aku selalu follow cite Tahajjud Cinta kat tv3 tu. dulu masa awal-awal cite tu kuar, aku tak tengok sangat sebab masa tu aku takde tv kat umah bujang. masa tu aku dengar macam-macam kontroversi la pasal cite ni. terpesong la. menghina Islam la. disebabkan kontroversi tu, aku pun sekarang try la follow. tengok balik episod yang tertinggal tu kat tonton. saje nak tengok tang mana yang terpesong. kalau terpesong, nape tv3 dok tayang lagi? tv3 pun berkomplot nak memesongkan aqidah umat Islam ke?
then sekarang ni aku rasa cite tu dah sampai klimaks. jujur, aku suke sangat dengan kata-kata yang diorang guna dalam cite ni. maksud mendalam giler. sesapa yang berkenaan, memang tertusuk la kene. especially mulut si Citra tu. pedas! i loike~ HAHAHA
aku bukan nak komen or kritik sal cite ni. aku penonton je. bukan pakar drama ke filem ke. tak sesuai nok aku nak kritik bagai. aku nak buat drama pun tak reti.
tapi bagi aku, cite ni memang memaparkan realiti. terutama kat kawasan kampung and pedalaman. jangan salah paham pulak, aku pun orang kampung gak. tapi ni memang realiti kehidupan. well, dunia kan memang macam-macam ragam. kita kena terima hakikat ragam tu. bukan sembunyikan sebab nak jaga nama baik sendiri. kita patut perbaiki lagi. improve to be better.
dalam cite ni, berkisar pasal kehidupan sekelompok umat Islam. yang mana, ustaz dan alim ulama disanjung macam Tuhan. sebab mereka banyak ilmu agama. ayat Quran, hadis bersembur kuar dari mulut releks je. kite yang biasa-biasa ni rase rendah diri la kan. so ape je yang kuar dari mulut diorang, kite anggap betuuuul je sume.
setakat hidup aku ni, aku tak penah lagi jumpa dengan ustaz macam ni. ustaz aku sume baik-baik belaka. sporting yob! kalau advice tu, sedaaappp je hati mendengarnye. tegur cara lembut. boleh bikin orang nekad nak jadik baik wei! terbaiklah ustaz-ustaz kuuuu..hehe
tapi yang dalam cite ni, memang nampak sangat ketidakbagusannya. Eman Manan punya watak. sampai aku pun dah naik benci dengan dia. kesian dia, berlakon je pastu orang benci. aku terkesan sangat dengan cite ni nampaknye. pengaruh tv. peehhh
tapi sebagai Islam, aku pun tak boleh menidakkan realiti hidup. hal ni memang logik dan berlaku. dulu orang marah sebab dalam cite ni awal-awal dulu, masa zaman diorang belajar kat Mesir. boipren si Seri tu pegang tangan dia. tapi masa tu Seri pakai sarung tangan la. pastu ada part boipren dia selak purdah dia. aku tengok ramai la yang marah tak puas hati. sebab katenye memburukkan imej pelajar-pelajar kite yang kat Mesir tu. tapi sedar tak yang benda ni memang jadi? student kite kat Mesir tu pun manusia biasa jugak. remaja. tak mustahil perkara ni memang jadi. so kenapa nak melenting sangat? sama la situasi kalau cite yang mengetengahkan masalah sosial remaja. pastu remaja tu pulak ditunjukkan sebagai pelajar UiTM (contohnye). itu dianggap menjatuhkan imej UiTM ke? kita amek part yang positif la.
lepastu sekarang ni cite tu tengah klimaks dekat part ustaz Syauqi yang macam menggunakan ilmu agamanya untuk 'membeli' orang lain. sebab dia pandai berhujah, dia guna ayat-ayat Quran dan hadis-hadis nabi untuk menegakkan sume perbuatan die. negatif side is, macam memburukkan alim ulama kan? mesti orang yang tak berapa kenal Islam, atau orang yg Islam-hanya-pada-nama-dan-ic akan fikir "lor gini rupenye perangai alim ulama kite. konon alim. berair kuar ayat Quran, mengaji, pegi haji. tapi nafsu macam s*****n". maka akan buruklah nama ustaz-ustaz dan alim ulama di luar sana dengan tersiarnya drama ni.
tapi, benda tu realiti kan? memang terjadi kan? kenapa nak menafikan? ye benda ni memang jadi TAPI bukan sume alim ulama ustaz-ustaz yang perangai macam ni. macam yang aku cakap, ustaz aku sume ok je, sempoi je. aku sangat hormat and adore them. tapi ade sesetengah ustaz, terutama yang kat kawasan jauh dari bandar yang tahap pendidikan kat situ kurang, benda macam ni memang jadi. sebab ustaz tu pandai agama, solat tak tinggal, mengaji sedap, hafal Quran. pendek kate, perfect la sebagai manusia. so orang kampung yang tak exposed dengan dunia luar ni pun, akan mudah percaya sume yang diorang 'fatwa'kan. terima bulat-bulat apa yang diorang cakap. "die ustaz. die ade ilmu. takkan la die nak cakap benda tak betul pulak." sebagai contoh, watak bapak Seri tu la. tunduk je. pertama, sebab dah terhutang budi, terhutang harta. kedua, sebab takde ilmu.
Ustaz Syauqi tu pulak pandai gunakan ayat Quran untuk membetulkan perbuatan dia. contohnye hadis dan ayat Quran pasal tanggungjawab isteri terhadap suami. peeehhh berpuluh ayat kuar dari mulut die. isteri derhaka, isteri nusyuz. hak suami. betullah ayat yang dia kuarkan tu. tapi ayat-ayat pasal tanggungjawab suami, cara mengurus rumahtangga, berkasih sayang dengan isteri, hak isteri yang patut suami hormati, TAKDE PULAK NAK SEBUUUTTT. adil ke? seolah-olah, sebaik sahaja perempuan tu sah menjadi isteri kepada si suami, perempuan tu langsung takde hak ke atas diri die, dan diibaratkan sebagai 'hamba' kepada si suami.
come on lah, Islam tu indah. Islam mengangkat tinggi martabat wanita. isteri, anak perempuan, ibu. kenapa orang-orang yang 'berilmu' ni nak menafikan kedudukan wanita dalam Islam?
aku memang penah ade experience dengan lelaki yang macam ni. bukan la ustaz. lelaki biase je. die menganggap, isteri die, milik die sorang. dengan keluarga isteri pun, die nak putuskan hubungan. padahal isteri die masih ada mak ayah. then, layan isteri macam hamba. keje rumah tak penah nak tolong. mengarah sane sini je tau. cakap kasar. main tengking maki hamun. tangan kaki sume naik kat isteri. nampak isteri sibuk bergelut dengan anak, nak masak, nak kemas rumah. tapi die sedap je silang kaki depan tv mengadap kipas. dia anggap, sume tu tanggungjawab isteri, so buat apa die nak tolong. dia dah pegi keje cari duit what?
suami apa tu? setakat bagi duit dapur, bagi duit belanja sekolah anak, bayar sewa rumah, bil, dah anggap berjasa sangat? pegi keje 8 jam sehari. balik rumah buat muka letih. isteri yang keje almost 20 hours kat rumah, tak penat? tu untuk isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa. isteri yang bekerja macam mana? keje kat pejabat dah 8 jam. balik rumah, keje kat rumah lagi. tak kesian ke?
bagi aku, cite Tahajjud Cinta ni memang kupas isu realiti kehidupan. tapi orang tak dapat terima sebab orang tak suke ustaz dan alim ulama diburukkan. aku pun tak suke. tapi kite kena terima hakikat dan amek iktibar. take action kalau mampu. macam Citra. aku suke Citra =)
Assalamualaikum