Friday, October 26, 2012

Resipi Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha weh! 

Honestly, aku takde apa-apa persediaan untuk Hari Raya Korban. cuma buat ketupat palas sama rendang daging. Mak aku rajin sikit. Dia masak nasi beriyani, ayam madu dengan dalca. sedaaaap. aku makan banyak betul sampai terberak berak. kah kah kah.


Baru je sejam yang lepas aku buat kek yang aku nak kasi resipi ni. sebab buat dia senang sangat. lepas maghrib aku buat, dalam pukul 8.30 aku dah boleh makan. dan kek ni memang sedap makan suam-suam. so, elok je pas siap bakar, aku biarkan sejuk dalam 10 minit pastu terus ngap! wallah!


ekceli, ni kali ke dua aku buat. sebab kali pertama tu tak jadi. mungkin sebab kesilapan aku pegi cairkan butter + dark choc dalam oven instead of microwave. atau kesalahan aku memukul telur sama gula dengan speed melampau. ntah la aku pun tak tahu mana silapnya. 

tapi lepas melakukan sedikit research kepada lain-lain resipi dan ini adalah hasil daripada beberapa resipi yang aku gabungkan. motif? coz i wanna make it simple. less energy. less cost. less time. yet yummy enough and everybody can make it though!

dan yang bestnye, i succeed!!!!!!!!

joooom la terjah dapuuuuuuur.


Bahan-bahan


150 g dark chocolate



 
80 g unsalted butter



 
2 medium size eggs + 1 egg yolk



 
90 g icing sugar


 
20 g flour


and 10g coco powder with a pinch of salt


step yang pertama yang aku buat, preheat oven to 180 degree celcius

pastu, campurkan dark choc dengan butter dan cairkan dalam microwave. MICROWAVE tau. bukan oven! sila google apa itu microwave dan apa itu oven. kalau takde microwave, boleh cairkan dengan kaedah double boiler. 



kena kacau sampai cair dan sebati. pastu ketepikan untuk sejukkan.



sementara tunggu sejuk, bolehla buat adunan telur pulak. masukkan telur dalam bekas, campur dengan gula. kemudian beat sampai jadi warna milky yellow. macam kaler kastard tuu. gigih tak aku beat manually guna whisk sahaja bukan mixer. haruslah gigih kan?


pastu, masukkan choc cair yang dah sejuk tu ke dalam adunan telur. masuk sikit-sikit tau. masuk sikit, kacau. masuk agi sikit, kacau agi. kacau jangan kasar-ksar. buat dengan penuh kasih sayang. BACA SELAWAT JANGAN LUPA. barulah sedaaaap. kacau guna spatula atau whisker jek.







pastu, campurkan tepung gandum dengan coco powder, tapis ke dalam adunan. pastu secubit garam. then, sambung kacau lagi sampai rata, sebati, sehati dan sejiwa.



dah siap! apa lagi, ngap la!





ha ha ha aku tipu. belum siap la.

ok guna ramekin ye kawan-kawan. aku guna ramekin saiz S berdiameter 3.5 inci. nak guna saiz apa-apa pun tak kisah la labu. janji ramekin. kalau takdak ramekin, hang bantai la guna dulang bakaq cupcake hang tu.

gris ramekin ni dengan butter pastu tabur sikit tepung kat permukaan yang dah di'gris' tu. supaya kek tu nanti tak melekat.

scoop masuk adunan kek tadi dalam ramekin. 3/4 full.


bakar dalam oven selama 15 minit. 15 MINIT SAHAJA. JANGAN LEBIH! nanti tak jadi cokelat leleh-leleh tu kalau lama sangat bakaq kek tu.



after 15 minutes, kuarkan dari oven dan sejukkan sekejap. pastu terbalikkan la kat atas piring. kalau masa terbalikkan tu tapi kek taknak tanggal dari ramekin, korang kena guna pisau dan lalukan kat sekeliling ramekin supaya ade ruang antara kek dan ramekin. baru la senang tertanggal.



kemudian, nikmatilah kelazatan limpahan cokelat cair di dalam cokelat kek yang rangup di luar itu!


  


rugi korang tak cuba. dah la senang. sedap pulak tu. haih!

No comments:

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..