posing sane sini, kitorang bergerak ke 1 kedai makan yang tak jauh dari kawasan Danok Patengan. Masih di kawasan pergunungan ni. Asiiiiiikkkkk bangat suasananya!!!! – bak kata Pak Darus




Restoran ni memang best. Nama dia Saung Gawit. Memang tadisional Sunda. Dekat lereng bukit, dengan udara sejuk, bersebelahan ladang strawberry. Fuuuhhhh asiiiiikkkk.





Makanan yang kitorang order ayam goreng seekor tau. Set nasi belang, pastu 3 lagi set nasi yang aku tak ingat. Namenye pelik pelik benor. Tapi berlainan jenis la kitorang amek then makan share-share.



















Jumlah makan kat sini IDR 210 ribu termasuk tax 10%. Agak mahal tapi bagi aku berpatutan dengan service dan makanan die. Kat sini pun ade surau yang selesa dan bersih. Kitorang siap jamak zohor and asar kat sini. Setel.

Pastu kitorang bergerak balik ke pangkal jalan. Biaselah macet, lewat petang baru kitorang sampai Bandar Bandung. Mase ni, kitorang nak pegi check-in hotel yang lain pulak. Kali ni ke Unique Guesthouse yang terletak dekaaaaat sangat dengan the famous shopping place Pasar Baru!!!!!




Lepas check-in, lelaju kitorang keluar semula dengan Pak Darus. Kali ni die nak bawak pegi dinner pulak. Tapi aku terlupe nak snap gambar restoran ni sebab dah penat mase ni. Cuma sempat amek gambar makanan je sikit-sikit. Restoran ni eksklusif tapi harga sangat berpatutan.



Lepas makan, kitorang pergi ke 1 tempat ni. It’s a handbag and shoes heaven weh!! Aku dah la giler kasut and bag.

Tapi harga kat kedai ni mahal. Standard harga kat Malaysia. Aku yang kedekut ni end up window shopping je la. Pastu Pak Darus bawak pusing-pusing kawasan tu. Rumah kat situ wallawei besor dan cantik. Kawasan elit orang kaya-kaya yang macam dalam sinetron tu kau.

Pastu kitorang pun balik la ke guesthouse. Pas mandi and solat jamak maghrib sama isyak, tetibe si Sarip ajak jenjalan kat luar tengok-tengok nightlife Bandung. Mirul dengan Syira dah exhausted. So, aku dengan sarip je la pi merayau-rayau.

Kitorang jalan kaki je. Nighlife Bandung macam KL. Meriah. Walaupun mase tuh dah almost midnight. Kitorang sempat gi makan roti bakar tau. Roti bakar durian, dengan roti bakar pisang+cheese. Wallaweh, HEAVEN!!!!!!!! Terbayang-bayang rase enak roti bakar tu.




Pas dah kenyang dan letih, baru lah kitorang balik tido.

Hari ke-3 yang penuh dengan keasikan (^-^)v

Assalamualaikum! Peace yaw.

2 comments:

Elya Roza said...

yg last sekali tu pisang cheese ke?

tqah said...

yang last tu roti bakar pisang + cheese. ade pisang keju yang femes kat sane. rupe die macam kerepek je. ade pisang tempura cheese jugak. tapi yang tu tak sempat rase sebab mase nak beli dah habis =(

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..