Thursday, December 27, 2012

di ambang 2013.



Assalamualaikum wbt

5 hari lagi menjelang 2013. fuh cepat sesangat sangat sangat laaa masa berlalu. Tak terkejor den.

When I’m looking back time, Ya Allah macam-macam hal dah jadi sepanjang 2012 ni. Yang menduga iman, eksabaran, kekuatan hati. Alhamdulillah dapat menghadapi semua tu. After all, semua best dan ade hikmah =)

26 September lepas genap setahun aku keje kat second work place ni. Dalam masa setahun ni banyak dah rase. Kena maki, kena marah, kena puji. Hahaha memang best. Tapi, zaman student dulu jugak yang terbaik.

Awal tahun itu hari, aku mule keje part time. Tapi kejap je. 5 bulan je. Dah semput lak rase. Siang keje. Malam keje. Weekend keje. Macam la workaholic nau. Haha.

Tapi sebab keje ni la, aku banyak dapat kawan-kawan yang best. So ni la hikmahnye (^-^)

Tahun ni jugak, banyak giler menguji kesabaran aku. Ade la sorang hamba Allah ni yang tak tau kenapa carik pasal dengan aku. Padahal selama ni, aku buat baik je dengan die. Sanggup buat apa je asalkan die happy walaupun aku sakitkan diri sendiri. Korbankan perasaan sendiri untuk die. Bertolak ansur dengan die walaupun apa pun yang die buat dekat aku. Pinjamkan die duit mase die susah pastu tak penah pun nak mintak balik sebab aku percaya kat die, percaya yang die akan pulangkan sendiri.

And seriously I did a BIG mistake. This is the biggest mistake in my whole and entire life.

Seriously, kenal dengan die memang satu kesilapan terbesar. Teramat besar. Lepas ni, kena berhati-hati giler dan jangan mudah bagi muka kat orang.

Bukan setakat tak bayar duit aku mase aku giler-giler terdesak, khianati aku lagi. Khianati tahap tak boleh dimaafkan dah.

Hati aku bukan tahap broken lagi dah. Tapi, tahap hancur bersepai berdebu-debu. Yang tak mungkin lah dapat baik semula untuk die.

Bertahun-tahun aku diperbodohkan, dipergunakan, dan dikhianati. Giler ape kalau tak sedih?

Kalau ikut rase yang pedih ni, aku memang taknak maafkan die langsung. Dunia dan akhirat. Biar kat akhirat nanti die carik aku susah payah.

Tapi, Allah tak suke manusia yang berdendam. Dan aku taknak Allah tak suke aku. Sapelah aku kalau Allah tak suke aku. Manusia tak suke aku, lantak la kan.

Jadinya, aku berusaha sedaya upaya aku untuk maafkan die. Tapi rasanye tak mampu nak fully forgiven. Tak boleh nak tipu diri sendiri. But whatever it is, aku takkan balas dendam ape-ape. Biarlah die dengan hidup die yang tentu-tentu tak diberkati tu (atas ape yang die buat). Biar Allah balas setiap ape perbuatan jahat die. Aku tak berhak pun nak menghukum orang.

But still deep in my heart, aku terkilan dengan ape yang dah terjadi. Semoga Allah pelihara die dari dosa-dosa besar dan kecik, dari kemaksiatan, dari kemungkaran, dari syaitanirrajim. Yang paling penting, aku mohon die kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan jadi hamba Allah yang soleh.

moga tahun 2013 yang akan mendatang ni, aku dilimpahkan rezeki yang diberkati, dan bahagia.

p/s: doakan diri sendiri jugak supaya tak lalai dan berpegang pada Islam untuk selamanya. Dan semoga, aku dipertemukan dengan jodoh yang boleh membimbing aku, jadi imam aku, tunjuk ajar aku untuk sampai ke Jannah. Yes, aku bukan perempuan bertudung labuh, yang banyak ilmu agama di dada, yang disegani. Sebab tu aku perlukan pembimbing. Sama-sama belajar dan improve diri insyaAllah.

Sunday, December 23, 2012

resipi brownies chocolate yang sedap dan senang

Assalamualaikum


tadi aku teringin sangat nak makan brownies yang rich with chocolate taste and tak keras sangat. brownies ni macam kek la. tapi tak gebu. sebab langsung takde guna soda bikarbonat or baking powder. hanya tepung gandm je. sebab tu senang sangat nak buat. anytime rasa nak makan, masuk jek dapur kejap tung tang tung tang dah siap. =)

bahan-bahan:

6 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/4 cawan mentega cair
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam2
2 biji telur
1/4 cawan susu segar


memula, pre-heat oven 170 degree C. lepastu baru la mulakan keje baking mem'baking'.

serbuk koko dengan tepung tu, ayak dulu sekali. lepastu, campur je semua bahan lain dan gaul rata. 

kalau ikut resipi asal, tak perlu letak susu. tapi bile dah siap bancuh, pekat sangat. tak macam adunan brownies pun. macam nak jadik dough donut jek aku tengok. so, aku pun memandai-mandai je tambah susu tu. memule aku tambah sikit, kacau. tengok texture die. sampailah aku dapat texture yang aku rasa ok. so, terjadilah resipi 1/4 cawan susu tu. heeee. kalau korang nak try tak letak susu, try la. tapi yang aku buat ikut resipi aku ni, menjadi tau. deaaap. luar rangup dalam lembuuuut. =)

lepas dah kacau rata tu, tuang la dalam loyang pembakar. guna yang kecik je tau. kalau loyang bulat, guna yang 8 inchi gitu.

sebelum tuang tu, gris dulu loyang tu dengan mentega lepastu taburkan tepung atas mentega tu. tabur kasik rata tau. kasik tutup seluruh permukaan. dengan cara ni, kek korang takkan melekat langsung tau nanti. takyah nak guna baking paper pun. kuar dari oven je pun dah nampak merekah dari loyang. =)

bakar dalam 25-30 minit pastu makan panas-panas wallah sedap wei.

aku tabur chocholate chip kat permukaan brownies sebelum bakar. ikut suke la korang nak letak ape. tak letak pun takpe =)


selamat mencuba! (^^)

Thursday, December 20, 2012

Food Safety and Quality


 


Assalamualaikum all,

Last Saturday, I had attend a Food Handling Course. Ha, dah ade sijil ni, bolehlah aku ghoje kat mana-mana restoran, bukak restoran sendiri ke kan. Hehehe.

Cause I have a plan to build my own food business. Bila dan makanan ape tu biarlah rahsie dulu. So first step is that, pegi kursus la! Bukan mahal pun. RM50 for 3 hours training and the certificate can be used for the rest of your life! Gempak tak gempak.

 

Mase kat kursus tu, I was thought bout sooo many things regarding food safety and hygiene. O mai, kalau dengar betul-betul, dah tak mau makan kat luar! In term of hygiene, mau makan dekat fast food restaurant sahaja di mana sangat terjamin kebersihan dan kualiti makanannye (kalau tak disabotaj oleh pekerja la). Tapi, tak berkhasiat la pulak. Jadinya, masak sendiri kat rumah ye =)


 

Antara benda penting masa nak mengendalikan makanan:

  1. basuh tangan dengan 7 langkah
  2. pakai sarung tangan bila nak pegang makanan atau guna penyepit
  3. pakai apron
  4. pakai penutup kepala / topi / tudung
  5. pakai kasut bertutup

kalau dekat rumah, bantai je masak pakai singlet pun kan? And kompom la tak pakai kasut. Kaki ayam je. Jadahnye masak kat rumah pakai kasut. Mau mak aku usha slek je kat aku. Tutup kepala pun tak sama sekali.

 

Tapi kenapa makanan kat rumah lebih baik?

Sebab, kat rumah kita masak dengan kasih sayang heeee. Dulu masa tingkatan 5, ade buat perkhemahan motivasi untuk SPM, cikgu-cikgu yang masakkan untuk kitorang. Cikgu kata die masak dengan penuh kasih sayang. Sebab tu sedap.hehe. memang sedaaaap pun.

Masak dekat rumah pun kita cuci betul-betul bahan mentah tu. Selawat lagi. Niat nak bagi makan keluarga. Berkat tu.

Lagipun, kita nak makan lunch, pukul 11 baru nak masak kan? Baru la nak thaw ayam, nak kupas bawang, nak hiris cili. So, makanan tu masih fresh masa dimakan. Baruuuu je lepas masak. Bacteria pun tak sempat nak berkeluarga lagi.

Kalau makanan kat kedai tu, pepagi bute dah start masak pastu simpan sampai petang. Kekadang guna untuk re-cook esoknye.

Sebab tu la handling f food sangat penting kalau nak jual makanan. Lagi pulak, orang bayar untuk makan kan. So, makes the money worth for the food la.

 


Kalau nak beli air, beli dekat kedai yang letak straw dalam tray secara terbaring instead of dalam bekas secara menegak.

Sebab ape? Sebab, kalau dalam tray, orang akan amek straw tu dan pegang bahagian tengah. So, lain-lain straw takkan disentuh. Kalau disentuh pun, kat bahagian tengah. Bukan bahagian atas yang kite letak mulut tu.

“ala, sama je. Pegang bahagian tengah, kite masukkan straw dalam cawan tinggi kena jugak kat air tempat yang dipegang tu

Yes betul! 10 markah. Hahaha

Tapi, sekurang-kurangnya, air tu kite teguk direct ke perut kite. Tak lekat kat bibir. Dalam perut ada asid yang boleh bunuh kuman. Jyieh! Well done acid!

Kalau lekat kat bibir pastu dok beranak pinak maka akan terjadilah keracunan.

Same case dengan sudu and garfu. Susun dalam tray lebih hygiene sebab bahagian permukaan yang nak suap dalam mulut tu tak disentuh oleh ramai orang.

Ni la antara bende baru yang aku belajar. Yang lain-lain, aku dah agak familiar sebab selalu faced sepanjang belajar degree 4 tahun tu.

Perniagaan makanan ni bagus. Sebab, orang sentiasa makan tak kira masa. Pagi, petang, siang, malam, tengah malam, sebelum subuh, sebelum tengahari, lepas tengahari.

insyaAllah perniagaan makanan kalau dibuat dengan jujur dan ikhlas, boleh mendatangkan rezeki yang melimpah ruah uolls!




 
 uiiittt baby comel. jangan makan atas rumput. tak hygiene. jangaaaaaaaan!!!! =p

Sunday, December 16, 2012

resipi french toast cheese

Assalamualaikum wbt


kat tempat korang sekarang cuaca macam mana? kat rumah aku tengah hujan. tak lebat sangat, tak renyai sangat. sedap-sedap je la bak kata aku.

tima-time hujan gini, best dapat kaman benda panas-panas kan? aku pun teringat kat satu jenis makanan ni yang jadi kegemaran kawan aku Din. ntah ape mandrem mamak kat kedai tu buat kat die, dok kemaruk dengan menatang ni lah. sampai dok pi search resipi pastu masak sendiri pastu komplen sebab tak sama dengan yang die makan dekat maple. 

nak tau apa makanan yang jadi feveret Din?


tada!!!!!

French Toast Cheese.



cis sangat senang nak masak. apa yang kecoh sangat si Din ni ntah.

jom buat!



bahan-bahan:



6 keping roti putih
1 biji telur ayam gred A
keju chesdale / cheddar parut
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar susu pekat / gula
secubit garam
marjerin / butter



memula, aku basuh dulu telur sebelum pecahkan dalam bekas dan kacau bagi sebati kuning dan putih telur.

pastuh, aku masukkan susu segar, susu pekat sama garam. campur dalam telur tu pastu kacau lagi kasi sebati.


 
after that, aku bukak bungkusan keju chesdale dan apitkan keju diantara roti. aku tak potong buang bahagian tepi roti tu sebab aku suke. lagipun kalau potong, roti aku jadik kecik. mana cukup!

aku potong roti tu pada 4 bahagian. jadi bentuk 4 segi kecik.


pastu, guna non-stick pan dan panaskan atas api sederhana besar. gris dengan marjerin ye pan tu. kalau takde non-stick pan, belasah je kuali kat rumah tu. ape ade hal.



dah tu, celup roti dalam telur pastu masak la atas pan. kejap je tau. jangan lak korang ber'fb' sambil masak tu. mesti rentung la roti korang. bile dah garing, balikkan dan goreng lagi sampai garing.


 
Dah siap, leh la ngap! hehe





so nice for evening high tea tau. try laaaaa =)



bercakap pasal makan, korang peminat steamboat tak? aku memang peminat segala jenis makanan yang dijamin halal. aku ada 1 tempat steamboat yang best kat Subang. Harganya pun tak mahal sangat tau. berpatutan gilos. RM21.90 per person and u can eat everything and anything provided there. fuh! memang sesuai untuk orang yang mempunyai kapasiti perut yang besar macam aku.

last month aku dah dinner kat situ dengan my sweetheart a.k.a my mother. aku dah plan dengan memembe lak nak gi terjah sane lagi minggu depan. hiks~

nanti aku cite sal tempat tu yek. memey syiok~

as for now, adios amigos.

Friday, December 14, 2012

rezeki aku harini (^^)



Alhamdulillah. Murahnye rezeki aku harini.

Pagi ni terbangun lambat. Pukul 7.25 pagi! Astaghfirullah.

Kelam kabut pegi dapur masak sayur kubis masak lemak. Dah berjanji dengan kawan kt tempat keje harini aku masak sayur dan nasik, die lak masak lauk ikan kicap. Nanti lunch kite makan bersama. Sebab tu memaksa diri jugak untuk masak walaupun dah bangun giler lambat!


Lepas masak, kena kutip kucing-kucing si cemokey, dempak dengan bulat pulak. Isikan friskies penuh-penuh dalam bekas diorang kasik diorang makan.

Lepas tu lelaju pegi masak nasik untuk kucing-kucing tu makan tengahari nanti. Adik aku masih membuta. Nanti tengahari pepandailah dia bagi makan kucing-kucing tu. Ikan pun aku dah siap rebus siap-siap malam tadi. Tinggal gaul dengan nasik je kasik kucing makan.

Friskies Cuma untuk breakfast jek. Hihihi.

Pukul 7.45 pagi baru nak mandi. Pukul 8 pagi dah siap nak gerak ke opis dah. Ingatnye nak bawak roti untuk breakfast makan kat opis. Tapi sebab dah kelam kabut mengisi bekal, uruskan itu ini, dah naik motor baru aku teringat roti kat dapur.

Alahai. Takde rezeki. Biar je la. Kat opis ade stok biskut.

Sampai opis, makan biskut dengan hot choc. Dalam pukul 9.15 pagi, tetiba kawan aku dating kat aku.

“nah mihun goreng. Akak bawak untuk kau”

“hah? Yeke? Waaa. Macam tau-tau je saya tak sempat masak sarapan tadi. Makan biskut je”

“hehehe. Saje bawak untuk kau. Akak masak malam tadi. Masak banyak. Pagi ni akak panaskan. Takpe kan?

“tak kisah kak. Saya ni telan je ape pun yang halal. Hehehe”

Alhamdulillah. Dah la sebekas penuh. Sekali dengan berketul-ketul nugget jenama Nutriplus (promote ni promote hihihi) yang sedap. Peh, kenyang den!

Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang Kau bagi ni.



p/s: Esok mak balik setelah 4 hari bersuka ria kat Vietnam. Mak, cepatlah balik. Kucing-kucing mak ni rindu kat mak. Ekeke~


Thursday, December 13, 2012

mari bayar zakat. sangat mudah!


aku selalu stalk blog Maria Elena yang femes ames ni sebab syiok! haha. blog dia bersahaja. kadang-kadang banyak info yang dia share. info yang memang sangat berguna macam die share organisasi yang terlibat untuk bantuan pada Gaza, share isu semasa pasal masjid, share motivasi dan macam-macam. plus, she's soooo beautiful and sempoooooi. 

and, she will get married real soon with a handsome guy. auuuw~

terbaru, dia share pasal pembayaran zakat pendapatan yang wajib bagi umat Islam yang layak. Alhamdulillah post dia tu sangat berguna untuk aku (specifically) sebab aku yang jahil ni ingat cuma perlu bayar zakat fitrah masa raya je. aku penah tanya kat mak pasal zakat pendapatan. mak kata aku tak payah bayar sebab ada certain amount of gaji / harta, baru lah kena menzakatkan pendapatan.

but, i didn't get the specific amount of harta / gaji yang diperoleh tu. mak pun macam was-was sikit.

And this awesome Maria Elena just came into the right time when she posted about zakat.

setahu aku, zakat pendapatan ni dibayar mengikut tahun. akan total kan pendapatan / harta kita untuk setahun. ni kan dah hujung tahun ni. apa kata jom check korang layak ke tak untuk memberi zakat =)

As for me, aku nak sangat bagi walaupun aku tak layak. boleh aje dong. it's our sedeqah to our brothers and sisters in need. boleh pergi dekat kaunter atau bayar online jeeeee. online bebeh! sambil-sambil ber'youtube' boleh je click kejap sana sini pastu setel la zakat korang. as simple as that.

tapi kalau korang nak buat pengiraan jumlah sebenar zakat yang perlu korang bagi, atau nak tau korang layak ke tidak bagi zakat, boleh la click kat sini. kalkulator saintifik untuk pengiraan zakat uollsssss. semua dihujung jari jek!

as for me, after the calculation, aku adalah tidak layak untuk memberi zakat. tapi kalau nak bagi jugak, takde hal! online banking dan transfer terus ke Lembaga Zakat Negeri atau pergi ke kaunter-kaunter zakat yang banyak kat luar sana tu ha. tak pon, pegi pejabat pos. kat pejabat pos pun boleh bayar zakat bebeh.

malas lagi nak keluar, pastu internet pun takde? ape susah, buat potongan gaji teruuuuuus hah! automatik jek deduct from your monthly salary. tak payah gerak sana sini pun. majikan bayarkaaaaaan. ape lagi nak?

korang boleh usha dekat sini semua info pasal pembayaran zakat. tempat-tempat pembayaran, cara nak bayar, berapa banyak nak kena bayar, calculator. Ya Allah hai, mudahnyeeee la.

apa lagi, jom menyucikan harta dengan berzakat. moga Allah swt meluaskan lagi rezeki kita supaya lebih banyak kita boleh share dengan orang lain :)


Assalamualaikum

mentaliti terhadap wanita bekerjaya yang perlu diubah





“keje bagus. Gaji banyak. Takde komitmen. Duduk dengan famili. Ni mesti duit berkepuk ni kaaaaannnn? Untunglaaaaa”

“memang UNTUNG!”


Ni la mentality orang kita tambah-tambah kat orang perempuan.

Serious, I don’t get it!

Kenapa mesti ade mentality camni? Bila dah keje, tapi masih bujang and stay with family, mesti kata duit banyak. Simpanan berkepuk. Mewah bla bla bla bla.

Zaman sekarang ni, dengan keadaan kos sara hidup yang teramat tinggi, dengan kemodenan yang makin lajuuuuuu berkembang, semua mentality ni dah tak boleh pakai.

Walapun untuk orang perempuan bujang.


Antara sebab orang berfikiran macam ni terutama kat orang perempuan yang bekerja dan masih bujang dan menetap bersama famili:
  1. sewa rumah, bil api air tak payah bayar.
  2. hari-hari makan kat rumah, jimat.
  3. takde komitmen keluarga (anak-anak)
  4. kalau keluar dating boipren spons sume

so duit kau untuk kau shopping dan saving semata-mata.

Is that true?

Big NO!

Bukan 100% betul hokey.


Kalau perempuan tu anak orang berada dan boipren die pun kaya, mungkin semua tu tepat sekali. Tapi macam mana pulak kalau perempuan tu anak orang susah, anak sulung, adik-adik ramai masih sekolah. Relevan? Relevan?


Ok la aku bagi example sana sini aku sendiri tak reti. Baik aku bagitau pasal diri aku je la. Aku yang face all this so aku paham perasaan bile kena bahan “hek eleeeeey. Dah la duduk dengan mak. Gaji beso. Pegi keje naik motor. Makan kat rumah. Pegi keje hari-hari bawak bekal. Ape ade hal?”


  1. Gaji aku bukanlah beso mana pun 4 ribu 5 ribu sebulan. Tapi Alhamdulillah enough, atas rezeki yang Allah bagi.
  2. Bil api air rumah aku bayar dan jumlah sebulan lebih dari RM100. sometimes mencecah RM150. so, same je macam korang yang duduk rumah sewa ramai-ramai dan bayar sewa rumah, kan?
  3. Perbelanjaan dapur bulanan yang aku bagi kat mak aku tak payah la aku bagitau berapa. Kang kata tak ikhlas pulak. Tapi kalau korang rajin ke pasaraya, korang tau la kan. RM50 pun kejap je habis sedangkan baru amek 3-4 barang.
  4. Duit kereta bulanan yang menghampiri RM600. aku tak pernah tangguh bayar lagi buat masa sekarang walau macam mana kering pun poket aku.
  5. Hutang PTPTN yang aku bayar menghampiri RM200 tiap bulan.
  6. Bil broadband yang menghampiri RM100 tiap bulan.

Ni perbelanjaan wajib yang memang langsung tak boleh kalau tak bayar. Belum lagi kalau roadtax kereta mati. Roadtax motor mati. Lesen mati. Kereta kena servis. Motor kena servis. Minyak kereta. Minyak motor. Topup handphone. Kucing sakit. Hujung minggu nak tengok wayang. Nak beli baju. Nak beli baju dalam.

Kalau ada majlis kenduri dekat Johor, dekat Kelantan, dekat Perak. Nak kena pegi dengan minyak kete and tol. Makan minum.

Semua tu kos.

Semua tu perempuan pun kena hadap.

oh and, how about my saving? 


And why I have to take that responsibility? Because, my mum is a single-mother with no permanent job and my brother still looking for job.

I am the head of my family now after my big brother and sister married last year.

Diorang pun banyak jugak bagi duit poket dekat mak. Tapi bukan diorang yang duduk serumah. If any emergency happen, takkan la bersusah payah nak cari diorang kan? I have to take the responsibility.

My case ni takde la nampak teruk benor. Tapi macam mana dengan orang lain? Kalau dia anak sulung dari 8 adik beradik, mak ayah bukan orang berada, macam mana?

Don’t simply said “Untunglah kau. Keje bagus. Duduk dengan famili. Jimat sangat”

I really hate to hear that because people not in my shoes and not in OUR shoes.

Change that mentality. If u feel unhappy with advantages that other people has, then face it yourself first before u judge. Carik la keje dekat dengan famili. Duduk dengan famili dan tanggung famili pulak. Jangan dok mintak bapak korang lagi yang belikan make up korang, kasut korang, bapak korang yang masih tanggung makan minum korang. Try it first la dear then u know!

Assalamualaikum.
   

Sunday, December 9, 2012

Hujung minggu yang dihabiskan di dalam kereta.


 
Assalamualaikum wbt uolls.

Alhamdulillah my best friend, Nur Amirah Bt Mohd Yusof dah selamat diijabkabulkan dengan putera idaman, Hakim (nama penuh tak ingat muahaha).

Gigih giler aku dengan 3 orang kawan pegi kenduri tu. Kat SP wei. SP. Tau tak SP?
Sungai Petani der.

Hari Sabtu lepas, pepagi lagi aku dah bangun bersiap-siap. Pukul 5.30 pagi! Di hari Sabtu! Terbaik. Tiqah dah ada kemajuan.

Lebih kurang pukul 6.50 pagi, bertolak la aku berdua dengan syira dari Klang, exist tol PLUS ke arah utara semenanjung. Disebabkan perjalanan yang kitorang rancang ni adalah perjalanan bajet, kitorang dah sediakan sandwich telur untuk bekalan dalam perjalanan. Tak stop langsung kat mana-mana R&R hokey!




Pukul 8.10 pagi, kitorang exit tol Sungkai, Perak untuk fetch sorang lagi penumpang, Yani. Ingatkan kitorang yang dari jauh ni, die dah siap-siap tunggu ler dekat exit tol tu. Tinggal lagi nak bukakkan pintu kete je soh die masuk tanpa perlu tekan brek kereta dan tukar ke gear N.

Hampeh!

Syira siap sempat mengosongkan tangki pundi kencing dan berborak-borak dengan makcik cleaner sementara tunggu Yani. Aku pulak sempat senam robik meregangkan segala urat kentut dan ber’snap’ dengan pakwe ensem merah.


 


Bile aku mesej tanye
“katne dah weh?”

Jawapan yang tak memberangsangkan
“otw”

Ceeettt!

5 saat kemudian, 1 lagi SMS masuk dari Yani
“baju kurung tertinggal kat rumah. Kena patah balik. Jap tau. 5 minit. Kikiki”

Duuuuuhhhhh. Nak aje aku sunatkan budak ni. Hahaha.

Pukul 8.20 pagi, kitorang exist dari tol Sungkai ke arah Kuala Kangsar pulak. Kitorang nak gi rumah Nora kt Pengkalan Hulu untuk fetch die before ke SP. Aku tak pernah drive sendiri ke sane, makanya aku tak dapat agak jarak. Main redah je.

Dari Sungkai ke Kuala Kangsar tak jauh pun, dalam sejam je. Tapi lepas exist tol Kuala Kangsar, nak sampai ke Pengkalan Hulu tu mak aaaiiiihhhh terasa macam dunia tiada penghujungnya! Jalan yang kecik selekoh sana sini, motor berselirat sesuka hati, pemandu yang drive macam makan angin. Huisy! Stress! Haha

Sampai dekat rumah Nora pukul 11.50 pagi. Aku yang masih selebek berbaju t-shirt dan seluar jeans, cecepat tukar baju sopan untuk ke kenduri Amy.
Dalam pukul 12.50 tengah hari kitorang gerak dari rumah Nora. Tapi sampai kat pekan Baling, stop beli hadiah, balut hadiah sambil mengunyah kerepek kentang, last-last pukul 2.15 petang baru gerak dari Baling.

Tapi bukan aku yang drive. Nora yang drive. Dia lebih familiar dengan jalan situ.
Sampai SP lebih kurang pukul 3 petang. Pusing sana pusing sini cari rumah, dekat pukul 3.30 gak baru menapak ke rumah Amy.

Dari jauh kitorang dah nampak orang dah lipat meja.

UWAAAAA!!! LAPAQ!!!!! AWAT DAH LIPAT MEJA??? MAKANAN MANA? MAKANAN MANA??

Nasib kami sangat baik sebab famili Amy dah ada back up plan. Mak dia masak lauk sendiri. Peeeeh sedap syial. Kari udang, sambal udang, sambal telur, masak lemak nenas, rendang tok, ayam masak merah (ni catering punye yang lebih lebih. Sobs!)

Sama bubur kacang hijau.

Melahap tak hengat dunia weh. Dah kenyang baru ceroboh rumah tangkap gambar banyak-banyak. Dengan bilik pengantin kitorang lenjan buat studio photoshoot kitorang. Hahaha. Pertama kali and terakhir kali la kan Amy. Pasni sodaqallahalazim la untuk kitorang. Hehe.

Dalam pukul 5 petang baru kitorang blah dari rumah Amy. Kitorang pegi solat dulu then terus ke Central Square (CS). Mall yang femes kat sane CS ni lah. Ingatnye nak jenjalan window shopping, tapi last-last end up kitorang gi melantak kat Asian Thai Food restaurant sampai tegang perut pastu tak larat nak jalan dah terus balik rumah. 

 







 














Baru balik dari kenduri kawen kot. Kitorang pegi melantak pulak. Spesies apekah??

Sepanjang perjalanan balik, memang aku hanyut dibuai asmara. Kenyang + letih, memang kombo terhebat untuk tido yang nyenyak bagaikan bayi.




Sampai kat rumah Nora, aku yang mamai-mamai lalat ni terkejut bile dengar adik-adik Nora dengan bapak dia menjerit jerit. Rupanye Malaysia dah score 2 gol lawan bola dengan Indonesia.

Aku dah takde upaya. Terus mandi, basuh baju (sebab nak pakai baju yang sama untuk kenduri ke-2 esoknye) dan terbongkang atas katil. Ingatnye nak solat dulu, tapi sebab tak tahu arah kiblat campur dengan malas nak kuar cari Nora nak tanye sebab pakai baju short sleeve, aku lelap dulu. Aku pikir
“takpela. Japgi Yani ngan Syira nak solat mesti diorang tanye. Aku solat lepas diorang je la”.

After that, kroooh kreeeh krooh kreeh shahid sudah.

Elok dibuai mimpi, aku dengar suara Syira panggil aku.

“tiqah….bangun sembahyang wei..kitorang nak tido dah ni….nanti ko tak bangun pulaaaaak”

Berulang-ulang kali.

Aku buat donno je. Mengantuk tahap kritikal seyh.

Tetibe aku dengar suara Yani
“tiqah! Bangun solat.”

Ntah kenapa terus sentap pastu aku terus bangun dari baring pastu terus duduk. Aku tengok Yani macam nak parking dah nak tido. Dalam hati pikir.
“cepatla tido Yani oii. Aku nak baring balik ni. Japgi japgi la aku bangun semula”

Tetibe Yani bersuara
“ko jangan baring balik tau! Gi solat dulu”

Huisy! Bagaikan halilintar membelah bumi. Macam mana dia tahu isi hati aku? Terus lelaju aku bangun gi toilet amek wuduk dan solat. Kihkihkih.

Kalau ikut plan, esoknye nak gerak dari rumah Nora pukul 8 pagi. Tapi kalau pukul 9 atau 10 pun ok lagi. Sebab anggaran nak ke kenduri yang ke-2 tu lebih kurang 5 jam perjalanan.

Tup-tup pukul 11.35 pagi baru bertolak!

Akibat berborak sakan dengan parents Nora, makan-makan, bergelak ketawa dan sebagainya. Hai la.











And almost 4pm baru laaa kitorang terjengul kat Dewan Bandaraya Teluk Intan. Bukan takat kerusi meja tengah dilipat, makanan pun tengah dipunggah.

LAPAQ!!!! UWAAAAA!!!!

Tapi sempat je kitorang lelaju amek makanan dan makan. Setengah jam je kat situ pastu kitorang dah blah.

Muke kitorang ni kalau tak datang time orang dah lipat meja, tak sah kan?

Selesai sudah menghadiri 2 kenduri, kitorang pun gerak balik Klang tapi nekad taknak lalu highway sebab dah alang-alang kat Teluk Intan, terus je lalu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

sempat singgah makan durian lagiiiii......










Dengan hujan, jem teruk, eksiden sana sini, pukul 10 malam baru sampai rumah dow!

Pengsan.

Pastu harini gi keje macam biasa. Atoiyai. Kepala aku sedang hang. Tak sabar nak balik rumah nak sambung tido semalam yang tak cukup.

Bajet kitorang meronda sakan ni ialah RM200 untuk tol, minyak kete, singgah stesen minyak borong jajan, dan singgah tepi jalan kenduri durian. Terbaik punya jimat.

p/s: Disember sudah. Pesanan pada kau yang terasa, time is running and I am still holding my word. End of this month, please make sure everything is settle. Or else, u know what I can do and I am serious with my word.


UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..