Wednesday, October 31, 2012

asyik kasik resipi jek. harini cerita lain sikit.



Assalamuaalaikum wbt

Harini gaji masuk! Alhamdulillah. Kembali ceria seperti sedia kala. Haha.

Dulu-dulu, aku selalu post pasal stress study la, banyak assignment la, tak sempat nak study untuk exam la, aku cite pasal program-program universiti la, pegi berselingkur eh pegi berseronok ronok di Times Square dan Sunway Piramid la.

Ala cite cite cliché. Typical student live and habits.

Sekarang pulak aku Nampak perubahan positif. Aku selalu post resipi-resipi. Masak-masak. Jaga baby Aiman.

Nampak tak? Nampak tak? Ada perubahan di situ. Ada kematangan yang terserlah.

Peh bagus lah aku dah mula menyerlahkan ciri-ciri isteri solehah. Haha.


Ok tu je nak bagitau. Kbai!


p/s: Yes. Hati aku dah mati untuk dia. Tapi aku rasa tak bagus jugak kang sebab hati yang mati ni turut memberi kesan kepada interest aku towards other guy. Duh kalau camni bila aku dapat menamatkan zaman bujang? :p

p/s/s: Kalau Tuhan tarik nyawa I sebelum sempat U settle semua hutang duit dan hutang hati U dekat I, U carik I kat akhirat je ye? Tu pun kalau jumpa lah.

p/s/s/s: Kat dunia ni asyik I je cari U. Kat ‘sana’ nanti I akan pastikan U pulak carik I.

p/s/s/s/s: berapa banyak p/s/s/s/s/s/s daaaaaaaaaaa~

Friday, October 26, 2012

Resipi Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha weh! 

Honestly, aku takde apa-apa persediaan untuk Hari Raya Korban. cuma buat ketupat palas sama rendang daging. Mak aku rajin sikit. Dia masak nasi beriyani, ayam madu dengan dalca. sedaaaap. aku makan banyak betul sampai terberak berak. kah kah kah.


Baru je sejam yang lepas aku buat kek yang aku nak kasi resipi ni. sebab buat dia senang sangat. lepas maghrib aku buat, dalam pukul 8.30 aku dah boleh makan. dan kek ni memang sedap makan suam-suam. so, elok je pas siap bakar, aku biarkan sejuk dalam 10 minit pastu terus ngap! wallah!


ekceli, ni kali ke dua aku buat. sebab kali pertama tu tak jadi. mungkin sebab kesilapan aku pegi cairkan butter + dark choc dalam oven instead of microwave. atau kesalahan aku memukul telur sama gula dengan speed melampau. ntah la aku pun tak tahu mana silapnya. 

tapi lepas melakukan sedikit research kepada lain-lain resipi dan ini adalah hasil daripada beberapa resipi yang aku gabungkan. motif? coz i wanna make it simple. less energy. less cost. less time. yet yummy enough and everybody can make it though!

dan yang bestnye, i succeed!!!!!!!!

joooom la terjah dapuuuuuuur.


Bahan-bahan


150 g dark chocolate



 
80 g unsalted butter



 
2 medium size eggs + 1 egg yolk



 
90 g icing sugar


 
20 g flour


and 10g coco powder with a pinch of salt


step yang pertama yang aku buat, preheat oven to 180 degree celcius

pastu, campurkan dark choc dengan butter dan cairkan dalam microwave. MICROWAVE tau. bukan oven! sila google apa itu microwave dan apa itu oven. kalau takde microwave, boleh cairkan dengan kaedah double boiler. 



kena kacau sampai cair dan sebati. pastu ketepikan untuk sejukkan.



sementara tunggu sejuk, bolehla buat adunan telur pulak. masukkan telur dalam bekas, campur dengan gula. kemudian beat sampai jadi warna milky yellow. macam kaler kastard tuu. gigih tak aku beat manually guna whisk sahaja bukan mixer. haruslah gigih kan?


pastu, masukkan choc cair yang dah sejuk tu ke dalam adunan telur. masuk sikit-sikit tau. masuk sikit, kacau. masuk agi sikit, kacau agi. kacau jangan kasar-ksar. buat dengan penuh kasih sayang. BACA SELAWAT JANGAN LUPA. barulah sedaaaap. kacau guna spatula atau whisker jek.







pastu, campurkan tepung gandum dengan coco powder, tapis ke dalam adunan. pastu secubit garam. then, sambung kacau lagi sampai rata, sebati, sehati dan sejiwa.



dah siap! apa lagi, ngap la!





ha ha ha aku tipu. belum siap la.

ok guna ramekin ye kawan-kawan. aku guna ramekin saiz S berdiameter 3.5 inci. nak guna saiz apa-apa pun tak kisah la labu. janji ramekin. kalau takdak ramekin, hang bantai la guna dulang bakaq cupcake hang tu.

gris ramekin ni dengan butter pastu tabur sikit tepung kat permukaan yang dah di'gris' tu. supaya kek tu nanti tak melekat.

scoop masuk adunan kek tadi dalam ramekin. 3/4 full.


bakar dalam oven selama 15 minit. 15 MINIT SAHAJA. JANGAN LEBIH! nanti tak jadi cokelat leleh-leleh tu kalau lama sangat bakaq kek tu.



after 15 minutes, kuarkan dari oven dan sejukkan sekejap. pastu terbalikkan la kat atas piring. kalau masa terbalikkan tu tapi kek taknak tanggal dari ramekin, korang kena guna pisau dan lalukan kat sekeliling ramekin supaya ade ruang antara kek dan ramekin. baru la senang tertanggal.



kemudian, nikmatilah kelazatan limpahan cokelat cair di dalam cokelat kek yang rangup di luar itu!


  


rugi korang tak cuba. dah la senang. sedap pulak tu. haih!

Sunday, October 21, 2012

resipi mutabak megi meletop!

Assalamualaikum

Weekend ni aku berjaya dok melekat je kat rumah tanpa keluar ke mana-mana. Yeah!

Jadinya bila kat rumah, kepala aku asyik pikir nak makan apa ye nak makan apa ye. 

kebetulan petang tu hujan lebat melanda bumi Klang. menyebabkan perut aku keriuk keriuk tahap dewa. nak makan megi ah jemu rasanya. asyik telan megi je dah tak kire hujung bulan ke awal bulan. 

tapi disebabkan megi berlambak kat rumah aku sebab dapat hamper hadiah famili day itu hari, aku pun memikirkan apa yang patut dibuat dengan megi megi ni ha?

maka aku pun decide untuk buat murtabak megi!

kebetulan 4 hari lepas, aku lepak kat rumah membe aku dan aku dihidangkan dengan murtabak megi. kenyang seyh aku habiskan murtabak megi die, pastu aku gi korek peti ais rumah dia habiskan pulak eskrem dia yang sedap tahap melampau tu.

senang giloss pulak tu nak buat murtabak megi ni ha. so ape tunggu lagi. masuk dapur jooom!!


bahan-bahan utama yang perlu ada ialah megi dan telur. lain-lain bahan, terpulang kat tekak korang la nak melahap apa. kalau rasa nak letak ayam cincang ke, daging cincang ke, bawang ke, kobis cincang ke, carrot cincang ke, kulit kayu manis ke. apo apo yo lah. hah campak yo dalam bekas gaul sekali.

 



untuk aku yang nak cepat siap dan boleh makan cecepat, aku malas nak ber'renyah' renyah kat dapur. maka aku cuma cincang carrot dengan bawang jek. setel.

mula-mula, rebus dulu mi megi tu tanpa perencah ye. kosong. sampai dah lembut. kemudian, tos kan air dia. amek mi tau. bukan air tos tuh. duh!



 





kemudian, dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan perencah megi, bawang dan carrot. kalau korang ada tambahan bahan lain, hah masukkan semua sekali dalam ni. 



 
 tengoook. ada 2 yolk la dalam sebijik telur ni. bukan sebijik je tau. setakat ni dah 4 biji telur aku pecahkan, semua double yolk dow. kalau lahir ni, mau kembar seiras anak ayamnye. kan? kan?


untuk hasil yang mantooop, gunakan 2 biji telur untuk sebungkus megi. tapi depends gak kat bahan lain. makin banyak bahan yang korang masukkan, makin banyak la jugak telur yang diperlukan. telur harus banyaaaak ye. nama pun murtabak.
*luckily aku ghoje dengan company jual telur*


lepas tu, masukkan pulak megi dalam bancuhan telur tadi. kacau rata rata.

 


panaskan minyak dalam kuali. minyak lebih sikit dari goreng telur tu. minyak kena banyak la jugak tapi bukan banyak sangat tau. haih tak reti la aku nak explain. pepandai kome ler.

bahagikan bancuhan ikut selera korang. kalau korang nak saiz murtabak korang kecik-kecik, bahagilah ke beberapa bahagian. kalau nak besau-besau, bahagi 2 je la atau takyah bahagi langsung!

aku bahagi 2 bahagian sebab aku buat untuk aku dengan mak aku. kengkonon sorang sekeping la nanti.

make sure masa letak dalam kuali, korang padat-padatkan dia supaya mereka melekat dengan rapatnya dan menghasilkan murtabak terbaik dari ladang gandum.



pastikan betul-betul garing sebelum balikkan murtabak ni. kawan aku profesional seyh. dia lambung-lambung je murtabak ni pastu automatik terus dah balik. peeeh aku rasa layak dia nak masuk pertandingan chef selebriti berita harian. tapi aku nasihatkan lah, korang yang jarang-jarang pegang sudip ni takyah la main lambung-lambung. kang tertempek kat muke sendiri kang, sadis je. aku pun balikkan guna sudip terkial-kial. haha.

kalau suka nipis and garing, buatlah nipis-nipis ye. nak balancekan rasa lemak dari telur tu, haruslah masukkan cili padi jugak. kalau korang tahan pedas la.






dah siap!! tada!! resipi paling senang aku penah kasik. korang layan murtabak megi panas-panas time hujan lebat. pastu layan dengan teh O strawbery cameron highlands panas. peeeeeh terbaik wa cakap lu! 

 
Bismillahirrahmanirrahim. Ngap! =)

Wednesday, October 10, 2012

scar in heart



You never know how much pain you’ve caused.



You never know how hard I went through several months of suffering.




I’d forgive you.

But I can’t forget the pain.


I’m sorry.

Sunday, October 7, 2012

resipi tiramisu cheese cake senang giler

 Assalamualaikum wbt

Baru lepas susukan Aiman. eh eh jangan salah paham. aku cuma tolong tonggangkan botol susu dekat mulut dia je. not like breast feed tu ye. tak mampu =p


malas la nak cite banyak. meh terus ke main point. arini aku nak kasik resipi untuk kek tiramisu. resipi ni senang giler lah! tak puas hati pulak aku rasa sebab senang sangat tapi sedap sangat. kenapa harus wujud benda yang terlalu perfect camni? hahaha over tau!

Bahan-bahan

250 g cream cheese
250 ml whipping cream
ladyfingers
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe powder tanpa gula
1/2 cawan air

 





jom jom buat cepat. tak sabar nak tunjuk sebab senang giler.


 campak masuk dalam bekas: cream cheese, whipping cream, gula, dan esen vanilla. beat dengan speed perlahan. bila dah sebati baru lajukan ke speed maksimum sampai semuanya sebati dan bergaul mesra. texture macam cream tu. likat pekat dan sedaaaap. dah boleh colek-colek dengan jari tau, rase sedap ke tak. cukup manis ke tak. 




 dah siap part cream cheese tu, biarkan kejap. sekarang kita kerjakan ladyfingers pulak. mula-mula, bancuh nescafe dengan air. nescafe tanpa gula tau. jangan guna 3 in 1 pulak. kang terlebih manis menyesal tak sudah. 



 kemudian, tuang sesudu atau 2 sudu bancuhan nescafe tu dalam mangkuk untuk kita terap ladyfinger. ada sesetengah orang, terus direct je celup ladyfingers dalam cawan. tak tuang sikit-sikit dalam mangkuk. boleh je macam tu tapi kena buat dengan sepantas kilat. kalau terlambat, ladyfingers akan serap nescafe dengan banyaknye, nanti terlebih pahit. lepastu ladyfingers pun jadi lembut sangat dan senang nak patah. aku penah try tapi ternyata takde bakat. so terpaksa la buat macam ni. nama pun amatur. hehe.




 ha terap la ladyfingers tu kat bancuhan nescafe macam ni. terap atas bawah. sikit-sikit je tau.



 pas terap pap pap kat nescafe, cecepat susun dalam bekas macam ni. penuhkan base bekas. aku guna bekas kecik sebab aku buat sikit je. cukup untuk aku dengan mak aku ulang makan 3-4 hari. kihkih. kakak aku masih dalam pantang. makan pun ikan bakar dengan lobak putih rebus je. nganga je la tengok mak aku dengan aku ngap ngap tiramisu. kahkahkah.



 lepas dah penuh base dengan ladyfingers tu, lapiskan pulak dengan cream cheese tadi. aku dah bajet untuk buat 2 lapisan kek. jadinya, aku bahagikan sian-siap cream cheese tu kepada 2 bahagia. kalau korang nak buat berlapis-lapis, terpulang la. aku tak dapat buat sebab ladyfingers aku tinggal sikit masa tu. guna yang lebih-lebih buat dulu jek.



 ni lah die lapisannye. aku memang suka tunjuk keadaan sekeliling yang bersepah. saje nak tunjuk aku gigih sepahkan dapur. japgi dengar la mak aku jerit " tiqah!!!!! kau ni tak reti ke nak bersihkan dapur lepas buat keje? kau tu bukan budak-budak lagi. takkan semua nak kena suruh bla bla bla". padahal aku kemas masa mak tido, mak bukan tahu. lepas tu senyap la die. hiks.


lepas dah siap sapu cream cheese, tapiskan cocoa powder ke atas cream cheese pulak. kasi penuh-penuh tau.



 Cuma ulang balik step tadi untuk dapatkan layer ke 2. mula-mula susun ladyfingers yang dah celup dengan nescafe, lepastu sapu cream cheese, last skali tabur cocoa powder.



 dah siap! tada! tapi tungguuuu. kena simpan dalam peti ais semalaman baru sedap makan. sejuk-sejuk. peeeeh terbaik la. ngap tak sedar dah habis semangkuk.



 tengok! aku gune bekas kecik je kan. tak sampai sejengkal tangan aku pun. memang cukup-cukup untuk aku makan berdua dengan mak aku je.


 sedap ni wei. cubalah. senang sangat pun. buat malam-malam sebelum tido. lebih kurang 30 minit dah siap. lepas tu simpan dalam peti ais. esok pagi bangun tenyeh-tenyeh mata terus gi bukak peti ais ngap tiramisu. takyah gosok gigi. muehehe tak senonoh.



sedaaaap sangat. kalau korang ade gelas kecik comel boleh terus buat dalam gelas je. bila nak makan, terus amek 1 gelas duduk depan TV layan cite Mimpi Sinderella sambil makan tiramisu. takyah dah potong-potong. lagi senang. tapi aku takde gelas kecik-kecik. ingat nak beli jugak. tapi bile pikir balik, peti ais bukan muat pun nak simpan gelas banyak-banyak. mak aku sukeeee sangat simpan stok barang basah banyak-banyak dalam peti ais lepastu esok die pegi pasar die beli lagi benda yang dah ada dalam peti ais. bile aku tanye "mak kenapa beli lagi carrot? ni kan ada lagi 5 batang mak baru beli kemarin. tak guna lagi ni", mak aku jawab sepatah je "lupe". hai la omak~


kalau dekat secret recipe, berapa ringgit ek sepotong kek tiramisu? aku dah lama sangat tak beli kek kat sana sebab suke buat sendiri. kos nak buat kek ni agak mahal sebab cream cheese dan whipping cream tu mahal. yang lain-lain tak mahal pun sebab takde guna tepung, telur dan marjerin. 

aku pegi kedai bahan kek tu beli cream cheese dengan whipping cream sume total harga RM14.00. sebab ladyfingers dah ada. gula opkos la ada. rumah sape takde gula memalukan kihkihkih. esen vanilla pun ada. serbuk koko berlambak. nescafe berkepuk. so RM14 dapat makan tiramisu 3-4 hari pagi petang siang malam, not bad ha?


selamat mencuba uolls ^_^


p/s:  nama tiramisu kek ni sebab ladyfingers tu yang dikenali sebagai tiramisu. jadinya, untuk makan the oiginal tiramisu cheese cake, u should use ladyfingers. tapi sekarang ni ramai orang gantikan ladyfingers dengan kek perasa kopi. apo apo yo lah janji sodap makan.

Saturday, October 6, 2012

resepi lamb chop hidang dengan mashed potato dan coselow meletop!


Assalamualaikum

itu hari, aku teringin sangat nak makan kambing bakar @ lamb chop. kebetulan hari tu, aku ade keje sikit kat Giant Bukit Tinggi. dah alang-alang tu, aku pegi bahagian sejuk beku nak usha kot-kot ada kambing boleh beli dengan harga murah ekekeke. sekali aku pusing sana pusing sini, aku terjumpe dalam refrigerator. sebelah kanan lamb, sebelah kiri mutton. ah sudah! ape ke bezanye? pikir punya pikir, aku amek lamb. sebab selama ni aku dengar lamb chop, tak penah pulak dengar mutton chop.

harga lamb ni RM19.82 ade 5 slice dalam die. berapa gram ntah tak ingat dah. ok la kan? lamb chop dekat food court Giant pun RM14. nipis je pun. celah gigi. 

nak makan lamb semata, kang tak kenyang pulak. jadinya, aku pun pikir nak buat mashed potato sekali dengan coselow. barulah lengkaaaap. protein, karbohidrat dan vitamin.

jom buat mashed potato dulu.

 Bahan-bahan

 
8 biji kentang saiz sederhana
lada sulah
2 sudu besar marjerin
5 sudu besar susu segar
secubit garam

kopek kentang dan potong dadu. kemudian, rebus sampai empuk dan lembut.

 



masa kentang masih panas, lenyek sekuat hati guna senduk. mase nih kalau nak bayangkan muke orang yang penah dump korang ke, ex korang yang tinggalkan korang ke, pompuan yang suke mengumpat korang kat opis ke, wajarlah. anggap kentang yang dilenyek tu muke diorang. nescaya korang akan mendapat hasil kentang lenyek yang terbaik! muehehe.




 dah siap lenyek!

masukkan susu, marjerin, garam dan lada sulah. then, gaul sebati. dah siaaaap! senang kaaaan? lepas tu simpanlah dalam bekas, letak dalam peti ais. buat banyak-banyak, bile mase nak makan, korek je peti ais pastu ngap! takyah beratur kat kfc dah semata mata nak beli whipped potato =_=!




Masa untuk mengerjakan kambing pulak. 

bahan-bahan
5cm halia
kambing yang dah dipotong
minyak zaitun
bawang putih
daun rosemarry
jintan putih kasar
gula perang
garam
oregano
paprika




 thaw dulu kambing ni ye. kemudian, tumbuk halia sampai betul-betul lumat. pastu, perah jus halia tu kat kambing dan gaul bagi rata. then, ketepikan dulu. jom buat bahan perapan pulak.



kopek dan hiris bawang putih lebih kurang 5 ulas. aku suke bawang putih. kalau goreng, memang wangi sangat. so, aku letak banyak-banyak.




 goreng bawang putih tu dengan minyak zaitun. guna lebih kurang 3 sudu besar minyak zaitun. kalau takde minyak zaitun, gasak je minyak sawit. janji minyak masak. bukan minyak angin. goreng kejap je tau. sampai kekuningan sikit je. lepas tu kuarkan dari kuali.




 satukan jintan putih kasar dengan daun rosemarry. oh ye. aku lupe nak snap gambar daun rosemarry. korang boleh jumpe kat pasar raya mana-mana pun. tesco ke, giant ke, carrefour ke, cold storage ke. die jual dalam botol kecik macam oregano jugak. ok lepas dah satukan lebih kurang 1 sudu besar jintan dan 1 sudu besar daun rosemarry, korang kisar kering. patutnya, tumbuk. tapi aku ni pemalas sikit. hiks~



 ha ingat tak bawang putih goreng tadi? bawang tu kena tumbuk sampai lumat. bila dah lumat, campurkan dengan jintan dan daun rosemarry kisar tadi.




 masukkan 2 sudu besar gula perang. minyak lebih goreng bawang putih tadi, hah campur sekali jugak.




 tambah paprika dan oregano. ni antara english herbs. kalau taknak letak pun takpe. aku suka suki je tambah. lagi sodap! =)



 dah siap bahan perapan tu, gaul dan lumur dekat kambing tadi kemudian boleh la simpan dalam peti ais semalaman sebelum bakar.




 alas dulang pembakar dengan aluminium foil. kalau taknak alas, sukati lah. haha. sapu dulu aluminium foil tu dengan marjerin. sapu jugak dekat atas kambing tu supaya rasa dia lebih uuummmpppphhh!



bakar dengan suhu 150 degree 30 minit. kemudian balikkan dan bakar lagi 30 minit. so total bakar ialah 1 jam. tapi tengok-tengok la jugak kot dah masak awal.



ok jom buat sos pulaaaaak. sos ni makan dengan mashed potato tu pun sedaaaaap sangat tau. lagi sedap dari kfc punye.


aku guna brown sauce powder jenama knorr. yang paket kaler hijau tu. bancuh je powder tu dengan air kosong, lepastu panaskan atas api sampai boil dan pekat. aku tambah button mushroom yang dipotong halus dengan lada hitam tumbuk. wallah!


nak buat coselow lagiiii la senang. amek je kubis putih atau ungun, carrot dan bawang besar. potong haluuuuuus. kuantiti terpulang. kemudian gaul dengan mayonis, gula sikit, garam sikit. kalau nak tambah cuka atau limau pun boleh. tapi aku tak tambah sebab aku tak suka sangat masam-masam. lepas tu simpan dalam peti ais 12 jam baru sedaaaap makan.


dah siap semuanya, ape lagi. hidang dan ngap la sepuas hati. nyummy taaaaaau~






burp~ alhamdulillah....hiks!


p/s: malam tadi buat kek tiramisu. sebab dah lama tekak ni teringin nak makan tiramisu. keluarkan bajet sikit untuk buat tiramisu kek. lagipun, 3-4 hari lepas, mak ada sebut "tiqah buatlah tiramisu". eh mak macam same pulak keinginan dengan aku. hehe. tapi esok pulak la cite pasal tiramisu. kalau aku rajin..thihihi..


nak buat makanan sedap-sedap, dessert best best, semuanya perlukan bajet. bajet untuk minggu ni dah terlebih. sebab dah buat lamb chop 2 kali, buat tiramisu lagi. so next project kena tunggu next week pulak. kalau bajet tak lari. hehe. ramekin yang aku order dah sampai pagi tadi. ramekin ni nak guna untuk buat projek next week la. tak sabarnye. tungguuuuuuuuuuuu~


ramekin 3.5 inci

UiTM di hatiku..

UiTM di hatiku..