Assalamualaikum wbt
Rasa macam dah agak lama aku tinggalkan belog, tak sambung pun cite pasal travelog Indonesia.
Banyak hal kena uruskan dan selesaikan. Tak sempat langsung nak jengah-jengah sini.
Harini ada free sikit, jom sambung!
Rasa macam dah agak lama aku tinggalkan belog, tak sambung pun cite pasal travelog Indonesia.
Banyak hal kena uruskan dan selesaikan. Tak sempat langsung nak jengah-jengah sini.
Harini ada free sikit, jom sambung!
Hari ke-4 di bumi Indonesia, adalah hari untuk kita
shopping!!!!!!!
Korang perasan tak sepanjang hari ketibaan sampai hari ke-3,
aku langsung takde mentioned sal kitorang shopping sedangkan Bandung
and Jakarta
memang dikenali sebagai syurga membeli belah.
Kalau ikut plan, memang kitorang nak lebih kepada
travelling. Shopping tu ala kadar aje. Ceh ala kadar la sangat sampai naik
sasau aku shopping.
Hari Khamis, 7 March 2013 kitorang bangun pagi kat Unique
Guesthouse yang terletak di tengah tengah Bandar Bandung. 10 minit berjalan
kaki ke Pasar Baru. 10 minit tu termasuk dengan singgah beli roti bakar
strawberry coklat. Nak berjalan kaki ke Stasiun keretapi Bandung pun boleh tapi semput la kau.
Pukul 8.30 pagi after breakfast,kitorang bergerak jalan kaki ke Pasar Baru
dengan niat nak habiskan duit. Keluar lambat sikit sebab aku dengan syira
bangun lambat hak hak hak.
Bagus tau pegi Pasar Baru awal pagi. Diorang baru nak mula
berniaga. So diorang selalunya akan bagi harga murah. “pecah telur” katenye. Tu
maksudnye, welcoming treat la. Mungkin bagi diorang, dapat customer awal pagi
ni murah rezeki.
Yang tak menahannye, baru kedai pertama kat ground floor,
aku dengan syira dah habis dekat IDR 700 ribu. Tak ke giler? Pasar baru tu ade
7 tingkat kalau tak salah. Tak menahan kaaaaan?
Sebab dekat kedai first ni pun, baju dah cantik cantik yang
amat. Murah gilerrrrrrr pulak tuuuuuuu. Aku rembat 1 jubah untuk mak, 1 dress
untuk kakak, 2 dress untuk aku. Haruslah lebih untuk diri sendiri kan. Kat kedai ni je, aku
dah habiskan IDR 647 ribu. Nangis!
Aku dengan syira dah kena sound dengan mirul and sarip
“beringat sikit. Ni baru kedai pertama. Ade beribu kedai
lagi nak pegi ni. Duit ade lagi?”
Aahh sangat sarcastic!
Naik dari 1 tingkat ke 1 tingkat. Tiap tingkat berlainan
barang yang dijual.
Kat sana aku beli 1 purse, 4 helai kain ukuran 1 meter suku
corak tribal untuk buat tudung, kasut sepasang, wedges sepasang, telekung
sepasang. Lebih dari IDR 1 juta! Nangis lagi.
Tu pun nasib baik kitorang kejar mase sebab kitorang dah
janji untuk jumpe Pak Darus pukul 11.30 pagi. Kalau tak aku rase lagi banyak
duit yang habis. Itu pun, kitorang lambat. Pak Darus sampai dah tertido dalam
kete tunggu kitorang. Muehehe.
Penuh terus bonet Avanza die tu ngan barang shopping kitorang.
Yang paling banyak mestilah aku dengan Syira. Sarip relaks giler beli jubah je
1 untuk mak die, baju batik eksklusif 1 untuk bapak die. Dah!
Pas dah abes shopping, lelaju kitorang pegi balik hotel Pak
Darus bawak untuk check-out. Waktu untuk check-out pukul 12. tapi kitorang dah
lambat hampir sejam. Nasib baik takde extra charge. Tak sia-sia la aku bersuara
manja mase pulangkan kunci kui kui kui.
Pas selamat check-out semua, kitorang gerak ke Stasiun
keretapi Bandung nak beli tiket untuk balik Jakarta petang tu. Sebelum
sampai stesen, kitorang singgah dekat bakeri shop Kartikasari untuk beli
brownies dan pisang keju yang femes kat Bandung
ni. Harga brownies agak mahal la bagi aku. IDR 44 ribu untuk sebekas.
Pas dah beli brownies and pisang keju, kitorang singgah
makan eskrem durian pulak. U must try this tau kalau datang Bandung!!! IDR 10 ribu each. Sedap giler
dow!! Ade sebijik durian kau dalam eskrem tu. Segar masih berbijik. Giler tak
best?
Pas dah melahap bagai, kitorang baru pegi stesen ketapi.
Tapi disebabkan no giliran kitorang lambaaaaaat lagi agak-agak sejam kene
tunggu, kitorang terus blah je dan cadang datang beli tiket petang nanti mase
on the spot nak balik Jakarta.
Kitorang terus gerak ke Lembang. Kat sini, Pak Darus bawak
kitorang pegi lunch dekat Kg Daun. Also a must-go place in Bandung.
Konsepnye, restoran dalam taman rekreasi atas bukit.
Bayangkan, dengan udara bukit yang nyaman, dingin, ade air terjun, bunyi
burung, unggas, pokok-pokok hijau, makan dalam pondok yang ade langsir, bantal
yang empuk. Ya Allah nikmatnyeeeeee. Makanan pulak pelbagai. Western ada,
makanan sunda of course ade jugak. Memang terbaik. Tak tergambar dek kate-kate.
Kitorang siap solat zohor and asar jamak kat situ. Surau die
subhanallah, cantiknyeeeeee. Simple aje buat daripada kayu tapi ade ketenangan.
Takde ekon atau kipas, tapi masuk je dalam surau dah rase sejuuuukkk dan
wangiiiiii. Memang best sangat-sangat.
Selesai makan, kitorang bergerak balik ke Bandung. Mase ni dah pukul 3 lebih almost 4.
mase ni mirul having a little problem where, die masih belum beli kain sulam
yang mak die pesan untuk buat baju raye sekeluarga! Dia ajak Pak Darus pegi kat
kedai femes yang Pak Darus penah cite, tapi sayangnye Pak Darus cakap jauh.
Jalan ke arah Kawah Putih, which was opposite our way.
Nak tak nak, Mirul kena balik semula ke Pasar Baru sebab kat
situ pun ade cuma tadi Mirul tak beli sebab die plan nak ke tempat lain. Mane
tahu dah tak sempat.
Jadinye, lepas balik dari Kg Daun, Pak Darus drop mirul
dengan Sarip kat Pasar Baru semula dan kemudian bawak aku dengan syira pegi
stesen ketapi untuk beli tiket dan tunggu ketapi terus.
Dari Pasar Baru nak ke stesen ketapi tu tak jauh. So pas
setel, Mirul dengan Sarip kena bergegas datang ke stesen ketapi berjalan kaki,
sebab Pak Darus temankan aku dengan syira kat stesen tu.
Lepas dapat beli tiket dengan bantuan Pak Darus, aku pun
minta Pak Darus balik tak payah tunggu kitorang. Die risau tinggalkan aku
dengan syira kat situ sementara tunggu mirul dengan sarip datang. Tapi kitorang
yakinkan die jugak yang kitorang ok ok aje. Kesian pulak tengok die. Mase tu
masih awal. Baru pukul 5 sedangkan ketapi kitorang pukul 7.50 malam.
Bile kitorang dah desak-desak, Pak Darus pun surrender.
Kitorang bayar langsaikan baki duit service die, lepas tu die balik. Tapi
macam-macam pesanannye. Die suruh kitorang jangan pegi mane-mane tunggu sampai
mirul and sarip datang. Pastu suruh kitorang inform die bile dah nak gerak, itu
ini. Macam bapak jage anak-anak. Heeee~ makashih ya pak!
Dalam pukul 6, mirul and sarip pun sampai. Mase tu hujan
lebat. Nasib baik semua dah selamat ade. Sempat la kitorang terus jamak maghrib
dengan isyak sementara tunggu ketapi.
Pukul 7.25, kitorang dah boleh chek-in dan masuk ketapi.
Ketapi kali ni eksekutif coach. Selesa macam LRT, takde orang jual-jual dok
lalu lalang. Ade ekon. Ade tv. Ade plug untuk cas enpon. Makanan disediakan
tapi kena beli. Aku kedekut so aku pose kihkihkih.
Sepanjang 2 jam perjalanan, aku tido je.
Kitorang turun kat stesen Jatinegara, 2 stesen sebelum sampai
stesen akhir Gambir. Ni, kitorang tanye sendiri dekat customer service stesen
ketapi Bandung
tu mane patut kitorang turun. Die yang advice untuk turun dekat Jatinegara,
pastu tukar train ke Jakarta Kota. Kitorang ni follow je lah.
Mase sampai dekat Jatinegara, aku baru bangun tido. Mamai
sangat time ni. Aku follow je semua kawan aku.
Mase ni nasib kitorang tak berapa baik. Kitorang sampai
pukul 10.30 malam kat stesen Jatinegara ni. Bile dah turun, kitorang tengok
kawasan sini sunyi. Kitorang pun cari la kaunter nak beli tiket. Tak jumpe.
Pastu mirul dengan sarip tanye kat sorang abang polis yang jaga pintu kuar. Aku
dengan syira dah exhausted dan mamai. Biar je diorang setel. Mase ni aku tak
tau lagi ape yang jadi tapi aku dapat agak diorang ade masalah sebab lame jugak
bercakap-cakap dengan abang polis tu. Muke memasing pun dah lain macam.
Mase ni, ade beberapa orang yang datang dekat aku dengan
syira dan tanye nak pegi mane. Aku buat donooooo je. Malas dah nak cakap pape
sebab penat sangat.
Pastu, mirul dengan sarip datang kat kitorang. Aku pun tanye
“ape hal ni? Ade problem ke?”
“ketapi dah habis la”
“hah?”
Pastu abang polis pun datang
“sepatutnya kalian langsung ke Gambir. Keretanya udah abis”
“customer service ngomong ke mari.”
“yaaa benar. Tapi keretanya udah abis. Kalau keretanya masih
ada, ya boleh gitu”
Aku memang blur sangat mase tu. Tak tau ape patut buat. Aku
terus suggest untuk amek teksi.
“kite naik teksi je la”
“mahal. Jauh diorang kata”
Pastu aku dengar sarip ngan mirul cakap-cakap lagi dengan
beberapa brader kat situ. Aku malas nak dengar dah. Biar je diorang setel.
Tak lame pastu, ade sorang brader datang dekat aku hulur helmet.
“ya, boleh. Boleh”
Aku yang blur ni, terus pandang sarip dengan mirul. Tak sentuh
pun helmet tu.
“nak buat ape sebenarnye ni?”
Pastu aku nampak muke diorang macam “ape aku nak jawab kat
tiqah ni?”
Pastu kitorang berkumpul kat satu sudut, mirul mula bersuara
“kite kena naik motor. Tren dah habis.”
Aku terkejut kottt!!
“naik motor?? Dengan diorang??”
“ha’ah. Terpakse. Tren dah habis”
“kenape tak naik tu je?” sambil aku tunjuk kat tut tut.
“tak boleh. Brader tu cakap tut tut tak boleh pegi kat hotel
kite tu. Jauh sangat”
“tak kisah la jauh. Kita bayar je la.”
“diorang tak boleh masuk kat sane. Mungkin ada
kawasan-kawasan je diorang boleh. Kawasan lain orang lain punye”
Pastu sarip cakap
“tapi kesian pulak kat diorang. Mesti tak selesa. Takut”
Dalam hati aku “tau pun kau”
Tetibe salah sorang brader tu datang dan cakap
“enggak apa-apa. Usah risau. Ini tanggungjawab saya. Kita sama-sama
perlahan-lahan sampei di hotel. Kita enggak buat apa-apa. Ini tanggungjawab
saya. Polisi juga ada di sini. Usah khuatir”
Pastu sarip tanye aku dengan syira “boleh tak? Ok tak?”
Syira angguk slow. Aku tak jawab pape. Aku terus angkat beg
je. Dah malas dan takde mood sangat dah mase tu. Ape je lagi aku boleh cakap?
Sebelum naik motor, aku pakaikan helmet syira pastu aku
cakap slow kat die “pegang beg kuat-kuat. Kalau dia buat apa-apa, kau ketuk je
kepala dia. Sentiasa pastikan kitorang ade dekat-dekat dengan kau. Kalau nampak
die melencong lain dari kitorang, kau jerit kuat-kuat”.
Sape tak cuak bhai? Dah almost 11 pm mase tu. Kalau dekat Malaysia, dah
tengah malam tau. Jalan pun dah lengang. Kitorang pulak berpecah naik motor
sorang-sorang dengan brader-brader tu. Takkan la nak bantai naik motor berdua
campur brader yang bawak tu bertiga, dengan beg bagai tu kan?
Macam-macam aku pikir.
Kalau brader ni berpecah macam mana? Bawak kitorang gi
tempat lain pastu belasah kitorang, rogol kitorang, rompak kitorang macam mane?
Kalau brader ni bawak kitorang gi port memember diorang reramai rompak kitorang
macam mane?
Sepanjang perjalanan, aku berselawat je tak henti
sambil-sambil tengok syira. Aku paling risaukan syira sebab dia tak pandai
bawak motor, die kecik, die soft, die penakut, die tak biase macam ni.
Sekurang-kurangnya kalau brader ni buat pape kat aku, aku
boleh terajang die turun motor pastu bawak motor die blah dari situ. Syira?
Alhamdulillah kitorang selamat sampai kat hotel lepas lebih
kurang 20 minit atas motor berasingan.
Sampai je, kitorang kena bayar IDR 150 ribu untuk 4 motor
yang kitorang tumpang tu. Brader tu siap minta extra IDR 10 ribu sebagai duit
perlindungan. Haktui!! Kitorang cakap takde duit. Pastu die blah.
Aku langsung takde mood walaupun aku tau tu bukan salah
sape-sape. Tapi aku taknak cakap dengan sape-sape. Aku mintak kat receptionist untuk
masuk bilik dulu sementara mirul setel check-in. Selang 2 minit, mirul dengan
sarip datang ketuk pintu. Pastu mirul cakap,
“syira, boleh tak nak pinjam RM100?”
Aku dah pelik. Apesal pulak ni?
“nape?” aku tanye.
“kena bayar deposit la IDR 1 juta”
“ 1 JUTA????”
Aku yang dah memang takde mood terus menyirap.
“mahal giler! Deposit je apesal sampai 1 juta?”
“prosedur die camtu. Tapi kite dah takde duit ni. Aku ade
RM50, syira tambah RM100 boleh la kot. Esok mase check-out die pulang balik”.
“esok kite check-out pukul berape?”
“petang mase nak pegi airport tu la”
“dah tu sementara tu syira nak pakai duit ape?” – nada suara
aku dah tinggi dan tegang.
Aku bengang. Syira diam je sambil pegang duit RM100 nak bagi
kat mirul. IDR 1 juta bersamaan RM 300! Dan aku tahu syira dah takde duit
rupiah. Die nak tukar duit RM100 die tu esoknye untuk shopping dekat Jakarta pulak. Kalau dah
bagi semua, ape yang tinggal?
“em, esok syira guna dulu la duit kita semua yang aku pegang
ni. Duit tax airport. Pas dapat balik deposit ni, boleh bayar balik.”
“sukahati korang lah”
Mirul amek duit dari syira then pegi kaunter semula. Pastu sarip
bersuara
“relax la. Nak buat macam mana. Kite tak tau nak jadi macam
ni”
Aku buat tak tau je. Pastu sarip blah masuk bilik die yang
bersebelahan je dengan bilik kitorang. Cecepat aku tutup pintu pastu terjun
atas katil pastu tekup muke dengan bantal sambil beristighfar.
Tak boleh marah-marah. Tak boleh marah-marah. Relax.
Pastu aku dengar syira cakap slowly
“enggak apa-apa dong. Guwe tak kisah”
Tu lah syira. Baik. Soft. Tapi aku taknak sebab die baik,
orang amek kesempatan.
Tapi aku tahu, bukan niat mirul atau sarip nak amek
kesempatan. Aku tahu ni bukan salah sape-sape. Ni dugaan untuk kitorang. Aku tak
boleh marah-marah.
Mirul, aku minta maaf.
Tidur.
2 comments:
SALAM..NK TANYA PAK DERUS TU DRIVER AWK KAT SANA KER? MCM MANA NK GUNA PERKHIDMATAN PAK DERUS YE..TQ
ekceli pak darus tu dr agency. kitorang kontek agency then diorang yg arrange pak darus tu utk kitorg. tapi taktau la kalau lain customer lain supirnye. leh tengok website diorang www.afinarentcar.com
Post a Comment